5 Jepun Di Filipina

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Sejarah Perang Dunia Kedua di Filipina adalah kompleks jika dibandingkan

dengan negara Asia Tenggara yang lain. Hal ini demikian kerana penjajah Jepun telah

menggalakkan penglibatan ahli politik tempatan dalam struktur pentadbiran di mana

sekurang-kurangnya mereka dapat memainkan peranan secara teori. 1 Perkembangan

sejarah Filipina agak berbeza dengan negara serantau yang lain kerana Filipina telah

lama dijajah oleh Sepanyol. Malah, berbanding negara Asia Tenggara yang lain,

Filipina telah jauh bergerak ke arah bekerajaan sendiri sebelum pendudukan Jepun. 2

Oleh itu, penglibatan golongan elit dalam pentadbiran semasa pendudukan Jepun

sepatutnya dapat mendatangkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun, keadaan

sebenar bukan semudah yang dijangka. Sebaliknya, pendudukan Jepun telah

membawa pelbagai kesan negatif ke atas rakyat Filipina jika berbanding penjajahan

Amerika Syarikat.

Pendudukan Jepun merupakan satu malapetaka bagi rakyat Filipina. Dalam

esei ini, penulis akan membincangkan pernyataan ini dari sudut kesan sosial dan

politik pendudukan Jepun di Filipina. Pada permulaan esei, penulis akan meninjau

hubungan yang terjalin antara Filipina dan Amerika Syarikat sebelum tercetusnya

Perang Dunia Kedua. Dalam perbincangan seterusnya, penulis akan membuat

perbandingan antara dasar Amerika Syarikat dan dasar Jepun, dan seterusnya

menonjolkan sifat pendudukan Jepun yang dikatakan sebagai malapetaka. Tambahan

pula, penulis juga akan menjelaskan kesan jangka panjang yang ditinggalkan oleh

pendudukan Jepun ke atas Filipina.

1
Osborne, M., Southeast Asia: An Illustrated Introductory History, Sydney: Allen & Unwin, 1990,
hlm. 145.
2
Osborne, M., Southeast Asia: An Illustrated Introductory History, hlm. 147.

1
2.0 HUBUNGAN FILIPINA DAN AMERIKA SYARIKAT

Pada 11 April 1899, John Hay selaku Setiausaha Negara Amerika Syarikat

telah menandatangani Persetiaan Paris. Dalam perjanjian ini, Sepanyol menyerahkan

Filipina, Guam dan Puerto Rico kepada Amerika Syarikat yang membayar kira-kira

20 juta dolar selepas Perang Sepanyol-Amerika. Dalam era penjajahan Amerika

Syarikat, dasar Filipinisasi telah diperkenalkan di mana orang Filipina dibenarkan

terlibat dalam pentadbiran. Hal ini berjaya memperoleh sokongan ramai rakyat

Filipina. Maka, sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah

menjalin suatu hubungan yang cukup istimewa dengan Filipina. Misalnya, pada

zaman pendudukan Jepun, rakyat Filipina masih menanti-nantikan kepulangan Jeneral

MacArthur.3 Rakyat Filipina selalu mengaitkan penjajahan Amerika Syarikat dengan

kemakmuran. Hal ini menyebabkan rakyat Filipina lebih menyenangi penjajah

Amerika Syarikat daripada Jepun yang dikatakan sebagai pembela Asia Tenggara. 4

Oleh itu, pendudukan Jepun dianggap tidak diperlukan dan merupakan suatu

malapetaka bagi rakyat Filipina.

3.0 KESAN POLITIK PENDUDUKAN JEPUN DI FILIPINA

3.1 MELAMBATKAN KEMERDEKAAN FILIPINA

Kesan politik pendudukan Jepun di Filipina yang paling ketara adalah

melambatkan kemerdekaan Filipina. Semasa zaman kolonialisme Amerika Syarikat,

Undang-undang Tydings-McDuffie (1934) telah memperuntukkan satu tempoh masa

di mana Filipina akan diberikan kemerdekaan 100% pada 10 tahun selepas penubuhan

Komanwel Filipina. Selepas undang-undang tersebut diluluskan, rakyat Filipina

memilih wakil yang akan pergi ke Perhimpunan Berperlembagaan untuk menggubal

3
Ricklefs, M.C. et.al., A New History of Southeast Asia, London: Palgrave Macmillan, 2010, hlm. 315.
4
Osborne, M., Southeast Asia: An Illustrated Introductory History, hlm. 147.

