Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

040406-12-0704

KAJIAN TERHADAP PENGARUH PERSEKITARAN UMUM DAN PERANAN


INTERNET DALAM MELUASKAN PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN
SYARIKAT SIMPLYSITI SDN.BHD

1
040406-12-0704

ABSTRAK

1
040406-12-0704

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT

Abstrak

1.0 Pengenalan

2.0 Objektif kajian

3.0 Latar belakang

4.0 Kaedah kajian

5.0 Dapatan kajian dan perbincangan

5.1 Pengaruh Persekitaran Umum


Kepada Operasi Perniagaan :

5.1.1 Ekonomi
5.1.2 Sosiobudaya
5.1.3 Antarabangsa
5.1.4 Teknologi
5.1.5 Persaingan dan Jaringan
5.1.6 Politik dan Perundangan
5.1.7 Prasarana

5.2 Peranan Internet Dalam Meluaskan


Peluang-peluang perniagaan :

5.2.1 E-dagang
5.2.2 E-pemasaran
5.2.3 E-perolehan

6.0 Penutup

7.0 Rujukan

1
040406-12-0704

1.0 PENGENALAN
Kajian dilaksanakan atas syarikat Simplysiti Sdn.Bhd yang beroperasi di Suite 33-11
& 35-11 , The Bouleverd , Mid Valley City , Lingkaran Syed Putra , Wilayah
Persekutuan , 59200 , Kuala Lumpur Malaysia .

Tarikh dilancarkan pada 30 Mac 2010 . Pengasas utama bagi syarikat Simplysiti adalah
Datuk Siti Nurhaliza Binti Tarudin Beliau merupakan seorang penyanyi , pelakon ,
penulis lagu , penerbit rakaman , pengacara televisyen dan ahli perniagaan Malaysia .
Beliau berkahwin pada 21 Ogos 2006 dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa . Pada 24
Oktober 2006 beliau dikurniakan pangkat Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Sultan
Haji Ahmad Shah . Seterusnya , syarikat ini mengeluarkan pelbagai produk seperti
penjagaan kulit , solekan dan wangian . Produk terutama adalah gincu menggunakan
nama dari tajuk album seperti Balqis , Jerat percintaan , ku mahu dan lain-lain .

Pengkaji memilih syarikat Simplysiti ini kerana ingin mengetahui secara mendalam
aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Simplysiti ,juga ingin
mengetahui persekitaran umum yang dijalankan oleh syarikat Simplysiti dan kegunaan
internet terhadap syarikat Simplysit bagi memasarkan produk tersebut ke dunia maya .

Simplysiti ialah percubaan kedua Datuk Siti Nurhaliza untuk menceburi bidang
perniagaan selepas percubaan pertamanya bersama jenama produk minuman the CTea
menemui jalan buntu , dan pengeluaran produk tersebut telah ditamatkan pada Mac untuk
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Simplysiti . Dengan bantuan suaminya , Datuk
Seri Khalid Muhd Jiwa dan dua rakan niaganya , beliau menceburi diri dalam industri
kosmetik selepas kajian selama dua tahun bersama AC Nielsen untuk mengkai pasaran
dan sasaran pelanggan . Kosmetik telah dihasilkan di Korea dengan penajaan teknologi
nano . Sebelum ia berada di pasaran , Simplysiti menerima status Halal daripada pegawai
dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengkaji kilang Korea untuk
memeriksa setiap aspek pembuatan dengan peraturan yang lebih ketat untuk memastikan
produk berkenaan disahkan Halal .

1
040406-12-0704

Kebanyakkan produk , terutamanya rangkaian gincu bibir yang dikeluarkan memperoleh


nama dari tajuk album dan singlenya . Strategi pemasaran termasuk ketersediaan produk
di semua cawangan Watsons , Guardian dan Jusco di seluruh Malaysia , dengan kiosk
pertamanya dibuka di JB Sentral di Johor Bahru , Johor dan terdapat perancangan untuk
mempromosikan produk berkenaan di Brunei , indonesia dan negara Timur Tengah .

Pada Julai , Simplysiti telah menandatangani kontrak bersama syarikat kelengkapan


peribadi British , Standard Soap untuk menghasilkan produk baru Simplysiti seperti
syampu , anti-peluh dan kelengkapan peribadi lain untuk edaran pada Februari 2011 ,
yang boleh meningkat sehingga 5 juta untuk tiga atau empat tahun pertama .

Edisi emas terhadap produk Simplysiti bersertakan dengan tandatangannya telah


dikeluarkan pada lewat bulan Ogos , terutamanya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri
dan sebulan kemudian , koleksi baru dikenali sebagai “ Simplysiti Glam Red “ telah
dilancarkan dengan lima warna baru untuk koleksi gincu bibir .

