Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 53

I

AH 30503
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
2020/2021

Penyunting:

SUZAN SAIB
NURUL HAFIZA BINTI LABIN
NURUL IZZAH BINTI MATNOR
NORSYUHADAH BINTI BAJURI
NUR ANIS ATHIRAH BINTI AZMI
NUR ZARIQ SOFIA BINTI RUSLEE

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


Kota Kinabalu · Sabah · Malaysia
http://www.ums.edu.my/FSSK
2021

II
PENYUMBANG KARYA

SUZAN SAIB (BA18110204), pelajar Program Hubungan


Industri, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Malaysia Sabah.
Email: BA18110204@student.ums.edu.my
Medsoc : Zanezanz Suzan's

NURUL HAFIZA BINTI LABIN (BA18110659), pelajar


Program Hubungan Industri, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
Email : BA18110659@student.ums.edu.my
medsoc : Hafiza Labin

NURUL IZZAH BINTI MATNOR (BA18110636), pelajar


Program Hubungan Industri, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
Email: BA18110636@student.ums.edu.my
Medsoc : Zazaa Izzahh

III
NUR ANIS ATHIRAH BINTI AZMI (BA18110074), pelajar
Program Hubungan Industri, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
Email : BA18160074@student.ums.edu.my
medsoc : Anis Athirah

NORSYUHADAH BINTI BAJURI (BA18110147), pelajar


Program Hubungan Industri, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
Email: BA18110147@student.ums.edu.my
Medsoc : Syhadah Syuhadah

NUR ZARIQ SOFIA BINTI RUSLEE (BA18110185), pelajar


Program Hubungan Industri, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
Email: BA18110185@student.ums.edu.my
Medsoc : Zariq Sofia

IV
PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan


limpah kurnia dan izin-Nya, modul latihan bertajuk ‘‘Latihan
dan Pembangunan : Platform Digitalisasi From Zero To Hero’ ini
akhirnya berjaya disiapkan. Dalam usaha menyiapkan modul
ini, ucapan penghargaan yang tidak terhingga diucapkan
kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan yang
mana telah memberi sokongan dan kerjasama secara
berterusan sehinggalah ke proses akhir penerbitan modul ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Fazli
bin Hamid selaku pensyarah kursus Ah30503 Latihan Dan
Pembangunan sesi 2020/2021 atas tunjuk ajar beliau. Tidak
dinafikan pelbagai cabaran dihadapi sepanjang pelaksanaan
modul latihan ini kerana perbincangan hanya dilakukan secara
maya sahaja akibat pandemik COVID-19. Namun begitu, berkat
bantuan daripada beliau, kumpulan kami berhasil menyiapkan
modul ini tepat pada masanya.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan kursus
Hubungan Industri atas bantuan dan perkongsian yang
diberikan sepanjang modul ini dilaksanakan. Berkat bantuan
daripada rakan-rakan, percambahan maklumat dan informasi
dapat dijana bagi memperbaiki isi kandungan modul ini. Tidak
lupa juga jutaan terima kasih kepada ahli keluarga atas
sokongan dan dorongan. Berkat doa dan kefahaman mengenai
sesi pembelajaran secara maya ini, kami sekumpulan tidak
putus semangat dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Tidak lupa juga, terima kasih kepada rakan sekumpulan
yang telah bekerjasama untuk menjayakan penghasilan modul
bertajuk ‘‘Latihan dan Pembangunan: Platform Digitalisasi
From Zero to Hero’ ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih juga
diucapkan kepada pengkaji-pengkaji lampau. Berkat ilmu dan
pengetahuan yang dicurahkan dalam penerbitan artikel, kajian,
dan buku, ianya sememangnya membantu kami dalam
mengakses maklumat yang tersedia bagi tujuan pemantapan
modul ini.
Universiti Malaysia Sabah
2021

V
KATA ALUAN PENGARAH KURSUS

Assamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


penganjur program bertajuk ‘Latihan dan Pembangunan:
Platform Digitalisasi From Zero to Hero’. Program ini
merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kemahiran
golongan millennium, terutamanya dalam kalangan graduan
yang tidak memperoleh pekerjaan atau hilang pekerjaan
rentetan COVID-19. Program yang memfokuskan kepada
kemahiran untuk mencari, menginovasikan, dan
mengembangkan peluang kerjaya digitalisasi ini amat relaven
pada masa kini kerana penggunaan teknologi yang dilihat
semakin meningkat.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan program ini. Tanpa dedikasi daripada semua
pihak, mana mungkin program ini berjaya dilaksanakan. Akhir
sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
penulis dan penyunting kerana berkat sumbangan dari idea,
tenaga, dan masa, akhirnya modul bagi program ini juga
berjaya diterbitkan dan dapat dijadikan panduan dalam
melaksanakan program latihan dan pembangunan akan datang.

Sekian, terima kasih,

Hasnah
Siti Hasnah binti Khairuddin
Pengarah Program Latihan dan Pembangunan : Platform
Digitalisasi From Hero to Zero

VI
ABSTRAK

Modul ini membincangkan mengenai program bertajuk


‘‘Latihan dan Pembangunan: Platform Digitalisasi From Zero to
Hero’. Program ini bermatlamat untuk membantu kumpulan
sasaran, iaitu 100 graduan yang baru bergraduasi dalam
tempoh 6 bulan dan belum memperoleh pekerjaan ataupun
hilang pekerjaan rentatan COVID-19. Secara umumnya,
program ini dilaksanakan melalui modul ADDIE yang mana
menekankan lima fasa iaitu analisis, reka bentuk,
pembangunan, pelaksanaandan penilaian. Berdasarkan kertas
kerja yang dibentangkan, aktiviti ini relaven dilaksanakan
dengan mengambil kira keperluan senario pekerjaan masa kini
sepanjang COVID-19 setelah melakukan analisis keperluan,
reka bentuk, dan pengurusan program yang sistematik
berlandaskan model ADDIE. Pelaksanaan aktiviti utama seperti
meneroka dan membangunkan peluang pekerjaan melalui
kreativiti dan inovasi, merangka strategi perniagaan melalui
Business Model Canvas (BMC), membina laman web digital serta
mengurus pemasaran atas talian yang baik turut ditekankan
melalui pembelajaran sebenar. Program ini turut melalui fasa
penilaian yang mana menekankan kepada pemilaian formatif
dan penialain sumatif terhadap keempat-empat fasa program
iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan dan pelaksanaan.
Berdasarkan modul ini, diharapkan kumpulan sasaran mampu
mengaplikasi latihan yang diberikan untuk mengembangkan
kerjaya selaras dengan kemajuan teknologi yang lebih
mendominasi peluang pekerjaan masa kini.

VII
KANDUNGAN

Hal.

PENYUMBANG KARYA ii-iii


PENGHARGAAN iv
PRAKATA v
ABSTRAK vi
KANDUNGAN vii-ix

1 1.0 BAHAGIAN KERTAS KERJA KURSUS


1.1 Pengenalan 1-2

1.2 Objektif 2

1.3 Matlamat 2-3

1.4 Sasaran Peserta 3

1.5 Lokasi 3

1.6 Jangka Masa 4

1.7 Pengisian Kursus 4-5

1.8 Kos 5-7

1.9 Deskripsi Tugas 8-10

1.10 Tentatif Program 10-12

1.11 Konsep Penilaian Kursus 12

1.12 Penutup 12
2 2.0 BAHAGIAN PELAKSANAAN
2.1 Pengenalan 13

2.2 Konsep kajian 13

VIII
2.2.1 Konsep Latihan 13-14

2.2.2 Konsep Pembangunan 14

2.2.3 Konsep Latihan dan Pembangunan 14-15

2.2.4 Konsep Keusahawanan Digitilisasi 15-16

2.3 Teori ADDIE 16

2.3.1 Model ADDIE 16-17

2.4 Kajian Berkaitan 17-18

3 3.0 BAHAGIAN PERISIAN PROGRAM


Aktiviti 1 : Membangunkan Peluang Pekerjaan 18-20
Yang Ada Melalui Kreativiti Dan
Inovasi.

Aktiviti 2 : Business Model Canvas (Bmc). 20-24

Aktiviti 3 : Pemasaran Digital 24-26

Aktiviti 4 : Laman Web Digital 26-28


4 4.0 BAHAGIAN PENILAIAN DAN
PEMINDAHAN LATIHAN PROGRAM
4.1 Pengenalan 29-30

4.2 Penilaian Formatif 30-31

4.2.1 Penilaian Formatif Peserta/Pelajar 31


Dan Penganjur
31
1)Temu bual

2)Pemerhatian 31-32

3)Pemerhatian Perisisan Multimedia 32

IX
4.2 Penilaian Sumatif 32-33

4.2.1 Fasa Penilaian Sumatif 33

4.3.1.1 Penilaian pakar dan Penilaian 33


Lapangan

1)Analisis kongruen 33

2)Analisis kandungan 33-34

3)Analisis Rekabentuk 34

4.4 Soal Selidik 34

Lampiran A 35-36

Lampiran B 36-37

Lampiran C 37-38
5 PENUTUP 38
BIBLIOGRAFI

X
1.0 BAHAGIAN KERTAS
KERJA
KURSUS
1.1 Pengenalan
Pandemik COVID-19 telah memberi dampak yang signifikan
dalam dunia pekerjaan. Hal ini disebabkan kawalan pergerakan,
penutupan organisasi dan perniagaan bagi menghentikan
penularan COVID-19 telah mengakibatkan sektor pekerjaan
mengalami kerugian sehingga tidak dapat menampung kos
pengeluaran dan penggajian pekerja. Apa yang terjadi adalah,
ramai pekerja terpaksa dibuang kerja, sementara masih ramai
lagi yang masih belum mendapatkan pekerjaan (Aziz, A.R.A,
2020). Buktinya, sepanjang tahun 2020 sahaja, Jabatan
Perangkaan Malaysia menganggarkan bahawa kadar
pengangguran umum mencecah hingga 5.9 juta orang semasa
PKP dilaksanakan pada April 2020 dan ianya merupakan
peningkatan yang signifikan berbanding tahun-tahun
sebelumnya.
Menurut Mansor J. dan Rahim, M.A.R.A. (2020) graduan
merupakan antara kumpulan yang terkesan teruk rentetan
COVID-19 kerana peratus untuk berdepan dengan
pengangguran adalah tinggi. Namun begitu, inisiatif seperti
program latihan kemahiran yang pernah dijalankan sebelum
ini sepertinya tidak mampu memberi manfaat yang maksimum
kepada graduan. Sehubungan dengan itu, Mansor J. dan Rahim,
M.A.R.A. (2020) berpendapat bahawa program latihan khusus
bagi meningkatkan keupayaan graduan untuk mencipta
kerjaya perlu diititkberatkan. Ianya adalah selaras dengan
kenyataan yang diutarakan oleh Aziz A.R.A (2020) yang mana
program latihan khusus yang memfokuskan program kerjaya
bagi menjana pendapatan yang mana mensasarkan kepada
graduan dalam era pandemik COVID-19 perlu ditingkatkan
oleh badan-badan kerajaan dengan mengambil kira keperluan
masa kini.

