Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM BIJAK

SIFIR 2023

1.0 PENDAHULUAN

Matapelajaran matematik merupakan satu matapelajaran yang penting dalam kehidupan


pelajar pada masa ini.Maka ia perlulah diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah.
Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai
matapelajaran matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian.

Sehubungan dengan itu panitia matematik telah mengambil inisiatif melaksanakan Program
Bijak Sifir peringkat sekolah. Program ini disusun untuk membantu murid SK Dato Traoh
Muara Tuang untuk mengingati teknik mudah membina sifir seterusnya membudayakan
pengetahuan tersebut dalam kehidupan seharian mereka.Kumpulan sasaran bagi program
ini ialah murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6 SK Dato Traoh Muara Tuang.

2.0 OBJEKTIF

Tujuan program ini diadakan ialah untuk :-

a) Meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran matematik


b) Melahirkan murid yang bijak dalam penggunaan sifir dan menigkatkan keputusan
pencapaian murid dalam matapelajaran matematik.
c) Meningkatkan kemahiran mengingati sifir di kalangan pelajar.
d) Memupuk semangat ingin belajar dikalangan pelajar lemah.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh Perlaksanaan: Sepanjang tahun

Masa Perlaksanaan: 5 minit sebelum PdP bermula sekali dalam seminggu.

Cara Perlaksanan: 1. Murid menulis sifir dalam kertas yang disediakan oleh guru

ATAU

2. Murid membaca sifir secara beramai-ramai di dalam kelas

ATAU

3. Murid menjawab secara spontan sifir yang diberikan oleh guru.

4.0 PENGLIBATAN

Semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 SK Dato Traoh Muara Tuang


5.0 KEKUATAN

1. Program Bijik Sifir telah mencapai objektif dengan perancangan awal menyediakan latihan-
latihan kepada murid untuk dijawab.
2. Guru menyemak sekurang-kurangnya program ini diadakan sekali seminggu dan murid-
murid dah terbiasa dengan soalan secara lisan seperti dua darab dua empat, tiga darab tiga
sembilan.
3. Pelekat ganjaran diberikan oleh sesetengah guru meningkatkan minat murid untuk
mengambil bahagian.
4. Guru meneruskan aktiviti ini sebelum pdpc bermula.
5. Program ini dapat membantu meningkatkan minat dan keyakinan murid-murid dalam
pembelajaran Matematik.

6.0 KELEMAHAN

1. Murid-murid yang berada di Tahap Penguasaan 2 and 1 sangat lemah dalam mengingat sifir
2. Tiada hadiah atau sijil disediakan peningkatan untuk program ini.
3. Murid-murid yang tidak hadir ketinggalan dalam sifir dan pembelajaran di sekolah.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Program ini perlu diteruskan sepanjang tahun dan diteruskan dari tahun ke tahun. Aktiviti
boleh diubahsuai seperti bacaan sifir setiap waktu perhimpunan selama 10 minit untuk hari-
hari yang terpilih.
2. Soalan-soalan ujian Pra dan Post boleh diadakan dengan lebih baik.
3. Guru dan Panitia Matematik boleh menyediakan hadiah atau sijil bagi mentor sifir atau
kepada murid yang menunjukkan peningkatan dalam menghafal sifir.
4. Satu lagi program iaitu hafalan cepat dan betul boleh diaplikasikan.

Sekian, laporan untuk Program Bijak Sifir

Dicatat Oleh: Disemak Oleh:

_____________________ ________________________
() ()
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik

You might also like