Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Mahkamah (Jawi: ‫ )محکمه‬ialah tempat awam dan rasmi di mana seseorang mendapat penyelesaian

yang adil dalam suatu perselisihan baik dalam hal sivil, buruh, administratif,
dan kriminal berdasarkan undang-undang yang sedia ada (lalu turut diberi nama pengadilan dalam
konteks pentakrifan yang abstrak). Kekuasaan melaksanakan pengadilan ini diberikan melalui
suatu bidang kuasa (jurisdiksi atau yurisdiksi) yang tertakluk dalam kawasan tertentu.[1]
Dalam negara dengan sistem common law, insitusi ini merupakan cara utama untuk penyelesaian
perselisihan, dan umumnya dierti bahawa semua orang memiliki hak untuk membawa dakwaan
sendiri ke pengadilan, malah , pihak yang tertuduh melakukan suatu jenayah memiliki hak untuk
meminta perlindungan di pengadilan ini.

Sistem kehakiman Malaysia (Jawi: ‫ )سيسمت کحاکمين مليسيا‬sebagai sebuah negara persekutuan tiga belas
negeri meletakkan hampir semua kuasa pada sistem mahkamah persekutuan ia. Sistem tersebut
terbahagi kepada dua iaitu mahkamah tinggi dan mahkamah rendah.
Mahkamah-mahkamah rendah termasuklah mahkamah majistret dan mahkamah sesyen, manakala
yang tinggi adalah mahkamah tinggi di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak serta Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi dan mahkamah terakhir untuk membuat
rayuan. Mahkamah Persekutuan pada awalnya dikenali sebagai Mahkamah Agung tetapi digantikan
selepas 24 Jun, 1994.
Sistem Kehakiman di Malaysia bercirikan dwialiran dengan satu aliran melibatkan undang-undang
sivil dan satu aliran lain mengadili perkara berkaitan dengan undang-undang
Islam melalui Mahkamah Syariah.

Mahkamah Tinggi[sunting | sunting sumber]


Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua
Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada
Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.

You might also like