Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

CIGU! NADAI BISI UTAI?

EPISODE 06: MASUK KANDANG HARIMAU, MENGEMBEK.

By

EL FADZRIL

(fadzrilafandy@gmail.com)

&

WAN DZULKARNAIN
(wdzul78@gmail.com)
MINIT 1-24

FADE IN:
1. INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG

PENGACARA MAJLIS
Tempat pertama dimenangi oleh… SK
Kampung Bagus Sebuyau!!
Jeritan dan sorakan murid-murid bergema di dalam dewan.
Kelihatan pemenang diserbu oleh murid-murid dan cikgu mereka.

2. INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG


Leticia mengenggam piala tempat ke-dua namun menangis teresak-
esak.
HALIM
Sudah lah tu…Leticia, awak dah
buat yang terbaik dengan
persiapan singkat dan apa yang
berlaku pada awak pagi tadi.
Takpa, jadikan ini satu
pengalaman berharga untuk kita
buat lebih baik lagi okay?

KUMA
(bahasa iban) Betul tu. Tengoklah
tadi, semua orang terpegun dengan
persembahan awak. Sekurang-
kurangnya…tak seteruk saya…
Leticia mula bertenang dan teringat bahawa Kuma sanggup
berdepan situasi memalukan demi sekolah mereka. Dia tersenyum
memandang cikgu dan kawannya.

3. EXT. DEWA SEKOLAH - SIANG


Cikgu Halim sedang bercakap dengan seorang lelaki yang menyapa
dia sebelum itu.
HAN GUAT
Maaf lah kalau cikgu terkejut
tadi. Saya Han Guat, ayah kepada
salah seorang peserta tadi. Kata-
kata awak tadi buat saya terharu.
CNBU – ep06 – Ms:2
Bila saya pandang sekeliling,
memang betul. Kerusi meja sekolah
ini memang dalam keadaan yang
tenat.
HALIM
Oh..terima kasih atas
keprihatinan tuan. Saya ni bukan
nak raih simpati, cuma hendak
berkongsi keadaan kami di sini.

HAN GUAT
Cikgu, saya ni seorang usahawan,
dan ada kilang kayu tidak jauh
dari sini. Kami ada beberapa
bahan dan perkakasan yang boleh
disumbangkan kepada SK Bukit Ruai
untuk membaik pulih meja dan
kerusi. Itu pun jika cikgu sudi
terima.

HALIM
Eh..betul ke ni? Sudi..sangat
sudi. Hahaha. Bukan apa, keadaan
kami memang agak terdesak buat
masa ini.

HAN GUAT
Baguslah..harap sumbangan saya
yang sedikit ni mampu bantu
penduduk kampung dan pihak
sekolah. Ini nombor saya (bagi
kad), apa-apa boleh hubungi saya
lagi. Soal pengangkutan saya
boleh uruskan. Cuma…dari segi
tenaga kerja saya cuma boleh
pinjamkan seorang tukang sebab
kami agak sibuk buat masa ni. Tak
apa cikgu?

HALIM
Oh, itu tak jadi masalah. Nanti
saya ikhtiarkan macam mana. Tuan,
CNBU – ep06 – Ms:3
terima kasih banyak-banyak. Saya
betul-betul hargai sumbangan
tuan. Selepas saya bawa perkara
ni kepada Guru Besar, saya
hubungi tuan secepat mungkin.

4. INT. SEKITAR SEKOLAH – SIANG

Cuti hujung minggu diisi dengan aktiviti gotong royong membaik


pulih meja dan kerusi bersama guru dan ibu bapa pelajar. Halim
turut membantu. Dia berhenti seketika apabila didekati Cikgu
Nazri.
CIKGU NAZRI
Hebat lah kau boleh dapat
‘sponsor’ ni. Fuh..idola…!!

Cikgu Nazri membuat mimik muka acah-acah kagum yang berlebihan


membuatkan Halim menahan ketawa.

HALIM
Tak payah nak idola sangat. Sebab
budak-budak tu..bukan sebab
aku..!

