Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1

PENGENALAN

Selama latihan industri ini di jalankan, pelbagai pelajaran dari segi teori mahupun praktikal telah didedahkan kepada para pelajar termasuk untuk dijadikan sebagai pengalaman dan panduan pada masa hadapan. Disini latihan industri yang berjalankan selama tempoh 5 bulan, bermula dari 7 Julai 2011 hingga 4 Disember 2011.

Berikut adalah rumusan laporan berkenaan aktiviti semasa latihan industri yang telah diringkaskan berdasarkan laporan harian pelajar, di organisasi Telekom Malaysia Berhad. Ringkasan ini telah pelajar ringkaskan mengikut mingguan sepanjang tempoh latihan.

18

2.1.1

Minggu 1

(4 Julai 2011 - 8 Julai 2011)

Pelajar melaporkan diri di Wisma Telekom Malaysia, Seksyen 11, Shah Alam, Selangor pada 8.30 a.m. Di dalam surat tawaran ada menyatakan bahawa pelajar harus melaporkan diri dan berjumpa Puan Norli Azila Fatahul Ariffin, Asistance General Manager, State SME Selangor, tetapi beliau tidak hadir pada minggu tersebut. Selepas itu, pelajar diarahkan memperkenalkan diri dan berkenalan dengan semua pekerja di bawah pentakbiran Puan Norli merangkap ketua besar di bahagian pemasaran. Kemudian, pelajar diarahkan berjumpa Puan Hajah Rosni, Manager Sale Management, secara tak langsung pelajar di tempatkan di bawah pengurusan Puan Hajah. Puan Hajah menerangkan serba sedikit tentang TM SME kepada pelajar sebagai permulaan dan pengetahuan selama menjalani Latihan Industri di Telekom Malaysia SME.

2.1.2

Minggu 2

(11 Julai 2011 - 15 Julai 2011)

2.1.3

Minggu 3

(18 Julai 2011 - 22 Julai 2011)

Pada minggu ini pelajar ditempatkan di bahagian pemasaran padi yang diurus oleh En.Anuar Bin Ghazali. Pelajar dibawa ke pukal 2( Peket 20)oleh Pn.Baiah. Pelajar
19

dapat melihat cara aktiviti jual beli padi dilakukan. Pelajar juga berpeluang untuk mengambil jumlah timbangan padi tersebut dan ditulis di dalam resit pembelian padi untuk dijadikan bukti pembelian. Selain itu, pelajar juga mengecop alamat di mana aktiviti jual beli padi dijalankan pada baucar bayaran. Pelajar juga membuat resit pembelian padi dan laporan pukal 2 untuk musim 2/2009. Laporan tersebut mengunakan perisian Microsoft Asses. Antara butiran laporan pemasaran padi ialah

nama pesawah, no lot, nombor lori dan jumlah timbangan padi. Pelajar juga menulis petani dan jumlah amaun harga padi yang telah dijual di PPK Pasir Panjang pada cek.

2.1.4

Minggu 4

(25 Julai 2011 - 29 Julai 2011) Pada minggu ini pelajar masih di bahagian pemasaran padi. Pelajar mendengar penerangan oleh En.Masli bin Abdul Rahman (pembantu timbang) berkenaan cara-cara timbang padi, urus niaga padi, sebelum, selepas aktiviti jual beli dilakukan. Selain itu, Pelajar dapat melihat sendiri aktiviti jual beli dilakukan. Pelajar juga berpeluang untuk mempelajari cara membuat resit timbangan padi pukal dan resit belian padi pukal.. Selain itu, pelajar memberi cek dan resit belian padi bagi petani selepas padi dijual. Cara pengiraan padi yang dibeli oleh PPK Pasir Panjang adalah seperti berikut :BDM BTM BK 7730 :- Berat padi dan lori. 3460 :- Berat lori sahaja 4270 :- Berat Kasar