1
Apabila mengambil kira keperluan masa ini, Omar, M.
(2020) menggariskan revolusi industri 4.0 mengakibatkan
berlakunya keperluan baharu dalam pelbagai sektor pekerjaan
seperti celik IT, dan bersedia dalam berdepan dengan cabaran
akan datang. Oleh itu, individu perlu merancang masa depan
kerjaya yang lebih baik dengan memanfaatkan kepesatan
digitalisasi, misalnya menjadi usahawan dalam alaf pekerjaan
baharu ini. Ianya selaras dengan kenyataan Mansor, N. A. (2020)
yang mana menggesa agar usahawan dalam sektor ekonomi gig
ataupun digitalisasi ini perlu dipertingkatkan terutamanya
dalam kalangan graduan. Sehubungan dengan itu, program
latihan yang akan dijelaskan dalam modul ini akan
memfokuskan kepada kemahiran kepada graduan
membangunkan kerjaya melalui keusahawanan atas talian dan
mengembangkannya berdasarkan strategi yang sistematik.

1.2 Objektif Program


Berikut merupakan objektif program :-

1.2.1 Meneroka peluang pekerjaan keusahawanan digitalisasi


masa kini lalu membangunkan peluang yang ada melalui
kreativiti dan inovasi.

1.2.2 Merangka strategi keusahawanan yang baik melalui


‘business model canvas’.

1.2.3 Mengetahui bagaimana membina website atau platform


digitalisasi atas jenama sendiri sama ada untuk perniagaan
atau perkhidmatan.

1.2.4 Bagaimana menguruskan website dan platform


berdasarkan strategi pemasaran digital yang baik agar ianya
dapat dikembangkan.

1.3 Matlamat Program


Program ‘Latihan dan Pembangunan dalam Mewujudkan
Kerjaya Melalui Platform Digitalisasi : From Zero to Hero’
bermatlamat untuk memberi peluang kepada graduan untuk
mencari dan mengembangkan kerjaya melalui platform

2
digitalisasi agar tidak bergantung kepada peluang kerjaya
standard yang dilihat semakin menyusut. Hal ini disebabkan
peluang kerjaya digitalisasi lebih dominan pada masa ini
seperti menjadi usahawanan atas talian tidak kira dari segi
jualan barangan atau perkhidmatan. Dengan peluang yang ada,
kumpulan sasaran diharap dapat memperoleh kemahiran
untuk menjadi usahawan atas talian yang berjaya. Bukan itu
sahaja, malah program ini turut berhadap agar graduan juga
dapat membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada orang
lain dengan meluaskan jaringan perniagaan melalui agen-agen,
dropship, pemborong, dan sebagainya.

1.4 Sasaran Peserta


Sasaran peserta ini dapat didefinisikan sebagai sasaran semua
orang baik individu atau sekumpulan masyarakat termasuk
pelbagai bangsa, agama, gender, lapisan masyarakat, bahkan
pelbagai budaya (Berawi, F. M. 2017). Namun, jika dilihat
dalam model latihan dan pembangunan ini berbeza sedikit
kerana program ini dilaksanakan untuk mewujudkan kerjaya
melalui platform digitalisasi iaitu From Zero to Hero yang mana
mempunyai sasaran peserta dipilih sesuai dengan program
yang bakal dilaksanakan. Oleh itu, sasaran peserta ini dipilih
dalam kalangan graduan lepasan Universiti baik di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Tinggi Pengajian
Swasta (IPTS) yang telah bergraduat sudah lebih 6 bulan dan
masih belum memperoleh pekerjaan atau dibuang kerja lebih-
lebih lagi semasa sepanjang pandemik Covid-19. Sasaran
peserta yang dalam jumlah 100 orang iaitu terdiri daripada 50
orang perempuan dan 50 orang lelaki berumur antara 21-35
tahun.

1.5 Lokasi
Lokasi anjuran program ini akan dilaksanakan di kawasan
Dewan Serbaguna Tanjung Aru, Likas, Btwn Jln. Lapangan
Terbang Lama & Lorong Selidai, 88200 Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia. Pemilihan tempat ini dilaksanakan di lokasi ini
kerana ia lebih strategik dan mudah diketahui oleh peserta
serta dewan ini sesuai digunakan untuk program ini. Buktinya,
dewan ini pernah digunakan untuk aktiviti perkahwinan,

3
kejohanan atau pertandingan sukan, mesyuarat, taklimat,
upacara sambutan, majlis makan, pameran, seminar, majlis
perkahwinan, sambutan hari keluarga dan sebagainya.

1.6 Jangka Masa


Jangka masa bagi program latihan dan pembangunan ini adalah
bermula pada 4 Februari 2021 bersamaan hari Khamis.
Program ini berlangsung dari pukul 6:00 pagi sehingga pukul
5:00. Jangka masa sehari ini akan diambil untuk memberikan
kemahiran dan latihan kepada lepasan graduan Universiti yang
belum mendapat kerja selama 6 bulan dan dibuang kerja
semasa krisis ini.

1.7 Pengisian Kursus


Bagi memulakan satu program latihan dan pembangunan,
kursus ini akan menerangkan serba sedikit berkaitan dengan
kadah latihan yang digunakan. Antara kaedah latihan yang
digunapakai dalam program ini adalah pertama kaedah
konvesional dan kaedah pemerhatian. Dengan erti kata lain,
sebelum program ini berlangsung pihak pengurusan kursus ini
akan meneliti dan membuat kajian pemerhatian berkaitan
dengan graduan lepasan Universiti yang telah bergraduat
sudah lebih 6 bulan dan masih belum memperoleh pekerjaan
atau dibuang kerja lebih-lebih lagi semasa sepanjang pandemik
Covid-19. Kajian penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui
sejauh mana isu itu memberi impak kepada bakal peserta yang
akan mengikuti program ini.
Seterusnya, bentuk dan jenis latihan yang digunakan
oleh program kali ini adalah pertama reka bentuk instruksional
di mana satu proses membuat ‘blueprint’ atau garis panduan
untuk pengembangan pengajaran dan pembelajaran latihan
sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan.
Maksudnya di sini, perancangan program graduan lepasan
Universiti ini akan melihat dari sudut reka bentuk elemen,
pertimbangan dan model ADDIE. Justeru itu, pengisian kursus
ini akan menyusun langkah dan strategi aktiviti program
termasuk sama ada dari segi pengurusan masa penceramah,
dan objektif program ini untuk melahirkan graduan lepasan
Universiti mampu mencipta pekerjaan sendiri tanpa perlu

4
bergantung sepenuhnya, kepada sektor organisasi lain atau
lebih difahami oleh masyarakat kini “makan gaji” dengan
syarikat semata-mata.
Manakala reka bentuk pertimbangan kursus ini lebih
kepada mengajar lebih terperinci bagaimana mewujudkan
kerjaya melalui platform digitalisasi pada masa kini, iaitu
melalui kreativiti dan inovasi, mengajar mereka langkah
menjadi usahawan yang betul melalui beberapa model yang
bakal diaplikasikan, dan kursus ini juga untuk membina sejauh
mana kemahiran teknologi yang ada dalam diri seseorang
lepasan graduan universiti. Oleh itu, dengan adanya program
ini mereka boleh menerokai kelebihan akan penggunaan
teknologi yang semakin berkembang masa ini, lebih-lebih lagi
segala maklumat di sampaikan secara atas talian. Justeru itu,
metod dan jenis reka bentuk latihan yang dipilih mampu
menjadikan pengisian kursus program ini akan dapat berjalan
dengan lancar dan secara tidak langsung memberi kebaikan
kepada graduan lepasan universiti dan tidak adalah lagi
pengangguran dalam kalangan mereka lebih-lebih lagi semasa
pandemik Covid-19 masa kini.

1.8 Kos Kewangan


Berikut merupakan kos bagi pendapatan dan perbelanjaan
kewangan bagi program latihan yang dijalankan :-

1.8.1 Pendapatan.
Berikut merupakan pengiraan kos kewangan bagi sumber
pendapatan :-
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Dana Kementerian Sumber 2,000.00
Manusia
2 Yuran peserta 30.00 x 100 orang
=3,000.00
Jumlah RM5,000.00

1.8.2 Perbelanjaan
Berikut merupakan pengiraan kos bagi perbelanjaan :-

5
A. Jamuan
Bil Perkara Jumlah(RM)
1 Sarapan Pagi 5.00 x 130 orang
=650.00
2 Makan tengah hari 5.00 x 130 orang
=650.00
3 Makan petang 5.00 x 130 orang
=650.00
Jumlah 1,950.00

B. Hadiah dan Cenderahati


Bil Perkara Jumlah(RM)
1 Cenderahati hamper kepada pelatih 100.00 x 2
jemputan. =200.00
2 Cenderahati ‘plak’ kepada tetamu 50.00 x 5
kehormat dan pelatih jemputan. =250.00
3 Sijil peserta. 2.50 x 100 orang
=RM250
4 Cenderahati ‘goodies’ kepada peserta. 5.00 x 100 orang
=500.00
Jumlah 1,200.00

C. Peralatan Aktiviti

Bil Perkara Jumlah(RM)


1 Kertas A4 (500 lembar x 70 gsm) 22.00 x 3
= 66.00
2 Kertas A3 (500 lembar x 70 gsm) 26.00 x 3
=78.00
3 Pensil warna 12 pek 5.50 x 100
=550.00
4 Marker Pen 1.80x 150
=270.00
5 Alat Tulis (Pen) 1.20 x 150

6
=180.00
Jumlah 1,144.00

D. Publisiti
Bil Perkara Jumlah(RM)
1 Banner (3 x 12) 80.00
2 Risalah 0.50 x 150 helai
= RM75.00
3 Tag Nama 0.71 x 100.00
=71.00
Jumlah 226.00

E. Sewa Tempat
Bil Perkara Jumlah(RM)
1 Dewan 40.00 x 12 jam
=480.00
Jumlah 480.00

1.8.3 Rumusan Perbelanjaan


Berikut merupakan rumusan perbelanjaan program :-
Bil. Bahagian Jumlah (RM)
1. Makanan dan Minuman 1950.00
2. Cenderahati 1,200.00
3. Aktiviti 1,144.00
4. Publisiti 226.00
4 Sewa Tempat 480.00
Jumlah 5000.00

7
1.9 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Program
Beserta Deskripsi Tugas
Berikut merupakan ahli jawatankuasa program beserta
deskripsi tugasan :-

1.9.1 Ahli Jawatankuasa Tertinggi :-


Penaung Peranan dan Tugas
Datuk Haji Abdin  Memberi sokongan kepada ahli
bin Mahmud jawatankuasa dalam pelaksanaan
program.

