Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

980709-05-5276

Kajian Pencapaian dan Sumbangan Encik Yogalingam selaku Guru Penolong Kanan
ko-kurikulum di SJK (T) Ladang Senama, Negeri Sembilan pada Tahun 2007 hingga
2015

1.0 Penghargaan

Bersyukurlah saya dapat menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali
saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuhan keran memberi kepercayaan
kepada saya dalam menjalakan tugasan ini sehingga jayanya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Datuk


Mansor kerana memberi peluang kepada kami menhasilkan kerja kursus ini dengan
menyediakan kemudahan seperti perpustakaan dan bilik ICT bagi memudahkan kami
mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmad Fadzil yang
telah banyak tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi
sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Beliau
tidak kira masa bagi mengajar kerja kursus. Sekiranya terdapat salah, beliau tidak
marah tetapi ajar dengan baik. Syukurlah saya mendapat guru yang baik sebegini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak sokongan serta dorongan dan
juga wang ringit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan
kalian munkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti
rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juda
bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Yogalingam.


Beliau adalah tokoh kajian saya bagi kerja kursus ini. Tanpa sokongan beliau saya
tidak dapat menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
memberi sumbangan kepada saya.

SEKIAN TERIMA KASIH


980709-05-5276

2.0 Pengenalan

Sekolah merupakan lembaga atau sarana dalam melaksanakan pelayanan belajar


atau proses pendidikan. Sebagai organisasi pendidikan formal, sekolah memiliki
tanggungjawab dalam dalam meningkatkan mutu pendidikan. Penyelenggarakan
satuan pendidikan secara bijak, tertata dan sistematik hingga proses yang terjadi
didalamnya dapat menjadi suatu sumbangan besar bagi kehidupan sosial masyarakat.i

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang


Senama atau nama ringkasnya SJKT Ldg
Senama, merupakan sebuah Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang
senama. Sekolah ini terletak di kilometer 9
Jalan Rompin Bahau Negeri Sembilan. Pada
mulanya sekolah ini ditubuhkan di kawasan
padang Ladang Senama. Pada awal 1980-an
sekolah dipindahkan kedudukan sekarang.Pada masa dahulunya
di sekolah melahirkan ramai pemain bola sepak mewakili negeri.

Sejak tahun 2006 sehingga sekarang Guru Besar ialah Pn.Safinah Bt Abdullah.
Beliau menghadapi penyakit yang kronik tetapi beliau tetap berkerja juga.
Kebanyakkan masa beliau berada di hospital oleh itu tugas-tugas beliau diambil oleh
GPK Kokurilum ialah Encik Yogalingam bagi menjaga sekolah ini.ii

Sejarah kokurikulum (Ko-k) di sekolah telah bermula sejak 50 tahun lalu


melalui dokumen Education Ordinance 1956.Ia terus diperkukuh dan dimantapkan
lagi melalui pengenalan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1961), Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979), Falsafah Pendidikan Negara
(1980an) dan Akta Pendidikan (1996).Pada 2005, Kabinet meluluskan dasar
pemantapan Ko-k yang meliputi pelbagai aspek dan bermula 2006, kerajaan
mewajibkan murid sekolah memperoleh 10 peratus markah dari aktiviti itu sebagai
melayakkan mereka memasuki institut pengajian tinggi awam.Bagaimanapun di
sebalik pengenalan dasar itu, masih ada beberapa pihak menganggap aktiviti tersebut
kurang bermaya atau setakat melepas batuk di tangga sama ada di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan.Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BBK),
Muhamet Roli Hassan dalam kertas kerjanya di Seminar Transformasi Kokurikulum
980709-05-5276

Kebangsaan 2011 di Putrajaya, baru-baru ini, mendedahkan antara faktor tersebut


adalah sekolah, pentadbir, kemudahan dan kewangan.iii

Kesedaran mengenai kepentingan aktivit kokurikulum(Ko-k) bermula sejak 50


tahun lalu melalui dokumen Education Ordinance 1956. iv ‘Kegiatan kokurikulum’
ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di
bilik darjah.v
“suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan”vi

Guru Penolong Kanan Kokurikulm bertanggungjawab kepada Guru Besar


unuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Kokurikulm
bertanggungjawab meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti
kokurikulum. Tugas dan tanggungjawab GPK Kokurikulum adalah menjalankan tugas
semasa ketiadaan Guru besar. Peranan GPK Kokurikulum adalah membantu Guru
Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.GPK Kokurikulum
perlu mengambil berat tentang keselamtan murid-murid terutama membuat kelas
petang. GPK Kokurikulum juga memantau guru-guru adakah mereka mengajar
dengan betul.vii