2
Perlembagaan Filipina. Setelah perlembagaan digubal, pilihan raya diadakan secara

rasmi pada 17 September 1934. Manuel L. Quezon telah dipilih sebagai Presiden

Filipina manakala Sergio Osmena dipilih sebagai Naib Presiden. Dengan ini,

Komanwel Filipina tertubuh dengan rasminya pada 15 November 1935.5

Setelah tertubuhnya Komanwel Filipina, Presiden Quezon telah mengambil

pelbagai langkah yang pragmatik untuk menuju ke arah bekerajaan sendiri. Misalnya,

dengan berpandukan Perlembagaan Filipina, Presiden Quezon telah menyusun semula

kerajaan Filipina. Pada tahun 1941, bahagian pentadbiran terdiri daripada sembilan

jabatan, iaitu jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri, Kewangan, Keadilan, Pertanian dan

Perdagangan, Kerja Raya dan Perhubungan, Buruh, dan Kesihatan dan Kebajikan

Rakyat. Usaha juga dilakukan untuk memperkembang bidang pendidikan. Hal ini

demikian kerana warganegara yang berpelajaran adalah penting kepada

perkembangan demokrasi yang bebas dan maju. Misalnya, Majlis Pelajaran Negara

telah ditubuhkan untuk menasihati kerajaan dalam hal-hal pelajaran dan menyusun

semula sistem pelajaran Filipina untuk disesuaikan mengikut perubahan masa.6

Memandangkan Amerika Syarikat telah menjanjikan kemerdekaan Filipina

dan pelbagai usaha yang konkrit telah dilakukan di bawah kerajaan Komanwel

Filipina, rakyat Filipina telahpun bersedia untuk kemerdekaan yang bakal diberikan.

Dengan usaha-usaha tersebut, Filipina sepatutnya dapat membentukkan kerajaan yang

mantap semasa merdeka. Sungguhpun demikian, pendudukan Jepun di Filipina telah

merosakkan segala perancangan ke arah bekerajaan sendiri. Kesemua persediaan yang

rapi tergendala dan terpaksa diberhentikan. Malah, kemerdekaan Filipina telah

dilambatkan disebabkan pendudukan Jepun. Filipina hanya memperoleh kemerdekaan

5
Zaide, G.F., Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Terjemahan Abdul Karim Abu Bakar, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm. 399-404.
6
Zaide, G.F., Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, hlm. 409-413.

3
pada 4 Julai 1946. Maka, jelaslah bahawa pendudukan Jepun merupakan suatu

malapetaka bagi rakyat Filipina.

3.2 PENGENALAN PENTADBIRAN TENTERA JEPUN

Sebelum kedatangan Jepun, penjajah Amerika Syarikat telah mengamalkan

sistem demokrasi dalam pentadbiran Filipina. Malah, dikatakan bahawa amalan

demokrasi merupakan legasi terpenting yang dibawa oleh Amerika Syarikat kepada

Filipina. Namun, keadaan berubah semasa pendudukan Jepun. Pada 3 Januari 1942,

Leftenan Jeneral Masaharu Homma iaitu Panglima Agung Angkatan Tentera Diraja

Jepun di Filipina telah mengisytiharkan penubuhan Pentadbiran Tentera Jepun yang

bertujuan menyelia hal ehwal politik, ekonomi dan kebudayaan Filipina. 7 Hal ini

bermaksud pihak Jepun mempunyai penguasaan yang menyeluruh ke atas Filipina,

misalnya dalam semua perusahaan, kilang, sekolah, gereja dan panggung wayang.