Penasihat Peranan dan Tugas


Puan Asnah bin  Memberi nasihat dan pandangan
Amri kepada ahli jawatankuasa berkenaan
perincian program.

Pengarah Peranan dan Tugas


Program
Siti Hasnah binti  Memastikan program berjalan lancar
Khairuddin mengikut perancangan yang telah
ditetapkan.
 Memantau AJK menjalankan tugas
mengikut perancangan.

Setiausaha Peranan dan Tugas


Maimunah binti  Menyediakan kertas kerja program.
Abu Bakar  Menguruskan surat menyurat program.
 Mencatat minit mesyuarakat program.
 Membuat laporan berkenaan program.

Timbalan Peranan dan Tugas


Setiausaha
Syahrul Hazmi  Membantu setiausaha dalam mengurus
bin Mutalib hal ehwal surat menyurat program.

Bendahari Peranan dan Tugas

8
Qaseh Anatasia  Mengurus kutipan yuran program.
binti Jazrin  Memastikan perbelanjaan program
selaras dengan status kewangan.

Timbalan Peranan dan Tugas


Bendahari
Nazatul Fitriana  Membantu bendahari dalam mengurus
binti Mahmood hal ehwal kewangan program.

1.91. Ahli Jawatankuasa Induk :-


AJK Protokol Peranan dan Tugas
Hafifah binti  Menyediakan tentatif, surat jemputan,
Jerad teks ucapan, dan merancang gimik
Kamariah bin perasmian sebelum program.
Sammsudin  Mengiringi tetamu kehormat dan
Nor Aqilah binti jurulatih program semasa program.
Kamiluddin  Memastikan atur cara keseluruhan
program berjalan dengan baik.

AJK Jamuan Peranan dan Tugas


Ainun bin Ajimar  Merancang menu jamuan.
 Memesan dan memastikan jamuan
Mesleha Jeffry adalah mencukupi untuk program.
Aliya binti Yasir  Mengurus jamuan sepanjang program
berlangsung.

AJK Tajaan Peranan dan Tugas


Wan bin Hassan  Mencari tajaan bagi program.
 Mengagihkan sumbangan yang
Prisley Rudd diperoleh kepada bendahari program.
Aznil bin Ajiman

AJK Teknikal Peranan dan Tugas


Tahir bin Tahar  Menyediakan peralatan yang

9
Zain bin Badrul diperlukan semasa program.
 Memastikan peralatan dapat
Joshua Chin digunakan dengan baik semasa
program berlangsung.

AJK Publisiti Peranan dan tugas


Ramasami a/l  Mereka bentuk banner, risalah, dan tag
Kumaran nama peserta sebelum program.
Chin Liu Peng  Mengedar tag nama kepada peserta
semasa program.
Chung Ai Voon  Mengambil gambar dan video bagi
tujuan rekod dan dokumentasi.

1.10 Tentatif Program Latihan dan Pembangunan :


Platform Digitalisasi From Zero to Hero.

Berikut merupakan tentatif program :-


Tarikh Masa Tindakan Pengen-dali
Kursus/ Aktiviti Program
6:00 AM - Pendaftaran AJK Protokol
8:00 AM Graduan lepasan & AJK
Universiti Bendahari
(Peserta).
8:00 AM - Sarapan Ringan AJK Makanan
8:30 AM
8:30 AM - Senaman Pagi AJK Protokol
9:00 AM
9:10 AM - Penceramah 1: Pegawai
4 9:40 AM - Menerangkan Teknologi
Februari tujuan utama Maklumat,
2021 Program Encik Malik
Khamis - Perasmian Mansur Bin
Kursus Zakri
9 : 40 AM - Penceramah 2: Pengurus
10: 10 AM - Menerangkan Pemasaran
Kebaikan Syarikat
kepentingan Petronas,
pemasaran Digital Puan

10
Masa kini. Maimunah
Bin
Alimuddin
10: 15 AM - (Slot 1) Fasilitator 1
10 : 40 AM LDK 1:
Membangunkan
Peluang Pekerjaan
yang ada melalui
kreativiti dan
inovasi
10 : 50 AM - (Slot 2) Fasilitator 1
12: 00 PM LDK 2:
Menganalisis dan
mempraktikkan
“Business Model
Canvas (BMC”
12: 00 PM - Rehat AJK Makanan
12:55 PM Makan tengah
hari.
1: 00 PM - (Slot 3) Fasilitator 2
2: 00 PM LDK 3: Praktikal
Pemasaran Digital
- Instagram
- Facebook
2: 10 PM - (Slot 4) Fasilitator 2
2: 40 PM LDK 4:
Pengurusan
Laman Web
Digital
2: 50 PM - Penyampaian AJK Protokol
3: 40 PM Cenderahati
kepada
Penceramah &
Penyampaian Sijil
Peserta

11
3: 40 PM - Majlis Penutupan Pengarah
4: 40 PM & Ucapan Program
Pengarah
Program
4: 40 PM - Sesi Fotografi AJK
5: 00 PM Bersama Peserta Multimedia

5: 00 PM Kursus Dijangka -
Tamat

1.11 Konsep Penilaian Kursus


Konsep penilaian kurus ini lebih kepada kaedah pentafsiran
yang dibuat secara berterusan bagi mengukur hasil
pembelajaran peserta dalam mencapai pengetahuan,
kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah yang ditetapkan.
Dengan erti kata lain, penilaian program ini terbahagi kepada
dua iaitu selepas program tamat di mana pihak penganjur akan
menyediakan 100 borang maklum (Feedback) balas akan
keberkesanan dan hasil daripada ceramah serta aktiviti yang
dilaksanakan dalam program ini sama ada objektif kursus ini
tercapai. Bukan itu sahaja, post-mortem akan dilaksanakan
selepas kurus berlangsung di mana antara pihak AJK tertinggi
akan memberikan maklum balas dan penambahbaikan akan
kurus ini. Oleh itu, selepas program kurus ini kedua aspek
penilaian ini adalah sangat penting untuk bakal kurus yang
akan datang.

1.12 Penutup
Kesimpulannya, program bertajuk Latihan dan Pembangunan
Platform Digitalisasi : From Zero to Hero merupakan program
latihan yang relaven bagi meningkatkan keupayaan kemahiran
individu. Berdasarkan kertas kerja yang telah dibentangkan,
program ini wajar untuk dilaksanakan kerana ianya mampu
membina peluang kerjaya dalam dalam kalangan graduan yang
tidak memperoleh pekerjaan ataupun hilang pekerjaan
sepanjang pandemik COVID-19.

12
2.0 BAHAGIAN
PELAKSANAAN
2.1 Pengenalan
Pengkaji-pengkaji sering kali melihat bahawa sorotan literatur
adalah hanya sebagai sebuah ringkasan kajian lepas yang
dihuraikan mengikut anotasi atau konteks yang telah
ditetapkan. Sehubungan dengan itu, sebuah pemahaman yang
mendalam harus dilakukan bagi memahami isu yang ingin
dibincangkan. Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan
konsep dan membincangkan kajian-kajian lepas yang
dilakukan oleh beberapa ahli-ahli penyelidik yang berkaitan
dengan tajuk pengkaji iaitu Latihan dan Pembangunan :
Platform Digitalisasi From Zero To Hero. Bahagian ini juga
adalah medium perbandingan terhadap kajian yang dijalankan
dengan kajian-kajian yang telah dilakukan.

2.2 Konsep Kajian


Berikut merupakan konsep kajian :-

2.2.1 Konsep Latihan


Secara amnya, latihan dapat didefinisikan sebagai suatu proses
yang sudah dirancang bagi mengubah sesuatu sikap,
kemahiran, pengetahuan ataupun tingkah laku melalui
pengalaman belajar bagi mencapai prestasi yang berkesan
dalam suatu aktiviti atau kegiatan lain dalam sesebuah
organisasi. Menurut pengkaji lain pula iaitu Beardwell dan
Holden (2001) pula telah menyatakan bahawa latihan
merupakan proses yang terancang yang mana digunakan bagi
mengubah sikap seseorang, mengubah pengetahuan,
kemahiran serta tingkah laku melalui pengalaman belajar
dalam mencapai prestasi yang baik dala sesuatu aktiviti
tertentu ataupun dengan pelbagai aktiviti (Wajdi Milhem et al.,
2014). Perkara ini bertujuan dalam sesuatu konteks pekerjaan
adalah untuk mengembangkan kebolehan seseorang individu

13
serta bagi memenuhi keperluan sesebuah organisasi semasa
dan juga pada masa akan datang. (Milhem, W. et al., 2014)

2.2.2 Konsep Pembangunan


Pada umumnya, pembangunan sumber manusia merupakan
bidang praktik fungsional yang agak baru dan merupakan
pengajian akademik. Pembangunan sumber manusia ini juga
merupakan bidang yang terpantas dalam pengembangan
pengurusan yang semakin meningkat kerana organisasi
mempunyai minat yang besar dalam menghadapi persaingan
yang sengit serta perubahan dalam persekitaran perniagaan
mereka (Kareem, 2017). Oleh itu, istilah pembangunan sumber
manusia ini telah diperkenalkan oleh Nadler, L. (2012) yang
mana beliau telah menggambarkannya sebagai satu set proses
yang berkaitan di mana bertujuan bagi perubahan sesuatu
tingkah laku (Kareem, M. A. & Hussein, I. J., 2019).Di samping
itu, menurut Armstrong (2006) pula telah memberi definisi
pembangunan sebagai proses yang berlangsung yang mana
membolehkan orang maju dari kefahaman keadaan sekarang
dan juga keupayaan keadaan ke masa depan di mana
kemahiran, pengetahuan dan kecekapan tahap pengetahuan
yang tinggi diperlukan. Oleh itu, organisasi telah menyediakan
pekerja dengan program pembangunan bagi meningkatkan
kemampuan mereka dalam pekerjaan mereka (Abdullahi, M. S.
2018).