Oleh sebab itu fokus kajian ini tentang Pencapaian dan Sumbangan Encik
Yogalingam selaku Guru Penolong Kanan kurikulum di SJK (T) Ladang Senama,
Negeri Sembilan pada Tahun 2007 hingga 2015 serta pencaipan sekolah itu.
980709-05-5276

3.0 Perkembangan
3.1 Latar belakang Encik Yogalingam
Encik Yogalingam merupakan salah seorang Guru Penolong Kanan kurikulum
di SJK (T) Ladang Senama, Neg eri Sembilan pada Tahun 2007 hingga 2017. Nama
penuh beliau adalah encik Yogalingam a/l suppiah pillai. Beliau telah dilahirkan
pada 17 November 1974 dan berasal dari Temiyang south, Seremban. Sewaktu
beliau 6 tahun keluarga beliau berpindah di Rompin, Bahau, Negeri Sembilan.
Nama ayah beliau ialah Encik Suppiah Pillai dan nama ibu beliau ialah Puan
Unnamalai Ganapathy. Mereka telah berkerja sebagai penoreh getah. Beliau adalah
anak ketiga daripada 6 orang. Keluarga beliau adalah miskin. Beliau telah
menghadapi pelbagai masalah tetapi beliau tidak putus asa. Selepas sekolah beliau
telah menolong ibu bapanya untuk bekerja. Ibu beliau mempunyai gerai makanan
yang kecil. Pada waktu pagi beliau menolong ibu untuk masak dan bersiap sedia
untuk pergi ke sekolah. Beliau telah berjalan kaki ke sekolah. Walaupun beliau
menghadapi pelbagai masalah Encik Yoga tetap mencapai matlamat beliau iaitu
menjadi guru. Beliau memepunyai slogan untuk diri sendiri iaitu ‘ you do the best
you will be blest’(Abdul Kalam).

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang


Silang pada tahun sekitar 1981 sehingga 1986. Pada tahun 1987 sehingga 1991
beliau bersekolah di SMK Datuk Mansor, Jempol , Negeri Sembilan. Selain itu,
beliau juga belajar di Sekolah Tinggi iaitu Methodist high school, seremban pada
1993 hingga 1994 melanjutkan pelajaran. Selepas itu beliau berkerja di SJK(T)
Ladang Kelpin, bahau sebagai guru sandaraan pada tahun 1994. Pada tahun 1995
beliau bekerja di SJK(T) Ladang Batang Benar sebagai guru sandaraan dan pada
tahun 1996 di SJK(T) Cembung Seremban. Beliau pula mula memasuki Maktab
Perguruan di Batu Pahat Johor untuk mencapai diploma dalam bidang pendidikan
Sains dan Matematik pada 1997 sehingga 2000 dengan pangkat kepujian pada
tahun itu juga beliau menyertai Askar Wataniah setiap hujung minggu( sabtu dan
ahad) dan mempunyai Sijil Kursus Rejimen 501.Selepas tamat beliau diiktiraf
sebagai guru sains dan matematik.
980709-05-5276

Pada tahun 2000( januari hingga jun) beliau bekerja di SK Parit Kadi, Muar
selapas itu beliau mengingin berpindah ke Rompin kerana untuk menjaga ibu apa
beliau dan mengambil alih untuk menguruskan keluarga beliau. Pada tahun
2000(jun) hingga 2007 beliu bekerja di SJK(T) Ladang ST. Helier . dalam tempoh 2
tahun beliau bekerja sebagai guru biasa dan tiada pangkat lagi. Pada tahun 2002
beliau menjadi GPK koko di sekolah sama. Selepas itu beliau pindah ke sekolah di
SJK(T) Ladang Senama pada tahun 2008 sehingga sekarang beliau bertugas di sana
sebagai GPK Koko dan pada tahun 2016 beliau menaik pangkat dari GPK Koko ke
GPK kurikulum. viii
980709-05-5276

3.2 Sumbangan dalam bidang kokurikulum


3.2.1 Bidang sukan
3.2.1.1 Menyediakan infrastruktur berkaitan sukan

Penglibatan dalam sukan menjanjikan masa depan yang cerah dimana ia


merupakan satu industri yang sudah dikomersialkan di peringkat global. ix Padang
sekolah lama adalah dalam keadaan teruk kerana ada tahi-tahi binatang, jika hujan
akan jadi banjir dan juga padang sekolah menjadi membuang sampah bagi penduduk
tempat itu kerana padag sekolah itu terletak di luar sekolah. Oleh itu , semasa di
sekolah tersebut beliau telah memperbaiki padang sekolah dengan membina pagar
yang sesuai untuk pelajar berlatih sukan.

