Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

990207016559

PANTAI TELUK BATIK MENJADI DAYA TARIKAN PELANCONG

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji Pantai Teluk Batik menjadi daya tarikan
pelancong. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji mengkaji faktor kedatangan
pelancong dan menilai ciri-ciri generik yang disediakan di Pantai Teluk Batik, Perak.
Pantai Teluk Batik telah dijadikan sebagai lokasi kajian kerana terdapatnya aktiviti
pelancongan berlaku bagi mengkaji daya tarikan pelancong kaedah borang soal selidik,
kaedah rujukan, dan kaedah pemerhatian telah digunakan. Data kajian telah dianalisis
dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pelancong yang melancong ke Pantai Teluk Batik amatlah berminat akan Pantai Teluk
Batik yang melancong. Pelancong yang mengunjungi Pantai Teluk Batik rata-ratanya
dari pelancong dalam negara atau pelancong domestik. Secara kesimpulannya, aktiviti
pelancongan di Pantai Teluk Batik diteruskan serta mengekalkan persekitaran yang
sama. Dengan ini ia menjadi daya tarikan pelancong untuk ke Pantai Teluk Batik.

1
990207016559

SENARAI KANDUNGAN
Bil. Butiran Muka
Surat
Senarai kandungan
Penghargaan
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif Kajian
3.0 Lokasi Kajian
4.0 Metodologi Kajian
4.1 Reka Bentuk Kajian
4.2 Kaedah Kajian
4.3 Prsampelan
4.4 Instrumen Kajian
4.4.1 Borang Soal Selidik
4.4.2 pemerhatian
5.0 Dapatan Kajian dan Perbinncangan
6.0 Rumusan
Rujukan

2
990207016559

PENGHARGAAN

Pertama kali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua
ibu bapa saya iaitu Mustapah bin Md Yusof dan Salina binti Abu Bakar yang banyak
menyokong dan membantu saya dalam menjayakan kerja kursus Pengajian Am Kertas
4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2018 yang bertajuk “Faktor Tarikan Pelancongan
Pantai:Kajian Kes Di Pantai Teluk Batik”. Tanpa pertolongan dan doa dari mereka,
sukar bagi saya hendak menjayakan kerja kursus ini

Seterusnya, setinggi penghargaan saya ucapkan kepada guru Pengajian Am


saya iaitu Cik Nordiana binti Othman kerana beliau telah banyak membantu saya
daripada mula sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Tidak
lupa juga kepada Pengetua SMK Seri Perak Pn. Sanafiza Binti Salim dan Penolong
Kanan Tingkatan 6 SMK Seri Perak iaitu En. Alias bin Mingan kerana memberi
sokongan dan kebenaran untuk membuat kajian di luar kawasan sekolah. Jasa mereka
yang tidak putus--putus memberikan saya kekuatan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Pelbagai cabaran dan rintangan yang saya hadapi ketika menyiapkan


pelaksanaan tugasan kerja kursus ini. Walau bagaimanapun, dengan bantuan dan
sokongan yang padu daripada semua golongan pihak di atas ini, kerja kursus Pengajian
Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2018 dapat saya siapkan dengan jayanya.

3
990207016559

1.0 Pengenalan
Seiring dengan wawasan 2020 Perdana Menteri Malaysia mensasarkan bahawa
pada tahun tersebut Malaysia bakal menjadi destinasi pelancongan utama. Hal ini
diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada laporan Bajet 2018, beliau
menyifatkan bahawa sektor pelancongan dapat menjadikan Malaysia ke tahap yang
lebih baik. Melalui anugerah-anugerah yang telah dicapai oleh Malaysia dalam sektor
pelancongan ianya menunjukkan bahawa sektor pelancongan di Malaysia telah diiktiraf
secara rasminya oleh organsisasi antarabangsa. Sebagai contoh pada tahun 2017
Malaysia telah diiktiraf sebagai Negara ke-12 paling ramai dikunjungi oleh pelancong
dari seluruh dunia (BH Online, 2017).

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, pelancongan merupakan kata terbitan
daripada perkataaan lancong yang membawa maksud melawat sambil melihat.
Pelancongan turut ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang menyentuh aspek kehidupan
dan aktiviti ekonomi. World Tourism Organization (WTO) menyatakan bahawa
pelancongan ialah aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar
daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi
tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.

