Pendahuluan - Rasional - Objektif

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

DR. WAN FADHLURRAHMAN BIN W.

MD RASIDI (SISC+ TVET)

Pendahuluan

Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah atau dikenali sebagai School


Improvement Specialist Coaches (SISC+) merupakan suatu jawatan yang
diwujudkan bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Bermula tahun 2013, SISC+ ditempatkan di Pejabat-pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) di Kedah dan Sabah sebagai negeri rintis bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Bermula tahun 2014, semua negeri di Malaysia mula menerima Rakan
Peningkatan Sekolah (SIPartners+) untuk membimbing Pengetua dan
Guru Besar dari segi kepimpinan berkualiti manakala SISC+ pula
berperanan untuk membimbing guruguru bagi meningkatkan kualiti
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Pada tahun 2016, gelombang kedua PPPM menyaksikan peranan SISC+
menjadi semakin mencabar. Selaras dengan pengubahsuaian peranan
SISC+ daripada Pakar Mata Pelajaran (Subject Matter Expert) kepada
Pakar Pedagogi (Pedagogical Expert), maka struktur bimbingan yang
diamalkan selama ini juga telah berubah.
Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini dirangka selaras dengan Buku
Pengurusan DTP 3.0, Keputusan Mesyuarat BPSH bersama-sama JPN
dan PPD Bil 1/2019 dan Bengkel Penyelerasan Fungsi Baharu
SIPartners+ dan SISC+ pada 10 November 2019 yang telah
menggariskan beberapa panduan dan rangka kerja SIPartners+ dan
SISC+ bermula Januari 2020.

Rasional

2.1 Membimbing sekolah selaras dengan hasrat PPPM 2013-2025 untuk


meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid.
2.2 Membimbing dan membangunkan MLT untuk mengupayakan guru-
guru bagi meningkatkan skor SKPM Kualiti@Sekolah (SK@S) Standard
3.1 dan Standard 4.
2.3 Melaksanakan bimbingan secara individu dan berkumpulan untuk
memastikan sistem sokongan secara lebih kolektif dan mencapai sasaran
peningkatan kualiti PdPc dalam kalangan guru.
2.4 Memperkasakan Pembelajaran Abad ke-21 melalui bimbingan yang
menyeluruh dan lebih sistematik.
DR. WAN FADHLURRAHMAN BIN W. MD RASIDI (SISC+ TVET)

Objektif

3.1 Membimbing dan membangunkan guru dalam aspek kurikulum,


pedagogi dan pentaksiran.
3.2 Membimbing aspek perancangan PdPc berpandukan SKPM
Kualiti@Sekolah (SK@S) Standard 3.1 dan Standard 4.
3.3 Melaksanakan bimbingan yang berterusan dan berfokus melalui PLC
dan CPD bagi meningkatkan kompetensi MLT, kualiti guru dan kualiti
PdPc.
3.4 Meningkatkan kualiti PdPc Abad ke-21 melalui bimbingan SISC+.
3.5 Meningkatkan pencapaian sekolah-sekolah yang disenaraikan di
bawah Kanvas Strategik Analisis Data PPD Kuala Muda/Yan.

You might also like