LAPORAN AKHIR Latihan Industri (D19312087) Baru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

D193120

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH


FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT
DIPLOMA TEKNOLOGI

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

QUWWA GROUP (M) SDN. BHD.

UMAR ABDUL AZIZ BIN RASHID RIDHA


D19312087
SEM III 2021/2022

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT


LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

Laporan ini dimajukan kepada


Fakulti Pengurusan dan Teknologi
Maklumat
Universiti Sultan Azlan Shah
sebagai memenuhi syarat
pengurniaan Diploma Teknologi
Maklumat

Semester III Sesi 2021/2022


DEKLARASI

Laporan ini telah saya sediakan kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya demi memenuhi keperluan latihan industri. Laporan ini dimajukan
sebagai memenuhi syarat keperluan pengurnian Diploma Teknologi Maklumat Universiti
Sultan Azlan Shah (USAS).

I
PENGESAHAN

Laporan latihan industri ini telah diterima sebagai memenuhi syarat pengurnian Diploma
Teknologi Maklumat Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

…………………………………
NOR AZIAN BINTI MOHAMAD

Penyelia Akademik

Fakulti Pengurusan Dan Teknologi

Maklumat Universiti Sultan Azlan Shah

…………………………………

PROF. DATO’ DR.AHAMED KAMEEL BIN MYDIN MEERA

Dekan

Fakulti Pengurusan dan Teknologi

Maklumat Universiti Sultan Azlan Shah

Tarikh : ……………………………..

II
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada T u a n


Pengarah, Mohd Norsharryadi Bin Shaari yang sudi menerima saya untuk menjalani latihan
industri selama 14 minggu disyarikatnya. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada kakitangan Jabatan Teknologi Maklumat Quwwa Group (M) Sdn. Bhd.
yang memberi tunjuk ajar dan maklumat serta nasihat berguna yang dapat saya aplikasikan
dalam pelajaran dan hidup saya sepanjang saya menjalani latihan industri.

Pengalaman dan ilmu yang disumbangkan itu kelak akan membantu saya menempuhi alam
pekerjaan sebenar. Saya menganggap diri saya sebagai seorang individu yang bertuah kerana
saya diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pekerja disana dan saya juga
bersyukur kerana mempunyai peluang untuk bertemu senior-senior yang mahir dalam
membimbing saya disana.

Begitu juga, perkongsian idea bersama-sama staf-staf Quwwa Group yang banyak membantu
untuk menjayakan latihan industri saya . Akhir sekali, ucapan penghargaan kepada kedua-dua
ibu bapa saya, pensyarah dan penyelia akademik kerana telah banyak memberi sokongan
dan semangat sepanjang saya menjalani latihan industri di Quwwa Group (M) Sdn. Bhd.

III
KANDUNGAN LAPORAN

DEKLARASI i
PENGESAHAN ii
PENGHARGAAN iii
KANDUNGAN LAPORAN iv
SENARAI JADUAL v
SENARAI RAJAH vi
SENARAI SINGKATAN vii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Objektif 2
1.3 Hasil Pembelajaran 3

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 4

2.1 Pengenalan Organisasi 4


2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 7
2.3 Aktiviti Organisasi 9
2.4 Carta Organisasi 11

BAB 3 TUGASAN LATIHAN INDUSTRI 12

3.1 Tugasan Dan Objektif 12


3.2 Prosedur Tugasan 14
3.4 Aplikasi Bidang Ilmu pengetahuan 17
3.5 Sumbangan Kepada Organisasi. 19

BAB 4 PENUTUP 20

4.1 Kekuatan Dan Kelemahan Industri 20


4.2 Cadangan Kepada Industri. 22

BIBLIOGRAFI 23
LAMPIRAN 24

iv
SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1.1 Ahli Lembaga Pengarah.............................................................5