Sektor pelanconngan di Malaysia adalah dibawah Kementerian Pedagangan yang


asalnya ditubuhkan pada tahun 1959. Kemudian pada Rancanggan Malaysia Ke-2
(RMK-2) 1971-1975 kerajaan telah menekankan bahawa industri pelancongan dapat
menyumbang kepada ekonomi negara. Jesteru itu, pada tahun 1980-an kerajaan
memberikan sepenuh sokongan kepada sektor pelancongan dengan tertubuhnya
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987. Namun pada 20 Mei 1992
Kementerian Kebudayaan dan Pelanongan telah ditukarkan menjadi Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau lebih dikenali sebagai MoCAT.

Untuk memperkasakan sektor pencongan di Malaysia, pada tahun 2004 MoCAT


telah menubuhkan Kementerian Khas untuk menguruskan semua hal yang berkaitan
pelancongan iaitu Kementerian Pelancongan Malaysia atau MoTour. Pada tahun 2013
MoTour telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
4
990207016559

Malaysia (MOTAC) secara rasminya selepas Pilihanraya Umum yang ke-13. Ini adalah
sebagai usaha bagi mengiktiraf peranan serta hubungan rapat sektor pelancongan dan
sektor kebudayaaan dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan pilihan dunia seiiring dengan slogan “Malaysia Truly Asia” (MOTAC)

Sektor pelancongan di Malaysia terdiri daripada empat jenis iaitu yang pertama
ekopelancangon yang merupakan pelancongan yang melibatkan penjagaan alam sekitar
daripada sebarang bentuk pencemaran dan kerosakan. Kedua agropelancongan yang
berasaskan aktiviti pertanian seperti kebun atau taman buah-buahan, bunga-bungaan,
taman perhutanan pertanian, taman herba, taman serangga dan taman pemeliharaan
binatang liar. Ketiga pelancongan kesihatan yang melibatkan kemudahan perubatan
yang ada di kawasan sekitar dan mempunyai doktor yang berkemahiran. Yang keempat
pelancongan pendidikan yang melibatkan kewujudan institusi pendidikan. Pelancongan
makanan yang wujudnya premis-premis yang menyediakan aneka makanan.

Hal ini terbukti apabila sektor pelancongan mampu menyumbanng kepada


pendapatan negara melalui peningkatan dari tahun ke tahun pelancong ke Malaysia
melalui pengaliran wang asing masuk kedalam Malaysia. Setiap pelancong dari luar
negara akan menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia
untuk berbelanja di Malaysia dan mata wang asing ini kemudiannya disimpan untuk
digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Selain
daripada memberi sumbangan kepada ekonomi negara, sektor pelancongan juga dapat
memberi peluang pekerjaan disamping meningkatkan taraf hidup rakyat di Malaysia.
Hal ini yang demikian kerana, sektor pelancongan dapat mewujudkan lebih banyak lagi
pusat-pusat peranginan, restoran atau gerai-gerai makanan, perkhidmatan pemandu
pelancong dan banyak lagi.

Di samping itu, kemajuan sektor pelanconngan telah menyumbang kepada


bidang perniagaan di dalam negara. Jumlah pelancong yang ramai dapat menggalakkan
pengusaha-pengusaha inap desa malah pengusaha hotel untuk menceburi bidang ini dan
meluaskan perniagaan mereka. Sememangnya pelancong, memerlukan penyediaan
penginapan, makanan dan minuman serta pengangkutan yang merupakan keperluan
asas untuk melancong. Kewujudan inap desa juga dapat mewujudkan pilihan alternatif
bagi pelancong yang ingin mempelajari cara hidup masyarakat tempatan. Hal ini dapat
5
990207016559

dilihat, dimana Malaysia telah mempunyai banyak pusat penginapan yang telah
menjadi tumpuan pelancong tidak kira dalam negara mahupun luar negara. Seiringan
dengan itu, keunikan dan makanan yang beraneka di Malaysia menjadi sumber tarikan
pelancongan. Kepelbagaian makanan ini pastinya menarik pencinta makanan untuk
merasai makanan berunsurkan Asia. Perkhidmatan pengankutan juga, semakin giat
berkembang lantaran daripada pekembangan sektor pelancongan. Tidak lupa juga
sektor pelancongan mempengaruhi sektor pengankutan. Pertambahan syarikat
pengankutan seperti syarikat penerbangan Firefly dan Air Asia yang menawarkan
perkhidmatan tambang murah dapat memberikan peluang kepada penduduk tempatan
untuk melancong di dalam negara mereka sendri yang dipanggil sebagai pelancongan
domestik Maka jelaslah membuktikan bahawa sektor pelancongan mampu memajukan
bidang perniagaan di Malaysia oleh kerana ia merupakan keperluan terhadap sektor
pelancongan.