CIKGU NAZRI
Lepas tu, kau boleh lagi anjurkan
gotong royong untuk ibu bapa.
Kalau macam ni, tak lama lagi
pakai kerusi meja baru lah
pelajar-pelajar kita! Idola…!

HALIM
Kau sebut lagi idola, siap kau
eh. Yang kau tak bertukang ni
kenapa?

CIKGU NAZRI
Wei, kau tak nampak ke dah lebih
20 meja aku baiki tadi? Eh Halim,
yang mintak aku simpan kayu-kayu

CNBU – ep06 – Ms:4


lebih tadi kenapa? Kau nak buat
rumah?
HALIM
Rumah apa pulak. Kejap lagi aku
dan beberapa orang kampung nak
baiki titi depan rumah Mag tu.

CIKGU NAZRI
Ooo…betul jugak. Lama sangat dah
titi tu macam tu. Si Billy tu
banyak kali janji nak baiki,
sampai ke sudah macam tu je
keadaan dia. Kau memang terbaik.
Idolaaaaaaa….!!1
Kali ini agak keterlaluan dan melucukan aksi Cikgu Nazri
mengusik Halim. Halim mengejar Cikgu Nazri yang melarikan diri
sebelum ‘dikerjakan’ Halim.

5.INT. KELAS 3 BIRU – SIANG

Hari persekolahan berlangsung seperti biasa. Kelas Halim selesai


dan dia ditegur Cikgu John sewaktu hendak melangkah keluar
kelas.
CIKGU JOHN
Cikgu Halim, maaf lah tak sempat
jumpa pagi tadi. Saya ada
mesyuarat di PPD. Apa pun,
tahniah lah atas pencapaian cikgu
dan Leticia dalam Pertandingan
Bahasa Inggeris tu. Walaupun
bukan juara, kita dah buka mata
ramai pihak.

HALIM
Terima kasih GB. Saya hanya
membantu je. Terima kasih jugak
pada Cikgu Cynthia dan kawan-
kawan Leticia ni yang banyak
membantu.

CNBU – ep06 – Ms:5


CIKGU JOHN
Walaupun saya rasa cikgu bantu
kami sebab..(berbisik) nak saya
sokong permohonan berpindah tu,
tapi…tak salah kalau cikgu
pertimbangkan lagi permohonan tu.
Hehe.
Oh, tapi perjanjian kita tak
lengkap lagi kan?

HALIM
Oh…maksud GB, Pertandingan
Inovasi tu? Saya ingatkan cikgu
bergurau..dengan kemudahan dan
pendedahan pelajar terhad ni saya
rasa agak mus…

CIKGU JOHN
Perjanjian tetap perjanjian.
Pertandingan Inovasi. Good luck!
Cikgu John menepuk bahu Halim dan berlalu pergi. Kuma
terdengar perbualan mereka berkenaan Pertandingan Inovasi
tadi.

6.INT. KANTIN -SIANG


Waktu rehat, Kuma menghampiri Cikgu Halim yang sedang bergurau
bersama sekumpulan pelajar.
KUMA
Cikgu…boleh saya cakap dengan
cikgu sekejap?

HALIM
Eh mestilah boleh. Ada apa Kuma?

KUMA
Tadi..saya ada terdengar
perbualan cikgu dengan Cikgu
John.

CNBU – ep06 – Ms:6


HALIM
Ah..? aa..apa yang awak dengar?
Halim nampak cemas kerana menyangkakan Kuma mendengar mengenai
permohonannya untuk berpindah. Dia belum bersedia memberitahu
anak-anak muridnya.
KUMA
Pasal..Pertandingan Inovasi. Saya
nak cuba cikgu.
Halim menghela nafas lega.
HALIM
Awak..serius ke ni Kuma? Jangan
bergurau pulak waktu macam ni.

KUMA
Betul cikgu. Dalam masa setahun
ni sebenarnya saya ada belajar
buat ‘programming’ untuk
Photobooth Digital. Saya belajar
kat internet. Masih ada nak
diperbaiki, tapi saya bersedia
untuk bawa inovasi saya untuk
pertandingan tu cikgu.

