Perubahan Ekonmi Soalan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Perubahan kegiatan ekonomi Tanah Melayu daripada berlandaskan aktiviti

perdagangan dan kelautan kepada penggunaan tanah sejak abad ke-19 banyak
dipengaruhi oleh pihak luar. Bincangkan tindakan-tindakan pihak luar tersebut dan
kesanya ke atas ekonomi Tanah Melayu.

PENGENALAN

Menjelang penghujung abad ke-18 dan awal abad ke-19, munculnya dua buah

pelabuhan entrepot di Semenanjung Tanah Melayu setelah kejatuhan Melaka pada

abad ke-16. Kemunculan pelabuhan entrepot Pulau Pinang di utara Tanah Melayu dan

Singapura di selatan Tanah Melayu telah menyebabkan penyimpangan besar dalam

ekonomi tradisi di Tanah Melayu. Bahkan, perkembangan ini bukan sahaja mengubah

ekonomi, tetapi juga lanskap politik, sosial dan geografi tradisional di negeri-negeri

Melayu

Pada awalnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah,

iaitu negeri Melayu yang tertua1 di Tanah Melayu. Namun, apabila menjadi koloni di

bawah pemerintahan British, sejarah Pulau Pinang tidak lagi dikaitkan dengan Sultan

dan kelas pemerintah Melayu.2 Francis Light memainkan peranan penting dalam

penguasaan Pulau Pinang dan perkembangannya sebagai sebuah pelabuhan pada akhir

abad ke-18.3 Semasa tahun 1786, sementara bebas dari cengkaman Siam yang sedang

berperang dengan Burma,4 Sultan Kedah telah menyerahkan Pulau Pinang kepada

Kapten Francis Light, yang mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). 5 Light

kemudian menamakan pulau tersebut sebagai ‘Prince of Wales Island’.6

1
Khor, Neil, Khoo Salma Nasution, Loh Wei Leng, and Yeoh Seng Guan, eds. Penang and its region:
the story of an Asian entrepôt. NUS Press, 2009, hlm. 7.
2
Ibid.
3
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah perdagangan bebas. Penerbit Universiti Malaya, 2005,
hlm. 93.
4
Nur Fadzilah Yahaya, "Legal Pluralism and the English East India Company in the Straits of Malacca
during the Early Nineteenth Century." Law and History Review 33, no. 4 (2015): 945-64.
http://www.jstor.org/stable/43670839, hlm. 949.
5
Nordin Hussin, Trade and Society in the Straits of Melaka: Dutch Melaka and English Penang, 1780-
1830. Vol. 100. NUS Press, 2007, hlm. 69.
6
Nur Fadzilah Yahaya, "Legal Pluralism and the English East India Company in the Straits of Malacca
during the Early Nineteenth Century.", hlm. 949.

1
Manakala, Singapura merupakan sebahagian daripada wilayah kesultanan

Melayu Johor-Riau-Lingga semenjak abad ke-16. Tokoh yang memainkan peranan

dalam penguasaanya ialah Stamford Raffles. Pada 1819, Temenggung Abdul Rahman

dan Sultan Hussain yang telah dibawa ke Riau untuk diangkat sebagai Sultan Johor,

menandatangani perjanjian dengan Raffles yang membawa kepada penubuhan

Singapura.7

PERUBAHAN DARI TRADISI KEGIATAN EKONOMI DI NEGERI-NEGERI

MELAYU

1) PEMILIK/PEMERINTAH PELABUHAN

Kemunculan dan pembukaan pelabuhan entrepot di Pulau Pinang dan Singapura

memperlihatkan perubahan dari sudut pemerintahan dan pemilikan pelabuhan dari

tradisi negeri-negeri Melayu. Semasa zaman kesultanan Melaka, Johor-Riau dan

kerajaan-kerajaan Melayu yang sebelumnya, pelabuhan-pelabuhan ini dikendalikan

oleh Syahbandar yang mewakili Sultan di pelabuhan sebagai Raja Pelabuhan. Sultan

akan melantik Syahbandar yang akan menjaga dan mengendalikan pedagang-

pedagang yang datang ke pelabuhan. Jumlah Syahbandar bergantung kepada betapa

besar dan ramai jumlah pedagang yang datang berdagang.

Walau bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan pelabuhan di Pulau Pinang dan

Singapura. Kedua-dua pelabuhan ini diterajui dan dimajukan oleh orang asing iaitu

merujuk kepada orang British. Antara tahun 1786 hingga 1805, Pulau Pinang

tertakluk di bawah pentadbiran kerajaan Benggala di India. 8 Manakala, Singapura

diletakkan di bawah pentadbiran Presidensi Bangkahulu di Sumatera sejak 1819, 9

7
Huen, P. LIM Pui. "Past and Present Juxtaposed: The Chinese of Nineteenth Century Johor." Sojourn:
Journal of Social Issues in Southeast Asia 13, no. 1 (1998): 114-38.
http://www.jstor.org/stable/41056979, hlm. 117-118.
8
Ibid.
9
Ibid.

