Syarat Dan Format Pertandingan Pembentangan Konvensyen Celik Kewangan Kelab Dan Persatuan SM Dan SR Kebangsaan 2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KONVENSYEN CELIK KEWANGAN ANJURAN

BSKK DENGAN KERJASAMA JPN SELANGOR, BSN DAN EVO MALL, BANGI

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di sekolah


bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

2. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.

3. Peserta terdiri daripada murid Tahap 2 sekolah rendah (Tahun 4-6) dan semua
murid sekolah menengah (Tingkatan 1-5)

4. Jumlah murid yang terlibat hendaklah empat (4) orang peserta bagi setiap pasukan
bersama seorang guru pengiring.

5. Peserta yang terlibat dengan sesi pembentangan perlu memakai uniform rasmi
sekolah.

6. Projek atau amalan terbaik yang dipertandingkan dalam Konvensyen Celik


Kewangan Kelab dan Persatuan Kebangsaan 2023 hendaklah mengikut tema
KEUSAHAWANAN MADANI.

7. Skop: Pasukan boleh memilih sekurang-kurangnya satu daripada enam (6)


elemen standard Celik Kewangan
CK1: Wang. Sumber Pendapatan dan Kerjaya
CK2: Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan
CK3: Pengurusan dan Perancangan Kewangan
CK4: Simpanan dan Pelaburan
CK5: Pengurusan Kredit dan Hutang
CK6: Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans

8. Penyertaan konvensyen ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran
daripada ibu bapa. Borang penyertaan perlu dihantar kepada JPN Pengelola
mengikut tarikh yang ditetapkan bersama sama sinopsis pembentangan projek
inovasi.

1|Page
FORMAT PERTANDINGAN

1. Terdapat dua (2) kategori yang dipertandingan iaitu Kategori Sekolah Rendah dan
Kategori Sekolah Menengah.
2. Pertandingan dijalankan dalam bentuk pembentangan berkumpulan.
3. Peserta dikehendaki membentangkan projek dalam tempoh 10-15 minit.
4. Masa lima (5) minit diperuntukan untuk sesi soal jawab selepas selesai
pembentangan.
5. Pembentangan hendaklah menggunakan bahasa Melayu.
6. Laporan projek perlu dihantar kepada urus setia dua minggu sebelum tarikh
pertandingan dilaksanakan.
7. Projek yang dibentangkan mestilah sama tanpa sebarang perubahan dalam laporan
ketika sesi pembentangan.

FORMAT LAPORAN PERTANDINGAN


1. Penyediaan laporan projek mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan:
a. jenis font: Arial;
b. saiz font: 12; dan
c. double spacing.
2. Kandungan laporan projek adalah seperti berikut:

Perkara Penerangan

Muka Depan/ Nyatakan tajuk projek, nama peserta dan institusi.


Tajuk

Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian (nyatakan


persoalan kajian hipotesis, metodologi/prosedur
kerja, hasil, analisis dan kesimpulan kajian).

Isi kandungan Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut


topik .Nombor muka surat diletakkan di bahagian
tengah atau hujung kiri setiap muka surat.

Pendahuluan Menyatakan kenyataan masalah disokong oleh


fakta, kumpulan sasaran, latar belakang projek.

Objektif kajian Objektif kajian dibuat bagi mengatasi masalah/isu.

Sorotan Tinjauan literatur tentang bidang yang berkaitan


literatur dengan kajian.
Perkara Penerangan

Metodologi/ Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan


Proses kajian yang digunakan, prosedur yang dijalankan. Carta alir
dan jadual boleh digunakan untuk memberi
gambaran bagaimana projek dihasilkan.

Data dan Hasil kajian, analisis kajian, tafsiran keputusan dan


pemerhatian hasil dapatan

Signifikasi Sumbangan kepada pengetahuan saintifik dan


projek Potensi komersial dan faedah kepada masyarakat
setempat.

Keputusan Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan


dan perlu dianalisis secara terperinci, membuat
perbincangan perbandingan antara nilai teori dan praktikal,
semakan data dalam jurnal dan sebagainya.
Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada serta
ringkasan perlu spesifik. Keberkesanan inovasi
dalam penyelesaian masalah yang dinyatakan
(sertakan bukti).

Rujukan Senarai rujukan hendaklah disertakan jika


melibatkan dokumentasi yang bukan hasil
persendirian mengikut format tertentu (contoh: tajuk
buku, artikel, jurnal, nama pengarang, tahun terbitan,
muka surat dsb).

Penghargaan Halaman ini mengandungi senarai nama, institusi,


penaja,dan rakan usaha sama lain yang telah terlibat
dalam menjalankan projek dalam satu cara atau
yang lain.

Lampiran Gambar rajah, gambar, foto, graf dan visual/imej


yang mempersembahkan maklumat bertulis dengan
tepat atau paparan keputusan eksperimen.
FORMAT PEMBENTANGAN
1. Wakil pasukan akan membentangkan projek penyelidikan secara bersemuka.
Peruntukan masa pembentangan 10 minit diikuti dengan sesi soal jawab
selama 5 minit bersama-sama panel penilai;
2. Media slaid pembentangan yang dibenarkan ialah Microsoft PowerPoint; dan
3. Kandungan slaid pembentangan adalah seperti berikut:
a. Pendahuluan;
b. Objektif;
c. Metodologi/Proses kajian;
d. Data dan pemerhatian;
e. Keputusan dan perbincangan;
f. Signifikansi projek;
g. Pembangunan projek masa depan; dan
h. Kesimpulan.

4. Pembentangan adalah mengikut kreativiti pasukan masing-masing mengikut

ketetapan format pertandingan.

5. Setiap pasukan dibenarkan bahan maujud projek atau bahan berkaitan sesuai

dengan pembentangan.

FORMAT POSTER
1. Penyediaan poster projek mestilah mengikut spesifikasi yang
ditetapkan:
a. Saiz A0; dan
b. Jenis font dan saiz font mengikut kesesuaian.
c. perlu hantar dalam format .pdf

You might also like