Pentadbiran Tentera Jepun diketuai oleh Pengarah Agung. Sepanjang

pendudukan Jepun di Filipina hanya dua orang pegawai Jepun yang menjadi Pengarah

Agung Pentadbiran Tentera Jepun iaitu yang pertama, Major Jeneral Yoshihide

Hayashi dan yang terakhir, Major Jeneral Takazi Wachi. Dalam pentadbiran,

Pengarah Agung menerima arahan terus dari Tokyo. Di bawah Pentadbiran Tentera

Jepun, pelbagai perintah yang wajib dituruti oleh rakyat Filipina telah dikeluarkan.

Misalnya, perintah berkurung yang dikuatkuasakan di Manila. Selain itu, pihak Jepun

juga mengisytiharkan Undang-undang Tentera yang ketat. Semua senjata api dan

peralatan perang telah dirampas. Malah, sebarang tindakan yang dianggap sebagai

bermusuhan dengan Jepun akan dijatuhkan hukuman mati. Kekerasan dan kezaliman

7
Philippines. Japanese Military Administration (1942 - 1943), The Official Journal of the Japanese
Military Administration, Vol. 1, Manila: Manila Sinbun-sya, 1942, hlm. 1-2.

4
Pentadbiran Tentera Jepun begitu menonjol apabila diisytiharkan bahawa jika seorang

Jepun terbunuh, sepuluh orang Filipina akan dibunuh sebagai balasan.8

Sememangnya, pengenalan Pentadbiran Tentera British telah menyekat

kebebasan rakyat Filipina dalam kehidupan sehari-harian. Oleh itu, pendudukan Jepun

di Filipina bukanlah satu rahmat tetapi merupakan malapetaka yang tidak diinginkan.

3.3 KEGIATAN POLITIK DIKONGKONG

Pada zaman penjajahan Amerika Syarikat, pelbagai parti politik dibenarkan

untuk bergiat aktif di Filipina. Sebagai contohnya, Parti Federal, Parti Liberal, Partido

Nacionalista dan Partido Democrata.9 Namun begitu, penjajah Jepun telah

mengharamkan pergerakan parti-parti tersebut. Pada zaman pendudukan Jepun, hanya

Kapisanan sa Paglilingod sa Bagong Pilipinas (KALIBAPI, Association for Service

to the New Philippines) yang ditubuhkan oleh Jepun dibenarkan untuk aktif. Ahli-ahli

KALIBAPI sahaja yang boleh bekerja dalam bidang pentadbiran. 10 Di sini, kita dapat

lihat bahawa kegiatan politik di Filipina telah dikongkong dan dikawal oleh penjajah

Jepun.

Usaha Jepun untuk mengongkong politik Filipina juga dapat dilihat melalui

penubuhan Republik Kedua Filipina. Republik Kedua Filipina ditubuhkan pada 14

Oktober 1943. Jose P. Laurel telah dilantik sebagai Presiden. Walaupun Laurel

dilantik sebagai Presiden, namun beliau tidak mempunyai kuasa memerintah yang

sebenar. Segala tindakan yang diambil dan dasar yang dilaksanakan adalah daripada

arahan Jepun. Maka, Republik Kedua Filipina juga dikenali sebagai “Republik

Boneka” (the Puppet Republic). Presiden Laurel diibarat sebagai boneka yang hanya

8
Zaide, G.F., Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, hlm. 436.
9
Zaide, G.F., Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, hlm. 310-312.
10
Ricklefs, M.C. et.al., A New History of Southeast Asia, hlm. 313.

5
menuruti perintah Jepun dan tidak mempunyai sebarang kuasa. 11 Berkenaan hal ini,

Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, iaitu Franklin Roosevelt pernah

mengeluarkan satu kenyataan yang menyebut bahawa Filipina hanya akan bebas

apabila “…perfidious Japanese shall have been driven from the Philippines…”12.