2.1.1 Waktu Bekerja Dan Rehat..........................................................5

v
SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Logo........................................................................4
2.2 Lokasi Syarikat........................................................8
2.4 Carta Organisasi......................................................11
3.2.1 Mengemaskini Fail Surat.......................................14
3.2.2 Cara Copy Borang..................................................15
3.2.2 Butang Mesin Photostaat........................................15
3.2.3 Daftar Masuk..........................................................16

vi
SENARAI SINGKATAN

LALI Laporan Akhir Latihan Industri


LI Latihan Industri

USAS Universiti Sultan Azlan Shah

FPTM Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat

JPSM Jabatan Pengurusan sumber manusia sympagi madhali

vi
BAB 1

PENGENALA

1.1 Pendahuluan

Latihan Industri (LI) merupakan satu komponen utama dalam kurikulum


pembelajaran Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah
(USAS). Latihan Industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Teknologi Maklumat
sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini juga bertujuan untuk memberikan
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang Teknologi
maklumat dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Latihan ini berjalan selama 14 minggu iaitu bermula 1 Ogos 2022 sehingga 4 November
2022.

Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di Quwwa
Group (M) Sdn. Bhd.Sepanjang latihan ini, saya diberi peluang untuk mengikuti
pembelajaran yang terlibat menguruskan unit Teknologi Maklumat.

Selain itu, latihan industri juga memberi peluang kepada para pelajar memperolehi
kemahiran pada kesempatan terawal mungkin serta memupuk sikap kerja yang baik kepada
staf dan menggalakkan interaksi dengan pelbagai kalangan pekerja dan masyarakat. Para
pelajar juga dapat mengaitkan pelajaran dalam kuliah dengan mempraktikkannya di industri.
Program latihan industri adalah satu – satunya peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
pengalaman dan pengetahuan baru seiring perubahan teknologi. Disamping menggunakan
pengetahuan asas yang sedia ada, secara tidak langsung tahap pengetahuan dan
pengaplikasian pengetahuan asas yang sedia ada pelajar juga akan meningkat. Peluang untuk
mengenali dan menggunakan dengan lebih dekat lagi dengan teknologi terkini menjadi lebih
terbuka dan seterusnya menjadi pengalaman berharga yang boleh digunakan pada masa
hadapan serta menjadi nilai tambah kepada pelajar itu sendiri.

1
1.2 Objektif

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kokurikulum


pembelajaran di Universiti Sultan Azlan Shah. Pelajar-pelajar disyaratkan lulus Latihan
Industri sebelum ini diperakukan untuk penganugerahan diploma dipusat pengajian. Pelajar-
pelajar akan ditempatkan di Jabatan-jabatan Kerajaan atau Syarikat-syarikat Swasta selama
14 minggu bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza
dari suasana di pusat pengajian. Seringkali pelajar-pelajar akan berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan masalah yang belum pernah di tempuhi. Tujuan utama Latihan Industri ini
diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar apabila
para pelajar keluar dari Universiti Sultan Azlan Shah nanti.

Di samping itu, dengan mengikuti Latihan Industri, saya dapat membaiki kelemahan
diri sendiri untuk lebih maju dan berfikiran secara rasional di dalam menangani masalah yang
mana telah diberikan oleh majikan. Semasa menjalankan Latihan Industri, saya dapat menilai
kebolehan diri saya terhadap kerja yang diterima daripada majikan. Saya dengan sendirinya
dapat menanamkan semangat produktiviti terhadap cabaran serta rintangan yang bakal
dihadapi.

Semoga dengan adanya Latihan Industri yang di jalankan ini mampu untuk
meningkatkan pengetahuan saya dan memberi sumbangan dengan lebih berkesan kearah
pembangunan Negara di masa hadapan. Kesimpulannya, objektif dalam menjalani Latihan
Industri iniadalah untuk:

a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.

b) Mempelajari kemahiran interpersonal dan kerja secara berpasukan.

c) Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan dalam industri.

d) Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.

e) Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk menghadapi alam pekerjaan selepas
tamat pengajian.

f) Meningkatkan semangat jujur, amanah, berdedikasi dan bertanggungjawab


terhadap tugas-tugas yang diberikan.

