Kertas Konsep Scientific Poster Competition SOC2022

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

KERTAS KONSEP

SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN


MATEMATIK (STEM) ONLINE CHALLENGE
TAHUN 2022

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

TARIKH PINDAAN TERKINI PADA 25 JUN 2022


SENARAI PERTANDINGAN

Bil. Pertandingan Kategori


1. STEM Online Quiz Sekolah Rendah & Menengah

2. STEM Talent Show Sekolah Rendah & Menengah

3. STEMPreneur Sekolah Menengah

4. Scientific Poster Competition Sekolah Rendah & Menengah

5. Novice Web Builder Challenge Sekolah Menengah

6. Junior Animation Challenge Sekolah Rendah

DRAF

KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 2


PANDUAN AM PERTANDINGAN

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah
penting kerana ianya memberi ruang kepada murid untuk belajar mereka
cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan
masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran
kemahiran STEM secara bersepadu dengan mengaplikasikannya dalam
konteks dunia sebenar.
Setiap tahun, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK)
menganjurkan STEM Online Challenge Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) sebagai platform kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk
mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan
yang diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Pertandingan yang terdapat dalam STEM Online Challenge 2022 berfokuskan
kepada kemahiran dan aplikasi digital dalam perkembangan kognitif,
psikomotor dan afektif murid. Melalui pertandingan-pertandingan yang
diadakan, murid berpeluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan
mereka dalam menghasilkan projek STEM dan dihantar secara dalam talian
kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat negeri sebelum dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
DRAF

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
2.2 Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran
kecekapan global dalam menghasilkan projek inovasi STEM
bersepadu.
2.3 Memberi peluang untuk murid mengemukakan idea kreatif dan kritis
serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan projek inovasi
STEM bersepadu.
2.4 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik
mengikut kaedah dan prosedur yang betul mahupun produk inovasi
STEM bersepadu.
2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang STEM
bersepadu.
2.6 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam
proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
2.7 Meningkatkan amalan Pembelajaran Berasaskan Projek ke arah
proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 3
3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN
3.1 Pertandingan dijalankan secara dalam talian kepada murid sekolah
bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
3.2 Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta-
merta.
3.3 Bahan projek yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta.
KPM berhak menyiarkan rakaman video atau menggunakan bahan
pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau
pendidikan. Setiap peserta perlu mengisi BORANG PERSETUJUAN
DAN PELEPASAN.
3.4 Pertukaran peserta selepas pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
3.5 KPM berhak membatalkan penyertaan lewat dan yang melanggar
syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.
3.6 Keputusan penjurian/penghakiman adalah muktamad.

4.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN.


Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:
Johan : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Naib Johan : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
DRAF

Ketiga : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan


Keempat : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Kelima : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan

Sijil pencapaian keseluruhan untuk kedudukan pertama hingga kelima


akan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebagai
pengiktirafan.

5.0 PANEL TEKNIKAL KEBANGSAAN


Panel Teknikal Kebangsaan bertanggungjawab membuat penilaian dan
keputusan berhubung keperluan teknikal dan keraguan yang timbul semasa
pertandingan. Keanggotaan Panel Teknikal Kebangsaan adalah seperti yang
berikut:
1. Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Kecemerlangan
Kokurikulum(UPKK), BSKK;
2. Penolong Pengarah UPKK, BSKK;
3. Wakil Pengelola Kebangsaan STEM Online Challenge KPM;
4. Ketua Teknikal Kebangsaan STEM Online Challenge KPM; dan
5. Pegawai Teknikal Pertandingan.

KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 4


6.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh BSKK.
Keputusan hakim/juri adalah muktamad.

Kertas konsep ini sah untuk tahun 2022 sehingga makluman atau semakan
lanjut daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat
pertandingan yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk kepada
peraturan yang terkandung dalam kertas konsep ini sahaja. Penggunaan atau
penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan
kebenaran KPM terlebih dahulu.

Hak cipta terpelihara KPM.