Penulis amat bersetuju dengan pernyataan ini. Hal ini demikian kerana Jepun tidak

mematuhi janji pemberian kemerdekaan. Sebaliknya, Jepun telah menyekat kegiatan

politik di Filipina. Oleh itu, Filipina hanya dapat dibebaskan sekiranya kuasa Jepun

diusir.

Sebelum pendudukan Jepun, sudahpun terdapat pemimpin tempatan yang

terlibat secara langsung dalam arena pentadbiran Filipina. Namun begitu, penglibatan

ini telah disekat dan adalah terbatas sebaik sahaja Filipina diduduki Jepun. Hanya

golongan yang pro-Jepun dibenarkan terlibat dalam pentadbiran. Penglibatan ini juga

dikongkong dan banyak terikat kepada pengaruh Jepun. Golongan elit yang

bekerjasama dengan Jepun juga tidak dapat mengubah keadaan pada masa itu. Oleh

hal yang demikian, pendudukan Jepun dikatakan merupakan bencana bagi rakyat

Filipina jika berbanding penjajahan Amerika Syarikat.13

3.4 KESAN POLITIK JANGKA PANJANG

Pergerakan nasionalis Filipina adalah antara yang terawal di rantau Asia

Tenggara. Ramai antara pemimpinnya malihat pergerakan mereka sebagai suatu

petunjuk bagi negara lain. Pada hakikatnya ia mempunyai kesan yang kecil.

Nasionalisme mengikut arah yang jelas berbeza di Filipina daripada di tempat lain di

Asia Tenggara. Elit intelektual dan politik Filipina telah lebih menyenangi Amerika

11
Zaide, G.F., Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, hlm. 446-447.
12
Roosevelt, F.D., “Statement Refusing to Recognize the Philippine Puppet Government”, 22 Oktober
1943. Dalam Gerhard Peters dan John T. Woolley, The American Presidency Project. Dicapai pada
11.28 pagi 21 Mei 2015 daripada http://www.presidency.ucsb.edu/ws/?pid=16330.
13
Osborne, M., Southeast Asia: An Illustrated Introductory History, hlm. 147.

6
Syarikat daripada Jepun. Selalunya Jepun dilihat sebagai pembebas dan pembela

negara Asia Tenggara. Misalnya, pendudukan Jepun membuka jalan bagi nasionalis

untuk merampas kuasa di Ogos atau September 1945. Walau bagaimanapun,

nasionalis Filipina, sebaliknya, mengalu-alukan tentera Amerika pulang sebagai

pembebas, mengembalikan negara ini ke landasan yang stabil untuk mencapai

kemerdekaan yang dijanjikan oleh 1946.14

Walau bagaimanapun, pendudukan Jepun telah meninggalkan kesan politik

jangka panjang di Filipina. Pendudukan Jepun telah memutuskan pengasingan

Filipina dari negara lain di rantau Asia Tenggara. Sebelum itu, Filipina adalah

terasing dari negara-negara Asia Tenggara lain kerana telah lama dijajah oleh

Sepanyol. Selepas pendudukan Jepun, Filipina menjadi lebih sedar akan kedudukan

mereka di Asia. Peperangan ini juga menajamkan lagi ketegangan politik di Filipina.

Misalnya, pada tahun 1946 Parti Komunis Filipina yang mengambil kesempatan

daripada keadaan yang semakin buruk di luar bandar untuk memperoleh sokongan

bagi mencetuskan pemberontakan.15

4.0 KESAN SOSIAL PENDUDUKAN JEPUN DI FILIPINA

4.1 KESENGSARAAN AKIBAT KEKEJAMAN JEPUN

Dari segi sosial, rakyat Filipina telah banyak menanggung penderitaan dan

kesengsaraan akibat kekejaman Jepun. Perarakan Maut, ataupun lebih dikenali

sebagai the Death March, merupakan kekejaman yang paling dahsyat yang dilakukan

oleh tentera Jepun. Lebih daripada 75,000 askar Amerika Syarikat dan Filipina yang

menjadi tawanan perang terpaksa berarak sepanjang 70 batu dalam keadaan

kelaparan, kehausan, sakit dan keletihan. Mereka dipaksa untuk berjalan dari
14
Church, P. (ed.), A Short History of South-East Asia, Singapore: John Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd,
2003, hlm. 134.
15
Church, P. (ed.), A Short History of South-East Asia, hlm. 135.