2
1.3 Hasil Pembelajaran

Latihan industri adalah satu perkara wajib dilalui oleh setiap pelajar yang mengambil
diploma teknologi maklumat di Universiti Sultan Azlan Shah dan juga institusi–institusi yang
terdapat di Malaysia. Latihan ini penting kerana ia dapat mendedahkan pelajar kepada alam
pekerjaan sebenar. Selama ini saya hanya melihat dan mengetahui suasana, pengalaman serta
pendedahan alam pekerjaan melalui rakan atau pun ahli keluarga. Dengan adanya latihan
industri ini saya bersedia untuk menempuh alam pekerjaan dengan berbekalkan pengalaman
yang ada semasa berada di tempat latihan.

Latihan Industri member pendedahan dan pengalaman kepada saya dari segi
mempraktiskan teori dan ilmu pengetahuan yang dipelajari di tempat latihan industri.
Menggunakan pelbagai kemudahan dan teknologi untuk melincinkan pelaksanaan tugas di
organisasi. Berkomunikasi secara berkesan dan cara bergaul antara rakan sekerja. Ia juga
mengajar saya tentang amalan kerja berpasukan, prosedur dan peraturan-peraturan majikan
dan mempelajari urusan-urusan am pejabat. Latihan industri ini akan membina semangat dan
sikap yang bertanggungjawab pada saya dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk
menjadi pekerja yang cemerlang pada masa akan datang.

3
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

QUWWA GROUP (M) SDN. BHD.

Rajah 2.1 : Logo Quwwa Group (M) Sdn. Bhd.

Quwwa Group (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang
berstatuskan bumiputera.syarikat ini ditubuhkan pada 14 Disember 2020 dan mula beroperasi
sepenuhnya pada 4 Januari 2021 dibawah akta pendaftaran syarikat 2016.Syarikat ini lebih
memfokuskan dari segi perundangan, kebajikan dan hak asasi manusia.Syarikat ini
menyediakan perkhidmatan sistem rujukan bagi program penempatan kerjaya pekerjaan,
pendidikan dan keusahawanan.

4
2.1.1 Senarai Ahli Lembaga Pengarah Dan Waktu Bekerja

Jadual 2.1 : Ahli Lembaga Pengarah Quwwa Group

Nama Jawatan
Tuan Mohd Norsharryadi Bin Pengarah Urusan
Shaari
Puan Noorul syakilla Binti Ramli Pengarah pentadbiran dan
kewangan
Jamiluddin Bin Jabar Pengarah Operasi

Jadual waktu bekerja

Jadual dibawah menunjukkan masa bekerja bagi Quwwa Group (M) Sdn. Bhd. Ia
adalah sama dengan waktu bagi pelajar menjalani Latihan Industri.
Jadual 2.2 : Jadual Waktu Bekerja dan Rehat

HARI WAKTU MULA WAKTU REHAT WAKTU


TAMAT
BEKERJA
BEKERJA
ISNIN 8:00 AM – 1:00 PM 1:00 PM – 2:00 PM 2:00 PM – 5:00 PM
SELASA 8:00 AM – 1:00 PM 1:00 PM – 2:00 PM 2:00 PM – 5:00 PM
RABU 8:00 AM – 1:00 PM 1:00 PM – 2:00 PM 2:00 PM – 5:00 PM
KHAMIS 8:00 AM – 1:00 PM 1:00 PM – 2:00 PM 2:00 PM – 5:00 PM
JUMAAT 8:00 AM – 12:15 PM 12:30 PM – 2:30 PM 2:30 PM – 5:00 PM

5
2.1.2 Logo, Moto, Visi Dan Misi Quwwa Group (M) Sdn. Bhd

Logo

Jadual 2.3 : Misi, Visi dan Moto

• Menjadi sebuah syarikat yang menerajui pengurusan modal insan


MISI yang terbaik, bersistematik dan terkini bagi kesejahteraan
komuniti dan masyarakat.

● Memperjuangkan hak asasi manusia serta menggalakkan kebaikan


VISI insani.