2
sebelum Pulau Pinang, Melaka dan Singapura digabung di bawah satu bentuk

pentadbiran pada 1826 menjadi Negeri-Negeri Selat.

Di Pulau Pinang, pelabuhan dibuka dan dikendalikan oleh Francis Light dan

rakannya, James Scott sebaik sahaja Francis Light berjaya menguasai Pulau Pinang

secara rasmi pada 1786. Seperti mana yang dicatat dalam buku Sejarah Perdagangan

Bebas;-

Salah satu syarat perkongsian (perdagangan) tersebut ialah


Francis Light harus memberikan kebebasan kepada mereka
yang mengunjungi pelabuhan, tetapi tidak harus campur
tangan dalam hal pengurusannya.10

Membuktikan bahawa kuasa pengurusannya di tangan Scott, dan bukan di tangan

pedagang luar mahupun pemerintah Melayu. Dikatakan juga 90% perdagangan di

Pulau Pinang melalui syarikat Scott dan Light. 11 Maka, perdagangan Pulau Pinang

pada peringkat awalnya dikuasai oleh syarikat Scott. 12 Hal ini dapat menyaksikan

penyimpangan yang berlaku apabila munculnya Pulau Pinang sebagai pelabuhan

entrepot.

Berikutan pemilik dan pemerintah pelabuhannya bukan orang tempatan, maka

peraturan, dasar dan undang-undang yang diguna pakai juga berbeza di pelabuhan ini.

Kedua-dua Light dan Raffles memperkenalkan pelabuhan Pulau Pinang dan

Singapura sebagai pelabuhan bebas yang mana merupakan satu dasar yang asing

dengan tradisi ekonomi negeri-negeri Melayu. 13 Francis Light melihat perdagangan

dan pelabuhan bebas ini diperkenalkan sebagai senjata bagi menjamin keuntungan

dan alat untuk mengalahkan dasar monopoli Belanda di Selat Melaka. 14 Sekali gus,

10
Ibid., hlm. 93.
11
Ibid, hlm. 112.
12
Ibid.
13
Meskipun Manila muncul sebagai pelabuhan bebas, namun Manila terikat dengan dasar
Merkantilisme, iaitu tidak dibuka kepada pedagang asing (Dr Siva, 2005: 78) terutamanya yang
mewakili negara tertentu.
14
Sivachandralingam Sundara Raja. Sejarah perdagangan bebas, hlm. 97.

3
memberikan pilihan kepada pedagang tempatan dan luar dan dalam masa yang sama

juga menarik pedagang-pedagang ini ke Pulau Pinang dan Singapura.

2) PERUBAHAN ARAH TUJU PERDAGANGAN

Perubahan lain yang berlaku apabila Pulau Pinang dan Singapura menjadi

pelabuhan entrepot ialah perubahan atau penyimpangan arah tuju perdagangan. Untuk

melihat perubahan dari sudut arah tuju perdagangan perlulah dilihat faktor-faktor

yang menyebabkan British berlayar ke Nusantara dan faktor yang kemudiannya

mengubah arah tuju perdagangan British.

Minat British terhadap Negeri-negeri Melayu bermula sejak abad ke-18 dan

didorong oleh hubungan perdagangannya dengan China. Perdagangan SHTI dengan

China berkembang daripada keinginan bangsa Eropah untuk mendapatkan barangan

mewah seperti teh, sutera dan barangan tembikar. 15 Kepesatan perdagangannya

dengan China mendesak SHTI mencari sebuah pelabuhan persinggahan di

persekitaran Kepulauan Melayu.16 Tambahan pula, Belanda menguasai kebanyakan

laluan biasa di Selat Melaka dan menyukarkan pergerakan SHTI.

Selain itu, penguasaan ke atas Kepulauan Melayu juga bertujuan untuk

mengimbangi perdagangan China yang merugikan England. 17 Hal ini disebabkan,

China tidak berminat dan enggan menukar barangan mereka dengan eksport utama

keluaran England iaitu kain bulu. Sebaliknya, China mahu dan sanggup menukarkan

produk mereka dengan jongkong perak dan hasil-hasil Negeri Selat seperti bijih timah

dan lada hitam.18 Maka, tidak dinafikan bahawa, penguasaan British di Pulau Pinang

dan Singapura awalnya hanya berpaksikan kepentingan perdagangannya dengan

China.