Potongan adalah sebanyak 17%

20

2.1.5

Minggu 5

(1 Ogos 2011 - 5 Ogos 2011) Pada minggu ini pelajar telah diberikan tugasan baru iaitu membuat kutipan bill tertunggak melalui laman web CAMS yang telah diberikan oleh Puan Hajah. Kutipan bill tertunggak merujuk kepada pelanggan dan pengguna TM SME yang mempunyai bill yang tidak dapat dijelaskan dalam waktu yang ditetapkan. Jika terdapat pelanggan dan pengguna yang mempunyai bill tertunggak pelajar diminta menelefon pelanggan dan pengguna tersebut bagi menjelaskan bill yang harus dibayar

2.1.6

Minggu 6

(8 Ogos 2011 - 12 Ogos 2011) Pelajar melihat kaedah-kaedah para petani membeli benih padi jenis MR 219 sebeg yang berharga RM34.00 di PPK Pasir Panjang. Kaedah pertama, mereka perlu berjumpa kerani bahagian semaian benih padi untuk membayar dan memberitahu berapa beg benih padi yang mereka perlukan. Para petani diberikan resit sebgai bukti pembayaran dan selepas itu petani pergi ke Pukal 2 (Tali Air 10 ) untuk mengambil stok benih padi. Selain itu, pelajar membuat baucer bayaran di sistem primari. Antara butiran yang perlu ada pada baucer bayaran adalah :i. ii. iii. iv. Nama penerima Tarikh Tujuan pembayaran Amaun yang perlu dibayar

21

Pelajar juga menaip dan merekodkan butiran pemohon SUBUR (Skim Untuk Beras Rakyat) di dalam komputer. Perisian yang digunakan adalah microsoft Excel. Antara butiran yang penting bagi pemohon adalah seperti :i. ii. iii. iv. v. vi. Nama Pemohon Nombor kad pengenalan Alamat Bil Tanggungan Pendapatan sebulan Nombor Telefon

2.1.7

Minggu 7

(15 Ogos 2011 - 19 Ogos 2011) Pada minggu ini, pelajar di bahagian Akaun yang diurus oleh Pn.Ummi Kalthum bt. Said. Pelajar mendengar keterangan daripada Cik Suzilawati (Pembantu Akaun) tentang belanjawan PPK Pasir Panjang dan cara-cara mengira jumlah harga padi yang sebenar. Pelajar membuat nota hantaran dan bil pemasaran padi bagi Pukal 2 (Peket 20). Tujuan nota hantaran dan bil dibuat adalah untuk mengambil wang dan membuktikan bahawa PPK Pasir Panjang adalah penjual padi yang berlesen kepada pusat-pusat memproses padi untuk dijadikan beras yang berkualiti. Antara pusat pemprosessan padi adalah :i. ii. iii. Bernas Sekinchan Bernas Sungai Besar STJ Tanjung Karang

22

Antara butiran yang perlu ada pada Nota Hantaran seperti :i.

Syarikat Pemprosessan padi (Pembeli)

ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Syarikat pejual padi Tarikh Amaun BDM , BTM dan BK Amaun potongan harga padi Nama pemandu No.Lori Jumlah Keseluruhannya

2.1.8

Minggu 8

(22 Ogos 2011 - 26 Ogos 2011) Pada minggu ini, pelajar menaip dan mengedit Panduan Audit No.1 PPK Pasir Panjang yang diarahkan oleh Pengurus Akaun. Panduan Audit ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengurus Akaun dan Pengurus Besar supaya mengetahui tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pekerja lain. Pelajar juga memotong Borang keluar baja Organik musim 1/2010 supaya menjadi 2 bahagian. Selain itu, Pelajar fotostat senarai nama pemilik bajak untuk mengetahui pemohon bagi Insentif Pembajakan.

2.1.9

Minggu 9

23

(29 Ogos 2011 3 September 2011) Pada minggu ini telah diberikan cuti selama seminggu kepada semua staff TM SME dan juga pelajar praktikal sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Setiap kali perayaan tersebut semua pekerja diberikan cuti selama seminggu, antara salah satu cuti yang termasuk dalam cuti umum.