● Mengendali program pembentukan modal insan yang berkualiti


dan berkesan.

● Menyediakan sistem pengurusan yang sistematik dan lebih teratur.

● Memperluaskan jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan dan


agensi swasta.

MOTO • "JIMAT, CEPAT & TEPAT"

6
2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Syarikat Quwwa Group (M) Sdn. Bhd. ini adalah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2020.
Quwwa ini berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kekuatan.SyarikatQuwwa Group
ini terletak di Kajang, Selangor, yang beralamat No. 32, Jalan Kajang Perdana2/3, Taman Kajang
Perdana,
43000 Kajang, Selangor.Syarikat ini beroperasi pada jam 8 pagi sehingga 5 Petang.Syarikat ini
berteraskan tiga aspek utama iaitu perundangan, kebajikan dan hak asasi manusia.Syarikat ini
menyediakan perkhidmatan sistem rujukan bagi program penempatan kerjaya pekerjaan, pendidikan dan
keusahawanan.

7
Rajah 2.2: Lokasi

Rajah 2.3: Pandangan sekitar syarikat

8
2.3 Aktiviti Organisasi

Projek Dan Usahasama

● Usahasama bersama Jabatan Penjara Malaysia (JPM) melalui "Program Penempatan Semula

(PPS)".

● Pelaksana sistem Rujukan yang bernama "H.O.M.E. System".

● Program latihan, motivasi, pekerjaan dan pendidikan.

● Memorandum of Understand dengan pihak NFO, GLC, Badan Berkanun dan mana-mana pihak

yang berasaskan kebajikan.

● Program "up-skilling" dan "re-skilling" pada banduan.

● Program pendidikan dan Kecerdasan Emosi atau lebih kenali sebagai Emotional Intelligence.

Kisah Kejayaan

● Penempatan semula dalam kerjaya pekerjaan dan pendidikan.

● Mengumpul data dan maklumat pelatih dalam bentuk visual seperti video dan gambar berasaskan

pengalaman dan keselamatan.

● Menemuramah dan video mendokumentasi 5 hingga 10 orang banduan yang telah berjaya dengan

hidupnya selepas keluar penjara.

9
Faedah Perkhidmatan

● Servis program dan sistem adalah percuma dan tiada caj sembunyi.

● Tiada eksploitasi dari pihak ketiga atau agensi luar yang tiada syarikat utama.

● Memudahkan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) membuat pilihan yang tepat bagi penempatan pekerjaan
banduan.

● Menyediakan "RUMAH SELAMAT" dan "PUSAT AKADEMI" yang berteraskan kebajikan kepada
banduan;

Kemahiran.

Tempat tinggal keluarga atau tempat pilihan banduan.

1
2.4 Carta Organisasi

Mohd Norsharryadi Bin Shaari


Pengarah Urusan

Noorul Syakilla Binti Ramli


Jamiluddin Bin Jabar
Pengarah Pentadbiran Dan
Pengarah Operasi
Kewangan

Rajah 2.4: Carta Organisasi Quwwa Group (M) Sdn. Bhd.

Merujuk kepada rajah 2.4 di atas,Tuan Mohd Norsharryadi Bin Shaari memegang jawatan sebagai
Pengarah urusan Quwwa Group (M) Sdn. Bhd. Sebagai pengurus beliau bertanggungjawab untuk
merancang dan mengarahkan kerja sekumpulan individu. Beliau memantau kerja mereka dan
mengambil tindakan pembetulan apabila perlu. Penolong pengurus sering mengawasi kumpulan
atau kumpulan terbesar dan yang paling penting dalam syarikat.

1
BAB 3

TUGASAN LATIHAN INDUSTRI

3.1 Tugasan Dan Objektif

● Projek Membangunkan Sebuah Sistem Dan Program untuk Jabatan Agensi.

