Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN 100


HUBUNGAN ETNIK
MPU3122

Nama : NADHIR EZZANI BIN IZUDDIN


Angka Giliran : 2020202340166
No. Kad Pengenalan : 011029080977
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2020
Kumpulan/Unit : T3S3.02
Nama Pensyarah Kursus: PUAN AMALINA BINTI SUHAIMI
ENCIK MOHD FAZIL BIN MUSA

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran


Kuiz 12 Jun 2023 15 Jun 2023

Penulisan Ilmiah 12 Jun 2023 29 Jun 2023

Pembentangan 26 Jun 2023 29 Jun 2023

Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T.
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya telah diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan
ini. Dengan melaksanakan tugasan ini, banyak perkara baharu yang dapat saya pelajari dan
banyak maklumat tambahan yang saya peroleh.

Selain itu, disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi
subjek MPU3122 Pentaksiran Berterusan Hubungan Etnik iaitu En. Ahmad Tarmizi Bin Salleh dan
Dr. Mohd Sawari Bin Rahim kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagi
menyiapkan kerja kursus ini dan juga banyak membantu saya dalam proses pelaksanaan tugasan
ini. Bimbingan dan tunjuk ajar beliau amat saya hargai kerana tanpa bantuan beliau pastinya saya
tidak akan mampu melaksanakan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu
saya dalam rujukan, pengajaran dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka banyak berkongsi
maklumat dan membantu saya sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan baik
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN INEGRASI NASIONAL

2.1 KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYSIA


2.2 INTEGRASI NASIONAL

3.0 JUSTIFIKASI PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAPAT MEMANTAPKAN INTEGRASI


NASIONAL

4.0 PENUTUP

5.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan dipenuhi dengan pelbagai
keunikan budaya dan peradaban. Rata-rata masyarakat di Malaysia dipelopori oleh tiga
kaum utama iaitu melayu, cina dan india. Selain itu, terdapat juga kaum-kaum unik yang
lain seperti sikh, serani, bidayuh dan sebagainya yang menjadi simbolik keunikan
kepelbagaian bangsa di Malaysia. Walaupun peratus kependudukan lebih banyak
didominasi oleh kaum melayu, tetapi masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan aman
dan harmoni tanpa menimbulkan isu perkauman yang besar. Sikap hormat-menghormati
dan menghargai perbezaan antara satu sama lain yang diterapkan sangat memainkan
peranan dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan damai. Kerajaan Malaysia telah
menetapkan penentuan budaya Malaysia dalam penerbitan Dasar Kebudayaan Negara,
1971 yang mendefinisikan tiga prinsip perpaduan sebagai garis panduan dalam
pembentukan budaya di Malaysia. Garis panduan yang dibuat berdasarkan penerimaan
konsep dan budaya masyarakat di Malaysia tanpa menyentuh isu sensitiviti sesebuah
perkauman menjadi kayu ukur kepada pembentukan negara sejahtera. Justeru, dalam
penulisan ini akan membincangkan tentang bagaimana hubungan etnik dan perlembagaan
Malaysia dapat memupuk kepada pembentukan integrasi nasional.

2.0 KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN INTEGRASI NASIONAL

2.1 KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang bagi setiap negara yang


merdeka dan berdaulat. Pada asasnya perlembagaan merupakan peraturan dan norma-
norma tertentu yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan dalam sesebuah
masyarakat atau negara dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa
dalam pentadbiran negara. Menurut Mohamad (2013), Perlembagaan berperanan penting
terhadap 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan di Malaysia. Dibawah Bahagian
Enam Perlembagaan Persekutuan, diantara ciri utama Perlembagaan adalah mengenai
pembahagian kuasa antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Selain itu, ianya
memperuntukkan dengan jelas aspek berkaitan kewangan, tanah dan sumber asli yang
berkaitan dengan kuasa Negeri dan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga telah
menggariskan dengan jelas dan terperinci tentang pembahagian kuasa perundangan antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Menurut Bari (2008) pula menyatakan bahawa Perlembagaan adalah satu garis
panduan atau kayu ukur kepada segala tindakan dan undang-undang. Misalnya, bidang kuasa
yang telah digariskan dibawah bidang kuasa Badan Perundangan Negeri maka Parlimen tidak
mempunyai kuasa ke atas undang-undang tersebut kerana telah dinyatakan didalam
Perlembagaan. Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada dua jenis iaitu perlembagaan
bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan yang digunapakai oleh Malaysia adalah
perlembagaan bertulis dan badan perundangan kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa
daripada perlembagaan. Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara
dan 13 jadual. Secara kesimpulannya , perlembagaan Malaysia menyentuh mengenai bidang
kuasa ekskutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama islam, kewarganegaraan, bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera, di Sabah Sarawak dan
sebagainya. Ciri-ciri ini telah mengambarkan Malaysia sebuah negara demokrasi (Hazizi,
2020). Akhir sekali, Negara yang mengutamakan nilai kerohanian dan keagamaan akan
memuatkan perkara berkenaan agama di dalam perlembagaan serta perlembagaan menjadi
asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.