6
990207016559

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian Pantai Teluk Batik menjadi daya tarikan pelancong

1. Mengkaji faktor kedatangan pelancong ke Pantai Teluk Batik, Perak


2. Menilai ciri-ciri generik yang disediakan di Pantai Teluk Batik, Perak

7
990207016559

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Pantai Teluk Batik,Lumut,yang terletak di mukim


Lumut lebih kurang 10 minit dari Bandar Seri Manjung dan 73 kilometer dari ibu negeri
Perak iaitu Bandar Ipoh. Pada awalnya, Teluk Batik dinamakan sebagai Teluk Baatak.
Namun pada 1974 namanya telah bertukar ke Teluk Batik. Lokasi Teluk Batik
merupakan destinasi pelancongan dan perkelehan yang ideal dan berkonsepkan hutan
hujan tropika. Kawasan pantai yang dilitupi oleh keindahan hutan yang merimbun di
bukit-bukit yang terdapat di kawasan sekitarnya.

Peta Pantai Teluk Batik


Sumber: Google Maps

8
990207016559

Sejarah
Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan
Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan
perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas
hasil dagangan dan kepunyaan pedagang-pedagang yang menggunakan Selat Melaka.
Demi mengelakkan daripada ancaman lanun dan perompak kaum Batak menjadikan
Teluk Batik sebagai tempat perlindungan. Kedatangan kaum Batak ke Teluk Batik telah
menjadikan kawasan itu dipanggil Teluk Batak. Kedudukan Kaum Batak menetap
berhampiran Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak iaitu merupakan
gelaran Teluk Batak pada awal 80an. Namun pada 26 APRIL 1974 secara rasminya
nama Teluk Batak telah ditukarkan kepada Teluk Batik.

Berikut adalah gambar- gambar dimana pengkaji mengkaji kajian tentang


Pantai Teluk Batik menjadi daya tarikan pelancong.

Visual 1 : Persekitaran Pantai Teluk Batik Visual 2: pengkaji di lokasi kajian

9
990207016559

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Perkataan metodologi berasal daripada bahasa Yunani dan ia terdiri daripada


“meta” yang bermaksud “dengan” dan “odos” yang bermaksud jalan.”. Logos atau
“logi” diterjemahkan sebagai kajian atau ilmu dan aliran. Dan apabila digabungkan a
menjadi “ilmu dengan jalan (Drs. Nazaruddin S.H (1974), Publisiti Dakwah, Jakarta :
Penerbitan Erlangga,h.33. Manakala menurut Imam Barnadib memberi penjelasan iaitu
“ilmu tentang menjalankan penilitian” (Imam Barnadib(1982), Arti dan Metode
Sejarah Pendidikan,Jogjakarta

Dari segi istilah metadologi membawa erti sains atau kajian mengenai kaedah
yang berkesan untuk mengetahui perkara semasa supaya dapat menambah ilmu
pengetahuan. Tujuannya adalh menghasilkan kajian yang baik.seehubungan dengan itu,
pengkaji telah sedaya upaya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam
penghasilan pelaksanaan tugasan kursus projek ini.

Oleh itu, pengkaji ingin membincangkan reka bentuk kajian, instrument kajian,
sampel kajian, pengumpulan data dan menganalisi data. Selain itu metodologi kajian
ini digunakan untuk memastikan objektif kajian tercapai berdasarkan data yang sah dan
dipercayai

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan bagi melihat secara terperinci bagaimana
sesuatu kajian dijalankan. Setiap kajian tinjauan berfungsi sebagai panduan dalam
membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran
hasil hasil daripada penyelidikan. Hasil dapatan kajian diperoleh daripada kaeedah
kualitatif, kaedah kuantitatif, kaedah pengumpulan data serta kaedah penganalisan bagi
memperolehi maklumat yang tepat.

Kaedah kualitatif merupakan kaedah kepada pengumpulan data dalam mencari


serta memberikan pencerahan.kaedah. Manakala kaedah kuantitatif merujuk kepada
ciri-ciri,cara mengisi ciri serta membina jadual untuk menjelaskan perkara yang
diperhatikan.
10
990207016559

Sumber primer merupakan sumber yang telah diperoleh oleh setiap pengkaji
secara langsung. Sumber primer ini diperolehi melalui kaedah pemerhatian, kaedah
temu bual, kaedah soal selidik dan kaedah rujukan. Manakala sumber sekunder
merupakan sumber yang berasal dari bahan-bahan ilmiah seperti buku, laporan, jurnal
dan lain-lain lagi. Hasil daripada dua sumber ini telah dipindahkan sebagai data yang
diperlukan dala mencapai objektif kajian.

