Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan Tahun 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SK SUNGAI TELOR

81900, KOTA TINGGI JOHOR

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2023

Anjuran :

Unit Kokurikulum SK Sungai Telor

Dengan Kerjasama :

Panitia Sejarah , Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Pendidikan Seni Visual,, Panitia Sains, Panitia Agama,
Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Panitia Muzik, Prasekolah,
PIBG & KSIB SK Sungai Telor
1.0 PENDAHULUAN

Unit Kokurikulum dan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Pendidikan Seni Visual,, Panitia Sains, Panitia Agama, Panitia Pendidikan

Jasmani Dan Kesihatan, Panitia Muzik, Prasekolah, Panitia Sejarah SK sungai Telor dengan kerjasama AJK PIBG dan KSIB akan menganjurkan aktiviti bulan

kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Sungai Telor. Justeru, pihak penganjur akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan

Hari Kemerdekaan Ke-66 bertemakan “Malaysia MADANI, Tekad Perpaduan”. Sambutan bulan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan

semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan

daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk

semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru serta ibu bapa.

2.0 MATLAMAT

1
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan

guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Telor serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan

perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pelbagai pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil

bakat terpendam murid-murid SK Sungai Telor secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama

baik SK Sungai Telor di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3.0 OBJEKTIF

Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Sungai Telor ini mempunyai pelbagai objektif yang dapat diharapkan, antaranya :

i. 3.1 Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah, pemimpin seterusnya kepada negara.

ii. 3.2 Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab

kepada sekolah, pemimpin dan negara.

iii. 3.3 Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan

menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. 3.4 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.

v. 3.5 Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih atas jasa-jasa mereka.

4.0 PENGANJURAN

Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Sungai Telor ini akan dianjukan oleh Unit Kokurikulum dan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa

Inggeris, Panitia Pendidikan Seni Visual,, Panitia Sains, Panitia Agama, Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Panitia Muzik, Prasekolah, Panitia Sejarah

SK sungai Telor dengan kerjasama AJK PIBG dan KSIB.

5.0 TARIKH

Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Sungai Telor ini akan diadakan bermula dari 20 Ogos 2023 hingga Majlis Penutupan Bulan

Kemerdekaan pada 19 September 2023.

2
6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Seri Sungai Telor. (Termasuk guru dan murid Pra Sekolah)

7.0 KOS

Anggran kos yang diperlukan dalam perlaksanaan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Sungai Telor adalah , RM 758 (Ringgit Malaysia :

Tujuh Ratus Lima Puluh Lapan Sahaja)

8.0 SUMBER KOS

8.1 Peruntukkan Panitia

8.2 Peruntukkan Kokurikulum

8.3 Sumbangan PIBG

8.4 Sumbangan individu

9.0 PERINCIAN KOS

Perkara Anggran Harga Catatan

1. Bunting pelancaran RM25 x 1 = RM25 2x5 kaki

2. Banner kemerdekaan RM48.00 6x3 kaki

2. Hadiah pertandingan kelas patriotik RM 20 x 9 = RM180 Hamper

3. Hadiah pertandingan poster merdeka RM 5 x 3 x 3 =RM45.00 Tahun 4-6

4. Hadiah pertandingan mewarna merdeka RM 5 x 3 x 6 =RM90.00 Pra-tahun 3

RM 5 x 3 x 4 =RM60.00
5. Pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan Tahun 3-6

6. Pertandingan pakaian beragam RM 5 x 10 =RM50.00 terbuka

7. Pertandingan foto keluarga merdeka RM 5 x 10 =RM50.00 terbuka

8. Pertandingan tulisan cantik RM 5 x 3 x 4 =RM60.00 Tahun 3-6

9. Pertandingan topeng merdeka RM 5 x 10 =RM50.00 terbuka

10. Pertandingan nyanyian solo kemerdekaan RM 5 x 10 =RM50.00 terbuka

11. Pertandingan basikal berhias RM 5 x 10 =RM50.00 terbuka

3
JUMLAH RM 758.00

10.0 JAWATANKUASA INDUK & AJK KERJA SAMBUTAN BULAN


KEMERDEKAAN PERINGKAT SK SUNGAI TELOR 2022

Penasihat 1 : Cikgu Rohayu Binti Abdul Rahim


(Guru Besar, SK Sungai Telor)

Penasihat 2 : En Abd Ramlee B Abd Rahman


(YDP PIBG)

Pengerusi : Cikgu Samsol Bin Mohd Fabilah


(GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi : Cikgu Nor Azman Bin Mahat


(GPK Pentadbiran)