2.2.3 Konsep Latihan dan Pembangunan


Pada amnya, menurut Latham, G. P. & Dello R. S. (2008) telah
mencadangkan bahawa latihan dan pembangunan merupakan
syarat yang merujuk kepada usaha yang dirancang bagi
membina dalam memudahkan pemerolehan kemahiran
pengetahuan serta sikap oleh ahli dalam sesebuah organisasi.
Sesungguhnya, jangka masa sesuatu latihan dan juga
pembangunan adalah diperlukan di mana latihan adalah
bertujuan untuk mendorong kakitangan dalam meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran teknikal. Manakala pembangunan
pula adalah ditakdirkan untuk pegawai pengurusan agar
mereka dapat meningkatkan konsep kemahiran, kemahiran
membuat keputusan dan juga mengembangkan hubungan

14
sesama manusia (Mulang, A. 2015). Menurut Iyayi (2007)
menyatakan latihan dan pembangunan adalah suatu jalan yang
menuju untuk memperoleh pengetahuan baru, lebih jauh lagi
kemampuan dalam menyelesaikan tugas di persekitaran kerja.
Latihan dan pembangunan merupakan usaha yang
disengajakan dengan tinggi dan juga latihan yang digunakan
oleh sesebuah organisasi bagi melengkapi tenaga kerja dengan
sikap yang signifikan, pengetahuan, sikap mengingat tujuan
akhir untuk menyelesaikan tanggungjawab mereka dan usaha
yang mencukupi dan produktif (Bawa, R. & Dabari, 2016).

2.2.4 Konsep Keusahawanan Digitalisasi


Secara umumnya, keusahawanan digital dapat didefinisikan
sebagai peluang bagi keusahawanan yang dicipta melalui
penggunaan platform teknologi dan juga peralatan maklumat
komunikasi yang lain. Dapat dilihat bahawa keusahawanan
digital mungkin tergolong dalam banyak kategori perniagaan.
Justeru itu, seiring dengan kemajuan dan perkembangan
teknologi, begitu juga terhadap kategori seperti pemasaran,
penjualan, produk, pengedaran, pengurusan pihak
berkepentingan dan juga operasi serta terdapat juga kategori
baru yang berpotensi digayakan. Sementara itu, ciri lain
berkaitan dengan keusahawanan digital di mana mempunyai
pelbagai aspek serta merupakan gabungan perniagaan,
pengetahuan dan keusahawanan institusi bekerja secara
simbiotik (Antonizzi, J. and Smuts, H. 2020).
Sesungguhnya, keusahawanan perniagaan merupakan
satu bentuk keusahawanan yang sering didengar atau
dibincangkan yang mana perkara ini menerangkan amalan
mencari ataupun mengenal pasti peluang perniagaan yang
boleh dimanfaatkan. Sebagai contoh, amalan yang boleh
dikaitkan dalam keusahawanan digital ini adalah seperti
pembuatan produk atau perkhidmatan baru, pengenalan atau
penggunaan bahan mentah, penciptaan industri baru, bentuk
pernigaan yang baru serta banyak lagi yang boleh dilakukan. Di
samping itu, keusahawanan institusi mencirikan tindakan
usahawan yang menggunakan sumber dalam usaha
mewujudkan organisasi baru ataupun menaik taraf organisasi
yang lama. Keusahawanan digital secara sinergi

15
menggabungkan perniagaan, institusi serta pengetahuan
keusahawanan dan gabungan ini telah membentuk asas untuk
mengambil amalan tradisional, seperti kategori yang
disenaraikan di atas serta diubah secara digital (Antonizzi, J.
and Smuts, H. 2020).

2.4 Teori Kajian


Berikut merupakan teori kajian bagi program ini :-

2.4.1 Model ADDIE


Model ADDIE merupakan idea yang dikembangkan oleh Dick
dan Carey (1996) yang berlandaskan behaviorisme di mana
idea ini digunakan untuk merancang sistem pembelajaran. Oleh
itu, istilah ADDIE ini adalah suatu akronim bagi Analysis
(analisis), Design (reka bentuk), dan Development
(pembangunan) Implementation (pelaksanaan), Evaluation
(penilaian). Oleh itu, melalui fasa model ADDIE yang mana
dapat dikenalpasti bahawa model ini telah menerapkan lima
fasa ataupun unsur bagi sesuatu aktiviti yang saling berkaitan
di mana melaksanakan amalan pembentukan program
pengajaran atau modul pembelajaran (Nasohah, U. N. et al.
2015).
Menurut Izuan, A. G. M. (2015), proses pertama bagi
Model ADDIE adalah analisis bagi memastikan reka bentuk
pengajaran dilakukan akan memenuhi keperluan sasaran yang
sebenar. Fasa kedua adalah reka bentuk bertujuan menentukan
kaedah yang sesuai untuk digunakan. Fasa ketiga pula adalah
pembangunan yang memberi perincian tentang pembangunan
modul. Manakala fasa keeempat pula adalah pelaksanaan yang
pelaksanaan akan dilaksanakan melalui bahan-bahan
pengajaran secara sebenar mengikut keperluan kumpulan
sasaran tidak kira dalam bilik darjah atau penggunaan
teknologi terkini. Akhir sekali adalah fasa penilaian yang mana
pelaksanaan akan diukur dengan mendapatkan maklum balas
kumpulan sasaran terhadap program yang mana memfokuskan
keempat-empat tahap dalam model ADDIE iaitu analisis,
rekabentuk, pembangunan dan pelaksanaan.

2.4.5 Kajian Berkaitan

16
Pada umumnya, melalui kajian yang dilakukan oleh Lamsah, L.
S. et al., (2021) yang bertajuk The Level of Satisfaction of
Employees in the Public Sector on Online During Pandemic
COVID-19 in Malaysia menyatakan bahawa pengurusan latihan
secara atas talian yang sangat menarik sangatlah penting
dalam menjadikan konsep penyampaian serta maklumat lebih
efisien menggunakan ICT. Oleh itu, berdasarkan kajian lalu
yang dilakukan oleh Padlee et al., (2019) di mana
membincangkan berkaitan untuk mendapatkan capaian
internet yang berkelajuan tinggi serta stabil di sebilangan
tempat yang mana masih kurang memuaskan kerana faktor
internet yang belum ditingkatkan. Hal ini demikian kerana,
terdapat pekerja yang bukan hanya tinggal di perumahan yang
mempunyai capaian yang tinggi tetapi terdapat juga sebilangan
pekerja yang tinggal di pinggir-pinggir bandar yang mana
mempunyai masalah capaian internet. Sesungguhnya, perkara
ini telah menghalang latihan yang dijalankan secara atas talian
menyebabkan penyampaian sesuatu maklumat kepada pekerja
akan menjadi tersekat-sekat dan juga maklumat yang
disampaikan tidak akan jelas (Lamsah, M. S. 2021).
Di samping itu, berdasarkan kajian lepas yang bertajuk
Employee Perception of Individual and Organisation Career
Development Strategies in Edaran Otomobil Nasional Berhad
(Eon Berhad) oleh Ahamad M., et al., (2018) faktor latihan dan
pembangunan merupakan faktor yang paling dominan di mana
dapat mempengaruhi pembangunan kerjaya seseorang
individu di dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, apabila
teknologi baharu diperkenalkan, latihan menggunakannya
mestilah cukup. Maka dengan itu, setiap masalah yang dihadapi
berhubung dengan proses kerja baharu mestilah diberi
perhatian yang sewajarnya oleh pihak pengurusan. Sebagai
contoh, pihak pengurusan EON Berhad yang mana perlu
membuat pembangunan kerjaya bagi golongan pekerja kerana
pembangunan kerjaya ini dapat meningkatkan prestasi serta
kesetiaan pekerja kepada sesebuah organisasi. Maka dengan
itu, sekiranya pihak EON Berhad telah menyediakan peluang-
peluang ataupun program-progran yang dapat membantu serta
bertepatan dengan keperluan kerjaya para pekerja dalam
pembangunan kerjaya seperti latihan-latihan dan juga bengkel

17
pembangunan kerjaya, maka ini akan dapat menimbulkan
kesedaran dalam diri pekerja itu sendiri. (Ali, A. M. et al., 2009
& Ahamad, M. 2015)

2.6 Kesimpulan
Kesimpulannya, teori konsep latihan dan pembangunan
merupakan elemen penting dalam membangunkan keupayaan
kemahiran pelajar. Salah satunya adalah kemahiran dalam
mewujudkan peluang kerjaya melalui digitalisasi. Sehubungan
dengan itu, wajar jika program ini menggunakan kaedah secara
bersemuka supaya aktiviti latihan dapat dilaksanakan secara
terus kepada peserta selaras dengan model kajian ADDIE yang
mana memfokuskankan kepada penyediaan bahan-bahan
latihan dan dilaksanakan mengikut keperluan pelajar.

3.0 BAHAGIAN
PERISIAN PROGRAM
Aktiviti 1 : Membangunkan Peluang Pekerjaan Yang
Ada Melalui Kreativiti Dan Inovasi.

Tajuk : Keusahawanan Digitalisasi Masa Kini Melalui Kreativiti


dan Inovasi.

Personaliti : Fasilator

Objektif : Meneroka peluang pekerjaan keusahawanan


digitalisasi masa kini lalu membangunkan peluang yang ada
melalui kreativiti dan inovasi.

Keperluan : Kertas A4 dan Pen.

Langkah 1 : Persiapan
Perserta di minta oleh fasilator bersiap sedia untuk aktiviti
pertama dan mengambil tempat duduk masing-masing. Para
peserta juga diminta mengambil keperluan mereka seperti

18
kertas dan pen untuk menjalankan aktiviti ini. Mereka akan
menulis perincian dalam aktiviti pertama sebagai tanda
pengenalan.

Langkah 2 : Penerangan Aktiviti


Aktiviti pertama ini akan dimulakan oleh fasilator dengan
memberi penerangan mengenai pelbagai cara untuk
menginovasikan atau menjadikan sesuatu produk yang ingin
dijual menggunakan kreativiti mereka untuk menarik hati
pelanggan membeli produk yang bakal dipasarkan melalui
platform digitalisasi.