4.2 KAEDAH KAJIAN

4.2.1 KAEDAH SOAL SELIDIK

Dalam kaedah ini, borang soal selidik dignakan untuk mendapatkan maklmat.
Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada 30 orang responden di kawasan kajian
di Pantai Teluk Batik. Soalannya berdasarkan kepada dua onjektif kajian. Borang
tersebut telah diedarkan kepada 30 orang responden yang dpilih secara rawak dan telah
memberikan kerjasama. Borang ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A
yang memperihalkan latar belang responden manakala di bahagian B pula
memperihalkan faktor kedatangan pelancong ke Pantai Teluk Batik dan di bahagian C
pula memperihalkan ciri-ciri generik di Pantai Teluk Batik. Kajian ini menggunakan
skala 2 likert iaitu ya dan tidak

4.2.2 KAEDAH PEMERHATIAN

Kaedah ini digunakan apabila pengkaji berada di kawasan kajian dan


memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji.

4.3.3 KEPUSTAKAAN/RUJUKAN

Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan
di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu, pengkaji juga

11
990207016559

boleh membuat rujukan internet. Kaedah ini merupakan kaedah tambahan kepada
kajian yang merujuk kepada skop kajian.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini pengkaji membincangkan dengan lebih terperinci tentang


keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap borang soal
selidik, pemerhatian dan rujukan berkaitan faktor kedatangan pelancong ke Pantai
Teluk Batik dan ciri-ciri generik di Pantai Teluk Batik.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 orang responden yang telah dipilih secara rawak telah mengisi
maklumat berkenaan di dalam borang soal selidik. Responden akan mengisi maklumat
dan berdasarkan maklumat peribadi seperti jantina, kumpulan umur dan status
perkahwinan.
5.1.1 JANTINA

JANTINA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)


LELAKI 16 53.3
PEREMPUAN 14 46.6

Jadual 1: Demografi responden mengikut jantina


Sumber: lapangan kajian 2018

12
990207016559

JANTINA RESPONDEN
lelaki perempuan

47%
53%

Rajah 1: Jantina responden


Sumber: kajian lapangan 2018

Responden dalam kajian ini sebanyak 30 orang pelancong yang datang ke


Pantai Teluk Batik ini. Daripada jadual 1, responden daripada golongan lelaki adalah
sebanyak 53.3% dab selebuhnya adalah sebanyak 46.6 iaitu daripada golongan
perempuan. Hal ini menjelaskan bahawa jantina antara lelaki dan perempuan tidak
mempengaruhi dalam kajian ini kerana tiada perbezaan ketara iaitu sebanyak 6.7%
sahaja.

13
990207016559

5.1.3 STATUS KELUARGA

Jadual 2 menunjukkan jumlah status keluarga pelancong yang datang ke Pantai


Teluk Batik. Daripada jadual 2 menunjukkan bahawa 30 orang dipilih sebagai
responden. Daripada yang dipilih didapati terdapat 18 orang (60%) daripada 30 orang
mempunyai status berkahwin manakala selebihnya 12 orang (40%) mempuyai status
bujang.

Status keluarga Jumlah (orang)


Berkahwin 18
Bujang 12
Jadual 2: Status keluarga
Sumber: kajian lapangan 2018

STATUS PERKAHWINAN
Berkahwn Bujang

40%

60%

Rajah 2: Status perkahwinan


Sumber: kajian lapangan 2018

14
990207016559

5.1.3 Umur

KEKERAPAN ORANG
UMUR
Jumlah Peratus
15-24 8 26.67
25-34 12 40
35-44 6 20
45-54 3 10
55 Keatas 2 6.67

Jadual 3
Sumber: kajian lapangan 2018

KUMPULAN UMUR
15-24 25-34 35-44 45-54 55 Keatas
55 Keatas
6%
45-54
15-24
10%
26%

35-44
19%

25-34
39%

Rajah 3: Kumpulan umur


Sumber: kajian lapangan 2018

Rajah 3 menunjukkan jumlah responden berdasarkan umur yang menggunjungi


Pantai Teluk Batik. Kebanyakkan yang mengunjungi majoritinya daripada golongan
umur 25 hingga 34 tahun iaitu sebanyak 12 orang pengunjung.kumpulan umur kedua
yang tertinggi ialah daripada golongan umur 15 tahun hingga 24 tahun iaitu sebanyak
8 orang. Seterusnya kumpulan umur ketiga diantara 35 tahun hingga 44 tahun iaitu
mempunyai seramai 6 orang pengunjung. Bagi peringkat umur 45 tahun hingga 44

15
990207016559

tahun mempunyai seramai 3 orang pengunjung ke Pantai Teluk Batik. Selebihnya


kumpulan umur 55 tahun keatas seramai 2 orang yang mengunjunginya.