Timb. Pengerusi 1 : Cikgu Normalili Binti Idris


(GPK Hal Ehwal Murid)

Timb. Pengerusi 2 : Puan Haliza Binti Esmiran


(Pengerusi KSIB)

Penyelaras : Cikgu Anbalagan Devar A/L Devarajah


(Ketua Panitia Sejarah)
Bendahari : Cik Nurul Ainie Binti Zakaria
(Pembantu Tadbir)

AJK Kerja :

Penyambut tetamu : Barisan pentadbir

Juruacara : Cikgu Nur Fathin Nabilah Binti Mohamad


Cikgu Nurafiqah Binti Zulkafli

Bacaaan Doa : Cikgu Mohd Firas Bin Khama

Gimik pelancaran : Cikgu Fairul Hassran Bin Samsudin


Cikgu Anbalagan Devar a/l Devarajah

Persembahan : Cikgu Nora Natasha Binti Mohd Bari


Cikgu Salwa Binti Abd Wahid
Cikgu Nurafiqah Binti Zulkafli
Cikgu Azlinda Binti Mohd Norudin

Persiapan pentas : Cikgu Nonalizah Binti Mohamed Noh

4
Cikgu Khadijah Binti Musa
Cikgu Yusazrin Bin Kasiron
Hadiah dan : Cikgu Khatijah Binti Mat Seman
Cenderamata Cikgu Hajah Nora’ini Binti Haji Mohd Nor
Cikgu Mazila Binti Yahya
Pn Nor Eddawati Binti Sabran
Jurugambar : Cikgu Fairul Hassran Bin Samsudin

Dokumentasi Cikgu Mohd Firas Bin Khama

PA Sistem : Cikgu Siti Azura Binti Ahmad

Disiplin dan : Guru bertugas


Keselamatan

Buku program : Cikgu Nur Fathin Nabilah Binti Mohamad

Jamuan : Cikgu Mazila Binti Yahya


Cikgu Hajah Nora’ini Binti Haji Mohd Nor

GIMIK & PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERTANDINGAN KELAS PATRIOTIK


1) Cikgu Fairul Hassran Bin Samsudin (K) 1) Cikgu Hajah Noraini Bt Mohd Nor (K)
2) Cikgu Azura Binti Ahmad 2) Cikgu Nonalizah Bt Mohamed Noh
3) Cikgu Anbalagan Devar a/l Devarajah 3) Cikgu Salwa Binti Wahid

PERTANDINGAN POSTER MERDEKA PERTANDINGAN MEWARNA KEMERDEKAAN


1) Cikgu Nonalizah Bt Mohamed Noh (K) 1) Cikgu Khatijah Binti Mat Seman (K)
2) Cikgu Siti Azura Binti Ahmad 2) Pn Nor Eddawati Binti Sabran
3) Cikgu Khadijah Binti Musa 3) Cikgu Nurafiqah Binti Zulkafli

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM

1) Cikgu Mohd Firas Bin Khama (K) 1) Cikgu Azlinda Bt Mohd Norudin (K)
2) Cikgu Hajah Noraini Bt Mohd Nor 2) Pn Noor Edawati Sabran
3) Cikgu Siti Azura Binti Ahmad 3) Cikgu Anbalagan Devar A/L Devarajah

PERTANDINGAN MERDEKA SPORTS TAYANGAN FILEM

1) Cikgu Yusazrin Bin Kasiron (K) 1) Cikgu Azura Bt Ahmad (K)


2) Cikgu Nurafiqah Binti Sabran 2) Cikgu Nur Afiqah Bt Zulkafli
3) Cikgu Nora Natasha Binti Mohd Bari 3) Cikgu Mazila Binti Yahya
4) Cikgu Azura Binti Ahmad
5) Cikgu Alauddin Bin Musa
6) Cikgu Fairul Hassran Bin Samsudin

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KEMERDEKAAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

1) Cikgu Nur Fathin Nabilah Binti Mohamad 1) Cikgu Anbalagan Devar a/l Devarajah (K)

5
2) Cikgu Mohd Firas Bin Khama 2) Cikgu Nonalizah Bt Mohamed Noh
3) Cikgu Yusazrin Bin Kasiron 3) Cikgu Salwa binti Abd Wahid
4) Nora Natasha Binti Mohd Bari

PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KEMERDEKAAN

1) Cikgu Anbalagan Devar a/l Devarajah 1) Cikgu Nur Fathin Nabilah Binti Mohamad
2) Cikgu Nonalizah Bt Mohamed Noh 2) Cikgu Mohd Firas Bin Khama
3) Cikgu Salwa binti Abd Wahid 3) Cikgu Yusazrin Bin Kasiron