HALIM
Awak yakin dapat siapkan
programming tu? pertandingan tu
tak lama lagi.

KUMA
Yakin cigu. Saya hanya perlu line
internet yang bagus dan laptop
yang lagik ok dari yang saya
pinjam sekarang.
(berhenti sekejap sebelum
memandang semula ke arah Halim)
Saya perlu buat ni cigu.
Peristiwa di pentas itu hari
masih menghantui saya. Ini
penting untuk saya.

CNBU – ep06 – Ms:7


Halim terdiam menyaksikan semangat Kuma yang berkobar. Jauh di
sudut hatinya, dia sudah membuat keputusan.

7. INT. KANTIN SEKOLAH - SIANG


Selepas sekolah Cikgu Halim tiba di kantin bersama Cikgu
Cynthia, berjumpa Kuma sambil membawa laptop yang akan digunakan
oleh Kuma.
HALIM
Ok Kuma, Cikgu John dah setuju
untuk hantar awak sebagai wakil
sekolah. Lagipun tiada pelajar
lain yang berminat. Cuba awak
jelaskan pada cikgu dan cikgu
Cynthia ni. Macam mana aplikasi
yang awak reka ni?
KUMA
Dia macam ni cikgu. Selalunya
photobooth gunakan prop fizikal
kan? Program ni menggunakan AR
untuk memadankan pengguna dengan
pakaian superhero pilihan mereka.
Boleh snap gambar!
Cikgu Halim dan Cikgu Cynthia berpandangan. Kuma terus
mencucuk cakera usbnya ke dalam laptop yang baru dibuka.
CIKGU CYNTHIA
Kalau macam tu, tunjukkan pada
cikgu macam mana program tu.

KUMA
Ok..saya tunjuk yang
prototaip..kejap..saya download
drive ni dulu cikgu..kejap..eh!

HALIM
Kenapa Kuma?

KUMA
Line internet hilang. Takpa, saya
caj laptop dulu sebab..

CNBU – ep06 – Ms:8


Kipas dan alatan elektri lain di kantin pula berhenti
berfungsi. Elektrik turut terputus. Mereka bertiga mengeluh.

8.INT. KUARTERS GURU – MALAM

Cikgu Halim bermonolog seorang diri ketika berjalan kaki dari


kedai runcit ke kuartes guru.
HALIM
Sejak dua menjak ni..selalu
sangat elektrik dan internet
takde. Kalau selalu macam ni,
alamatnya tergendala lah kerja
Kuma tu…susah..susah..

Tiba-tiba, dia melihat kelibat dua remaja lelaki mencurigakan


sedang membawa sesuatu menaiki motosikal. Halim memandang mereka
dengan curiga.

9. INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG


Cikgu Halim dan Cikgu Nazri sedang berbual bersama-sama Kuma,
Sylvester, Leticia dan Mag berkenaan apa yang dilihat Cikgu
Halim semalam.
CIKGU NAZRI
Kau pasti ke yang dia bawak tu
kabel?

HALIM
Nak kata pasti 100% tu
taklah..tapi rupa dia orang
memang mencurigakan..

SYLVESTER
Motosikal kaler hitam ka cigu?
Salah seorang kurus-kurus tinggi
kan?

HALIM
Ha..betul la tu. Awak kenal?

CNBU – ep06 – Ms:9


SYLVESTER
Tak kenal..tapi saya pernah
nampak dorang. Satu kali tu saya
nampak dia orang berkumpul dengan
budak-budak nakal kat belakang
kedai.

MARGARET
(membuat gaya ‘pistol’ seperti
polis) Kalau kes macam ni, kita
kena siasat! Serahkan pada
Inspektor Mag!

CIKGU NAZRI
Ehhh..iboh nak pandei-pandei!
Kita boleh lapor pada pihak
berkuasa atau KRT kampung.
Mungkin mereka dapat fikirkan
sesuatu.

Cikgu Halim mengangguk tanda bersetuju. Margaret menyilang


tangannya seperti tidak berpuas hati.