Langkah 3 : Contoh produk yang boleh diinovasikan


Langkah ketiga ini dilaksanakan dengan mengambil satu
produk yang boleh dijadikan contoh sebagai ilham kepada para
peserta. Di sini fasilator telah menggunakan ‘pelitup muka’
yang mana pelitup muka tersebut telah diinovasikan dengan
pelbagai corak yang boleh menarik dan mampu menambat hati
pelanggan membelinya melalui kreativiti dan kesenian yang
telah ditonjolkan seperti gambar di bawah:-

Gambar 1: Pelitup Muka


Sumber: https://www.suaraperak.com/pelitup-muka-kj-made-
in-super-kinta/

Langkah 4 : Pemilihan Produk Oleh Peserta Yang Boleh


Diinovasi
Para peserta diminta untuk memilih satu produk untuk
diinovasikan sebagai persediaan untuk aktiviti kedua yang
bakal dijalankan.
Proses

19
Para peserta di minta untuk menulis setiap maklumat penting
pada permulaan aktiviti pertama ini dan diminta memilih satu
produk untuk diinovasikan.

Penilaian dan Rumusan


Peserta berupaya untuk meneroka dan berfikiran kreatif untuk
mengolah dan menghasilkan produk yang boleh dipasarkan
secara digitalisasi.

Aktiviti 2 : Business Model Canvas (Bmc).

Tajuk : Strategi keusahawanan yang baik melalui Kanvas


Model Perniagaan.

Personaliti : Fasilator

Objektif : Merangka strategi keusahawanan yang baik melalui


Kanvas Model Perniagaan “Business Model Canvas” (BMC).

Keperluan : Kertas A3, Marker Pen dan Pencil Warna.

Penerangan :-
Semua peserta di minta untuk mengambil tempat duduk yang
telah disediakan mengikut Standard Operasi yang telah
dinyatakan oleh fasilator. Sebelum mengambil tempat duduk
para peserta ini diminta untuk beratur dan mengambil
keperluan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Seterusnya penerangan aktiviti kedua diberikan untuk
menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai apakah itu
‘Kanvas Model Perniagaan atau Business Model Canvas (BMC)’.
‘Kanvas Model Perniagaan atau Business Model Canvas (BMC)’
merupakan salah satu cara untuk menganalisis, membuat
strategi dan menguji model perniagaan berdasarkan 9
bahagian perniagaan. Strategi-strategi tersebut akan
diletakkan dalam satu paparan bagi menunjukan keseluruhan
model. Ini akan membantu usahawan untuk memahami setiap
strategi yang telah dirangka. Kanvas Model Perniagaan ini
mengandungi 9 bahagian atau komponen dalam sebuah model

20
perniagaan. Langkah-langkah penyediaan model tersebut akan
diterangkan secara terperinci seperti yang berikut:-

Langkah 1 : Tawaran Nilai


Langkah pertama akan dimulakan oleh fasilator dengan
memberi penerangan mengenai apa itu ‘tawaran nilai’.
Tawaran nilai ini akan membezakan antara sebuah perniagaan
dengan perniagaan lain. Terdapat pelbagai jenis tawaran
daripada segi prestasi, reka bentuk, jenama, pengurusan kos,
pengurangan risiko, kemudahan, akses dan sebagainya. Berikut
merupakan contoh tawaran nilai yang akan diterangkan oleh
fasilator yang boleh digunapakai oleh peserta:-

 Unique Selling Proposition


- Fokus menawarkan produk atau perkhidmatan yang
lebih baik berbanding pesaing.
 Feature-Advantage-Benefit
- Ciri-ciri produk atau perkhidmatan yang memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan.

Langkah 2 : Segmentasi Pelanggan


Langkah kedua fasilator memberi penerangan kepada para
peserta mengenai ‘segmentasi pelanggan’. Segmentasi
pelanggan adalah suatu pemerhatian yang dilakukan untuk
melihat sama ada produk atau perkhidmatan tersebut memberi
manfaat atau memberi nilai kepada mereka dengan
mengambilkira aspek demografi, psikologi, tingkahlaku,
ekonomi, sosial dan geografi (Ahmad, N., 2017).

Langkah 3: Saluran Pemasaran


Langkah ketiga pula, fasilator akan menerangkan bagaimana
peserta ini menghantar produk atau perkhidmatan kepada
pengguna atau pelanggan. Peserta harus memilih saluran yang
paling sesuai dan baik untuk pelanggan dengan mengambilkira
kos apabila memilih saluran tersebut. Misalnya, saluran
pemasaran digitalisasi menggunakan media sosial sebagai
medium untuk memasarkan produk. Tambahan pula,
perkhidmatan penghantaran yang akan digunakan adalah
poslaju, J&T dan sebagainya (Ahmad, N., 2017).

21
Langkah 4: Perhubungan Pelanggan
Pada langkah keempat ini fasilator akan menerangkan
mengenai perhubungan pelanggan. Perhubungan pelanggan ini
adalah perhubungan antara usahawan dengan sasaran
pelanggan. Perhubungan pelanggan ini boleh dilakukan dengan
pelbagai cara mengikut kreativiti masing-masing untuk
menarik hati pelanggan menggunakan perkhidmatan
usahawan atau membeli produk yang dijual. Antara
perhubungan pelanggan yang boleh diaplikasikan dalam
perniagaan peserta seperti kupon, sampel percuma, loyalty
card, jaminan, diskaun untuk meningkatkan penjualan,
meningkatkan kesetiaan pelanggan dan mengekalkan
pelanggan (Ahmad, N., 2017).

Langkah 5: Rakan Niaga Utama


Langkah kelima iaitu rakan niaga. Pada tahap ini fasilator akan
menjelaskan mengenai ‘rakan niaga utama’. Yang mana rakan
niaga utama ialah rangkaian pembekal dan rakan yang
menjayakan model perniagaan. Usahawan biasanya
memerlukan rakan niaga utama untuk mengoptimumkan
model perniagaan, mengurangkan risko dan mendapatkan
sumber (Ahmad, N. 2017).

Langkah 6: Aktiviti Utama


Seterusnya, pada langkah keenam ini ianya melibatkan ‘aktiviti
utama’. Aktiviti utama ini adalah aktiviti yang perlu dibuat
untuk menjayakan model perniagaan yang diusahakan. Walau
bagaimanapun, ianya haruslah bergantung kepada jenis
perniagaan yang usahawan tersebut seperti contoh yang
berikut:-

Rajah 1: Aktiviti Utama


Sumber: Ahmad, N. (2017)

Langkah 7: Sumber Utama


Langkah ketujuh adalah sumber utama. Pada tahap ini fasilator
akan menerangkan bagaimana sumber utama ini

22
membolehkan perniagaan tersebut menawarkan nilai kepada
pasaran dan menjana pendapatan yang terdiri daripada modal,
kemahiran pekerja, pengedaran, rakan niaga, resipi dan
rangkaian (Ahmad, N., 2017).

Langkah 8: Struktur Kos


Langkah kelapan adalah struktur kos. Fasilator akan
menerangkan kepada usahawan bagaimana membuat struktur
kos yang sesuai dengan konsep perniagaan usahawan seperti
gaji, sewa utiliti, peralatan iaitu mesin atau jentera, kos per unit
produk dan perkhidmatan serta kos pemasaran (Ahmad, N.,
2017).

Langkah 9: Aliran Pulangan


Langkah terakhir yang akan disampaikan oleh fasilator iaitu
‘aliran pulangan’. Aliran Pulangan adalah wang tunai yang
diperolehi daripada sasaran pasaran atau segmen produk.
Sebagai contoh:-

Rajah 2: Aliran Pulangan


Sumber: Ahmad, N. (2017)
Proses
1. Peserta akan merekabentuk satu kanvas model
perniagaan masing-masing menggunakan kertas A3,
pen marker dan pencil warna yang telah disediakan dan
mengaplikasikan produk yang telah mereka pilih pada
aktiviti pertama yang telah dijalankan.
2. Peserta perlu menggunakan idea yang diterangakan
fasilator sebaik-sebaiknya mengikut langkah-langkah
yang diterangkan untuk dihuraikan ke dalam kertas A3
yang disediakan.
3. Peserta berjaya menerangkan semua langkah-langkah
tersebut dan terhasillah satu kanvas model perniagaan
mereka masing-masing.

23
Penilaian dan Rumusan
Di akhir aktiviti kedua ini, peserta telah melalui satu fasa di
mana mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam
mengenai cara melaksanakan perniagaan dengan
menggunakan 9 komponen kanvas model perniagaan ini
dengan betul dan teratur.

Aktiviti 3 : Pemasaran Digital

Tajuk : Pengenalan Kepada Pemasaran Digital Media Sosial.

Personaliti : Fasilitor

Objektif:
1. Mengenali pemasaran digital media sosial, membuka akaun
media sosial, dan menjelaskan implikasi penggunaan
pemasaran digital media sosial.

Keperluan:
Komputer, komputer riba, telefon pintar, flyer dan jaringan
internet.

Langkah-langkah:
1. Penyediaan fasiliti dan keperluan latihan.
Pihak penganjur perlu menyediakan komputer-komputer yang
akan digunakan oleh para pelatih dan kelengkapan meja dan
kerusi untuk memberi keselesaan kepada para pelatih. Pihak
penganjur akan memberikan perkhidmatan jaringan internet
percuma berserta kata laluan Wi-Fi kepada setiap pelatih.

2. Sesi 1: Pembukaan akaun Instagram.


Sesi pertama dalam aktiviti ini, fasilitor akan membawa para
pelatih untuk membuat akaun media sosial Instagram. Pertama
sekali, peserta perlu menekan pautan www.instagram.com
ataupun memuat turun aplikasi melalui telefon pintar dengan
memuat turun aplikasi Instagram melalui Google Play ataupun
Apple Store. Setelah itu, peserta pergi ke halaman utama laman
web dan mengetik “Daftar” dengan memasukkan e-mel
ataupun nombor telefon dan menunggu kod pengesahan.

24
Disamping itu, peserta juga boleh mendaftar
menggunakan akaun Facebook sekiranya ada. Seterusnya,
peserta perlulah meletakkan nama pengguna berserta kata
laluan. Dengan itu, peserta boleh mengisi maklumat profil dan
memuat naik gambar ataupun logo perniagaan. Setelah itu,
peserta masuk ke aplikasi dan pergi ke halaman tetapan lalu
menekan “Tukar Kepada Akaun Perniagaan” untuk menukar
instagram kepada perniagaan. Dengan itu, peserta bolehlah
memasukkan maklumat tambahan perniagaan.