Sebarang pindaan berkaitan kertas konsep dan pertandingan adalah


tertakluk kepada BSKK, KPM.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

DRAF

KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 5


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
SCIENTIFIC POSTER COMPETITION

1.0 PENDAHULUAN
SCIENTIFIC POSTER COMPETITION adalah pertandingan yang
dilaksanakan dalam STEM Online Challenge anjuran Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pertandingan Scientific Poster Competition dilaksanakan untuk meningkatkan
minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM) melalui pembentangan poster. Pertandingan ini juga mampu
mencungkil kreativti dan penerokaan dalam STEM berdasarkan tema
Sustainable Development Goals (SDG). Disamping itu, pertandingan ini
juga diharap dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
kalangan murid.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN


2.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
2.2 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan
sekolah menengah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
DRAF

2.3 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:


a. Sekolah Rendah:
Murid tahun 4 hingga 6

b. Sekolah Menengah:
Murid Tingkatan 1 hingga 5

2.4 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang
(1) guru pembimbing.

2.5 Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.

2.6 Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti


keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.

3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN


3.1 Peserta perlu menghasilkan satu poster saintifik dan satu video
pembentangan produk inovasi atau penyelidikan.

KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 20


3.2 Tema

Persembahan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema


sahaja. Pemilihan tema adalah seperti yang berikut:

a. SDG 6: Clean Water and Sanitation


b. SDG 7: Affordable and Clean Energy
c. SDG 11: Sustainable Cities and Communities
d. SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure
e. SDG 12: Responsible Consumption and Production

4.0 FORMAT PERTANDINGAN


4.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua
penyertaan perlu;
4.1.1 dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada
penganjur; dan
4.1.2 menghantar pautan google drive yang mengandungi video
projek, dan poster melalui google form yang disediakan oleh
penganjur peringkat negeri atau kebangsaan.
4.2 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri
DRAF

pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai (poster


saintifik dan video pembentangan).
4.3 Pertukaran dan penambahbaikkan poster saintifik dan video
pembentangan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran
yang telah ditetapkan.
4.4 Format poster saintifik

4.4.1 Peserta hendaklah menyediakan satu poster saintifik bersaiz A4


dalam format .pdf sahaja.
4.4.2 Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris dalam menyediakan poster berkenaan.
4.4.3 Kandungan poster saintifik
a. Pengenalan
b. Penyataan masalah
c. Metodologi
d. Data/Analisis
e. Perbincangan
f. Kesimpulan
g. Rujukan

KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 21


4.4.5 Berikut ialah contoh susunan maklumat poster saintifik sebagai
panduan peserta. Peserta boleh menyediakan poster
mengikut kreativiti dan kesesuaian masing-masing

DRAF

4.5 Format rakaman video pembentangan

4.5.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit.


4.5.2 Peserta perlu menerangkan projek mereka secara ringkas.
4.5.3 Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over
adalah tidak dibenarkan.
4.5.4 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris dalam pembentangan poster.
4.5.5 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/
MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD –
1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada
penganjur.

4.5.6 Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.

KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 22


5.0 PROSES PENILAIAN

5.1 Proses penilaian peringkat negeri

5.1.1 Saringan dan penilaian poster saintifik dan video pembentangan


akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri;
5.1.2 Bahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat
negeri secara dalam talian; dan
5.1.3 Semua poster saintifik dan video pembentangan yang akan
mewakili negeri akan disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur
peringkat negeri untuk memastikan bahawa pendaftaran
memenuhi syarat penyertaan.
5.1.4 Tiga (3) projek terbaik bagi setiap kateogri daripada setiap
negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.
5.2 Proses penilaian peringkat kebangsaan
Penilaian poster saintifik dan video pembentangan akan dilaksanakan
oleh tiga (3) orang panel hakim.