15
Ibid., hlm. 51.
16
Ibid
17
Ibid
18
Ibid., hlm. 51-52.

4
Walau bagaimanapun, menjelang penghujung abad ke-19, tuju arah perdagangan

British mula berubah. Hal ini berikutan, Revolusi Perindustrian yang berlaku di

Eropah pada 1760 hingga awal abad ke-19. Pengenalan teknologi baharu di barat

membawa kepada pengenalan produk baru dan kepelbagaian keperluan yang perlu

dipenuhi. Kebanyakan keperluan ini boleh didapati di Tanah Melayu. Maka, Revolusi

Perindustrian ini telah menyebabkan permintaan produk dari kepulauan Melayu

melonjak dengan mendadak di Eropah, khususnya di England sendiri. Antara produk

yang menjadi permintaan tinggi di Eropah akibat dari Revolusi Perindustrian adalah

getah percha untuk membalut kabel telegraf, bijih timah untuk menyalut tin dan

gambir sebagai pewarna dalam industri tekstil.

Permintaan di Eropah ini telah mengubah arah tuju perdagangan British di Tanah

Melayu yang dahulunya mementingkan perdagangannya dengan China. Sebagaimana

yang tertera dalam jadual tersebut;-

Jadual 1: Arah Tuju Perdagangan Eksport Pulau Pinang, 1890-1920


(dalam peratusan nilai jumlah perdagangan kasar)
Tahun Barat Asia
(kecuali Malaya, Asia Tenggara)
1890 18.9 22.3
1893 32.2 14.0
1896 27.9 16.1
1899 48.5 13.3
1902 52.9 11.2
1905 56.9 9.0
1908 47.5 7.8
1911 57.4 7.8
1914 50.3 8.9
1917 52.4 8.3
1920 35.8 6.1
Sumber: Penang and It’s Region; The Story of an Asian Entrepot19

19
Khor, Neil, Khoo Salma Nasution, Loh Wei Leng, and Yeoh Seng Guan, eds. Penang and its region:
the story of an Asian entrepôt., hlm. 109.

5
Jadual 2: Arah Tuju Perdagangan Singapura, 1825-1865
(peratusan jumlah perdagangan)
Tahun Barat Asia Timur
1825 18 14
1830 31 23
1835 19 14
1840 21 13
1845 22 22
1850 26 15
1855 25 18
1860 28 13
1865 25 15
Sumber: Singapore: Its Growth as an Entrepot Port, 1819-194120

Di dalam Jadual 1, menunjukkan perubahan yang ketara perdagangan eksport di Pulau

Pinang dari 1890 hingga 1920. Peningkatan mendadak dalam perkongsiannya dengan

Barat iaitu dari 19 peratus pada 1890 kepada 50 peratus dalam 1900an dan 1910an. 21

Manakala, Jadual 2 menunjukkan perubahan arah perdagangan eksport di Singapura

dalam tempoh 60 tahun.

Salah produk, iaitu gambir dinyatakan sebelum 1835, kebanyakan gambir

dieksport keluar ke pasaran tradisionalnya iaitu Jawa, Sulawesi, Siam dan China. 22

Tetapi, pada tahun 1834, apabila tarif duti import berat dimansuhkan di Great Britain

dan Singapore Chronicle menjangkakan gambir bakal menjadi produk utama eksport

dari Singapura ke Britain.23 Gambir menjadi eksport penting kerana digunakan

sebagai agen pewarna dan penyamakan dalam industri kulit di Eropah. 24 Manakala,

perkembangan industri pengetinan sekitar 1865 di U.K membawa kepada peningkatan

20
Wong, Lin Ken. "Singapore: Its Growth as an Entrepot Port, 1819-1941." Journal of Southeast
Asian Studies 9, no. 1 (1978): 50-84. http://www.jstor.org/stable/20070245., hlm. 53.
21
Khor, Neil, Khoo Salma Nasution, Loh Wei Leng, and Yeoh Seng Guan, eds. Penang and its region:
the story of an Asian entrepôt., hlm. 109.
22
Trocki, Carl A. Prince of pirates: the Temenggongs and the development of Johor and Singapore,
1784-1885. NUS Press, 2007, hlm. 104.
23
Ibid.
24
Huen, P. LIM Pui. "Past and Present Juxtaposed: The Chinese of Nineteenth Century Johor."
Sojourn: Journal of Social Issues in Southeast Asia 13, hlm. 117.

6
yang besar dalam import British tin Selat. 25 Perubahan ini membuktikan bahawa

perdagangan dengan China bukan lagi satu kepentingan bagi British.