11.0 JADUAL PERLAKSANAAN

BIL AKTIVITI SASARAN TEMPAT TARIKH

- Semua guru -23 ogos


1 Majlis pelancaran bulan kemerdekaan -Dataran perhimpunan
- Semua murid 2022 (selasa)

- Semua guru /
Menghias kawasan sekolah sempena bulan -Sepanjang bulan
2 staff -Sekitar kawasan sekolah
kemerdekaan kemerdekaan
- AJK KSIB

- Kelas tahap 1 - Kelas tahap 1


-23 ogos hingga 22
3 Pertandingan kelas patriotik - Kelas tahap 2 - Kelas tahap 2
september 2022
- Kelas prasekolah - Kelas prasekolah

- Kelas tahap 1 -1 september 2022


4 Tayangan perdana filem patriotic -Bilik tayang
- Kelas tahap 2 (khamis)

- Kelas tahap 2 - Kelas tahap 2


5 Pertandingan poster merdeka -Waktu PSV

6 Pertandingan mewarna merdeka -Kelas tahap 1 -Kelas tahap 1 -waktu PSV

7 Pertandingan mewarna merdeka -Kelas prasekolah -Kelaas prasekolah -waktu PDPC

6
-15 september 2022
8 Pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan - Terbuka tahun 1 hingg tahun 6 -Bilik tayang
(khamis)

-Terbuka prasekolah hingga


9 Pertandingan pakaian beragam -Bilik tayang -25 september 2022 (ahad)
tahun 6

- Ahli keluarga warga SK Sungai -22 september 2022


10 Pertandingan foto keluarga merdeka -Rumah masing-masing
telor (khamis)

- Kelas tahap 2 -Sepanjang PDPC Bahasa


11 Pertandingan tulisan cantik -Kelas masing-masing
melayu

12 Pertandingan topeng merdeka -Tahap 1 -Kelas masing-masing -Semasa PDPC PSV

-Terbuka prasekolah hingga -20 september 2022


13 Pertandingan nyanyian solo kemerdekaan -Bilik tayang
tahun 6 (selasa)

14 Pertandingan basikal berhias -Terbuka -Dataran perhimpunan -25 september 2022 (ahad)

-15 september 2022


15 Doa untuk Malaysia -Semua warga SK Sungai Telor -Bilik tayang
(khamis)

-20 september 2022


16 Senamrobik merdeka -Semua warga SK Sungai Telor -Dataran perhimpunan
(selasa)

17 Majlis penutup bulan kemerdekaan -semua warga SK Sungai Telor -Dataran perhimpunan -25 september 2022 (ahad)

7
12.0 PERINCIAN PERLAKSANAAN

12.1 MAJLIS PELANCARAN & GIMIK SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2022

A) Sasaran : Semua murid

B) Tarikh : 23 Ogos 2022

C) Tindakan : AJK Kerja / Penyelaras / Guru Bertugas Mingguan.

D) Tentatif :

MASA PERKARA

7.20 pagi Guru, AJK PIBG dan murid berkumpul di depan kelas tahun 6

Perarakan masuk kontiken perbarisan ke tapak perhimpunan


7.30 pagi
Nyanyian lagu (Bangsa Johor, Negaraku, sekolah)

7.35 pagi Bacaan Doa

7.40 pagi Ucapan guru penyelaras program, Cikgu Anbalagan Devar a/l Devarajah

Ucapan Guru Besar, Cikgu Rohayu binti Abdul Rahim


7.45 pagi
Ucapan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh YDP PIBG SK Sungai Telor, Encik Abd Ramlee bin Abd Rahman

7.50 pagi Gimik Pelancaran

7.55 pagi Nyanyian lagu patriotik

8.00 pagi Bersurai

13.0 PENUTUP

8
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sungai Telor ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi

meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan

mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan murid dan guru sekolah ini. Warga SK Sungai Telor juga diharap dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi

semasa program itu nanti di samping memupuk budaya sayangi Negara

Disediakan oleh :

………………………………………………..
ANBALAGAN DEVAR A/L DEVARAJAH
Setiausaha Kokurikulum,
Merangkap Ketua Panitia Sejarah,
SK Sungai Telor

Disemak oleh :

………………………………….
SAMSOL BIN MOHD FABILAH
GPK Kokurikulum,
SK Sungai Telor

Disahkan oleh :

………………………………….
ROHAYU BINTI ABDUL RAHIM
Guru Besar,
SK Sungai Telor

You might also like