6.0 KRITERIA PENILAIAN


6.1 Proses penilaian dibuat berdasarkan dua (2) kriteria utama iaitu
DRAF

6.1.1 Penilaian poster saintifik (60 markah).


6.1.2 Penilaian video pembentangan (40 markah).
6.2 Kriteria penghakiman terperinci untuk setiap kategori projek adalah
seperti berikut:

KOMPONEN KRITERIA MARKAH


Kandungan poster 20
Persembahan tulisan/grafik 10
Kreativiti Susun atur maklumat 10
Poster Saintifik Kesalahan ejaan/mempunyai caption dan 10
label
Poster mempunyai daya tarikan 10
Kefahaman apabila melihat poster 10
Penyampain 10
Video
Berpengetahuan 10
pembentangan
Bahasa/Pertuturan/ekspresi/gaya 10
JUMLAH 100

KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 23


BORANG PENILAIAN SCIENTIFIC POSTER COMPETITION

NO
POSTER

MARKAH MARKAH
KRITERIA PENERANGAN
MAKSIMUM
Kandungan poster 20
Persembahan tulisan/grafik 10
Kreativiti Susun atur maklumat 10
POSTER
SAINTIFIK Kesalahan ejaan/mempunyai caption 10
dan label
Poster mempunyai daya tarikan 10
Kefahaman apabila melihat poster 10
Penyampaian 10
VIDEO
Berpengetahuan 10
PEMBENTANGAN
Bahasa/pertuturan/ekspresi/gaya 10
JUMLAH 100
DRAF

RUMUSAN :

TANDATANGAN : NAMA JURI :

KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 24


Borang BSKK 05

BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN


Saya (nama ibu/bapa/penjaga) .................................................................................................
kepada (nama anak) .................................................................................................................
No. Kad Pengenalan/Surat Beranak .................................................................. dari sekolah
............................................................................................ Negeri ...........................................
untuk menyertai aktiviti ..............................................................................................................
...................................................................................................................................................

2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak
penganjur. Walaupun demikian, saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan-
peraturan dan arahan sepanjang program dijalankan.

3. Saya juga dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk merakam imej
dan/atau suara dan menggunakan karya seni dan/atau karya bertulis anak/jagaan saya, pada
rakaman video, pada filem, pada gambar, dalam media digital dan dalam apa jua bentuk medium
elektronik atau cetak dan untuk mengedit atau merekod mengikut budi bicara mereka.
Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) DRAF

: ..............................................

(R) : ............................................... (P) : ..............................................

Sekian, terima kasih.

Yang benar;

.................................................................
(Nama : ) Tarikh: ......................
(No. KP : ..................................................)

Pengesahan Pengetua/Guru Besar

.................................................................
(Nama: )
Cop Jawatan: Tarikh: ........................
No. KP: Cop Sekolah :
*(Satu (1) salinan dihantar kepada penganjur melalui pautan yang akan diberikan dan satu (1)
salinan simpanan sekolah ).

KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 36


SENARAI PEGAWAI TEKNIKAL KEBANGSAAN STEM ONLINE CHALLENGE 2022

BIL PEGAWAI TEKNIKAL KEBANGSAAN NAMA NO TELEFON

1 KETUA PEGAWAI TEKNIKAL SURIYATI ABDUL AZIZ 016-8040272


2 PEGAWAI TEKNIKAL KUIZ HAFIZURIAH BINTI HASHIM 016-7417572

PEGAWAI TEKNIKAL TALENT VIKNESWARAN A/L M.GUNAHLAN 014-944 6867


3
SHOW TCHONG FUI MUI 016-887 2019
PEGAWAI TEKNIKAL NURLIENA BINTI MOHAMAD 019-273 4360
4
STEMPRENEUR FAZUHA NAILI BINTI AB RAHMAN 013-584 4082
PEGAWAI TEKNIKAL SCIENTIFIC MUHAMMAD SHAIFULLAH BIN AHMAD 017-4748001
5
POSTER LEE CHEOW LIM 016-6044558
MOHD SAFWAN BIN MOHD ISA 012-5831411
6 PEGAWAI TEKNIKAL WEB
SURIYATI ABDUL AZIZ 016-8040272

PEGAWAI TEKNIKAL JUNIOR MUHAMMAD BIN AB GHANI 017-9064858


7
ANIMATION HUSZARUDIN BIN HUSSIN 013-7144438
DRAF

KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 37

You might also like