Bahkan penguasaan Singapura juga dilihat untuk kepentingan pedagang British

sebagaimana dinyatakan dalam buku Sejarah Perdagangan Bebas;-

Peranan pedagang-pedagang persendirian yang lebih dominan dan


hasil barangan kapas yang bertambah di kilang-kilang England
memaksa England mencari sebuah lagi pangkalan yang lebih
sesuai untuk memasarkan barangannya ke Timur. Ia membawa
penguasaan Singapura pada 1819.26

Justeru, dapat disimpulkan bahawa munculnya Pulau Pinang dan Singapura yang

berfungsi sebagai pelabuhan entrepot membawa kepada perubahan arah tuju

perdagangan British yang dahulunya semata-mata untuk kepentingan dengan China

kepada Eropah.

3) KEHADIRAN DAN PERANAN ORANG CINA

Selain itu, perubahan juga berlaku terhadap kehadiran dan peranan orang Cina di

negeri-negeri Melayu apabila Pulau Pinang dan Singapura menjadi pelabuhan

entrepot. Orang Cina telah datang di Kepulauan Melayu sebagai pedagang setelah

sekian lama, bahkan, kehadiran orang Cina di Tanah Melayu boleh dijejak seawal

sebelum zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka lagi. Selama berabad orang

Cina datang ke Kepulauan Melayu untuk berdagang, namun, kali ini mereka mula

menetap dan berkerja sebagai pelombong dan pekerja ladang.27

Perubahan peranan orang Cina di Kepulauan Melayu ini boleh dikesan sekitar

awal abad ke-18 lagi. Pada 1730an, pelombong Cina membuka lombong bijih timah

di Bangka dan menurut Tuhfat al-Nafis, buruh Cina dibawa masuk untuk bekerja di

25
Hennart, Jean-Francois. "Internalization in Practice: Early Foreign Direct Investments in Malaysian
Tin Mining." Journal of International Business Studies 17, no. 2 (1986): 131-43,
http://www.jstor.org/stable/154587. hlm 132.
26
Sivachandralingam Sundara Raja. Sejarah perdagangan bebas, hlm. 52.
27
Huen, P. LIM Pui. "Past and Present Juxtaposed: The Chinese of Nineteenth Century Johor."
Sojourn: Journal of Social Issues in Southeast Asia 13, no. 1 (1998): 114-38.
http://www.jstor.org/stable/41056979, hlm. 116.

7
ladang gambir di Riau.28 Pada 1830an dan 1840an, peranan khas orang Cina

diperkuatkan oleh kepentingan mereka dalam perkembangan pertanian dan

perlombongan bijih timah29 di Tanah Melayu. Di wilayah Wellesley 30 dan Pulau

Pinang, orang Cina memajukan perladangan gula,31 Sekitar 1835 dan 1844, orang

Cina membuka kawasan luas tanah dara di kawasan pendalaman Singapura 32 untuk

mengusahakan penanaman lada dan gambir.33

Menyaksikan kejayaan penanaman gambir dan lada di Riau dan Singapura,

Temenggung Daing Ibrahim menggalakkan orang Cina ini meluaskan aktiviti mereka

ke Johor.34 Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan Sistem Kangchu di Johor.

Sistem ini di mana, tebing-tebing sungai di Johor dipajak dan surat kuasa tersebut

dipanggil “surat sungai” dan pemajak/pemegang kepada surat sungai ini dipanggil

“kangchu” atau tuan sungai, manakala, penempatan kangchu dipanggil kangkar atau

kuala sungai.35 Melalui sistem Kangchu, seorang ketua Cina yang dipanggil

Kangchu36 atau raja sungai ditempatkan untuk mengawal setiap batang sungai di

ladang-ladang terbuka.37 Kangchu akan menerima surat kuasa daripada Temenggung

untuk membuka ladang, mengawasi tanaman dan memungut cukai. 38 Kangchu

tertakluk di bawah undang-undang yang kemudiannya pada 1873, dibukukan dan

dinamakan “Kanun Kangchu” yang punyai 78 fasal merangkumi tanggungjawab-


28
Ibid, hlm. 116-117.
29
Webster, Anthony. "The Development of British Commercial and Political Networks in the Straits
Settlements 1800 to 1868: The Rise of a Colonial and Regional Economic Identity?" Modern Asian
Studies 45, no. 4 (2011): 899-929. http://www.jstor.org/stable/25835705., hlm. 911.
30
Merujuk kepada Seberang Perai.
31
Webster, Anthony. "The Development of British Commercial and Political Networks in the Straits
Settlements 1800 to 1868: The Rise of a Colonial and Regional Economic Identity?", hlm. 911.
32
Trocki, Carl A. Prince of pirates: the Temenggongs and the development of Johor and Singapore,
1784-1885, hlm. 101.
33
Webster, Anthony. "The Development of British Commercial and Political Networks in the Straits
Settlements 1800 to 1868: The Rise of a Colonial and Regional Economic Identity?", hlm. 911.
34
Huen, P. LIM Pui. "Past and Present Juxtaposed: The Chinese of Nineteenth Century Johor.", hlm.
118.
35
Ibid, hlm. 125.
36
Perkataan Kang bermaksud “pelabuhan” atau “muara sungai” dalam bahasa Cina. (P.Lim Pui Huen,
1998: 124)
37
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah perdagangan bebas. hlm. 132.
38
Ibid.

