Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Rentap

tokoh

Rentap (lahir sebagai Libau anak


Ningkan, juga dikenali sebagai Libau
Rentap) (1800–1863) ialah seorang
pahlawan Iban-Dayak dan salah satu
hero Iban yang dikenali di Sarawak (kini
sebuah rantau di Malaysia) semasa
pemerintahan pertama Rajah Putih,
James Brooke. Nama pujiannya, "Rentap
Tanah, Runtuh Menua", diterjemahkan
dari bahasa Iban sebagai "Bumi-gegar,
Penggoncang-dunia". Slogan beliau yang
paling terkenal dan sering digunakan
adalah "Agi idup, Agi ngelaban" yang
bermaksud "Masih hidup, masih
melawan". Pada 19 Ogos 1844 di
Karangan Peris dalam daerah Skrang,
Libau 'Rentap' bersama pasukannya telah
ulung kalinya bertempur dengan pasukan
Rajah James Brooke dan Kapten KEPPEL
daripada Tentera Laut DiRaja Inggeris.
Pada pertempuran ini, antara yang
terkorban daripada pasukan Brooke ialah
Datu Patinggi Ali dan pasukan perisiknya
dari Sarawak yang telah mara duluan
daripada pasukan utama kecuali hanya
seorang yang masih hidup dan seorang
Inggeris bernama George Steward.
Selepas pertempuran di Beting Maru,
pemerintah Brooke telah membina
sebuah kubu di Nanga Skrang dengan
tujuan menyekat pergerakan orang-orang
Skrang ke arah Batang Lupar dan
seterusnya keluar ke Laut China Selatan
untuk bekerjasama dengan Linggir "Mali
Lebu" dari Paku dan Aji Apai Limba dari
Padeh bagi mengamalkan kegiatan
mengayau kepala manusia dan membeli
barangan keperluan seperti garam atau
menentang pemerintahan Brooke di
Sarawak pada ketika itu.

Pada awal tahun 1853, Rentap telah


mengetuai pasukan orang Iban yang
menyerang pasukan Brooke di kubu
Nanga Skrang yang diketuai oleh William
Brereton. Berlakulah pertempuran yang
sengit antara kedua-dua pihak di Lintang
Batang. Semasa pertempuran itu,
seorang menantu Rentap bernama
Layang telah membunuh Alan Lee
dengan lembingnya dan William Brereton
telah tercedera tetapi masih dapat
melarikan diri. Rentap dengan segera
membawa pasukannya pulang ke hulu
Sungai Skrang. Walau bagaimanapun,
pengikut Brooke kemudiannya telah
membinasa dan membakar 20 buah
rumah panjang tempat kediaman para
pengikut Rentap.
Dengan itu, Rentap terpaksa berundur
dan membina tempat kediaman di
Sungai Lang iaitu di hulu Sungai Skrang.
Semasa mempertahankan kubu ini,
pasukan Rentap telah melaung-laungkan
semangat perjuangan mereka yang
kental iaitu "Agi Bedarah, Agi Ngelaban”
yang bermaksud "Selagi masih berdarah,
Selagi itulah melawan" dan slogan yang
paling terkenal hingga ke hari ini ialah
“Agi Idup, Agi Ngelaban” yang bermaksud
"Selagi Hidup, Selagi itulah melawan".
Ada beberapa orang daripada pasukan
Brooke yang mara menghampiri kubu
Rentap telah ditembak dan terkorban.
Namun, angkatan Brooke berjaya
menyerang rumah panjang Rentap ini
pada Ogos 1854 kerana tembakan
meriam merobohkan pagar kayu di
sekeling rumah mereka dan pasukan
Rentap hanya ada bedil kecil sahaja
untuk membalas tembakan meriam.
Rentap sendiri telah tercedera semasa
pertempuran ini. Oleh itu, Rentap dengan
sebilangan pengikut beliau berundur dan
membina kubu di sebuah bukit yang
bernama Bukit Sadok.

Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk


ditakluki kerana kedudukannya di atas
puncak bukit yang tinggi dan dikelilingi
oleh tebing-tebing curam yang sukar
untuk didaki. Juga hanya ada satu jalan
sempit di atas gaung yang begitu dalam
untuk sampai ke kubu Rentap ini.
Sekeliling kubu ini diperkuat oleh pagar
kayu tebelian yang keras dan setebal dua
kaki. Rentap juga ada sebatang meriam
yang besar untuk mempertahankan
kotanya yang dikenali sebagai "Bujang
Timpang Berang". Meriam ini telah
dibawa oleh rakan seperjuangannya iaitu
Aji Apai Limba yang merupakan anak
kepada Orang Kaya Pemancha Dana
"Bayang". Aji telah terkorban ditembak
oleh pasukan Brooke di Sungai Langit
sebelum menyerang Rentap di kubunya
di Bukit Sadok.

Kerajaan Brooke telah membuat tiga


percubaan untuk menangkap Rentap di
Bukit Sadok. Cubaan pertama adalah
dalam Jun 1857. Semasa serangan ini,
seorang anggota pasukan Brooke yang
bernama Abang Aing telah ditembak dan
terpaksa dibawa turun ke bawah bukit.
Melihat kejadian ini, pasukan Rentap
telah menjerit kegembiraan dan
memukul gong mereka.

Dalam tahun 1858, pasukan Brooke buat


kedua kalinya menyerang kubu Rentap di
atas Bukit Sadok tetapi tembakan
meriam mereka tidak dapat menembusi
pagar kubu Rentap. Jadi, pasukan
Rentap telah melaungkan dengan
megahnya kepada pasukan Brooke untuk
membawa meriam yang lebih besar lagi
pada masa akan datang.

Namun pada tahun 1861, barulah


serangan pasukan Brooke yang ketiga
kalinya berjaya menguasai Bukit Sadok
setelah membawa sebuah meriam besar
yang dikenali sebagai "Bujang Sadok"
untuk menembak dan merobohkan pagar
kubu Bukit Sadok. Sebelum pertempuran
ini, pasukan Brooke telah menawarkan
pengampunan kepada abang-abang
arwah Aji yang telah ditembak mati oleh
pasukan Brooke di Sungai Langit iaitu
Nanang dan Luyoh supaya mereka
menyerah diri dan dihukum membayar 40
biji tempayan rusa. Tawaran yang sama
dicadangkan kepada Rentap dengan
denda 12 biji tempayan, musnahkan
kubu Bukit Sadok dan meninggalkan
kubu itu dengan segera. Tetapi Rentap
menolak tawaran ini walaupun telah
diberitahu bahwa pasukan Brooke ada
membawa sebuah meriam yang besar
dalam serangan kali ketiga ini. Semua
wanita dan kanak-kanak telahpun
diarahkan untuk meninggalkan kubu
tersebut. Semasa pertempuran dengan
pasukan Brooke, seorang pengendali
meriam Rentap dan beberapa rakannya
telah terkorban kerana terkena tembakan
meriam pasukan Brooke. Seterusnya,
kubu dan rumah tempat kediaman
Rentap dan orang-orangnya dibakar oleh
pasukan Brooke pada 20 Oktober 1861.

Akan tetapi, Rentap telah berundur ke


Bukit Lanjak Entimau yang menjadi
punca-punca air Batang Skrang,
Lemanak dan Engkari. Kemudian, beliau
turun ke Ulu Entabai iaitu sebuah sungai
cawangan kepada Sungai Kanowit dan
Julau di mana beliau membina sebuah
kubu di Bukit Stulak. Pada usia tuanya,
Rentap dan pengikutnya berpindah ke
Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak
di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun
kemudian, Rentap meninggal dunia di
situ pada usia lebih kurang 70 tahun.
Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam

You might also like