3. Sesi 2: Pembukaan akaun Facebook.


Sesi kedua pula, fasilitor akan membawa para pelatih untuk
membut akaun media sosial Facebook. Langkah pertama,
peserta perlulah melayari www.facebook.com atau memuat
turun aplikasi Facebook melalui Google Playstore ataupun Apple
Store. Seterusnya, peserta diminta untuk memasukkan nama, e-
mel atau nombor telefon bimbit, kata laluan, tarikh lahir dan
jantina lalu menekan tombol “Sign Up”. Setelah itu, peserta
diminta mengesahkan e-mel atau nombor telefon bimbit yang
digunakan.
Seterusnya, peserta diarahkan pula pergi ke halaman
“Profil” untuk memuat naik logo perniagaan sebagai gambar
profil. Setelah itu, peserta pergi ke “Edit Perincian” untuk
memasukkan butiran-butiran peribadi perniagaan. Langkah
seterusnya, peserta akan membuat “Halaman” Facebook untuk
memudahkan urusan perniagaan. Pertama sekali, tekan “Buat
Halaman” dan mengisi ruangan informasi. Kedua,peserta perlu
memilih sekurang-kurangnya tiga kategori yang menerangkan
jenis perniagaan. Langkah terakhir, peserta hendaklah memuat
naik gambar yang mewakili perniagaan seperti logo atau
gambar produk.

Proses:
1. Peserta berupaya menggunakan komputer dan telefon pintar
untuk memasang dan melayari laman web media sosial.
2. Peserta berupaya memasukkan butiran dan maklumat
perniagaan mereka ke media sosial.
3. Peserta menggunakan gambar produk ataupun logo di
media sosial.

25
4. Penilaian dan Rumusan:
Di akhir latihan,peserta berupaya untuk mengetahui cara-cara
untuk membuka media sosial. Mereka mengetahui bagaimana
aplikasi Instagram dan Facebook untuk dipasang atau dilayari.

Material:

Rajah 3 : Flyer Langkah Log Masuk Instagram dan Facebook

Aktiviti 4 : Laman Web Digital

Tajuk : Pengurusan Laman Web Digital.

Personaliti : Fasilitor

Objektif :
1. Mengenalpasti strategi pemasaran yang baik, langkah-
langkah pengurusan laman web dengan mengaplikasikan
strategi pemasaran yang baik, dan menjelaskan implikasi
pengurusan laman web sosial media yang baik.

Keperluan: Komputer atau komputer riba, Flyer dan jaringan


internet.

Langkah-langkah:
1. Pengenalan kepada strategi-strategi pemasaran.
(Briefing)
Fasilitor akan menerangkan setiap jenis strategi pemasaran
digital kepada para peserta. Antaranya, Copywriting, Search

26
engine optimization (SEO), pemasaran kandungan & pemasaran
media sosial.

2. Sesi 1: Cara mengurus laman web melalui strategi


Copywriting.
Seterusnya, peserta didedahkan dengan cara-cara untuk
mengurus laman web digital melalui strategi Copywriting
(pengiklanan). Dalam menulis Copywriting peserta akan
didedahkan kepada lima komponen penulisan iklan yang
berkesan. Komponen pertama ialah sasaran, dimana para
peserta perlulah mempromosikan produk yang diperlukan oleh
orang ramai. Komponen kedua, peserta perlu mempunyai
produk yang mempunyai keunikan tersendiri daripada setiap
produk lain. Komponen ketiga ialah peserta mempunyai bukti
atas pengiklanan dibuat contohnya testimoni pelanggan.
Komponen keempat pula ialah peserta menarik pelanggan
membuat tindakan. Disamping itu, peserta perlu menawarkan
sesuatu yang istimewa contohnya pemberian diskaun ataupun
ganjaran. Komponen yang terakhir peserta perlu menguji dari
masa ke masa untuk meningkatkan hasilnya.

3. Sesi 2: Cara mengurus laman web melalui strategi


perkongsian media sosial.
Peserta akan didedahkan kepada kaedah perkongsian foto dan
video melalui media sosial. Peserta disarankan untuk
memuatnaik gambar produk tersebut di Instagram kerana
Instagram adalah laman web paling popular untuk perkongsian
gambar. Selain itu, perserta perlu melakukan perkongsian
video melalui Facebook ataupun Youtube. Hal ini kerana, kedua
medium ini memberi perkhidmatan perkongsian video yang
mempunyai durasi yang lama dan ianya mempunyai daya
tarikan yang begitu berkesan untuk memancing pelanggan
dengan berkongsi video-video yang menarik dan berkualiti.

4. Sesi 3: Cara mengurus laman web melalui strategi


Search engine optimization (SEO).
Seterusnya, peserta akan didedahkan kepada strategi Search
engine optimization (SEO). Strategi SEO ini merupakan langkah
pemasaran digital yang menggunakan carian laman web atau

27
carian trending. Peserta seterusnya akan mempelajari SEO
untuk mengurus pemasaran laman web yang lebih baik.
Peserta akan masukan kata kunci ke dalam meta tag kata kunci
laman web perniagaan. Setiap laman web dikehendaki
mempunyai tag tajuk yang sesuai dengan produk perniagaan.

Proses:
1. Peserta berupaya melakukan Copywriting, SEO dan
perkongsian media sosial untuk mengurus laman web.
2. Peserta berupaya menarik minat pelanggan dengan
mengurus laman web digital.
3. Peserta bersenang hati memperolehi strategi pengurusan
laman.

4. Penilaian dan Rumusan:


Peserta dapat menimba ilmu pengetahuan baharu untuk
diadaptasi dalam pemasaran perniagaan mereka. Disamping
itu, mereka juga dapat memasarkan produk mereka dengan
pantas melalui strategi pemasaran digital. Oleh itu, latihan ini
amat penting kerana memberi keuntungan buat peserta.

Material:

Rajah 4 : Flyer Strategi Pemasaran

28
4.0 BAHAGIAN PENILAIAN
DAN PEMINDAHAN
LATIHAN PROGRAM

4.1 Pengenalan
Setiap program Latihan yang dilaksanakan oleh ahli Pengurusan
Sumber Manusia perlu mewujudkan penilaian latihan. Penilaian
latihan ialah langkah yang penting dalam perlaksanaan
program latihan. Menurut Wang, G. dan Wilcox, D. (2015),
penilaian program latihan adalah fasa yang paling penting dan
memuncak dalam proses analisis, reka bentuk, pengembangan,
perlaksanaan dan penilaian oleh model ADDIE. Semestinya
program latihan yang dilaksanakan oleh fasilitator atau dikenali
pelatih telah mengharapkan tujuan program ini dapat
disampaikan kepada peserta. Program latihan yang
dilaksanakan sebenarnya bukan sahaja hanya melihat kepada
wajah senyuman peserta apabila tamatnya program latihan ini.
Ataupun, para fasilitator dapat melihat kepuasan mereka dari
segi tempat latihan, makanan, dan kemudahan lain semata-mata.
Oleh itu keberkesanan latihan perlu diukur melalui aspek-aspek
yang spesifik dari pelbagai dimensi program latihan (Cayton, W.
2006).
Program yang bernama “Keusahawanan digitalisasi
masa kini melalui kreativiti dan inovasi” merupakan sebuah
program yang ingin memberi ilmu serta pengetahuan kepada
peserta yang dikenali sebagai pengusahawan supaya mereka
dapat membina kemahiran baharu menggunakan digitalisasi
pada masa kini. Pelbagai persiapan dan usaha yang
dilaksanakan oleh ketua program dalam penggaturan aktiviti,
sekiranya pelatih gagal memberi fasa penilaian kepada peserta
maka aktiviti ini akan menjadi sia-sia sahaja. Hal ini kerana,
penilaian program latihan ini bukan sahaj menilai persekitaran
atau kemudahan tempat latihan tetapi penilaian ini penting
untuk mengetahui hasil yang peserta dapat daripada program
ini. Selain penilaian juga dapat menambahbaikkan aktiviti para

29
pelatih program untuk menjadi fasilitator yang lebih efektif dan
cemerlang kepada program latihan.
Fasa terakhir dalam model ADDIE ini sering terlepas
pandang ketika organisasi membuat dan melaksanakan
program latihan. Penilaian tidak boleh dianggap sebagai proses
yang terpisah dengan fasa ADDIE yang lain. Menurut Goldstein,
penilaian program latihan adalah pengumpulan secara
sistematik yang menunjukkan segala maklumat sama ada
berbentuk deskriptif ataupun berbentuk pertimbangan yang
diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan mengenai
latihan yang berkesan. Penilaian boleh dibuat berdasarkan
pemulaan aktivti program sehingga pengkhiran program ini.
Perkara ini kerana setiap aktiviti yang dilaksanakan pada
program latihan ini mempunyai penilaian dan maklumbalas
masing-masing seperti, aktiviti 1 hingga aktiviti 4. Latihan
dapat dikatakan hanya berfungsi atau relaven apabila peserta
melihat dan mengamati keadaan sekeliling barulah peserta
dapat menilai berdasarkan pengalaman mereka. Pihak
penganjur juga bertanggungjawab dalam menilai peserta
kursus berdasarkan kehadiran, kreativiti pelajar, ujian dan
penglibatan. Penilaian ini harus dilaksanakan dengan adil dan
telus kerana melibatkan prestasi organisasi. Terdapat dua
kategori penilaian program latihan iaitu pemilaian formatif dan
penialain sumatif.

4.1.1 Penilaian Formatif


Menurut Wang, G. dan Wilcox, D. (2015), penilaian yang
dimaksudkan untuk memberikan informasi tentang
peningkatan rancangan dan pengembangan program disebut
sebagai penilaian formatif. Tujuan penilaian formatif adalah
untuk mengenalpasti kelemahan dalam bahan pengajaran,
metod, atau tujuan pembelajaran untuk mengembangkan
solusi preskriptif semasa dalam merancang serta
mengembangkan program latihan. Tujuan lain bagi penilaian
formatif adalah untuk membentuk kualiti program supaya
dapat menunjukkan pencapaian prestasi yang lebih baik dan
harus dibina pada setiap fasa ADDIE. Penilaian fromatif
terbahagi kepada beberapa kaedah penilaian. Antaranya,

30
temubual, pemerhatian, pemerhatian perisian multimedia dan
senarai semak.

4.1.2 Penilaian Formatif Peserta/Pelajar Dan Penganjur


1) Temubual
Temubual bagi fasa ini merujuk kepada analisis sistem. Hal ini
adalah untuk menentukan kekuatan dan kelemahan sistem.
Pelatih atau fasilitator harus menemu bual pelajar-pelajar
supaya dapat mengenalpasti masalah dan maklumat yang tepat
dalam program perisian pembangunan. Walau bagaimanapun
disebabkan oleh Pandemik Covid-19 aktivti temu bual tidak
boleh dilaksanakan kerana program ini mematuhi SOP yang
disediakan supaya dapat melindungi peserta daripada
penyebaran wabak. Aktiviti temu bual untuk penilaian
mungkin terbatas dan menyukarkan pengkaji untuk mendapat
data dan maklumat daripada respondan.