Syarikat Quwwa Group telah menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bekas Pegawai
Penjara(ExPOAM) Bagi membangunkan sebuah sistem penempatan kerjaya pekerjaan dan pendidikan
yang diberi nama Placemant Management System(P.M.S.) yang difokuskan kepada banduan bebas dan
juga ahli keluarga pesara Jabatan Penjara.Saya ditugaskan mengetuai projek ini bagi bahagian teknologi
makluma bersama seorang rakan sekerja menjagga bahafgian dokumentasi.

● Mengubahsuai Dan Menaiktaraf sistem Database sedia Ada.

Sistem Database merupakan satu kaedah masa kini bagi menyimpan maklumat dengan lebih
mudah untuk kegunaan masa panjang.Pihak persatuan bekas pegawai penjara(ExPOAM) telah
meminta pihak Quwwa Group bagi mengubahsuai sedikit sistem sedia ada supaya lebih mudah
untuk digunakan.Saya telah ditugaskan bagi mendapatkan input input berkaitan sistem
seterusnya merancang dan merangka penyelesaian yang terbaik.

● Karnival Kerjaya USIM - PERKESO

Syarikat Quwwa Group membuka peluang pekerjaan kepada orang luar yang ingin mencari
peluang pekerjaan.Saya dan berapa rakan telah ditugakan untuk menjaga tapak pameran kerana syarikat
dijemput sebagai Pempamer.Kami juga menyediakan pameran berkaitan sistem yang telah ibangunkan
syarikat iaitu H.O.M.E system yang berfungsi sebagai sistem penempatan pekerjaan dan pendidikan.

1
● Merangka Dan Membina Carta Alir Sistem.

Syarikat Quwwa Group dalam proses menaiktaraf sistem yang dibangunkan syarikat iaitu
H.O.M.E System yang akan diubah kepada nama baru iaitu Placement Management System(P.M.S.).saya dan rakan
ditugaskan bagi merangka proses sistem dengan membuat carta alir yang dibahagikan kepada tiga pengguna utama
iaitu Jabatan/Agensi, Majikan/Syarikat danPendidikan/Institusi.

● Menguruskan Penetapan Mesyuarat Atas Talian Dan Mesyuarat Biasa.

Quwwa Group (M) Sdn. Bhd. banyak membuat mesyuarat dan banyak organisasi lain juga
turut serta jadi penetapan laptop untuk menunjukkan slide dan kadang kala menjadi urusetia yang
menjaga slide untuk mesyuarat atas talian, penetapan kamera, mikrofon dan speaker adalah menjadi
rutin yang biasa dijalankan.

1
3.2 Prosedur Tugasan

 Membantu mengemaskini fail surat dikeluar dan surat


3.2.1 Mengemaskini Fail
diterima oleh Quwwa Group.
 Semua document yang telah diprint harus diletakkan ke
dalam fail kerana jika ada permasalahan di kemudian hari,
segala maklumat dapat dicari di dalam fail. Oleh sebab itu,
pengurus amat menitikberatkan tentang penyimpanan
rekod yang disimpan di dalam fail. Bukan saja hard copy,
malah pengurus juga sentiasa menyimpan soft copy
document atau borang yang telah siap.

 Seterusnya, setelah disusunkan ke dalam fail dan


mengikut urutan rekod. Ia juga perlu ditulis dan
dicop setiap satu rekod ke dalam satu helaian
kertas sebagai rujukan dan terlihat lebih kemas
dan teratur.

 Tugas ini mengajar bahawa pentingnya


pentimpanan rekod di sesuatu organisasi kerana
segala maklumat penting di dalam sesebuah
syarikat itu menjadi satu tanggungjawab. Oleh itu,
kita tidak boleh memandang remeh soal
penyimpanan rekod.

Rajah 3.2.1 : Mengemaskini Fail Surat

1
 Untuk membuat salinan borang-borang tersebut
3.2.2 Mesin Fotostat
dengan menggunakan Mesin Fotostat. Borang-
borang tersebut hendaklah sentiasa ada di dalam
fail. Oleh itu hanya salinan yang dibenarkan oleh
pengarah atau staf-staf sahaja. Mesin fotostat telah
pun disediakan di pejabat Jabatan Teknologi
Maklumat. Cara menggunakan mesin fotostat ialah
dengan menekan suis main power on, seterusnya
pilih kaedah copy letakkan kertas di ruang bawah
mesin tersebut dan tekan butang start.