5.2 Faktor kedatangan pelancong ke Pantai Teluk Batik


FAKTOR KEDATANGAN Ya Tidak
PELANCONG Jumlah Peratus Jumlah Peratus
Pantai yang bersih 19 63.33 11 36.67
Penginapan yang selesa 22 73.33 8 26.67
Nilai wang yang berpatutan 28 93.33 2 6.66
Aktiviti yang menarik 27 90 3 10
Sampai ke destinasi dengan mudah 18 60 12 40
JUMLAH 30 100 30 100

Jadual 4
Sumber: kajian lapangan 2018

Faktor Kedatangan Pelancong


100
90
80
70
Peratusan

60
50
40
30
20
10
0
Pantai yang Penginapan Nilai wang yang Aktiviti yang Sampai ke
bersih yang selesa berpatutan menarik destinasi dengan
mudah

ya tidak

Rajah 4: Faktor kedatangan pelancong


Sumber: kajian lapangan 2018

16
990207016559

Rajah 4 menunjukkan faktor kedatangan pelancong ke Pantai Teluk Batik di


Lumut, Perak. Keadaan pantai yang bersih. Majoriti responden telah bersetuju tentang
ssoalan dimana jumlah peratusannya sebanyak 63.33%. Keadaan pantai yang bersih
menggalakkan persekitaran pantai yang menenangkan kepada pelancong yang datang
dan dapat merasai keindahan awam tanpa cacat celanya. Manakala terdapat beberapa
responden tidak bersetuju tentang pantai yang bersih. Mereka ini mengatakan bahawa
keadaan pantai yang tidak bersih apabila Pantai Teluk Batik dipenuhi pelanconng.
Malah mereka menyatakan bahawa kemudahan tong sampah amatlah sedikit kuantiti
yang disediakan. Maka wujud sikap segelintir pelancong yang mengambil jalan mudah
untuk membuang sampah ke dalam laut.

Seterusnya, penginapan yang selesa di Pantai Teluk Batik. Majoriti responden


telah bersetuju bahawa penginapan yang berdekatan dengan Pantai Teluk Batik amat
menyelesakan. Keadaan resort-resort dan chalet-chalet yang bertaraf seperti 5 bintang
telah berjaya menarik pelanggan untuk menginap. Lokasi penginapan yang berdekatan
menggalakkan pengunjung untuk menetap lebih lama di Pantai Teluk Batik. Namun
terdapat beberapa responden tidak bersetuju terhadap keselesaan penginapan di sekitar
Pantai Teluk Batik sebanyak 26.67% tidak bersetuju. Pengkaji mendapati kebanyakkan
pelancong yang tidak bersetuju ialah kerana hospitaliti yang disediakan oleh pihak
penginap tidak memuaskan. Kebanyakkan pekerja yang diambil oleh pusat penginapan
mengambil pekerja yang tidak mahir dan tidak mengamalkan servis mesra pelanggan.

Selain itu, nilai wang yang berpatutan. Majoriti responden telah bersetuju
bahawa melancong ke Pantai Teluk Batik berbaloi. Sebanyak 93.33% responden
bersetuju. Pengkaji mendapati bahawa majoriti responden telah bersetuju kerana
mereka yang mengunjungi ke Pantai Teluk Batik tidak berbelanja lebih. Tambang
untuk masuk ke Pantai juga amat murah iaitu di waktu musim sekolah, pelancong hanya
perlu membayar sebanyak 50 sen untuk motor dan RM 1 untuk berkenderaan kereta.
Di waktu biasa, tiada dikenakan tambang masuk ke Pantai Teluk Batik. Pengkaji juga
mendapati bahawa pelancong yang datang berpuas hati kerana perbelanjaan mereka
terhadap hotel atau mana- mana penginapan yang amat berdekatan dengan kawasan
pantai. Malah terdapat minoritii pelancong tidak bersetuju. Terdapat 6.66% responden
tidak bersetuju. Pengkaji mendapati bahawa beberapa pelancong amat tidak berpuas
hati terhadap penyewaan bahan peralatan melancong seperti motor elektrik, pelampung
17
990207016559

dan beca amatlah terlalu mahal. Mereka juga tidak bersetuju terhadap pakej-pakej yang
disediakan di pusat penginapan amatlah mahal. Pengkaji mendapati responden yang
tidak bersetuju terhadap soalan 3 ini merupakan golongan yang berpendapatan minima.

