Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sejarah zapin Pat Lipat

Zapin Pat Lipat merupakan sejenis zapin yang mula diperkenalkan di Parit Bugis, Muar, Johor
dan kini telah berkembang hingga ke Parit Yusof Darat (Mukim Sungai Balang).

Zapin Pat Lipat mula ditarikan oleh golongan imam selepas tamat bacaan tahlil pada majlis
keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis berkhatan.

Zapin ini diperkembangkan oleh Tuan Imam Nasir bin Mahmud Sulaiman. Beliau merupakan
seorang guru agama dan telah menurunkan ilmu Zapin Pat Lipat ini kepada pewaris yang
merupakan generasi ketiga mewarisi zapin tersebut.

Setelah menyedari Zapin Pat Lipat kian dilupai, En Mohd Amir telah menubuhkan sebuah
kumpulan yang diberi nama "Zapin Sri Serumpun"

Nama Zapin Pat Lipat berasal dari sebutan "papat" atau nombor empat dalam bahasa Jawa
yang merujuk kepada empat jenis langkahan dalam Zapin Pat Lipat. Zapin Pat Lipat
mengandungi empat gerak langkah tari yang bermula dengan kiraan satu hingga lapan.

Langkah-langkah Zapin Pat Lipat dimainkan mengikut susunan Langkah Satu, Langkah Dua,
Langkah Tiga dan Langkah Empat diselangi oleh pukulan kopakan marwas dan diakhiri dengan
wainab. Zapin Pat Lipat dimainkan secara berpasang-pasamg oleh pemain lelaki secara berulang
sehingga tamat. Namun demikian terdapat juga bentuk permainan Zapin Pat Lipat yang disusun
semula untuk persembahan di atas pentas oleh pemain lelaki dan perempuan apabila
dipertandingkan di pertandingan-pertandingan Zapin di negeri Johor.

Busana untuk penari ialah baju Melayu Teluk Belanga sedondon, bersamping di luar dan
bersongkok dan adakalanya penari-penari memakai tarbus. Tarian ini juga disajikan di majlis-
majlis perkahwinan dan keramaian.

Seperti tarian zapin lain, Zapin Pat Lipat juga pada asalnya ditarikan olek kaum lelaki sahaja.
Namun kini ia turut ditarikan oleh kaum wanita mengikut peredaran zaman.

Keistimewaan Zapin Pat Lipat

 Dahulunya ditarikan dengan iringan lagu-lagu Arab seperti Sollu 'Alal Hadi Soffi, Ya
Barqul Sami, Bad'ul Qidar dan Ya Naam Sidi.

 Setelah zaman berubah, kini Zapin Pat Lipat turut ditarikan dengan lagu-lagu Melayu

You might also like