Rajah 3.2.2 : Cara Copy Borang di Mesin Fotostat

 Pastikan kertas yang di dalam mesin fotostat sentiasa


mencukupi kerana jika kertas tidak mencukupi, mesin
fotostat akan berhenti memproses dan akan mula bekerja
sekiranya kita meletakkan kertas A4 yang baru. Butang
yang ada di mesin fotostat ini kegunaan nya untuk mengisi
kod color atau pun jumlah page yang hendak di copy.

Rajah 3.2.2 : Butang yang ada pada Mesin Fotostat

1
3.2.3 Cara menetapkan
komputer riba untuk
mesyuarat

● Perlu sediakan laptop, speaker dan mikrofon


daripada bilik simpanan barangan tersebut dan
jika mesyuarat atas talian ambil sekali kamera
dan justify.

●Pasangkan semua peralatan tadi seperti


pasangkan wayar HDMI, speaker dan mikrofon
dan wayar LAN jika menggunakan Internet dan
tekan setting laptop pergi ke projektor dan ubah
ke duplicate.Jika layar tidak menunjukkan
paparan laptop ubah setting ke HDMI.

● Tunggu mesyuarat berjalan selama 10-20 minit untuk

memastikan pemasangan yang telah dibuat baik dan

kemudian keluar dari bilik mesyuarat.

1
3.4 Aplikasi Bidang Ilmu Pengetahuan

Saya cuba menggunakan kemahiran yang telah dipelajari ketika semester 1 hingga
semester 7 dalam bidang diploma teknologi maklumat. Perkataan ethics berasal daripada
Yunani ethos yang bermaksud kualiti akhlak yang membentuk seseorang. Ketika
menjalani latihan industri dijabatan sumber manusia sympagi madhali juga telah
mengajar saya tentang akhlak seperti menghormati rakan sekerja ketika didalam ataupun
diluar pejabat. Menjadi profesional dalam sesuatu profesion bermaksud pelajar itu
menganggap profesionnya sebagai aktiviti yang menjadi sumber pendapatan tetap.
Mengikut Martin dan Schiuzer (1996) dan Bayles (1981), perkataan profesion dan
profesional hanya boleh digunakan dalam bidang pekerjaan tertentu yang memenuhi
kriteria khusus seperti:

a) Ilmu pengetahuan
b) Latihan intensif dan berterusan
c) Perkhidmatan penting untuk masyarakat
d) Badan professional
e) Bersifat autonomi

Pembangunan Multimedia (KOM4123) adalah mata pelajaran yang dapat


mengaplikasikan saya semasa membuat reka bentuk poster semasa menjalani latihan
industri. Berdasarkan ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas ia dapat mengajar saya
cara menggunakan website Adobe Photoshop cs6 . Saya dapat menggunakan pengetahuan
asas dalam menggunakan Adobe Photoshop cs6 unutk melakar reka bentuk yang di
inginkan.

Selain itu, Pembangunan Sistem Pangkalan Data (KOM4043) adalah mata pelajaran
yang berkaitan mengemaskini data-data. Semasa saya menjalani latihan industry. saya
mengunakan ilmu tersebut untuk mengemaskini data di website yang dibangunkan
Quwwa Group..

1
Pembangunan sahsiah adalah penting untuk pelajar ketika menjalani latihan industri
ianya memberi kesan terhadap kualiti hidup setiap pelajar sama ada dari aspek
penampilan diri, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial, dan rohani. Dalam
konteks politeknik, perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran kurikulum diharapkan
dapat membantu penjanaan pemikiran pelajar yang holistik ke arah insan cemerlang yang
berakal dan berdaya maju.

Justeru, ianya telah mengkaji peranan dalam membentuk sahsiah pelajar, seterusnya
melihat tahap pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap kurikulum latihan industri
dijabatan pengurusan sumber manusia sympagi madhali.