2.1.10 Minggu 10 (5 September 2011 9 September 2011) Pelajar membuat serahan baucer bayaran melalui sistem primari. Tujuan serahan baucer bayaran adalah untuk memastikan bahawa PPK Pasir Panjang telah membuat sesuatu bayaran. Antara baucer bayaran adalah untuk tambahan ladang benih padi, bayaran bil elektrik dan air PPK Pasir Panjang. Pelajar juga mengemaskini maklumat tanah dan pecahan tanah bagi M2/2010. Ini bertujuan bahawa mengemaskini maklumat pesawah pada setiap musim padi supaya berkesan dan teratur. Selain itu, pelajar menolong di bahagian Insentif Racun mengecop jawatan pengurus bahagian Insentif Racun bagi pengesahan pada buku kupon racun. Dengan membuat pengesahan tersebut, subsidi racun akan mendapat dengan lebih mudah. Ini akan memudahkan dan membantu para petani dalam bidang pertanian. Antaranya racun perosak dan baja.

2.1.11 Minggu 11 (12 September 2011 - 16 September 2011) Pada minggu ini pelajar ditempatkan dibahagian Insentif Racun yang diurus oleh En.Ramli bin Ismail. Pelajar diarahkan bahawa menulis senarai racun yang dipilih oleh pesawah di buku kupon racun. Ini akan memudahkan pembekal untuk memastikan keadaan stok sentiasa ada. Antara butir-butir yang perlu ada adalah :-

24

i. ii. iii. iv. v.


vi.

Nama Petani Nombor Kad Pengenalan Musim : 2/2010 No.Lot Keluasan Jenis Racun Harga Racun

vii.

Pada masa yang sama, pelajar juga menolong di bahagian akaun. Pelajar menyusun baucer bayaran mengikut bulan dan tarikh untuk dimasukkan di dalam fail. Selepas pembayaran dibuat, baucer bayaran akan dimasukkan di dalam fail supaya kelihatan kemas dan memudahkan audit menyemak. Pada miggu ini juga, pelajar mengikuti hari keluarga LPP (lembaga pertubuhan peladang) yang berlangsung di Weat World,Shah Alam. Hari Keluarga ini melibatkan seluruh anggota KSR PPK dan LPP seluruh selangor. Antaranya PPK Pasir Panjang, Tanjung Karang, Sepang, Gombak, Banting, Ibu Pejabat Barat Laut, dan sebagainya. Pelbagai aktiviti dan hadiah yang diberikan kepada pekerja dan keluarga yang hadir. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan siraturrahim antara satu sama lain.

2.1.12 Minggu 12 (19 September 2011 23 September 2011) Pada minggu ini, pelajar menyambung untuk mengisi borang pada buku kupon racun di kawasan Simpang Lima. Pada masa sama juga, pelajar mengecop pengesahan jawatan pengurus bahagian racun pada buku kupon racun. Selain itu, pelajar berpeluang mempelajari cara-cara untuk membayar bil di bahagian Pos Mini Malaysia di PPK Pasir

25

Panjang. Pelajar dapat membuat bayaran bil bagi pelanggan yang ingin membuat bayaran bil. Antara bayaran bil yang diterima adalah :i. ii. iii. iv. v. vi. Astro Telekom Maxis Tenaga Nasional Celcom Syabas

Selepas pembayaran dibuat, staf pos mini akan mengira wang untuk memastikan bahawa wang sentiasa mencukupi.

2.1.13 Minggu 13 (26 September 2011 30 September 2011) Pada minggu ini pelajar ditempatkan dibahagian Kredit & Simpana dan Usahawan yang diuruskan oleh En.Zulkarnain bin Ismail. Pelajar membaca maklumatmaklumat berkenaan Usahawan PPK Pasir Panjang di laporan usahawan 2010 dan laporan Kewangan pinjaman ahli yang diberikan oleh Pengurus Bahagian. Pelajar juga dibawa oleh En.Zulkarnain bin Ismail melawat salah seorang usahawan PPK Pasir Panjang. Usahawan tersebut adalah membuat ternakan kambing, ikan keli dan lembu. Pelajar juga bertanyakan beberpa soalan berkenaan projek belian. Dalam bidang usahawan, kita perlu menghadapi pelbagai dugaan dan menghadapi dengan penuh kesabaran.