2) Pemerhatian
Pemerhatian merupakan proses yang melibatkan ke atas
sesuatu kerja atau subjek. Peserta dan penganjur menilai
sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian. Pemerhatian juga
dapat melibatkan pengalaman seseorang dalam sesuatu situasi.
Sebagai contoh, peserta yang menyertai program
Keusahawanan Digitalisasi Masa Kini Melalui Kreativti dan
inovasi ini telah mengikuti beberapa modul atau aktiviti yang
berdasarkan tentatif program. Oleh itu, peserta mestilah
mempunyai pelbagai pengalaman daripada pemerhatian di
program ini yang dapat direkodkan oleh pemerhati. Untuk
penganjur, atau penilai, semasa proses pemerhatian ini
dijalankan senarai semak yang dibina harus dijadikan sebagai
asas proses pemerhatian. Penganjur akan mengetahui
kelemahan dan kekuatan pelajar semasa menjalani latihan ini.
Program pemarkahan penilaian terletak pada tanggungjawab
penganjur. Beradasarkan borang penilaian pengajur dibawah
terdapat empat kriteria untuk dinilai kepada pekerja iaitu,
kehadiran, kreativiti pelajar, ujian, dan juga penglibata. Perkara
tersebut harus dinilai berdasarkan pemerhatian seorang
penganjur atau pihak yang menilai dalam program ini.
3) Pemerhatian Perisisan Multimedia

31
Pemerhatian dilakukan oleh pemerhati ke atas perisian
multimedia yang terdapat di pasaran. Pemerhatian ini akan
memberi peluang kepada pemerhati menggunakan perisian
multimedia yang terdapat di pasaran. Program ini
dilaksanakan dengan bertemakan model pemasaran digitalisasi.
Hal ini menunjukkan pelajar akan berpeluang untuk
menggunakan perisian multimedia tersebut untuk pemasaran
barangan pelajar. Berdasarkan aktiviti satu hingga 4,
keseluruhannya adalah mengenai penggunaan digitalisasi.
Pelajar akan mempelajari bagaimana ingin membinan perisian
multimedia seperti, Instagram dan Facebook. Selain itu, pelajar
yang menyertai program ini juga akan mengetahui cara untuk
membina laman web ke media sosial. Untuk pemerhatian
penilaian formatif, peserta dikehandaki mengisi borang
penilaian yang disediakan oleh pelatih program ini.
Pemerhatian yang peserta dapat nilai berdasarkan keadaan
sekililing, navigasi skrin, latihan yang diberikan, kepimpinan
fasilitator dan strategi pengajaran digunakan semasa program
latihan keusahawanan ini. Bagi proses pemerhatian, penganjur
hendaklah membuat senarai semak yang telah dirancang
berdasarkan program ini seperti, grafik pada skrin, audio yang
digunakan, animasi yang digunakan, bahasa digunakan dan
juga pautan teks di media sosial. Penilaian ini dapat dilihat
pada bahagian Lampiran A iaitu penilaian prelaksanaan kursus
dan penilaian penceramah kursus ini. Peserta dikehendaki
memberi nama akaun Facebook dan Instragram supaya dapat
memudahkan penganjur menilai para pelajar.

4.3 Penilaian Sumatif


Penilaian sumatif ialah apabila penilaian yang dilakukan untuk
menentukan sama ada latihan yang dimaksudkan tercapai atau
tidak. Penilaian sumatif untuk membantu para pemerhati
dalam menentukan sama ada latihan dan perisian ini patut
diteruskan atau sebaliknya. Penilai hendaklah melakukan
penilaian setelah program latihan dan proses pembangunan
selesai.

32
4.3.1 Fasa Penilaian Sumatif
4.3.1.1 Penilaian pakar dan Penilaian Lapangan
Fasa penilaian pakar adalah untuk menentukan sama ada
bahan yang digunakan dalam program ini memenuhi potensi
keperluan pengajaran atau sebaliknya. Para penyelidik yang
melakukan penilaian ini perlu merujuk kepada proses
mengumpul data, prosuder dan sumber dari perlaksanaan
pengajaran. Hal ini supaya dapat menetukan bahan yang
digunakan semasa program ini adalah berkesan atau tidak
kepada pelajar dari segi prestasi mereka serta emosi.

Rajah 3 : Tiga fasa atau peringkat analisi penilain sumatif

1) Analisis kongruen
Analisis kongruen perlu mengandungi penerangan yang jelas
terhadap keperluan organisasi, seperti kemudahan
pembelajaran semasa program. Penerangan yang tepat
berkaitan dengan tingkah laku serta ciri kumpulan sasaran dan
maklumat yang jelas berhubung dengan matlamat dan objektif
pengaran merupakan perkara yang perlu ada dalam analisis
kongruen. Seterusnya adalah maklumat yang jelas terhadao
pengguna dan bahan alatan yang diperlukan. Perkara dalam
analisis kongruen boleh dirujuk di borang penilaian peserta
dan penilaian penganjur berdasarakn rajah dibawah.

2) Analisis kandungan
Penilaian terhadap isi kandungan hanya dilaksanakan oleh
pakar atau seseorang yang mahir terhadap bidang penilaian
seperti seorang penganjur. Penilaian pakar pada tahap ini akan
menghasilkan analisis pengajaran yang akan meninjau sama
ada perisian tersebut mampu menepati matlamat program ini
atau tidak. Analisis kandungan adalah berdasarkan proses yang
menentukan tema serta subtema pelajaran yang digunakan
sepanjang program ini. Tema program ini adalah berasakan
graduan yang ingin mencari pendapatan dan mencipta inovasi
baharu semasa peningkatan digitalisasi. Maka terdapat

33
beberapa modul program ini seperti modul membangunkan
peluang pekerjaan yang ada melalui kreativiti dan inovasi,
modul yang kedua ialah, Business Model Canvas (BMC). Selain
itu terdapat juga modul mengenai pemasaran digital serta
modul penggunaan laman web digital. Dalam analisis
kandungan ini dikehendaki untuk menilai pengisian dalam
setiap modul. Sebagai contoh, modul pemasaran digital, pakar
hendaklah meyenaraikan pengisian yang terdapat dalam
modul tersebut berdasarkan sistem bahasa dan pengisian
kokurikulum.

3) Analisis Rekabentuk
Analisis reka betuk merupakan proses penilaian pakar
terhadap aspek-aspek rekabentuk dari pelbagai sudut seperti
reka bentuk informasi, interaksi dan reka bentuk antara muka.
Berdasarkan borang soal selidik di bawah mendapati bahawa
kesan yang dinyatakan yang dapat memberi motivasi kepada
pelajar setelah tamatnya program ini. Hal ini dapat dilihat
setelah penganjur menilai pelajar semasa penglibatan pelajar
semasa program ini.

4.4 Soal Selidik


Soal selidik adalah salah satu instrumen penting dalam
penilaian sumatif berdasarkan perincian program yang
dilaksanakan inu. Borang soal selidik akan diedarkan kepada
100 orang pelajar dan lima orang penganjur atau penilai.
Penyebaran soal selidik dihantar secara berperingkat kepada
peserta pada masa yang sama pelatih dalam program ini
bertanggungjawab untuk menjaga SOP Covid-19. Soal selidik
ini memberi peluang kepada penilai mendapatkan maklum
balas daripada peserta tentang perisian yang dibangunkan
dalam program ini. Contoh borang penilaian soal selidik bagi
peserta boleh dilihat di Lampiran A manakala untuk penilaian
penganjur di Lampiran B serta Lampiran C.

34
LAMPIRAN A

BORANG PENILAIAN PROGRAM BAGI PESERTA


Nama Staf: __________________________________________________________
Jab/Unit: ____________________________________________________________
Tajuk Kursus: ______________________________________________________
Penganjur:__________________________________________________________
Tarikh: ______________________________________________________________
Tempat:_____________________________________________________________

GRED SKOR
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Kurang setuju 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

Sila maklumkan pandangan anda terhadap program


latihan/kursus ini yang telah anda ikuti dengan menanda (/)
pada ruangan di bawah berpandukan kepada skor di atas.

Bil Item 1 2 3 4 5
Penilaian penceramah
1. Program ini telah mencapai objektif.
2. Kandungan kursus latihan ini sesuai
dengan matlamat saya datang ke program
ini.
3. Penyampaian yang baik dan berkesan oleh
penceramah.
4. Pengguna alat bantuan mengajar yang
diberi sepanjang program ini adalah
berkesan.
Penilaian Perlaksanaan Kursus
1. Dewan program selesa dan kondisif.
2. Masa rehat diberikan mencukupi.
3. Pelaksanaan berdasarkan tentatif program
berjalan dengan lancar.
4. Fasilitator/pelatih sangat mesra dengan
peserta.

35
Penilaian Perlaksanaan Kursus
mengikut Standard Operasi Prosuder
COVID-19
1. Setiap peserta/pelatih dan penganjur
memakai pelitup muka.
2. Peperiksaan suhu dilakukan secara kerap
apabila memasuki dewan atau antara
kawasan program.
3. Suhu badan saya tidak melebihi daripada
37.5 c ketika pemeriksaan suhu dilakukan.
4. Program, ini mengamalkan penjarakan
sosial dalam setiap aktiviti.
5. Masa rehat dikendalikan kepada pelajar
secara berperingkat.
Penilaian keberkesanan Program
Terhadap Peserta
1. Program ini telah meningkatkan
pengetahuan berbanding sebelum ini.
2. Program ini memberi manfaat kepada
usahawan mendepani digitalisasi.
3. Peningkatan digitalisasi bukanlah satu
cabaran bagi saya.
4. Peningkatan digitalisasi menjadi peluang
untuk saya belajar kemahiran baharu.
Ulasan Peserta
Kesediaan dan berkeyakinan untuk
berkongsi ilmu yang diperoleh serta
menjalankan aktiviti/ projek berkaitan
dengan kursus program.
YA/TIDAK, jika TIDAK sila nyatakan
sebab : _______________________________________

LAMPIRAN B

BORANG PENILAIAN UNTUK PENGANJUR PROGRAM


Nama : ________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan: ________________________________________________
Jawatan:______________________________________________________________
Jabatan:_______________________________________________________________

36
Tarikh Kursus: _______________________________________________________

1. Pencapaian Objektif Kursus


Sejauh manakah anda fikir objektif program ini dapat dicapai?
Objektif 1 2 3 4
Objektif 1: Membangunkan Peluang Pekerjaan yang
ada Melalui Kreativiti dan Inovasi
Objektif 2: Merangka Strategi Keusahawanan yang
Baik Melalui “Business Model Canvas” (BMC).
Objektif 3: Mengenal pasti Pemasaran Digital Media
Sosial
Objektif 4: Mengetahui Langkah-Langkah Pengurusan
Laman Web dengan Mengaplikasi Strategi Pemasaran
yang Baik.