8
tanggungjawab seorang kangchu.39 Pada 1860, terdapat 1200 buah ladang gambir dan

lada di Johor yang menggunakan 15,000 orang buruh dan kemudiannya, menjelang

1870, dianggarkan terdapat 100,000 orang Cina di Johor.40

Penglibatan orang Cina dalam perlombongan bijih timah di barat Tanah Melayu

membawa kepada peningkatan mendadak populasi sebagai mana buruh Cina

membanjiri untuk bekerja di lombong timah.41 Sehingga abad ke-19, industri

perlombongan bijih timah adalah industri orang Melayu dan dikawal oleh kerabat

keluarga raja dan pembesar.42 Penglibatan orang Cina dalam sektor ini boleh

dibahagikan kepada tiga peringkat. Pada peringkat pertama penglibatan orang Cina

hanya dalam pelaburan apabila pelabur Cina memberikan wang pendahuluan kepada

raja-raja Melayu.43 Peringkat kedua, penglibatan buruh Cina secara langsung apabila

lebih banyak kawasan lombong dibuka pada 1840an. Pada peringkat terakhir, iaitu

awal 1870an, orang Cina mengawal sepenuhnya industri perlombongan dan

mengambil alih sepenuh kuasa lombong dari pembesar Melayu. Pada 1910, lombong

Cina menyumbang 78 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran bijih timah.44

Tambahan pula, British juga menggalakkan kemasukan buruh Cina kerana melalui

mereka, British berjaya mengutip cukai seperti cukai candu, daging khinzir, pajak

gadai dan arak.45 Dalam masa yang sama, orang Cina mampu memajukan kedua

industri pertanian dan perlombongan berikutan mereka memiliki modal yang besar

tanpa bantuan kewangan dari pihak British. Oleh itu, dapat dilihat jelas bahawa

kedatangan dan peranan orang Cina berubah dari hanya sebagai pedagang dalam

39
Huen, P. LIM Pui. "Past and Present Juxtaposed: The Chinese of Nineteenth Century Johor.", hlm.
125.
40
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah perdagangan bebas. hlm. 132.
41
Webster, Anthony. "The Development of British Commercial and Political Networks in the Straits
Settlements 1800 to 1868: The Rise of a Colonial and Regional Economic Identity?",hlm. 911-912.
42
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah perdagangan bebas. hlm. 131.
43
Ibid, hlm. 127.
44
King, Arthur W. "Changes in The Tin Mining Industry of Malaya." Geography 25, no. 3 (1940):
130-34. http://www.jstor.org/stable/40561301., hlm. 130.
45
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah perdagangan bebas., hlm. 133.

9
tempoh yang singkat di Tanah Melayu kepada penduduk tetap yang bekerja dalam

pelbagai posisi di Tanah Melayu dalam sektor pertanian dan perlombongan.

4) PEMBANGUNAN NEGERI-NEGERI MELAYU DI PANTAI BARAT

Perubahan yang seterusnya mengubah ekonomi tradisi di Tanah Melayu berikutan

kemunculan pelabuhan entrepot di Pulau Pinang dan Singapura adalah pembangunan

negeri-negeri Melayu di pantai barat. Sebelum abad ke-19, kawasan pantai barat di

Tanah Melayu dilihat sebagai miskin dan tidak mempunyai kepentingan. Penyumbang

dan pengeluar utama hasil pelabuhan di Melaka dan kemudiannya di Pulau Pinang

pada awalnya dari negeri-negeri pantai timur Tanah Melayu iaitu merujuk kepada

negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Antara hasil eksport yang dikeluarkan oleh negeri-negeri pantai timur ialah emas,

bijih timah, lada hitam, rotan, kayu gaharu dan batik. 46 Hal ini seperti mana yang

