Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN TAKLIMAT MERENTAS DESA KALI PERTAMA

TARIKH : 13 JANUARI 2016


HARI : RABU
MASA : 2.15 HINGGA 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK AMPANG PECAH

1. Majlis dipengerusikan oleh En. Abu Bakar b Deraman selaku Pengurus Kejohanan Merentas Desa
2016. En. Abu Bakar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke
taklimat kali ini. Beliau berharap, maklumat yang disampaikan memberi manfaat kepada semua
guru.

2. Beliau mengedarkan peta laluan merentas desa, senarai AJK kejohanan, senarai tugas setiap
guru kepada semua guru dan borang peraturan merentas desa kepada Ketua Rumah Sukan
sahaja. Beliau meminta guru-guru memeriksa nama dan kesesuaian tugas yang ditetapkan.
Beliau berharap semua guru boleh menjalankan tugas dengan baik dan memberi keutamaan
kepada keselamatan pelajar. Terdapat beberapa orang guru yang menyatakan nama mereka
tidak tersenarai sebagai petugas dan En. Abu Bakar berjanji akan menguruskan hal itu dengan
segera.

3. Beliau menerangkan perjalanan latihan merentas desa hari ini agar memudahkan guru-guru
menjalankan tugas masing-masing. Penerangan beliau juga diiringi oleh video yang di tayangkan
oleh En. Amir Amran. Tayangan tersebut memaparkan tempat atau kedudukan guru-guru dan
pemandangan sekitar kawasan berlangsungnya latihan dan kejohanan tersebut. Latihan hari ini
akan bermula pukul 3.oo petang dan dijangka tamat pada pukul 4.30 petang. Beliau menyatakan
bahawa latihan hari ini akan memberi masa kepada penganjur untuk mengenalpasti kelemahan
dan kekuatan laluan merentas desa kali ini memandangkan laluan ini adalah laluan baru dan
bukan seperti kebiasaan. Terdapat 18 stesen dan 2 ‘chek point’ yang mesti dilalui oleh para
pelajar. Pemenang akan dikira bagi 15 peserta yang terawal tiba sahaja mengikut ketagori.
Pemenang akan menerima ‘medal’.

4. Seterusnya, En. Abu Bakar menerangkan tugas Ketua Rumah Sukan iaitu menyediakan nombor
peserta kepada semua ahli rumah masing-masing. Nombor mestilah merujuk borang peraturan
yang diedarkan. Kedatangan ahli rumah sukan juga mesti dicatat serta memastikan hanya ahli
rumah yang benar-benar sihat sahaja menyertai kejohanan ini untuk mengelakkan sebarang
kemalangan yang tidak diingini.

5. Akhir sekali, En. Abu Bakar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-gur dan
berharap semua guru-guru dapat memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan latihan ini dan
kejohanan akan datang serta mengutamakan keselamatan pelajar.

Disediakan oleh;

You might also like