Selain itu, beliau juga telah membina gelanggang bola sepak serta tiang gol bola
jaring. Seterusnya, beliau telah memperbaharui alatan sukan seperti raket, hoki, bola
untuk keselesaan muridnya bermain dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan kerana
dengan adanya peralatan yang baharu, murid-muridnya akan lebih bersemangat untuk
melibatkan diri dalam sukan sekolah. Sumbangan beliau amat besar kerana sejak
beliau banyak memperbaharui infrastruktur sukan, jumlah murid-murid yang
menyertai pertandingan semakin meningkat dari tahun 2007 sehingga 2015.

3.2.1.2 Menjaga kebajikan para pemain

Sebagai guru beliau tidak mengetepikan kebajikan murid. Beliau umumnya


para pemain yang bertanding diluar sekolah telah diberikan wang saku untuk
digunakan sebagai keperluan murid membeli makanan dan minuman supaya murid
sentiasa dalam keadaan stamina yang kuat. Pemakanan yang mencukupi bukan saja
memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit,
malah dapat memberi tumpuan yang lebih baik sewaktu aktiviti sukan berikutan
membantu menguatkan sistem imun tubuh.x Selain itu, beliau menyediakan sebuah van
khas. Hal ini demikian kerana, dapat mengurangkan masalah penggangkutan pemain.
980709-05-5276

3.2.1.3 Menjadi jurulatih

Jurulatih adalah bagi melatih pelajar. Peranan beliau ialah Pengatur strategi
bagi membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk
mempastikan pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi. Pengurus bagi melibatkan
kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan latihan. Selain
itu,Pereka bentuk. Mereka bentuk program, pembentukan objektif, menyusun
kandungan kursus, merangka strategi,penyempaian dan merancang penilaian.
Seterusnya ialah, sebagai Rakan memberi ruang kepada atlit untuk meluahkan
perasaan dan masalah dan masa untuk meneratkan hubungan antara jurulatih dan
atlit. Pendidik Jurulatih berperanan memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan
kepada atlet. Selain itu jurulatih juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit
untuk melakukan sesuatu selain membantu menyelesaikan masalah yang melanda atlit.
Pelatih jurulatih berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul. Jurulatih
juga berperanan meningkatkan kecergasan atlet. Perangsang/ Motivator Jurulatih juga
perlu menjadi sumber semanagat kepada atlet supaya atlet menghasilkan prestasi
terbaik Penubuh tabung Jurulatih perlu mengorganisasikan sesebuah pasukan dengan
cara penubuhan tabung, contohnya tabung kebajikan atlit yang ditimpa bencana.xi
980709-05-5276

3.2.1.4 Pencapaian murid SJKT Ladang Senama

Pada tahun 2011, sekolah itu mendapat johan dalam pertangdingan bola sepak
dalam peringkat daerah. Dan Encik Yogalingam menjadi jurulatih kepada pemain-
pemain bola sepak di peringkat seterusnya. Kalangan murid ini terdapat 2 orang murid
menjadi pemain bola sepak yang hebat dan mereka menjadi pemain bola sepak di
bawah jempol. Walaupun mereka tidak hebat dalam pendidikan tetapi mereka hebat
dalam ko-kurikulum. Masa depan murid tersebut cerah dan lebih baik.

Pada tahun 2014, sekolah itu mendapat johan peringkat zon dan saguhati
peringkat daerah jempol. Kalangan murid ini terdapat 2 orang murid menjadi pemain
bola jaring yang hebat dan mereka menjadi pemain bola jaring.

Selepas itu, setiap tahun mengadakan sukan sekolah bagi menonjolkan bakat
murid dalam sukan. Pada tahun 2013, si sekolah SJKT Ladang Senama mengadakan
sukan sekolah secara besar-besaran. Beliau telah menjemput En. Muraly Dharan a/l
Mahdhavan Nayar, Penyelia Pengurusan Sek. Rendah (Murid) dari PPD Jempol
Jelebu untuk hadir bagi merasmikan pembukaan Temasya Sukan Tahunan
sekolah.Yang Berhormat En.Manickam a/l Letchuman, Exco Hal Ehwal Perladangan,
Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam, bagi merasmikan majlis
penutupan temasya sukan sekolah 2013.xii
980709-05-5276