dicatat dalam rekod Francis Light dalam “Gambaran Ringkas Hasil Pengeluaran

Negeri-Negeri di Sekitar Pulau Pinang pada abad ke-18”, yang mana, nilai eksport

tahunan Terengganu adalah bernilai 30,000 dolar Sepanyol. 47 Manakala, negeri

Selangor dikatakan sebagai miskin dan hampir tidak didiami.48

Walau bagaimanapun, keadaan ini berubah apabila menjelang abad ke-19, negeri-

negeri barat di Tanah Melayu muncul menjadi pengeluar utama bijih timah,

terutamanya di Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Pada 1815, pelombong Cina

sudah bekerja di Lukut, Selangor49 (yang kemudiannya menjadi wilayah Negeri

Sembilan). Lukut digambarkan pada 1850 sebagai kawasan pengeluar bijih timah

utama di selatan Semenanjung dan pada 1859, pendapatan dan hasil timah

dianggarkan $15,000 sebulan.50 Sekitar 1828-30, aktiviti lombong Cina bergiat aktif
46
Ibid., hlm. 182.
47
Ibid., hlm. 177.
48
Ibid., hlm. 178.
49
Courtenay, Percy Philip. A geography of trade and development in Malaya, London: F.Bell & Sons
LTD, 1972, hlm. 80.
50
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah perdagangan bebas. hlm. 145.

10
di Sungai Ujong di sepanjang Sungai Linggi.51 Di Perak, pada 1848, penemuan lubuk

bijih timah yang besar di tapak lombong timah Larut. 52 Pada 1879, dilaporkan

terdapat 80 buah lombong yang setiapnya dianggarkan 86 pekerja aktif di kawasan

Larut.53 Perkembangan lombong di Lembah Kinta sedikit lewat, iaitu sekitar 1870an.

Hal ini, berikutan kedudukan Lembah Kinta yang jauh dari Pulau Pinang dan

terpencil dari kawasan pantai.54

Berikut merupakan jadual yang menunjukkan pengeluaran timah negeri-negeri

Melayu;-

Jadual 3: Pengeluaran Timah Negeri-Negeri Melayu, 1835


Pantai Barat Pantai Timur
Kawasan Keluaran (Pikul) Kawasan Keluaran (Pikul)
Sungai 7,000 Pahang 1,000
Ujong
Perak 7,500 Terengganu 7,000
Kedah 600 Kelantan 3,000
Ujong Salang 1,500 Patani 1,000
Pungah 1,500
Selangor 3,600
Jumlah 21,700 Jumlah 12,000
Sumber: Sejarah Perdagangan Bebas55

Dalam jadual 3, jelas memperlihatkan keluaran di pantai barat awal abad ke-19

melonjak mendadak hampir separuh jumlah keluaran di pantai timur, meskipun,

ketika itu hanya beberapa lubuk timah yang beroperasi berbanding pertengahan

hingga ke lewat abad ke-19 kemudiannya.

Perkembangan industri perlombongan timah ini kemudiannya mambawa kepada

tindakan British dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti laluan kereta api,

jalan raya, telegraf dan kemudahan lain. Lantas, menjadikan negeri-negeri pantai

51
Courtenay, Percy Philip. A geography of trade and development in Malaya, hlm. 80.
52
Hennart, Jean-Francois. "Internalization in Practice: Early Foreign Direct Investments in Malaysian
Tin Mining.", hlm. 132.
53
Courtenay, Percy Philip. A geography of trade and development in Malaya, hlm. 82.
54
Ibid.
55
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah perdagangan bebas, hlm. 129.

11
barat di Tanah Melayu lebih membangun dan moden berbanding negeri-negeri pantai

timur.

5) PERUBAHAN KEHIDUPAN DAN EKONOMI ORANG LAUT

Perubahan dalam kehidupan dan ekonomi Orang Laut juga menjadi salah satu

penyimpangan ketara selepas Pulau Pinang dan Singapura, khususnya Singapura

bangun sebagai pelabuhan entrepot. Jika dilihat berdasarkan sejarah dan tradisi, Orang

Laut di selatan Selat Melaka memainkan peranan dalam perkembangan dan kejatuhan

perdagangan sesebuah negeri di wilayah ini setelah berabad. 56 Walau bagaimanapun,

menjelang abad ke-19, mereka menjadi sekumpulan masyarakat yang ditekan dengan

mudah oleh kedua orang Eropah dan masyarakat Nusantara yang mengatasi mereka

dari aspek kuasa ke atas perairan dan pergerakannya.57

Lemahnya peranan Orang Laut menjelang abad ke-19 dinyatakan dengan jelas di

dalam buku Prince of Pirates; -

“The beginning of effective piracy-suppression measures in


1836 had, if nothing else, sealed the date of the sea peoples.
Henceforth their political and economic importance began to
decline. By 1860, the once proud sea rovers of the archipelago
were reduced to a few scatted tribes of shy nomadic peoples.
…and no Malay ruler would ever again build a state based on
orang laut.”58
Dalam petikan di atas menyatakan bahawa pihak British menjalankan kempen anti-