Pada Februari 2012 , Simplysiti memperkenalkan Dermagic yang mengkhususkan


kepada rawatan kesihatan wajah . Dermagic ialah produk yang dicipta khas untuk
pengguna merasai kecantikan tanpa stres , ia memiliki tiga bahan utama yang istimewa
iaitu “Plat Endorphin , Korea Plant Stem Cells , dan Advanced Hydro Collagen” . Krim
ini merupakan yang pertama seumpamanya dikeluarkan di negara ini yang mana ia
menggunakan teknologi dari Korea .

Pada 2014 , Simplysiti melancarkan Koleksi Bronze dan memasarkan peningkatan


jualan sebanyak 10 peratus tahun ini , selain turut meningkatkan jualan produknya di
pasaran tempatan selain menumpukan perhatian kepada jualan di Sabah dan Sarawak .

Simplysiti perna mendapatkan anugerah Watson kesihatan , kesejahteraan dan


anugerah Beauty pada tahun 2010 . Anatara penghargaan tersebut adalah ke atas
1
040406-12-0704

Pelancaran Halal Best , The Best Halal BB krim , The Best Liputan Powder Face dan
juga The Best Exclusive Pelancaran Jenama . Anugerah Jurnal Halal turut didapati oleh
syarikat Simplysiti ke atas anugerah Produk Halal Terbaik .

1
040406-12-0704

2.0 Objektif Kajian


Kajian ini dijalankan untuk mencapai dua objektif utama bagi syarikat Simplysiti
Sdn.Bhd iaitu :
1. Mengkaji pengaruh persekitaran umum perniagaan kepada operasi perniagaan
yang terdiri daripada
i. Ekonomi
ii. Persaingan dan jaringan
iii. Sosiobudaya
iv. Politik dan perudangan
v. Teknologi
vi. Prasarana
vii. Antarabangsa

2. Mengkaji peranan internet yang meliputi e-dagang , e-pemasaran dan e-perolehan


dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan syarikat Simplysiti Sdn.Bhd

1
040406-12-0704

3.0 Latar Belakang Kajian


Tujuan kajian ini dibuat untuk mengakaji pengaruh persekitaran umum perniagaan
kepada operasi yang terdiri serta peranan E-pemasaran , E-perdagangan dan E-perolehan
dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan .
3.1 Persekitaran Umum
3.1.1 Ekonomi
Menurut Alfred Marshall dalam buku Principles Of Economics (1890) , ekonomi adalah
studi tentang umat manusia dalam urusan kehidupan biasa , meneliti tindakan individu
dan sosial yang erat hubungannya dengan pencapaian dan penggunaan keperluan material
kesejahteraan .

3.1.2 Sosiobudaya
Menurut Andreas Eppink dalam buku , sosial budaya atau kebudayaan adalah segala
sesuatu atau tata nilai yang berlaku dalam sebuah masyarakat yang menjadi ciri khas dari
masyarakat tersebut .

3.1.3 Antarabangsa
Menurut Serlika Aprita dan Rio Adhitya dalam Buku Hukum perdagangan Internasional
(2002) , M. Rafiqul Islam mengatakan jika perdagangan internasional memiliki hubungan
erat dengan keuangan . Kedua ahal ini tidak dapat dipisahkan satu sama lain kerana
saling berkaitan

3.1.4 Teknologi
Menurut Miarso (2007) dalam buku menyemai Benih Teknologi Pendidikan , Ed. 1 , Cet
3 teknologi merupakan suatu bentuk dari proses yang meningkatkan nilai tambah . Proses
yang berjalan boleh menggunakan atau menghasilkan produk-produk tertentu , yang
mana produk yang tidak terpisah dari produk yang sudah ada . Hal tersebut menyatakan
bahawa teknologi ialah bagian integral dari yang terkandung dalam sistem tertentu .

1
040406-12-0704

3.1.5 Persaingan dan Jaringan


Persaingan
Menurut Soerjono Soekanto (2002) dalam buku Sosiologi Suatu Penghantar , persaingan
adalah bagian daripada proses sosial yang dilakukan oleh individu atau kumpulan sosial
dengan mencari keuntungan hingga menjadi pusat perhatian dengan prosedur
mempertajamkan prasangka sosial tanpa menggunakan kekerasan mahupun ancaman .

Jaringan
Menurut Abu Bakar Hamed (1995) dalam buku Asas Pengurusan Perniagaan , jaringan
usahawan merupakan sumber bagi ketebihan kompetitif mapan .