1
3.5 Sumbangan Kepada Organisasi

Setelah menjalani latihan industri di Jabatan Pengurusan sumber manusia sympagi


madhali selama 14 minggu, saya juga telah melibatkan diri dalam memberi sumbangan
Antara sumbangan yang dapat diberikan sepanjang menjalani latihan industri adalah
membantu melaksanakan urusan surat-menyurat dan temujanji untuk memperkenalkan dan
mempromosi program-program yang ditawarkan oleh Quwwa Group bersama client . Saya
juga membantu urusan-urusan am di Quwwa Group (M) Sdn. Bhd.

Selain itu, saya akan menjadi seorang yang berdedikasi dan berintegriti ketika di
pejabat untuk melakukan kerja seperti yang diamanahkan oleh Tuan Norsharryadi, seperti
membantu mengemaskini fail surat dikeluar dan surat diterima oleh Quwwa Group. Saya
juga membuat panggilan ke pelanggan-pelanggan yang membuat servis marketing di syarikat
kami.

Seterusnya, setelah sebulan saya menjalani latihan industri di sini saya juga
membantu urusan reka bentuk poster, banner, proposal. Membantu persiapan temu janji
client dan mengemaskini data-data di website baharu Quwwa Group.

Justeru itu, pada empat minggu terakhir ketika menjalani latihan industri dijabatan
teknologi maklumat Quwwa Group ini adalah serba sedikit antara tugasan yang saya
berikan iaitu dapat membuat kertas kerja dan membuat pemeriksaan dan mengemaskini data
mengenai rekod maklum balas mensyuarat. Membantu membuat surat-menyurat.

Akhir sekali, harapan saya sekiranya saya diberi peluang untuk memegang jawatan
seperti ini, saya akan memberikan sumbangan yang lebih memberangsangkan terhadap
jabatan. Sayajuga akan menjaga hal etika dan adab dalam bekerja. Serta saya akan membantu
organisasi untuk mencapai visi dan misi jabatan.

1
BAB 4

PENUTU

4.1 Kekuatan Dan Kelemahan Industri

Sepanjang menjalani latihan industri, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat
dipelajari oleh saya tentang alam pekerjaan sebenar. Dimana saya diajar tentang cara-cara
untuk menguruskan sesuatu pekerjaan dengan baik. Sememangnya latihan industri ini banyak
memberi peluang kepada pelajar untuk membuktikan kebolehan dalam bidang yang diceburi.
Melalui latihan industri yang dijalankan di jabatan teknologi maklumat Quwwa Group.
Jabatan juga mempunyai serba sedikit kekuatan dan kelemahan industri tersendiri,
sememangnya ia banyak memberi manfaat dan pengalaman kepada saya.

4.1.1 Kekuatan Industri

Kekuatan pertama yang terdapat di Jabatan Teknologi Maklumat Quwwa Group ialah
mereka menitik beratkan aspek budaya kerja. Ianya dapat mengeratkan hubungan antara
semua staf-staf termasuk pelajar praktikal. Selain itu, pelajar juga mudah untuk
berkomunikasi dengan staff dan majikan sehingga memudahkan pelajar untuk menyiapkan
tugasan yang diberi dengan lebih mudah dan tanpa rasa ragu.

Seterusnya, kekuatan industri disini adalah pengurusan sistem pekerjaan yang lebih
teratur. Pekerja disini telah ditetapkan tugas-tugas mereka dan dibahagikan mengikut skop-
skop yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, Staf-staf yang bekerja di jabatan ini amat ramah dan mesra ianya
boleh membantu serta memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya. Mereka memberi
peluang kepada pelajar praktikal untuk menyertai mesyuarat formal, membuat
tugasan yang penting.

2
4.1.2 Kelemahan Industri

Jabatan Teknologi Maklumat Quwwa Group juga mempunyai serba sedikit


kelemahan industri, yang pertama dari aspek pengurusan juga jabatan ini tidak mempunyai
sistem punch card yang tepat untuk ketetapan waktu bekerja. Ia boleh menyebabkan
kurangnya disiplin dalam waktu bekerja. Jabatan juga kekurang staf.