26

Rajah 2.1: Ternakan Kambing 2.1.14 Minggu 14 (3 Oktober 2011 - 7 Oktober 2011)

Rajah 2.2 : Ternakan Ikan Keli

Pelajar diberi tunjuk ajar oleh En.Zulkarnain bin Ismail cara-cara membuat Sijil Perakuan Kesempurnaan Projek dengan menggunakan perisian Microsoft Exccel. Sijil Perakuan Kesempurnaan projek tersebut bertujuan untuk membuktikan kepada LPP Negeri Selangor bahawa beliau benar-benar usahawan dan menjalankan projek dengan jayanya. Antara butiran yang penting adalah :i. ii. iii. iv. v. Nama Projek Tempat Luas/ Saiz/ Lot Nama Penuntut Maklumat Peruntukan

Selain itu, Pengurus Bahagian Usahawan membawa pelajar melawat usahawan PPK Pasir Panjang yang lain. Antara usahawan yang dilawat mempunyai projek-projek yang berlainan adalah projek membuat kuih bahulu, kuih popia, ubat-ubatan tradisional dan sebagainya. Industri Kecil Sederhana (IKS) membantu para penduduk sekitar kawasan Pasir Panjang supaya memajukan diri dan negara. Dengan melaksanakan IKS, ini akan

27

menguntungkan dan memberi kebaikan kepada semua pihak. IKS memerlukan tenaga kerja yang baik supaya mendapat keluaran barang yang berkualiti. Selain itu, pelajar juga dibawa melihat tapak semaian yang dilakukan oleh PPK Pasir Panjang. Ini akan memudahkan para petani untuk membeli semaian padi yang berkualiti.

Rajah 2.3 : Tapak Semaian PPK Pasir Panjang

2.1.15 Minggu 15 (10 Oktober 2011 14 Oktober 2011) Pada minggu ini saya ditempatkan dibahagian Hal Ehwal Korporat yang diurus oleh En.Abdul Samad bin A.Manan. Pelajar membaca beberapa laporan dan buku berkenaan saham ahli PPK Pasir Panjang. Selain itu, pelajar menolong Pn.Rosyatimah di bahagian Insentif Racun untuk mencari dan menulis no.resit pesawah sama dengan buku kupon racun. Pelajar juga menyusun resit terimaan dan masukkan di dalam fail mengikut bulan dan tarikh. Ini memudahkan audit untuk menyemak dan mengemaskini. Resit tersebut perlulah diasingkan kepada dua bahagian,iaitu resit asal dan resit kegunaan akaun. Pelajar juga menolong pembantu akaun untuk menyemak amaun penyata bank dan sistem PPK Pasir Panjang hendaklah sama.

28

2.1.16 Minggu 16 (17 Oktober 2011 21 Oktober 2011) Pelajar mengecop pengesahan jawatan pengurus bahagian pada buku Insentif Pembajakan. Setiap helaian buku atau borang Insentif Pembajakan memerlukan pengesahan bahawa semua butiran yang terkandung di dalam borang tersebut adalah betul. Selain itu, mengasingkan resit baja asal dan kegunaan pejabat.Ini kerana resit yang asal, PPK Pasir Panjang perlu menghantar ke LLP untuk menyatakan bahawa Subsidi Baja telah diambil oleh para petani. Resit terimaan baja tersebut perlu disusun mengikut kawasan kerana dapat memudahkan staf PPK Pasir Panjang dan pembekal baja (NAFAS) melakukan kerja atau tugas-tugas diperlukan. Dalam masa yang sama, pelajar memasukkan baucer bayaran ke dalam fail mengikut bulan dan tarikh.