3.2.2 Program Persatuan dan kelab


3.2.1 Program poojai saraswathy

Setiap tahun SJKT ladang Senama meraikan poojai Saraswathy.Hari


raya Saraswati adalah hari yang penting bagi umat hindu, khususnya bagi siswa sekolah
dan penggelut dunia pendidikan kerana Umat Hindu mempercayai hari Saraswati
adalah turunnya ilmu pengetahuan yang suci kepada umat manusia untuk
kemakmuran, kemajuan, perdamaian, dan meningkatkan keberadaban umat manusia.
Hari raya Saraswati diperingati setiap enam bulan sekali, tepatnya pada hari Saniscara
Umanis wuku Watugunung. xiii

3.2.2 Perayaan ponggal

Setiap tahun SJKT Ladang Senama melaksanakan perayaan ponggal. Ponggal


ialah‘masa menuai’ menandakan masa untuk orang Tamil tuai hasil tanaman dan
disambut pada permulaan bulan ‘Thai’ mengikut kalendar Tamil. Perayaan Pongal
biasanya diraikan setiap pertengahan bulan Januari bagi meraikan Uttarayan atau
pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut agama Hindu. Perayaan ini
disambut selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas
sambutan Deepavali dan Thaipusam.Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari
kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki untuk memperoleh makanan dan
air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga
membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga. Penyediaan
juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali
masakan asli nenek moyang mereka.xiv Tujuan mengadakan di sekolah ialah bagi
mengajar cara membuat agama kepada murid-murid.

3.2.3 Kelab sejarah melaksanakan Hari Kemerdekaan

Setiap tahun SJKT Ladang Senama melaksanakan Hari kemerdekaan.tujuan


melaksanakan memupuk semangat patriotik atau semangat cintakan tanah air dalam
kalangan pelajar. Selain itu, memupuk semangat perpaduan.
980709-05-5276

3.2.4 Program Badan beruniform


3.2.4.1 Kem pengakap di sekolah
3.2.4.2 Kem motivasi

Bertujuan untuk memupuk semangat berdisiplin dalam kalanga pelajar. Hal ini
terjadi demikian kerana peserta perlu mematuhi peraturan dan arahan yang
ditetapkan. Sebagai contohnya, ketika dalam latihan kawad kaki, setiap anggota harus
mematuhi arahan ketua pasukan masing-masing sehingga memiliki rentak yang sama
semasa bergerak semangat berdisiplin ini akan terbawa-bawa dalam kehidupan
mereka sehingga tidak melanggar peraturan dan bertanggungjawab terhadap setiap
perbuatan sendiri.
980709-05-5276

4.0 Lampiran

Pada tahun 2011 sukan sekolah iaitu ‘Temasya Sukan Sekolah’ bersama denga Encik
Manickam.
980709-05-5276

Pencapaian bola sepak peingkat daerah dan 2 orang pelajar menajadi pemain yang
hebat serta Encik Yogalingam menjadi jurulatih begi peringkat negeri.

Poojai saraswaathy pada tahun 2015 di sekolah SJKT Ladang Senama


i
Nota Hjung

http://repository.upi.edu/10810/2/t_pmp_0909014_chapter1.pdf
ii
Temu bual Pn.Safinah Bt Abdullah
iii
ARKIB : 24/10/2011Transformasi Kokurikulum Kebangsaan Oleh HASHNAN ABDULLAH
iv
www.moe.gov.my/arkib/pengurusan-kokurikulum

v
Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11 (Tambahan No. 41), Perundangan (A)/P.U.(A)
196 bertarikh 21 Mei 1998.

vi
Perkataan daripada Akta Pendidikan 1996[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan)
Pendidikan 1997]

vii
Temu bual daripada Encik Yogalingam
viii
Temu bual Encik Yogalingam
ix
Haji Gapor Ahmad, “Kejurulatihan dan sains sukan”(Kuala Lumpur : Utusan publication and
distributors sdn bhd, 2007), 5.
x
Zaitie Satibi, “Perkasa peribadi pelajar”, Harian metro (Selangor), 26 Mac 2017,6.
xi
https://enkalang90.wordpress.com/kejurulatihan/ciri-ciri-dan-peranan-jurulatih/
xii
http://sjktladangsenama.blogspot.my/
xiii
https://pmhdwarmadewa.wordpress.com/2012/01/05/makna-dan-inti-perayaan-hari-raya-saraswati/
xiv
http://www.1malaysia.com.my/en/news-articles/pesta-pongal

You might also like