Di samping itu, tentang aktiviti yang menarik. Majoriti pelancong telah


bersetuju bahawa aktiviti yang diadakan di Pantai Teluk Batik amatlah menarik.
Sebanyak 90% responden telah bersetuju. Pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan
pelancong yang datang ke Pantai Teluk Batik mempunyai status keluarga yang sudah
berkahwin. Hal ini menunjukkan tujuan mereka datang ke Pantai Teluk Batik ialah
mengaadakan Hari keluarga. Hari keluarga ini telah diadakan oleh keluarga yang besar
dan keadaan pantai amatlah sesuai untuk melakukan aktiviti kekeluargaan dan aktiviti
sukan bersama keluarga. Pengkaji juga mendapati bahawa terdapatnya aktiviti yang
dianjurkan sendiri oleh pelancong yang melancong secara berkumpulan atau ber
“convoy”. Pelancong yang ber”convoy” ini kebanyakkannya merupakan pelancong
dari luar negeri. Destinasi Pantai merupakan destinasi pilihan mereka untuk menikmati
keindahan di tepi pantai. Manakala terdapat beberapa responden yang tidak bersetuju
terhadap soalan keempat yang diwakili sebanyak 10 %. Pengkaji mendapati bahawa
golongan minoriti yang datang ke Pantai Teluk Batik tidak berpuas hati dengan pihak
pengurusan yang menguruskan aktiviti di Pantai Teluk Batik. Mereka juga menyatakan
bahawa aktiviti yang diadakan setiap tahun amat sedikit dan para peniaga juga kerugian
kerana kekurangan pelancong yang datang. Para peniaga hanya mengharapkan
kedatangan pelancong pada musim cuti sekolah. Pengkaji mendapati bahawa
responden yang tidak bersetuju merupakan penduduk yang berhampiran dengan
kawasan pantai.

Sampai ke destinasi dengan mudah. Majoriti responden bersetuju bahawa


perjalanan ke Pantai Teluk Batik amatlah mudah iaitu sebanyak 60%. Pengkaji
mendapati bahawa terdapatnya kemudahan sistem jaringan pengangkutan telah
meningkatkan darjah ketersampaian pelancong ke Pantai Teluk Batik. Manakala
terdapatnya beberapa responden tidak bersetuju iaitu sebanyak 40%. Pengkaji
mendapati bahawa jalan yang berbukit memeningkan beberapa pelancong. Malah
terdapatnya pelancong yang mempunyai masalah dengan kesihatan seperti mabuk laut.

18
990207016559

5.3 Ciri-ciri generik di Pantai Teluk Batik

Ciri-ciri generik di Pantai Teluk Batik Ya Tidak


Jumlah Peratus Jumlah Peratus
Penginapan yang berkualiti dan berpatutan 18 60 12 40
Terdapat kemudahan awam 25 83.33 5 16.67
Bergerak di sekitar destinasi dengan mudah 11 36.67 19 63.33
Persekitaran pantai yang selamat 26 86.67 4 13.33
Pantai yang bersih 16 53.33 14 46.67
Jadual 5

CIRI-CIRI GENERIK DI PANTAI TELUK BATIK


100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Penginapan yang Terdapat kemudahan Bergerak di sekitar Persekitaran pantai Pantai yang bersih
berkualiti awam destinasi dengan yang selamat
mudah

YA TIDAK

Rajah 5: Ciri-ciri generik di Pantai Teluk Batik


Sumber: kajian lapangan 2018

Rajah 5 menunjukkan ciri-ciri generik yang terdapat di Pantai Teluk Batik.