2.1.17 Minggu 17 (24 Oktober 2011 28 Oktober 2011) Pada minggu ini pelajar menolong di bahagian akaun untuk membuat serahan pembayaran melalui sistem primari. Dengan adanya sistem primari, ia akan memudahkan kita membuat kerja-kerja terutamanya berkenaan nota hantaran, bil, baucer bayaran, resit terimaan dan sebagainya. Bahagian Akaun memerlukan kesabaran dan keikhlasan apabila melakukan kerja terutamanya mengira wang tunai pihak syarikat. Selain itu, pelajar juga mengecop pengesahan pada buku Insentif Pembajakan mengikut nama pemilik bajak. Pelajar juga merancang atau memberi idea untuk majlis Perasmian Pemeriksaan Audio Metrik yang dianjurkan oleh PPK Pasir Panjang dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Malaysia. Dengan itu, pelajar dapat mendalami cara untuk merancang melakukan sesuatu majlis dengan sempurna.

29

2.1.18 Minggu 18 (31 Oktober 2011 4 November 2011) Pada minggu ini, pelajar dibahagian Subsidi dan Insentif yang diurus oleh En.Ibrahim bin Sulaiman. Pelajar membaca beberapa maklumat dan buku berkenaan SBPKP (Skim Baja Peruntukan Kerajaan Persekutuan). Dengan adanya SBPKP, dapat membantu para petani mengurangkan bejanla untuk membeli racun perosak dan baja. Pada setiap musim padi, SBPKP akan diberikan kepada para petani mengikut bilangan lot sawah petani. Selain itu, pelajar juga mengecop pada bahagian pengesahan jawatan Pengurus Bahagian Pembajakan dibuku Insentif Pembajakan.

Ini membolehkan kepada pemilik bajak untuk membuat Klem bayaran minyak jentera semasa membajak sawah. Selepas borang pada buku Insentif Pembajakan tersebut siap, Pengurus Bahagian tersebut akan menghantar borang tersebut di LPP Negeri Selangor untuk kerja-kerja penyemakan dan menilai kos pembayaran tersebut. Pelajar juga menghadiri mesyuarat bersama staf PPK Pasir Panjang membincangkan Program Pemeriksaan Audiometrik ke atas Pengusaha-pengusaha Jentera yang akan diadakan pada 17 Mei 2010 (Isnin). Selain itu, pelajar bersama-sama membuat persiapan untuk program tersebut. Antaranya :i. ii. iii. iv. Persiapan Pentas dan dewan Persiapan cenderahati Persiapan makanan Persiapan Kad jemputan

30

2.1.19 Minggu 19 (7 November 2011 11 November 2011) Pelajar menghadiri program Pemeriksaan Audiometrik dan Dialog ke atas Pengusaha-pengusaha Jentera Traktor/Jentuai yang dirasmikan oleh Y.B Senator DatoMaznah binti Mazlan (Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia). Program ini berlangsung selama 3 hari, hari pertama diadakan di Dewan Dato,Muhd Fauzi,Pekan Pasir Panjang pada pukul 8.30 pagi dan seterusnya diadakan di hadapan pejabat PPK Pasir Panjang. Dalam program ini, Menteri Kesihatan memberi pendedahan kepada para petani khususnya pemilik jentera akan kepentingan menjaga kesihatan kerutamanya telinga. Pemilik Jentera selalu mendengar bunyi-bunyi bising dan dengan ini akan mempercepatkan telinga menjadi pekak. Pada program itu berlangsung, pelajar juga dapat melihat akan pameran-pameran yang ditayangkan. Dengan itu, banyaklah ilmu yang saya dapati. Pada hari Khamis pula, Majlis Peruntukan Projek-projek kecil usahawan juga diadakan dihadapan PPK Pasir Panjang. Majlis ini dihadiri oleh Datin Noriah Kosnon (Timbalan Tenaga dan Parlimen Sungai Besar). Pelbagai usahawan yang mendapat peruntukan, antaranya usahawan ternakan ayam kampung, tanaman cili dan makanan ringan. Peruntukan yang diberikan mengikut keluasan yang diusahakan.