7
Mariveles, Bataan, sampai ke San Fernando, Pampanga. Di San Fernando, mereka

dicampakkan ke dalam gerabak kereta api bertutup dan dibawa ke Capas, Tarlac, di

mana mereka ditahan di kem tahanan.16 Ramai yang telah meninggal dalam perjalanan

sebelum sampai di destinasi.

Sepanjang Perarakan Maut, tentera Jepun telah berlaku kejam terhadap tawanan

perang yang menyerah kalah. Tentera Jepun memukul, menikam ataupun memancung

kepala mereka yang tidak mampu meneruskan perjalanan ataupun terjatuh semasa

berarak. Kezaliman ini telah digambarkan dengan jelas oleh Dana Rohrabacher dalam

petikan yang berikut.

“They were beaten, and they were starved as they


marched. Those who fell were bayoneted. Some of those who
fell were beheaded by Japanese officers who were practicing
with their samurai swords from horseback. The Japanese
culture at that time reflected the view that any warrior who
surrendered had no honor; thus was not to be treated like a
human being. Thus they were not committing crimes against
human beings.[...] The Japanese soldiers at that time [...] felt
they were dealing with subhumans and animals.”17

Selain itu, rakyat Filipina juga menderita kerana kekejaman yang dilakukan

oleh Kempeitai iaitu pasukan polis tentera Jepun. Tugas Kempeitai ialah menjalankan

tugas pengintipan dan menangkap sesiapa yang disangka terlibat dalam gerakan anti-

Jepun. Orang Filipina yang ditangkap oleh mereka akan dipenjarakan, dipukul,

dipancung kepala atau ditembak. Kempeitai menjalankan hukuman dera dan hukuman

bunuh. “Seksa dulu kemudian siasat” merupakan amalan mereka yang menzalimi

rakyat jelata.18 Keadaan ini telah menimbulkan rasa saling mencurigai dalam kalangan

rakyat kerana masing-masing takut dianggap sebagai penentang Jepun. Hal ini telah

16
Zaide, G.F., Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, hlm. 442.
17
Gambaran Dana Rohrabacher dipetik daripada Senauth, F., The Making of the Philippines,
Bloomington: Authorhouse, 2012, hlm. 39.
18
Ricklefs, M.C. et.al., A New History of Southeast Asia, hlm. 313.

8
menyebabkan rakyat Filipina hidup dalam kegelisahan dan ketakutan serta

mempunyai kesan psikologi yang mendalam ke atas mereka. Memandangkan

pendudukan Jepun di Filipina telah menzalimi nyawa dan jiwa rakyat Filipina, maka

tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa pendudukan Jepun merupakan suatu

malapetaka bagi Filipina.

4.2 PENDERITAAN COMFORT WOMEN

Istilah comfort women merujuk kepada wanita yang dijadikan hamba seks bagi

tentera Jepun sewaktu pendudukan Jepun. Di Filipina, sering terdapat wanita atau

gadis yang ditipu dan diculik oleh tentera Jepun ke rumah keselesaan. Di sana,

mereka terpaksa melakukan seks untuk memenuhi hawa nafsu tentera Jepun. 19

Kadang-kala, beberapa orang tentera Jepun melakukan seks terhadap seorang wanita

pada masa yang sama dan beberapa kali untuk sehari. Bagi sesiapa yang menentang,

mereka akan dipukul atau diseksa sampai mati. Salah seorang comfort woman di

Filipina iaitu Maria Rosa Henson telah menulis kisahnya dalam karya Comfort

Woman: A Filipina's Story of Prostitution and Slavery Under the Japanese Military.

Dalam karya tersebut, Maria telah memberikan gambaran tentang kehidupannya

sebagai seorang comfort woman seperti yang ditunjukkan dalam petikan berikut.