lanun bagi membanteras aktiviti lanun di perairan Selat Melaka. Kesan daripada

penindasan aktiviti pelanunan pada pertengahan abad ke-19 menyebabkan

56
Barnard, Timothy P. "Celates, Rayat-Laut, Pirates: The Orang Laut and Their Decline in History."
Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 80, no. 2 (293) (2007): 33-49.
http://www.jstor.org/stable/41493695., hlm. 33.
57
Ibid.
58
Trocki, Carl A. Prince of pirates: the Temenggongs and the development of Johor and Singapore,
1784-1885, hlm. 98.

12
sedenteralisasi mendadak sejumlah kumpulan Orang Laut 59 yang kemudiannya

membawa kepada perubahan dalam sosioekonomi mereka.

Dalam masa yang sama, Temenggung Ibrahim juga menceburi dan

mengeksploitasi industri getah percha di Johor. Namun, berikutan kekurangan buruh

untuk menjalankan aktiviti mencari getah percha di hutan membawa kepada

penglibatan Orang Laut dalam industri ini. Masyarakat Orang Laut ini diminta

berhijrah ke darat untuk mencari getah percha di dalam hutan. Industri ini

kemudiannya dimonopoli oleh pemerintah Johor seperti yang dipetik dalam petikan

berikut;-

“…the Johor ruler first filled his treasury from the state was
the trading monopoly in gutta-percha. Here he collected no
taxes but simply the profits on his investments. His income
was limited by both the strength of the sea peoples and the
supply of gutta-percha – both were decreasing. The pirates
were being eliminated and the jungles were being depleted of
gutta-producing trees.”60

Penghijrahan Orang Laut dari perairan Selat Melaka ke daratan, terutamanya

kawasan pendalaman berikutan penglibatan dalam industri getah percha ini

kemudiannya dijelaskan dalam ayat berikut; “The indigenous peoples were being

outnumbered and outgunned at sea”61 iaitu merujuk situasi di mana peningkatan

mendadak jumlah Orang Asal/Asli di hutan dan penyingkiran masyarakat Orang

Asal/Asli (merujuk kepada Orang Laut) di lautan. Kedua-dua trend ini berlaku secara

drastik dalam tempoh 1840an dan 1850an yang kemudiannya memberi kesan

mendalam terhadap struktur politik maritim.62

59
Sather, Clifford. "Sea Nomads and Rainforest Hunter-Gatherers: Foraging Adaptations in the Indo-
Malaysian Archipelago." In the Austronesians: Historical and Comparative Perspectives, edited by
Bellwood Peter, Fox James J., and Tryon Darrell, 245-86. ANU Press, 2006.
http://www.jstor.org/stable/j.ctt2jbjx1.16, hlm. 265.
60
Trocki, Carl A. Prince of pirates: the Temenggongs and the development of Johor and Singapore,
1784-1885, hlm. 100.
61
Ibid, hlm. 98.
62
Ibid.

13
Menjelang pertengahan abad ke-19, “lanun” dan pedagang tempatan yang

merupakan kunci utama dalam empayar Melayu tradisional hampir dihapuskan. 63

Perubahan ini dibuktikan jelas dalam artikel “The Orang Laut of the Singapore River

and the Sampan Panjang”; -

“Davidson, who was in Singapore in the early eighteen-


forties, gives us the last reference to their (Orang Laut)
occupation of the river basin. Logan, who arrived in
Singapore in 1842-3, makes no mention of them by name in
any of the papers that he wrote on the Orang Laut
communities of Singapore Island and the Rhio-Lingga
Archipelago”64

Sekaligus membuktikan perubahan dalam politik sosioekonomi masyarakat Orang

Laut di Singapura dan Kepulauan Riau-Lingga berubah dengan sungguh pantas dalam

hanya tempoh beberapa tahun.

KESIMPULAN

Tidak dinafikan bahawa, kemunculan Pulau Pinang dan Singapura sebagai

sebuah pelabuhan entrepot di Tanah Melayu pada lewat abad ke-18 dan awal abad ke-

19 membawa kepada perubahan yang ketara dalam tradisi ekonomi negeri-negeri

Melayu. Perubahan bermula apabila pelabuhan yang dahulunya diterajui oleh orang

tempatan, pembesar Melayu mewakili Sultan Melayu telah berubah apabila Francis
63
Trocki, Carl A. "The Origins of The Kangchu System 1740—1860." Journal of the Malaysian
Branch of the Royal Asiatic Society 49, no. 2 (230) (1976): 132-55.
http://www.jstor.org/stable/41492143., hlm. 134.
64
Gibson-Hill, C. A. "The Orang Laut of the Singapore River and the Sampan Panjang." Journal of the
Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 25, no. 1 (158) (1952): 161-74.
http://www.jstor.org/stable/41502940, hlm. 163.