2.1.20 Minggu 20 (14 November 2011 18 November 2011) Pelajar mengemaskini butiran pada sistem SBPKP (Skim Baja Kerajaan Peruntukan Kerajaan Persekutuan) iaitu Tanah dan Pecahan tanah bagi pesawah atau petani. Setiap musim bagi, bahagian SBPKP akan mengemaskini agar mengetahui pesawah yang bermasalah dari segi nombor lot sawah dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga fotostat senarai nama bagi pendaftar baja bagi musim 2/2010. Tidak lupa juga untuk membuat laporan harian. Laporan harian perlu diisi untuk memastikan pelajar membuat kerja dan membuat rujukan semasa membuat laporan Latihan Indusri

31

menjalani latihan selama 5 bulan. Butiran yang perlu ada pada buku laporan harian adalah Tugasan, prosedur kerja, peralatan, keputusan/hasil dan kesimpulan. Perkara ini perlu dibuat setiap hari semasa menjalani Latihan Industri.

2.1.21 Minggu 21 (21 November 2011 25 November 2011) Pada minggu ini, pelajar fotostat surat jemputan bagi Majlis Menteri Pertanian bersama petani di kawasan Sekinchan. Selain itu, pelajar juga mengecop hari sabtu dan ahad pada punch card bagi staf PPK Pasir Panjang. Pelajar juga mengasingkan borang Insentif Pembajakan menjadi tiga bahagian iaitu borang salinan asal, salinan LPP negeri dan salinan PPK Pasir Panjang. Pada hari selasa, pelajar menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Pertanian bersama penanam padi di kawasan Sekinchan. Majlis ini dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani ( Y.B Dato Noh Bin Hj.Omar), Jabatan Pertanian, Jabatan Bernas dan Jabatan Mardi. Majlis ini bertujuan untuk beramah mesra dan menyelesaikan masalah para petani di kawasan Sekinchan. Pada hari ini juga, pelajar menjadi urusetia bagi penyampaian cenderahati dan persiapan pentas. Banyak yang saya dapati daripada majlis tersebut. Antaranya, cara menyusun kerusi, menyusun cawan dan air mineral bagi jemputan VIP. Pada hari jumaat pula, pelajar menghadiri mensyuarat bersama staf PPK Pasir Panjang di Bilik Mesyuarat yang membincangkan akan pertandingan bola sepak PPNS Zon A. PPK Pasir Panjang terpilih untuk menjadi urus setia pada program itu berlangsung. Antara agenda yang dibincangkan adalah :i. ii. iii. iv. Ucapan Pengerusi Melantik AJK Menentukan bentuk hadiah Menentukan Syarat-syarat pertandingan

32

2.1.22 Minggu 22 (28 November 2011 2 Disember 2011) Minggu ini adalah minggu yang terakhir menjalani Latihan Industri. Pelajar menolong dibahagian Insentif Pembajakan untuk mengonyak dan mengasingkan borang Insentif Pembajakanyang sudah disemak dan mendapat pengesahan. Borang tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :i. ii. iii. Salinan PPK Salinan Asal Salinan LPP Negeri

Borang Insentif Pembajakan yang sudah siap disemak akan dihantar ke LPP Negeri Selangor untuk kerja-kerja seterusnya. Selain itu, pelajar juga fotostat beberapa surat tuntutan komisen bagi bahagian racun yang akan dihantar kepada LPP Negeri Selangor. Surat tersebut dilampirkan sekali dengan baucer bayaran berserta amaun dan jenis racun. Selain itu, pelajar menyusun folder bahagian akaun dan membuat dan menampal tanda pada folder tersebut. Ini akan memudahkan para pekerja PPK Pasir Panjang mencari folder apabila diperlukan. Folder yang ditandakan oleh pelajar adalah folder baucer bayaran dan nota hantaran pemasaran padi bagi setiap musim 1 dan 2. Pelajar juga membuat dan menyiapkan laporan harian dan laporan latihan industri. Selain itu, pelajar berjumpa Pengurus Besar untuk menandatangani buku laporan harian.

33

You might also like