10. EXT. JALAN KAMPUNG – SIANG


Kuma, Margaret, Sylvester dan Lecitia dalam perjalanan pulang
ke rumah.
LETICIA
(bahasa iban) Masam je muka tu
Mag. Masih tak puas hati lagi ke?

MARGARET
(bahasa iban) Hm..bukan la tak
puas hati..tapi perasan tak baru-
baru ni makin menjadi-jadi
masalah elektrik? Entah-entah..

KUMA
(bahasa iban) Ish..jangan
menuduh. Kita tak tau tu.
CNBU – ep06 – Ms:10
MARGARET
(bahasa iban) Sebab tu lah kita
kena siasat…

SYLVESTER
(bahasa iban)Hm..ataupun kita
cuba meronda malam ni..tengok
kalau-kalau ada jumpa dia orang
tu. Boleh?

LETICIA
(bahasa iban) Nanti cikgu marah…

KUMA
(bahasa iban)Tak apa, kita hati-
hati..apa-apa jadi, kita terus
bagitau cigu. Set?

Mereka semua mengangguk dan bersetuju.

11. EXT. BILIK JKKK KAMPUNG – SIANG


Cikgu Halim dan Cikgu Nazri sedang berbual bersama ketua kampung
dan penduduk di luar bilik JKKK Kampung.
KETUA KAMPUNG
Ok..saya dah bahagikan kepada dua
kumpulan dan tetapkan kawasan
yang akan dironda. Dan cikgu-
cikgu boleh ikut mana-mana
kumpulan.
HALIM
Baik KK. Hm, KK tak ikut sekali
ke?
KETUA KAMPUNG
Saya..saya ada hal penting nak
buat..hehe.

CNBU – ep06 – Ms:11


HALIM
Oh, kalau macam tu tak apa..kami
pergi dulu ya.
Cikgu Halim senyum meninggalkan Ketua Kampung namun Cikgu
Nazri membuat mimik muka. Dia kenal benar perangai Ketua
Kampung yang lebih banyak bercakap dari bertindak.

12. EXT. SEKITAR KAMPUNG - MALAM


Cikgu Halim, cikgu Nazri dan beberapa penduduk berpecah kepada
dua kumpulan untuk membuat rondaan.
Mereka pun melakukan rondaan sekitar sekolah dan kawasan kampung
untuk melihat sebarang aktiviti yang mencurigakan.

13. EXT. SEKITAR KAMPUNG – MALAM


Kuma dan Leticia sedang menunggu di sebuah pondok. Sylvester
datang dengan lampu suluhnya. Tidak lama kemudian, Margaret
datang lengkap berpakaian seragam pengakap dengan lampu suluh.
KUMA
(bahasa iban)Hahaha..Mag! kau
pakai apa tu?

MARGARET
(bahasa iban) Aku tak ada pakaian
polis..jadi anggap lah ni uniform
polis. Hari ni, panggil aku
Detektif Mag..

LETICIA
(bahasa iban) Hahaha..terhibur la
aku tengok korang ni. Betul ke
tak ada apa-apa kita buat ni?

SYLVESTER
(bahasa iban) Jangan
takut..’Cristiano Ronaldo’ ada
sini (mendabik dada). Jom semua!

Dengan bersemangat, mereka pun memulakan rondaaan.


CNBU – ep06 – Ms:12
14. EXT. SEKITAR KAMPUNG – MALAM

Kumpulan Cikgu Halim ternampak dua remaja yang dilihatnya


semalam dan mengekori dari jauh. Tetapi jejak mereka hilang di
antara jalan kampung dan Menara telekomunikasi di situ.

15. EXT. SEKITAR KAMPUNG – MALAM


Mag, Kuma, Sylvester dan Leticia sedang menghendap di dalam
semak samun di tepi menara. Mereka pula ternampak dua remaja
nakal tersebut sedang curi-curi masuk ke dalam kawasan Menara.
Empat sekawan tersebut secara senyap cuba mlihat apa yang mereka
lakukan. Apa yang dilakukan mereka berdua cukup mengejutkan.
Mereka dilihat mencuri genset dan membuat vandalisme ke atas
gentian optik.
BUDAK NAKAL 1
Steady bro…besar oleh kita tok!