2.2 KONSEP INTEGRASI NASIONAL

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan
kepercayaan, kerajaan Malaysia telah membentuk satu dasar yang dikenali sebagai integrasi
nasional dalam usaha mengekalkan perpaduan masyarakat berbilag kaum. Kamus Dewan
Edisi Keempat memperihalkan perpaduan sebagai suatu perihalan atau proses
penggabungan dan kesepakatan yang menjadi satu. Integrasi pula membawa maksud
penggabungan atau pergabungan dua atau lebih kaum yang membentuk satu kesatuan.
Manakala Integrasi Nasional pula didefiniskan sebagai satu proses yang menyatupadukan
kepelbagaian kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu
identiti yang sama. Justeru, di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini,
pihak kerajaan amat menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Integrasi Nasional pada asasnya adalah
suatu usaha memupuk kesefahaman dan perpaduan antara kaum.
Sesebuah negara tidak akan berjaya sekiranya masyarakatnya hidup dalam keadaan
berpecah belah. Hal ini kerana, kesepaduan antara kaum sangat diperlukan dalam
membentuk kestabilan sosio-politik. Idea Integrasi Nasional telah lama diperkenalkan dan
diubah menjadi Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional sebagai langkah dalam
mengukuhkan lagi perancangan serta hasrat kerajaan pada ketika itu. Pelan ini dilaksanakan
dalam 5 tahun yang dimulai pada tahun 2006. Dalam Pelan Tindakan tersebut pelbagai
masalah telah dikenal pasti dan perancangan untuk mengatasi masalah tersebut telah
dirangka serta berjaya dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Sehubungan dengan itu,
Integrasi Nasional merupakan perkara yang amat penting dalam membentuk negara yang
harmoni dengan persekitaran masyarakat yang berbagai kaum dan kepercayaan.

3.0 JUSTIFIKASI PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAPAT MEMANTAPKAN INTEGRASI


NASIONAL

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi negara dan


telah menjadi asas kepada pembentukan negara ini serta identiti rakyat Malaysia. Sejarah
penggubalan Perlembagaan Persekutuan perlu dihayati dan difahami oleh semua rakyat
kerana melibatkan tolak ansur, kompromi dan pengorbanan semua pihak serta berlandaskan
proses persetujuan timbal balik atau perkongsian kuasa antara pelbagai etnik. Antara lima
(5) perkara asas (grundnorm) yang telah dipersetujui dalam pembentukan pelantar integrasi
ialah penerimaan beberapa perkara asas yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan, laitu:

• Perkara 3(1): Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
• Perkara 152(1): Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi,
namun bahasa ibunda kaum lain boleh diajar dan digunakan.
• Perkara 153: Kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan
Sarawak dilktiraf namun kepentingan kaum lain juga dilindungi.
• Perkara 181: Kedaulatan Raja-Raja Melayu dijunjung.
• Bahagian III: Hak kewarganegaraan diberikan kepada mereka yang mempunyai
kelayakan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Segala perlembagaan kerjaan yang termaktub tidak boleh diubah dan dipinda.
Oleh itu, perlembagaan berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang
dan turut bermatlamat dalam memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat. Hal ini
juga berkait rapat dengan integrasi nasional bagi usaha memantapkan lagi integrasi nasional
melalui pemantapan Perlembagaan Malaysia. Justeru itu, perkara-perkara yang diatas
menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan
rakyat Malaysia. Kesemua perkara tersebut berkait rapat seperti yang dikatakan Abdul Aziz
(2001), pengekalan satu unsur bermakna pengekalan unsur-unsur yang lain seperti aur
dengan tebing.