Penginapan yang berkualiti dan berpatutan. Majoriti responden telah bersetuju bahawa

19
990207016559

di Pantai Teluk Batik menyediakan penginapan yang berkualiiti dan juga berpatutan.
Pengkaji mendapati bahawa terdapatnya pakej-pakej yang menarik dan bersesuaian
dengan harga yang telah ditetapkan. Manakala, minoriti responden telah memilih untuk
tidak bersetuju. Terdapat 40% responden tidak bersetuju.pengkaji mendapati bahawa
pakej yang disediakan oleh pusat penginapan amat mahal. Pengkaji mendapati bahawa
responden yang tidak setuju ini merupakan golongan berpendapatan rendah

Selain itu, terdapatnya kemudahan awam di Pantai Teluk Batik. Majoriti


responden sebanyak 83.33 % telah bersetuju. Pengkaji mendapati bahawa terdapatnya
kemudahan awam seperti tandas awam, Taman permainan kanak-kanak dan lain-lain
lagi amat mencukupi permintaan orang awam. Orang awam dapat menikmati
kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Manakala terdapat
sebilangan kecil responden sebanyak 16.67 % tidak bersetuju. Pengkaji mendapati
bahawa jumlah kemudahan awam yang disediakan oleh pihak pengurusan iaitu Majlis
Pembandaran Seri Manjung amat sedikit. Orang awam terpaksa menunggu lama kerana
terlalu ramai pengunjung di waktu musim cuti sekolah. Pengkaji mendapati orang
awam tidak dapat menggunakan kemudahan awam kerana kerosakan daripada kegiatan
vandalisme.

Di samping itu, bergerak ke destinasi dengan mudah di Pantai Teluk Batik.


Majoriti responden yang sebanyak 36.67% merupakan responden yang tidak bersetuju.
Pengkaji mendapati bahawa kemudahan di jalanraya kawasan sekitar di Pantai Teluk
Batik tidak terurus. Contohnya kekurangan lampu jalan. Banyak kes berkaitan
rompakan di jalanraya. Ramai pengunjung yang menetap di chalet-chalet dan resort-
resort yang berdekatan dengan Pantai Teluk Batik menghadapi kesukaran untuk
bersiar-siar di kawasan Teluk Batik. Malah mereka iaitu pengunjung berasa tidak
selamat. Manakala terdapat beberapa responden telah bersetuju iaitu sebanyak 63.33 %
bersetuju. Pengkaji mendapati bahawa terdapatnya bas rapid Seri Manjung yang
beroperasi secara percuma. Kewujudan pengankutan awam ini dapat membantu
pelancong untuk bersiar-siar di sekitar Pantai Teluk Batik.

Seterusnya, persekitaran pantai yang selamat. Majoriti responden sebanyak


86.67% bersetuju. Pengkaji mendapati bahawa Pantai Teluk Batik telah menyediakan
pelbagai kemudahan seperti sewa pelampung dan terdapatnya pengawal-pengawal
20
990207016559

pantai. Kewujudan pengawal-pengawal pantai telah menyakinkan para pengunjung


untuk berenang di tepi lautan secara selamat. Kehadiran pengawal pantai dapat
membantu para pengunjung dengan memberikan taklimat keselamatan dan panduan
semasa berada di tepi pantai. Manakala terdapat beberapa responden tidak bersetuju
terhadap persekitran pantai yang selamat. Pengkaji mendapati bahawa kehadiran
pengawal pantai amatlah sedikit apabila waktu musim cuti sekolah. Keperluan
pengawal pantai merupakan kewajipan supaya peristiwa tidak diingini berlaku.
Pengkaji juga mendapati bahawa keperluan peralatan menyelamat juga amatlah
berkurang.

Soalan yang terakhir melibatkan keadaan pantai yang bersih menjadi ciri-ciri
generik di Pantai Teluk Batik. Majoriti responden iaitu sebanyak 53.33 % bersetuju.
Pengkaji mendapati bahawa keadaan pantai yang bersih dapat menarik pengunjung
untuk menikmati keindahan alam. Seperti di negara Amerika, kegiatan pelancongan
mendapat sambutan dari pelancong luar dan dalam negara kerana keadaan pantai yang
bersih. Manakala terdapat minoriti responden tidak bersetuju sebanyak 46.67%.
Pengkaji mendapati bahawa apabila musim cuti sekolah jumlah sampah sarap
meningkat kerana kekurangan kemudahan awam seperti bilangan tong sampah yang
sedikit.

21
990207016559

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Secara kesimpulanya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah


daya tarikan pelancong ke Pantai Teluk Batik di Lumut, Perak. Objektif kajian adalah
untuk mengkaji faktor kedatangan pelancong ke Pantai Teluk Batik dan menilai ciri-
ciri generik di Pantai Teluk Batik.

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang responden yang


telah berada di kawasan kajian pada hari pengkaji melakukan pemerhatian telah dipilih
secara rawak.