BUDAK NAKAL 1
Masyukk..masyuk…!!!hahaha.

Margaret memandang ke arah Leticia seperti memberi isyarat untuk


menyergah kumpulan remaja itu. Leticia menggeleng kurang pasti.
Margaret memandang ke arah Kuma dan Sylvester. Mereka berdua
mengangguk.

Margaret dengan gaya ala-ala polis membuat isyarat 1,2,3! Mereka


berempat keluar dan menyergah mereka berdua.
MARGARET, KUMA, SYLVESTER, LETICIA
Ha..!!Berhenti!!

Dua remaja itu terkejut dan cuba melarikan diri tanpa melihat
siapa yang menyergah mereka.
Margaret segera menangkap seorang remaja di ikuti oleh Sylvester
dan Kuma, Leticia di tepi menjerit ketakutan.
Dalam pergelutan itu, remaja itu berjaya melepaskan diri dan
lari keluar.

CNBU – ep06 – Ms:13


16. EXT. SEKITAR KAMPUNG – MALAM
Kumpulan Cikgu Halim yang masih cuba menjejaki remaja tadi kini
berada hampir dengan menara dan terlihat motosikal milik remaja-
remaja itu.
Mereka kemudian terdengar jeritan budak-budak dari arah menara.
Remaja-remaja tersebut dilihat cuba melarikan diri ke arah
motosikal namun dihalang Cikgu Halim dan yang lain.
HALIM
Jangan lari! Apa yang kamu dah
buat ni hah? Berhenti!
Aksi kejar mengejar dan acah mengacah yang melucukan bermula.
Kumpulan Cikgu Halim berjaya menahan seorang dari remaja
berkenaan namun seorang lagi melarikan diri sambil dikejar empat
sekawan tadi yang bersemangat mengejar.

17. EXT. SEKITAR KAMPUNG - MALAM


Remaja yang berjaya melepaskan diri terserempak kumpulan Cikgu
Nazri. Cikgu Nazri menghalangnya dan tiba-tiba membuat gaya
Kungfu yang lucu dan keterlaluan.

Remaja tersebut kehairanan melihat aksi Cikgu Nazri yang pelik,


namun berjaya meloloskan diri. Margaret muncul menghulurkan kaki
dari tepi untuk menjatuhkan remaja tersebut. Dia tersadung dan
tersungkur.

18. INT. SEKITAR KAMPUNG – MALAM

Kedua-dua remaja tersebut diikat dan kini ditahan oleh pihak


KRT.
HALIM
Rupanya ini kerja kamu ya!
Sudahlah mencuri, merosakkan
harta benda lagi! Pihak polis dah
dalam perjalanan. Baik kamu
mengaku!
Remaja-remaja tersebut masih terdiam dan ketakutan.

CIKGU NAZRI
Bagus ktk orang ngakuk jak apa
ktk duak dah polah. Mun masuk jel

CNBU – ep06 – Ms:14


tok, mak bapak ktk duak orang
pertama yang ditunggah!

Remaja-remaja tersebut bertambah risau.

REMAJA NAKAL 1
Kamek orang…mm..mintak maaf.
Sebenarnya memang kamek duak ada
curi kabel, merusak genset..dan
macam-macam agik…kamek duak sik
sengaja..tolong berik peluang..

HALIM
Tak sengaja? Kalau dah lebih dari
sekali tu kamu cakap tak sengaja?
Umur awak berdua tu masih muda.
Jauh lagi perjalanan. Apa yang
awak dah buat ni bukan
menyusahkan diri je, satu kampung
ni masalah bila selalu tak ada
elektik, tak ada internet..ada
fikir tak kesan perbuatan kamu?
Tiba-tiba, terdengar suatu suara menjerit.
BILLY
Apa kecoh-kecoh tok??!

CNBU – ep06 – Ms:15

You might also like