Sekiranya anda telah menilai kursus ini tidak tercapai, sila


nyatakan sebab-sebabnya:__________________________________________

LAMPIRAN C
PENGHASILAN KURSUS (WAJARAN 100%)

Nama Pelajar: ________________________________________________________


No Pendaftaran: _____________________________________________________
Tajuk Kursus: ________________________________________________________

Pengajur dikehendaki memberikan penilaian berdasarkan


pencapaian yang disediakan:
Bil Kriteria Peratus
Penilaian
1. Kehadiran __ /10
Sepanjang program ini, menunjukkan
pelajar sentiasa hadir ke kursus latihan
pada hari yang ditetapkan.
2. Kreativiti pelajar __ /30
1.0 Dinilai dari segi kejayaan hasil pelajar
menginovasikan barangan ke pasaran.
2.0 Dinilai dari segi kreativti pelajar
membina strategi berdasarkan Kanvas
Model Perniagaan (BMC)

37
3.0 Dinilai berdasarkan kreativiti pelajar
menggunakan platform digital untuk
pemasaran barangan di media sosial.
4.0 Dinilai dari segi kata-kata yang
digunakan dalam ayat tarikan
pelanggan.
3. Ujian pelajar __ / 40
Pencapaian pelajar menjawab soalan
daripada modul latihan.
4. Penglibatan __ / 20
Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan dalam kursus ini.
= __
/100%
Tandatangan Yang Penilai:
______________________________
Nama:
Tarikh:
5.0 Penutup
Kesimpulannya, program ‘Latihan dan Pembangunan : Platform
Digitalisasi From Zero To Hero’ merupakan usaha dalam
mewujudkan dan mengembangkan perluang kerjaya atas talian
graduan yang terjejas pekerjaan rentetan COVID-19 dengan
mengaplikasikan model ADDIE. Hal ini disebabkan, melalui
pelaksanaan program, kumpulan sasaran mampu mempelajari
bagaimana menginovasi produk bagi tujuan pemasaran melalui
9 business model canvas secara langsung dalam dewan tempat
program berlangsung. Selain itu, peserta turut dapat
memperoleh ilmu bagaimana membina platform atas talian
yang berkesan dan stratgei pemasaran bagi meningkatkan
keuntungan perniagaan. Selaras dengan pelaksanaan tersebut,
penilaian modul latihan yang berkesan turut dipraktikkan agar
keberkesanan program dapat dinilai selaras dengan matlamat
utama program latihan dan pembangunan ini dijalankan.
Melalui modul latihan ini, diharapkan kumpulan peserta akan
memperoleh manfaat bagi membangunkan kerjaya
keusahwanan secara online selaras dengan perkembangan
teknologi dan digitalisasi masa kini.

38
Bibliografi
Abdullahi, M. S., Gwadabe, Z. L. & Ibrahim, M. B. 2018. Effect Of
Training And Development On Employee’s Productivity
among Academic Staff of Kano State Polytechnic,
Nigeria. Asian People Journal (Apj), Volume 1, Issue 2;
264-286.
Ahmad, N. 2017. Business Modal Canvas (‘BMC’). Diakses dari
https://mdxnazri.com/2017/01/businessmodalcanvas-
bmc/pada 22 Januari 2021.
Ahamad, M., Nor, M. H. M & Ali. N. R. M. 2018. Persepsi
PekerjaTerhadap Strategi Pembangunan Kerjaya
Individu dan Organisasi di Edaran Otomobil Nasional
Berhad (Eon Berhad). Management Research Journal
Vol. 8, No. 1; 157 – 174.
Antonizzi J. & Smuts, H. 2020. The Characteristics of Digital
Entrepreneurship and Digital Transformation: A
Systematic Literature Review. IFIP International
Federation for Information Processing. 239–251.
Aziz, A. R. 2020. Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja
Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities. Vol, 5, Issue 11(page 1 -9).
Berawi, F. M. 2017. Metodologi Penyelidikan. Penerbit
Universiti Utara Malaysia. 42-44.
Carey, L. & Dick, W. 1996. The systematic design of instruction
(4th ed.). New York: Harper Collins College Publishers
Cayton, W. 2006. Overview and Evolution of the ADDIE
Training System. Advances in Developing Human
Resources. Vol. 8, No. 4 November 2006 430-44.
Duermyer R. 2020. What Is Website Promotion? Definition &
Examples of Website Promotion. Diakses dari
https://www.thebalancesmb.com/what-is-wEbsite-
promo tion-1794442 pada 21 Januari 2021.
Edmonson B. 2020. What is Copywriting? Diakses dari
https://www.thebalancesmb.com/the-surprising-
answer-to-what-is-copywriting-4056392 pada 22
Januari 2021.
Facebook. 2021. Your Profile & Setting. Diakses dari
https://www.facebook.com/help/239070709801747/?
helpref=hc_fnav pada 20 Januari 2021.
Gregory A. 2020. An Essential Content Marketing Checklist for
Small Business Owners. Diakses dari
https://www.thebalancesmb.com/small-business
owner-ontent-marketing-checklist-4135742 pada 21
Januari 2021.
Instagram. 2021. Menyerlah Dengan Instagram. Diakses dari
https://business.instagram.com/getting-start ed pada
20 Januari 2021.
Ismail, R., Hamzah, R. Siang, L. C. 2015. Penentu keterlibatan
pekerja dalam latihan: Kes sektor pendidikan swasta di
Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 11
issue 10 (1-13).
Izuan, A. G. M. 2015. Model Addie Dalam Proses Reka Bentuk
Modul Pengajaran: Bahasa Arab Tujuan Khas Di
Universiti Sains Islam Malaysia Sebagai Contoh.
Proceedings of the International Seminar on Language
Teaching ISeLT. 2015, 4-5.
Kareem M. A. & Hussein, I. J. 2019. The Impact of Human
Resource Development on Employee Performance and
Organizational Effectiveness. Management Dynamics in
the Knowledge Economy. Vol.7, No.3; 307-322.
Kareem, M.A. 2017. The Role of Human Resources
Development Strategy in Achieving Corporate Social
Responsibility: At the SME level. Paper presented at the
21st
Latham, G. P., & Dello Russo, S. (2008). The infl uence of
organizational politics on performance appraisal. In C.
Cooper & S. Cartwright (Eds.), The Oxford handbook of
personnel psychology (pp. 388–410).
Lamsah, M. S., Rose, R. A. C & Baker, R. 2021. Tahap Kepuasan
Pekerja di Sektor Awam Terhadap Latihan Secara Atas
Talian Mendepani Pandemik COVID-19 di Malaysia.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH). Volume 6, Issue 1; 27 – 39. 2020DOI:
https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i1 1.53 9
Mamat, I. 1996. Reka Bentuk Dan Pengurusan Latihan: Konsep
Dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mansor J. & Rahim, M. A. R. A. 2020. Cabaran dan Strategi
Pasca-Pandemik Untuk Belia. Khazanah Research
Institute.
Mansor, N. A., Arbaiah, A. R. & Rizalniyani, A. R. 2020.
Usahawan Berpengetahuan (K-Entrepreneur) Dalam
Ekonomi Gig - Info Usahawan, Masmed Universiti
Teknologi Mara, Edisi 21 (Dec 2020) ISSN: 1823-6421.
Milhem, W., Abushamsieh, K. & Aróstegui, N. M. P. 2014.
Training Strategies, Theories and Types. Journal of
Accounting – Business & Management. Vol. 21 No. 1; 12-
26.
Mulang. A. 2015. The Importance of Training for Human
Resource Development in Organization. Journal of
Public Administration and Governance. Vol. 5, No. 1; 190-
197.
Nadler, Z. (2012). Designing Training Programs. Hoboken, NJ:
Taylor and Francis.
Nda, M. M. & Fard, R. Y. 2013. The Impact of Employee Training
and Development on Employee Productivity. Journal of
Commerce & Management Perspective. Vol. 2(6), 91-93.
Nasohah, U. N. Gani, M. I. A. & Shaid, N. I. M. 2015. Model Addie
Dalam Proses Reka Bentuk Modulpengajaran: Bahasa
Arab Tujuan Khas Di Universiti Sains Islam Malaysia
Sebagai Contoh. Proceedings of the International
Seminar on Language Teaching Iselt.
Omar, M. 2020. Masa Depan Pengiktirafan Lulusan Kolej
Vokasional Lanjut Pengajian Universiti dan Kerjaya.
10.13140/RG.2.2.12704.20488.
Okechukwu, W. 2017. Influence of Training and Development,
Employee Performance on Job Satisfaction among the
Staff of School of Technology Management and Logistics,
Universiti Utara Malaysia. Journal of Technology
Management and Business. Vol 04, No 01.
Padlee, S. F., Reimers, V., Mokhlis, S., Anuar, M. M., & Ahmad, A.
2019. Keep up the good work in research universities:
An importance-performance analysis. Australasian
Marketing Journal (AMJ).
Kementerian Sumer Manusia. Prosuder Kerja Selamat
Pencegahan Covid-19 di Tempat Kerja. Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Slaid.
(dosh.gov.my)
Suara Perak. 2020. Pelitup Muka KJ “Made in Super Kinta”.
Diakses dari https://www.suaraperak.com/pelitup-
muka-kj-made-in-super-kinta/pada 21 Januari 2021.
Wang, G. & Wilcox, D. 2015. Training Evaluation: Knowing
More Than Is Practiced. Advances in Developing Human
Resources. Vol. 8, No. 4 November 2006 528-539.
Ward S. 2020. What Is Search Engine Optimization? Definition &
Examples of Search Engine Optimization. Diakses dari
https://www.thebalancesmb.com/search-engine-
optimization-2948419 pada 21 Januari 2021.
AH 30503
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
2020/2021

Penyunting:

SUZAN SAIB
NURUL HAFIZA BINTI LABIN
NURUL IZZAH BINTI MATNOR
NORSYUHADAH BINTI BAJURI
NUR ANIS ATHIRAH BINTI AZMI
NUR ZARIQ SOFIA BINTI RUSLEE

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


Kota Kinabalu · Sabah · Malaysia
http://www.ums.edu.my/FSSK
2021

You might also like