Terdapat 3 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu
menjalankan kajian ini iaitu kaedah soal selidik, kaedah rujukan dan kaedah
pemerhatian. Dalam menjalankan kaedah soal selidik, 30 borang soal selidik telah
diedarkan kepada 30 orang responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai
16 orang lelaki dan 14 orang perempuan.telah dipilih untuk menjawab satu set soalan
borang soal selidik dan kebanyakan daripada kumpulan umur 15-24.

Setelah mengumpulkan data daripada responden, aspek penganalisan data, dan


pengiraan manual telah diguna pakai. Oleh sebab itu jumlah dan peratusan sahaja telah
dijadikan data untuk dianalisis.

22
990207016559

7.0 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan, terdapat 5 faktor kedatangan pelancong


ke Pantai Teluk Batik. Antaranya ialah pantai yang bersih, terdapatnya penginapan
yang selesa, nilai wang yang berpatutan, aktiviti yang menarik dan sampai ke destinasi
dengan mudah.

Selain itu, ciri-ciri generik di Pantai Teluk Batik. Antaranya ialah terdapatnya
penginapan yang berkualiti dan berpatutan, terdapat kemudahan awam, bergerak di
sekitar dengan mudah, mempunyai persekitaran pantai yang selamat dan keadaan
pantai yang bersih.Secara kesimpulnya kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya
tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal, dan prihatin.

23
990207016559

8.0 Borang Soal Selidik

SMK SERI PERAK


PENGAJIAN ENAM
SOSIOBUDAYA; PELANCONGAN

BORANG SOAL SELIDIK

Kepada responden yang dihormati, borang ini ialah borang soal selidik yang
digunakan bertujuan untuk mencari ilmu pengetahuan tentang respon dari pihak
tuan/puan menjawab. Terima kasih kepada tuan/puan meluangkan masa untuk
menjawab borang ini. Kerjasama anda amat saya sebagai pengkaji amat hargainya.

Borang ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu (A) Demografi, (B) Faktor
kedatangan pelancong ke Pantai Teluk Batik dan (C) Ciri-ciri generik yang ada di
Pantai Teluk Batik. Sila bulatkan jawapan anda.

Bahagian A: Demografi

1.) Jantina
a.) lelaki b.) Perempuan

2.) Status keluarga


a.) Bujang b.) Berkahwin

24
990207016559

3.) Umur
a.)15-24 b.) 25-34 c.) 35-44 d.) 45-54 e.) 55 keatas

Bahagian B
Arahan: Sila tandakan ( / ) di ruangan yang telah disediakan

Faktor kedatangan pelanconng ke Pantai Teluk Batik


No Soalan Ya Tidak
1.) Adakah Pantai Teluk Batik merupakan pantai yang menarik?
2.) Adakah penginapan di sekitar Pantai Teluk Batik menyelesakan?
3.) Adakah perbelanjaan di Pantai Teluk Batik amat berpatutan?
4.) Pantai Teluk Batik menawarkan pelbagai aktivit yang menarik?
5.) Adakah mudah untuk ke Pantai Teluk Batik?

Bahagian C
Arahan:Sila tandakan( ) di ruangan yang telah disediakan

Ciri-ciri generik di Pantai Teluk Batik


No Soalan Ya Tidak
1.) Adakah penginapan di Pantai Teluk Batiik berkualiti dan berpatutan?
2.) Adakah terdapatnya kemudahan disediakan di Pantai Teluk Batik?
3.) Adakah anda dapat bergerak ke kawasan sekitar Pantai Teluk Batik dengan mudah?
4.) Adakah anda berasa selamat ketika melancong di Pantai Teluk Batik?
5.) Adakah panaroma Pantai Teluk Batik teramat bersih?

“Terima kasih atas kerjasama yang tuan/puan berikan kepada saya”

25
990207016559

RUJUKAN

1. Noresah Bt Baharom, 1997, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,

2. World Tourism Organization (WTO)

3. Bajet 2018 perkasa industri perlancongan (nasional) Berita Harian,


bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/343796/bajet-2018-perkasa-
industri-pelancongan

4. Bab_2_Full_Thesis.pdf
studentsrepo.um.edu.my/5088/3/bab_2_Full_Thesis.pdf

5. Sejarah- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


www.motac.gov.my/profil/sejarah

6. www.wordpress.com/kepentingan-dan-sumbangan-industri-pelancongan-
terhadap-pembangunan-ekonomi-negara.

7. BH Online,2017 Malaysia diiiktiraf sebagai negara ke-12 paling ramai


dikunjungi.

8. Jamaluddin Md.Jahi, 2009, Malaysian Journal of Environmental


Management.

26

You might also like