Surat Mohon Hostel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nur Arinah Sofea Binti Muhammad Syukri

1176-9 Jalan Melati,


Kem Batu Kentonmen
51200, Kuala Lumpur
012-6973491
————————————————————————————————————–
Multimedia University,
Jalan Ayer Keroh Lama,
75450 Bukit Beruang, Melaka,
Malaysia 10
Oktober 2023

Tuan,

PERMOHONAN RAYUAN PENEMPATAN HOSTEL SEMESTER 1 SESI 2023/2024

Berdasarkan perkara di atas, saya Nur Arinah Sofea Binti Muhammad Syukri ingin membuat
rayuan untuk tinggal di kampus bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2023/2024 setelah gagal
mendapat kelayakan menduduki kolej yang dipohon melalui online. Kegagalan permohonan
ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia memerlukan kos
yang tinggi dan kenderaan sendiri.

2. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana saya merupakan pelajar
tahun pertama Asasi Perundangan dibawah tajaan Young Talent Development Programme
(YTP).
Tambahan pula, pihak MMU sendiri yang menyatakan bahawa kediaman di dalam kampus
bagi semua pelajar YTP mencukupi.

3. Di samping itu, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan
internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Oleh yang demikian,
kemudahan ini membantu memudah dan melancarkan pergerakan saya sebagai pelajar
tahun pertama di Universiti Multimedia Melaka.

4. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Hostel, saya masih mengalami kesukaran


dalam mencari bilik sewa dan kediaman di luar kampus di sekitar MMU. Oleh itu, saya amat
berharap pihak pengurusan hostel dapat mempertimbangkan permohonan saya ini,
berdasarkan sebab-sebab di atas.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………….
(NUR ARINAH SOFEA BINTI MUHAMMAD SYUKRI)

You might also like