3.1 BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Malaysia merupakan istilah yang salah, sebaliknya ‘Bahasa Melayu’


merupakan istilah yang lebih tepat dan termaktub dalam perlembagaan dalam Perkara 152
(1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Hal ini kerana di
Amerika mereka memanggil bahasa Inggeris sebagai bahasa Inggeris bukan bahasa Amerika
disebabkan majoriti penduduk itu berbangsa Inggeris. Jadi konsep penggunaan istilah
tersebut perlu dijelaskan kepada semua rakyat Malaysia agar tidak berlaku kekeliruan antara
kaum. Bahasa Melayu penting sebagai bahasa rasmi di Negara kita bagi mewujudkan satu
keharmonian antara kaum.
Bahasa merupakan suatu alat untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan
penyampaian itu mempunyai makna dan difahami oleh pendengar. Cuba bayangkan
sekiranya rakyat Malaysia tidak menguasai Bahasa Melayu, adakah mereka dapat
berkomunikasi antara etnik lain yang mempunyai bahasa mereka yang tersendiri seperti
bahasa Cina, India, Iban dan sebagainya. Kepelbagaian bahasa yang tidak difahami secara
meluas antara satu sama lain boleh menimbulkan salah faham yang akhirnya menjurus
kepada ketegangan dan konflik (Nazri, 2011). Selain itu, Bahasa Melayu juga menjadi satu
lambang penyatuan dan jati diri semua kaum di negara ini selaras dengan prinsip “Bahasa
Jiwa Bangsa”. Melalui kesatuan dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dapat menyatupadukan pelbagai etnik serta dapat memupuk integrasi nasional dalam
kalangan rakyat Malaysia.

3.1 RAJA BERPELEMBAGAAN

Menjelang kemerdekaan, sistem pemerintahan Raja mutlak telah dimansuhkan dan


diperkenalkan sistem berkerajaan dan bernegara yang menggabungkan Institusi Raja dengan
institusi rakyat berasaskan konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
Kedaulatan Raja diberikan wajah yang baru dengan dirangkaikan suara rakyat dalam satu
ikatan murni. Pentingnya Institusi Raja dapat dilihat dengan jelas dan nyata termaktub di
dalam perlembagaan Malaysia. 10 peratus iaitu 19 dari 183 perkara di dalam Perlembagaan
Persekutuan adalah perkara-perkara berkaitan Raja yang berperanan penting dalam struktur
kerajaan dan struktur Negara Bangsa. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sering hangat
dibicarakan dalam soal menjaga kepentingan kaum di negara ini. Ramai yang silap
memahami perlembagaan tesebut dengan menyangka ianya khusus untuk melindungi hak
etnik melayu sahaja tetapi turut menjaga hak orang bukan etnik melayu. Ini jelas disebut
daklam Perkara 135 (1) iaitu, menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk
melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri
Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
Ini bermaksud, Raja bukan hanya Raja kepada sesuatu bangsa atau golongan tertentu
sahaja. Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada
setiap warga tanpa mengira kaum, agama dan politik. Selain daripada melaksanakan kuasa
yang diperuntukkan oleh Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong juga menjadi lambang
perpaduan masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik.
Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa menganggapkan Baginda sebagai
pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik di Malaysia Justeru pihak yang sering
beprovokasi mengenai perkara ini perlu segera dibendung kerana dapat membangkitkan api
permusuhan etnik. Kesemua etnik di Malaysia bebas tidak kira bangsa dan agama untuk
menikmati kekayaan seluas-luasnya di atas bumi bertuah ini. Terkadang ada perkara yang
dilebihkan kepada kaum melayu atas disebabkan faktor tertentu bukan atas dasar diskriminasi
dan sebagainya. Bila kita kembali ke sejarah asal dirangka perkara itu, keistimewaan Melayu
ini diberi kerana kita iktiraf warga bangsa lain sebagai rakyat negara kita, inilah yang
kemudiannya dikenali kontrak sosial. Oleh itu, kepentingan raja berpelembagaan sangat
penting untuk membantu memupuk integrasi nasional dalam kalangan etnik supaya dapat
lebih bertolak ansur dan bertolenrasi dalam menjalani kehidupan.