14
Light dan Stamford Raffles muncul dan menjadi pelakon utama dalam memajukan

kedua-dua pelabuhan tersebut.

Perubahan pemilikan pelabuhan kemudiannya membawa kepada perubahan

dari sudut dasar dan polisi yang diamalkan, serta hala tuju perdagangan yang

dijalankan di pelabuhan tersebut. Dahulunya British hanya mahu menjaga

kepentingan perdagangannya dengan China yang kemudiaannya membawa kepada

penguasaan Pulau Pinang dan Singapura berubah apabila Revolusi Perindustrian

berlaku pesat di Eropah. Arah tuju perdagangannya turut berubah dari perdagangan

yang pro-timur kepada pro-barat demi memenuhi permintaan-permintaan di England

sendiri.

Peranan dan kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga berubah fungsinya.

Dahulu hadir hanya sebagai pedagang, kini menetap di Tanah Melayu dan bekerja

dalam sektor pertanian dan perlombongan. Perkembangan industri bijih timah bukan

sahaja menyebabkan peningkatan jumlah buruh dan imigran Cina secara mendadak,

tetapi juga menyebabkan kawasan pantai barat Tanah Melayu yang dahulunya miskin

berkembang dengan sungguh pesat.

Perkembangan perdagangan dan ekonomi yang mendadak juga membawa

kepada perubahan politik dan sosioekonomi sekumpulan masyarakat yang dahulunya

menjadi tulang belakang dalam pembinaan sebuah kerajaan Melayu, iaitu Orang Laut.

Hilangnya kepentingan Orang Laut dalam ekonomi menjelang abad ke-19 dan

mendesak mereka berhijrah ke darat menyebabkan hilangnya identiti Orang Laut di

perairan Selat Melaka.

15
Rujukan

Khor, Neil, Khoo Salma Nasution, Loh Wei Leng, and Yeoh Seng Guan, eds. Penang

and its region: the story of an Asian entrepôt. NUS Press, 2009.

Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah perdagangan bebas. Penerbit Universiti

Malaya, 2005.

16
Nur Fadzilah Yahaya, "Legal Pluralism and the English East India Company in the

Straits of Malacca during the Early Nineteenth Century." Law and History Review 33,

no. 4 (2015): 945-64. http://www.jstor.org/stable/43670839.

Nordin Hussin, Trade and Society in the Straits of Melaka: Dutch Melaka and English

Penang, 1780-1830. Vol. 100. NUS Press, 2007.

Nur Fadzilah Yahaya, "Legal Pluralism and the English East India Company in the

Straits of Malacca during the Early Nineteenth Century."

Huen, P. LIM Pui. "Past and Present Juxtaposed: The Chinese of Nineteenth Century

Johor." Sojourn: Journal of Social Issues in Southeast Asia 13, no. 1 (1998): 114-38.

http://www.jstor.org/stable/41056979.

Wong, Lin Ken. "Singapore: Its Growth as an Entrepot Port, 1819-1941." Journal of

Southeast Asian Studies 9, no. 1 (1978): 50-84. http://www.jstor.org/stable/20070245.

Trocki, Carl A. Prince of pirates: the Temenggongs and the development of Johor and

Singapore, 1784-1885. NUS Press, 2007.

Hennart, Jean-Francois. "Internalization in Practice: Early Foreign Direct Investments

in Malaysian Tin Mining." Journal of International Business Studies 17, no. 2 (1986):

131-43, http://www.jstor.org/stable/154587

17
Gibson-Hill, C. A. "The Orang Laut of the Singapore River and the Sampan Panjang."

Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 25, no. 1 (158) (1952):

161-74. http://www.jstor.org/stable/41502940

Webster, Anthony. "The Development of British Commercial and Political Networks

in the Straits Settlements 1800 to 1868: The Rise of a Colonial and Regional

Economic Identity?.

Sather, Clifford. "Sea Nomads and Rainforest Hunter-Gatherers: Foraging

Adaptations in the Indo-Malaysian Archipelago." In the Austronesians: Historical and

Comparative Perspectives, edited by Bellwood Peter, Fox James J., and Tryon

Darrell, 245-86. ANU Press, 2006. http://www.jstor.org/stable/j.ctt2jbjx1.16

Trocki, Carl A. Prince of pirates: the Temenggongs and the development of Johor

and Singapore, 1784-1885.

18

You might also like