Seterusnya, jabatan ini tidak mewujudkan satu garis panduan ataupun proses
tugasan untuk pelatih ini menyebabkan projek yang diberikan tidak dapat disiapkan mengikut
masa yang ditetapkan oleh pelajar latihan industri. Jabatan perlu mewujudkan satu garis
panduan terhadap setiap langkah atau prosedur kerja yang dilakukan oleh pelatih supaya
sebarang kesilapan dan kelewatan dapat dielakkan.

Akhir sekali, Pelajar tidak sepatutnya diberi tugasan untuk mengangkat telefon
ketika pelanggan menelefon membuat pengesahan oleh kerana pelajar tidak mempunyai
pengetahuan selok belok mengenai prosedur pejabat tersebut. Jabatan juga lebih memberi
tugasan yang berlainan bidang berkaitan multimedia berbanding kos yang saya pelajari
iaitu teknologi maklumat mahupun ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan baharu kepada
saya. Dari keseluruhan, setiap jabatan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-
masing.

2
4.2 Cadangan Kepada Industri

Dari penilaian kekuatan dan kelemahan industri pada bahagian 4.1 pelajar telah
menilai dan mengkaji beberapa aspek yang boleh diperbaiki dan di naik taraf oleh industri
untuk kemudahan pada masa akan datang supaya dapat memudahkan pelajar latihan industri
yang akan datang menjalani latihan indusrti di syarikat tersebut. Antara cadangan pelajar
kepada industri adalah seperti berikut :

a) Aspek pengurusan
Pelajar mencadangkan pihak industri untuk mewujudkan sistem punch card supaya
waktu bekerja lebih terurus. Selain itu, mengkhususkan satu garis panduan tugasan
yang diberi kepada pelajar agar tidak berlaku kekeliruan dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan dan dapat menyiapkan tugasan pada waktu yang tepat. Industri juga
harus lebih peka terhadap pengurusan syarikat dan kebajikkan pelajar dan staff agar
kurang permasalahan. Disamping itu, industri juga dicadangkan untuk menambah
bilangan pekerja untuk memudahkan lagi urusan syarikat. Industri juga harus mencari
inisiatif lain bagi menjana pendapat untuk menampung kerugian yang dialami.

b) Aspek pembelajaran
Jabatan harus memberi tugasan yang kesesuaian kepada pelajar supaya pelajar boleh
bersedia pada alam pekerjaan yang sebenar dalam bidang yang dipelajari. Ia juga
harus memberi kepercayaan yang lebih kepada pelajar-pelajar ketika menjalani tugas
mereka.

Akhir sekali, pada pandangan saya cadangan ini sesuai dikemukakan kepada syarikat
yang ingin mengambil pelajar praktikal kerana ia dapat membantu pengurus projek lebih
memahami keperluan pelajar praktikal. Bukan itu sahaja malah, organisasi latihan juga boleh
memperbaiki kelemahan jabatan yang mungkin tidak disedari selama ini.

2
BIBLIOGRAFI

Quwwa Group (M) Sdn. Bhd. Official website.(n.d.). Retrieved October 5,2022, from
Quwwa Group (M) Sdn. Bhd. (quwwagroupglc.my)

Quwwa Group - company’s profile.(n.d.). Retrieved October 5,2022, from


Quwwa Group - Owner - Quwwa Group (M) Sdn Bhd | LinkedIn

Quwwa Group - Facebook.(n.d.). Retrieved October 5,2022, from


Quwwa Group M Sdn. Bhd. (facebook.com)

2
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

Ruang hadapan Quwwa Group (M) Sdn. Bhd.

2
LAMPIRAN 2

Kedudukan meja di Quwwa Group bagi Pegawai Teknologi Maklumat

2
LAMPIRAN 3

Program karnival kerjaya di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM).

2
LAMPIRAN 4

Sesi perbincangan antara syarikat dan organisasi luar.

You might also like