“At two in the afternoon, the soldiers came. Some of them


were brought by truck to the garrison. My work began, and I
lay down as one by one the soldiers raped me. At six p.m., we
rested for a while and ate dinner. Often I was hungry because
our rations were so small. After thirty minutes, I lay down on
the bed again to be raped for the next three or four hours.
Every day, anywhere from ten to over twenty soldiers raped
me. There were times when there were as many as thirty: they
came to the garrison in truckloads. At other times, there were
only a few soldiers, and we finished early.”20

19
Henson, M.R., Comfort Woman: A Filipina's Story of Prostitution and Slavery Under the Japanese
Military, Maryland: Rowman and Littlefield Publisher, 1999, hlm. 39.
20
Henson, M.R., Comfort Woman: A Filipina's Story of Prostitution and Slavery Under the Japanese
Military, hlm. 38.

9
Pengalaman terpaksa menjadi comfort women telah meninggalkan kesan yang

begitu mendalam dan sukar dilupai ke atas wanita Filipina. Satu kesan yang kritikal

ialah masalah kesihatan. Terdapat wanita yang mengalami trauma yang terlampau

sehingga menghidapi penyakit mental.21 Ada juga yang mengalami kecederaan alat

kelamin yang serius, malah telah kehilangan keupayaan untuk beranak buat selama-

lamanya. Kebanyakan comfort women juga menghidapi penyakit jangkitan seks.

Kesengsaraan mereka tidak berakhir setelah Jepun berundur. Mereka memerlukan

masa yang lama untuk sembuh daripada kesakitan ini. 22 Tentera Jepun telah

mengeksploitasi golongan wanita yang tidak berupaya untuk menentang sebagai alat

memuaskan nafsu. Bukankah ini satu malapetaka bagi rakyat Filipina juga?

4.3 KEKURANGAN MAKANAN DAN KEBULURAN

Sementara itu, kekurangan makanan telah menjejaskan kehidupan masyarakat.

Menjelang November 1943, kekurangan beras di Manila mencecah tahap yang

membimbangkan. Kebuluran menjadi-jadi dan ramai yang mati kerana kekurangan

makanan. Untuk mengurangkan tekanan ke atas keperluan sumber-sumber, kerajaan

Laurel memindahkan pegawai di pusat ke wilayah-wilayah Filipina. Walaupun telah

diadakan catuan, percubaan oleh National Rice and Corn Corporation (NARIC)

untuk mendapatkan beras tidak berjaya. Pada bulan Januari 1944, Bigasang Bayan

(Biba, People's Rice Granary) menggantikan NARIC yang tidak berkesan. Badan

baharu ini berjaya memperoleh beras dan bijirin lain dari Luzon Tengah. Ini

membolehkan kerajaan untuk memberikan beras catuan 120 gram sehari bagi setiap

orang di Manila.23

21
Henson, M.R., Comfort Woman: A Filipina's Story of Prostitution and Slavery Under the Japanese
Military, hlm. 61.
22
Henson, M.R., Comfort Woman: A Filipina's Story of Prostitution and Slavery Under the Japanese
Military, hlm. 90.
23
Ricklefs, M.C. et.al., A New History of Southeast Asia, hlm. 314.

10
Walau bagaimanapun, masalah ini tidak dapat diselesaikan malah menjadi

lebih serius apabila Kempeitai campur tangan dalam hal ini. Mereka merampas beras

secara paksaan daripada penyorok dan pengeluar tanpa memaklumkan kepada

pentadbir Filipina. Laurel menuntut bahawa stok makanan tersebut dikembalikan.

Kerajaan kemudian menggantikan BIBA dengan Filipino-Japanese Rice and Corn

Administration. Sungguhpun demikian, kebanyakan hasil yang diperolehi telah

digunakan oleh tentera Jepun sendiri.24 Rakyat Filipina masih tidak mendapat

makanan yang mencukupi dan mengalami kebuluran sepanjang zaman pendudukan

Jepun di Filipina.