3.3 KEPELBAGAIAN AGAMA (AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI)

Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa Islam ialah


agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
di manamana Bahagian Persekutuan. Ketetapan Islam sebagai agama bagi Persekutuan di
dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu kebetulan yang dilakukan secara tidak
sengaja oleh mereka yang merundingkan Kontrak Sosial lebih lima puluh tahun yang lampau.
Ia adalah pernyataan tegas oleh semua yang telah berperanan merundingkan proses
kemerdekaan. Ia adalah rumusan yang telah mengambil kira latar belakang sejarah, dinamika
budaya tempatan, ciri-ciri ketamadunan dan ketatanegaraan di Persekutuan Tanah Melayu.
Ketetapan ini tidak pernah menolak keperluan mana-mana anggota masyarakat yang lain
untuk menghayati mana-mana agama yang menjadi anutannya (Abdul Aziz, 2005).
Melalui perlembagaan perkara 3 dapat kita fahami bahawa wujudnya kebebasan yang
meluas untuk kesemua etnik menganut agama lain menurut pegangan masing-masing. Selain
itu, perlembagaan ini memberi jaminan kepada orang bukan Islam untuk mengamalkan
kepercayaan mereka secara aman tanpa sebarang gangguan. Contohnya Melayu
kebanyakannya beragama Islam, Cina beragama budha, India beragama Kristian dan
sebagainya. Kesemua Etnik ini bebas menganut agama tanpa sebarang halangan dan
sekatan dari pihak bberkuasa mahupun rakyat tempatan. Jika kita lihat di Negara lain, betapa
banyak etnik yang beragama minoriti ditindas seperti di Uyghur, Bosnia dan China. Mereka
yang beragama Islam diseksa kerana mengamalkan agama tersebut tanpa sebarang belas
kasihan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan sangat
mementingkan hak pelbagai etnik yang menganut agama selain Islam. Meskipun termaktub
agama islam sebagai agama bagi persekutuan, namun ia tidak menjejaskan dan
mendatangkan mudarat kepada yang beragama lain. Perkara penting perlu sentiasa
diingatkan kepada semua etnik di Malaysia ialah menjaga sensitiviti agama dan menghindari
sebarang provokasi yang dapat menimbulkan permusuhan. Dengan adanya Perlembagaan
Persekutuan Perkara 3 iaitu agama Islam sebagai agama persekutuan, usaha untuk
memupuk integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia dapat direalisasikan dengan
jayanya.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, perbezaan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat bukanlah


menjadi halangan dalam mewujudkan kehidupan persekitaran yang harmoni. Sebaliknya,
kepelbagaian dan keunikan itu sendiri yang mewarnai kehidupan dalam bermasyarakat. Tiada
halangan dalam mencuba dan mengenali budaya kaum lain selagi mana tidak menyalahi
kepercayaan dan pegangan agama seseorang indidividu. Dasar perlembagaan yang
dibincangkan dalam penulisan ini menunjukkan bahawa ia sangat mempengaruhi
pembentukan integrasi nasional dalam masyarakat di negara Malaysia. Justeru, hubungan
etnik dan perlembagaan sangat berhubungkait dalam usaha mewujudkan integrasi nasional.
5.0 RUJUKAN

Laporan Tahunan Perpaduan 2018: Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional.

Jabatan Perdana Menteri.

https://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/Laporan%20Tahunan%20PERPADUAN%202
018.pd f

Nazri Muslim, Zaharah Hassan & Abdul Latif Samian. (2011). Bahasa Melayu dalam
perlembagaan Persekutuan: Kedudukan dan Peranannya dalam Konteks Komunikasi
perpaduan. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 29(1):103
120

Abdul Aziz Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Jabatan Penerangan Malaysia. (2019) Perlembagaan Malaysia . Portal Rasmi Kerajaan


Malaysia. Diakses pada 1 Julai 2023 daripada
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30109?language=my

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet. 4., tahun
2010.

Bari, A. (2008). Institusi dan Isu Perlembagaan. In B. Aziz. Perlembagaan Malaysia Teori &
Praktis (pp. 111-130). Arah Publications.

Mohamad, N. (2013). Kedudukan Tanah dan Sumber Hasil Menurut Perlembagaan


Persekutuan Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 25(1), 22-25.

Mohamad, H., & Rahman (2020). Relevansi Konsep Negara Islam: Pelaksanaanya Dalam
Sistem Demokrasi Malaysia. Jurnal Peradaban Islam, 1 (1), 145-161.

Khoo & Kay Kim. 2007. The Making of Malaya, 1946-1955: The Fruits of Ethnic
cooperation.Dalam Voon Phing Keong (Ed). Malaysian Chinese and Nation Building:
before Merdeka and FiftyYears After. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian
Studies.
Kementerian Perpaduan Negara,
www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Perpaduan_Negara-
1.pdf. Accessed 4 July 2023.

You might also like