4.4 KESAN SOSIAL JANGKA PANJANG

Antara kesan jangka panjang pendudukan Jepun yang paling serius di Filipina

adalah memburukkan dan menimbulkan perasaan pahit dalam bahagian sosial

dalamannya. Sebelum pemergiannya sebagai seorang buangan di Amerika Syarikat,

Presiden Quezon telah menasihati Dr Jose Laurel supaya tinggal di belakang dan

bekerjasama dalam pentadbiran awam pendudukan Jepun. 25 Sama ada ia adalah

nasihat yang baik atau tidak, Presiden Quezon berharap bahawa dengan kerjasama

Filipina, pendudukan Jepun di Filipina tidak mendatangkan kesan yang terlalu serius.

Berikutan contoh Laurel yang kabur dari segi moral itu, golongan elit Filipina, dengan

beberapa pengecualian, telah bekerjasama secara meluas dengan Jepun dalam

eksploitasi keras mereka di negara ini. Kesannya, Presiden Laurel dan kerajaan beliau

dibenci.26

24
Ricklefs, M.C. et.al., A New History of Southeast Asia, hlm. 315.
25
Bastin, J. dan Benda, H.J., A History of Modern Southeast Asia: Colonialism, Nationalism, and
Decolonization, New Jersey: Prentice Hall, 1968, hlm. 138.

26
Robles, D.G., America the Great: Footprints on the Sands of Time, United Kingdom: Trafford
Publishing, 2001, hlm. 32.

11
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setelah meneliti perbincangan dalam esei ini, tidak sukar

untuk kita dapati bahawa pendudukan Jepun di Filipina adalah tidak dialu-alukan dan

langsung tidak diperlukan. Pendedahan kepada kesan-kesan politik dan sosial yang

terkandung dalam esei ini juga memperkukuh pandangan yang mengatakan bahawa

pendudukan Jepun merupakan satu malapetaka bagi rakyat Filipina. Sememangnya,

sepanjang pendudukan Jepun di Filipina, kebajikan rakyat telah diabaikan. Sistem

pentadbiran yang diperkenalkan iaitu Pentadbiran Tentera Jepun pula mengongkong

kehidupan rakyat. Kezaliman tentera Jepun juga telah meninggalkan kesan psikologi

yang mendalam ke atas semua mangsa perang. Oleh itu, kiranya wajar untuk kita

simpulkan bahawa pendudukan Jepun sememangnya merupakan satu malapetaka bagi

rakyat Filipina.

BIBLIOGRAFI

Ricklefs, M.C. et.al.. (2010). A New History of Southeast Asia, London: Palgrave
Macmillan.

12
Zaide, G.F. (1980). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. Terjemahan Abdul
Karim Abu Bakar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roosevelt, F.D. “Statement Refusing to Recognize the Philippine Puppet


Government”. 22 Oktober 1943. Dalam Gerhard Peters dan John T. Woolley. The
American Presidency Project. Dicapai pada 11.28 pagi 21 Mei 2015 daripada
http://www.presidency.ucsb.edu/ws/?pid=16330.

Senauth, F. (2012). The Making of the Philippines. Bloomington: Authorhouse.

Robles, D.G. (2001). America the Great: Footprints on the Sands of Time. United
Kingdom: Trafford Publishing.

Bastin, J. dan Benda, H.J. (1968). A History of Modern Southeast Asia: Colonialism,
Nationalism, and Decolonization. New Jersey: Prentice Hall.

Church, P. (ed.). (2003). A Short History of South-East Asia. Singapore: John Wiley
& Sons (Asia) Pte Ltd.

Henson, M.R. (1999). Comfort Woman: A Filipina's Story of Prostitution and Slavery
Under the Japanese Military. Maryland: Rowman and Littlefield Publisher.

Osborne, M. (1990). Southeast Asia: An Illustrated Introductory History. Sydney:


Allen & Unwin.

Philippines. Japanese Military Administration (1942 - 1943). (1942). The Official


Journal of the Japanese Military Administration. Vol. 1. Manila: Manila Sinbun-sya.

13

You might also like