3.1.6 Politik dan Perundangan


Politik
Menurut Roger F. Soltau dalam buku An Introduction to Politics (1960) , politik adalah
ilmu yang mempelajari tentang Negara , tujuan-tujuan Negara , dan lembaga-lembaga
Negara yang akan melaksankan tujuan tersebut dan hubungan antara Negara dengan
warga negaranya serta negara lain .

Perundangan
Menurut Thomas Hobbes dalam buku forme and Power of a Common Wealth
Ecclesiasticall (1651) , perundangan adalah kontarak sosial yang timbul untuk mengatasi
keadaan manusia semula jadi yan cenderung huru-hara dan konflik . Undang-undang
wujud untuk mengekalkan ketenteraman dan mencegah anarki dalam masyarakat .

3.1.7 Prasarana

3.2 Peranan Internet


3.2.1 e-Dagang

1
040406-12-0704

E-dagang (Elektronik Dagang) adalah satu proses ekonomi baru yang melibatkan urusan
jual beli , pemindahan atau pertukaran barangan , perkhidmatan atau maklumat melalui
jaringan komputer termasuklah internet .
3.2.2 e-Pemasaran
E-pemasaran adalah satu tempat pasaran maya di mana penjual dan pembeli berjumpa
dan menjalankan pelbagai jenis transaksi .
3.2.3 e-perolehan

1
040406-12-0704

4.0 Kaedah Kajian


Menurut Bryman (1992) , kaedah kaijian merujuk kepada penggunaan berbagi strategi
bagi mengumpul data bagi mencapai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi .
Kaedah kajian terdiri daripada data primer dan data sekunder .

4.1 Data Primer


Menurut Rohana Yusuf (2004) , data primer merujuk kepada data asal yang
dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan kajian . Antara kaedah
untuk mengutip data primer ialah soal selidik , temu bual dam pemerhatian .
Syarikat yang jauh dan sukar untuk membuat temu bual secara bersemuka ,
pengkaji boleh menggunakan kaedah temu bual secara panggilan telefon untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian .

4.1.1 Kaedah Soal Selidik


Definisi soal selidik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sejumlah soalan
yang dikemukakan dalam borang tertentu untuk dijawab oeleg sebilangan orang
dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu . Instrumen soal
selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep It Short and Simple) iaitu
mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. (R.Kuberan et al, 2013)
. Borang soal selidik ini diberikan kepada responden yang sudi bekerjasama .

4.1.2 Kaedah Temu Bual


Definisi temu bual menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah temu ramah atau
wawancara . Pengkaji menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan punca
dan kesan yang dihadapi oleh penduduk . Kaedah temu bual juga digunakan untuk
mendengar penjelasan daripada penduduk .

4.1.3 Kaedah Pemerhatian

1
040406-12-0704

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang dgunakan untuk


mengukur pemboleh ubah penyelidikan . Pemerhatian juga merupakan alternatif
yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik
dan temu duga . Melalui pemerhatian , penyelidik dapat mengamati sesuatu
tingkah laku subjek berpandukan pembolehubah-pembolehubah yang telah
dikenal pasti .

4.2 Data Sekunder


Menurut Sabitha (2005) , data sekunder merujuk kepada data yang telah
dikumpulkan oleh pengkaji lain . Sebagai contohnya , data-data yang lepas atau
terdahulu dikumpul untuk tujuan kajian . Data-data tersebut masih lagi sesuai dan
relevan untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian atau dikembangkan
kepada informasi yang baru untuk kajian pada masa kini . Maklumat atau bahan
terbitan yang dikumpul oleh penyelidik lain boleh digunakan sebagai rujukan
untuk mencapai formula atau informasi baru bagi menyelesaikan masalah yang
timbul pada masa kini mahupun pada masa hadapan . Contoh data sekunder yang
boleh didapati adalah dokumen awam seperti demografi penduduk , arkib ,
dokumen pentadbiran , laporan formal , majalah dan surat khabar .

ANTARA KAEDAH KAJIAN YANG DIGUNAKAN OLEH PENGKAJI


ADALAH SEPERTI BERIKUT :
Untuk objektif pertama dan kedua , pengkaji menggunakan data sekunder iaitu
kaedah rujukan . Pengkaji memperolehi maklumat daripada buku serta sumber
daripada internet melalui laman sesawang . Pengkaji menggunakan data sekunder
kerana lebih mudah untuk mendapatkan maklumat , lebih murah . Pengkaji tidak
menggunakan data primer kerana sukar untuk mendapat data primer bagi
melaksanakan soal selidik kerana syarikat yang dikaji terletak di Kuala Lumpur .

Rujukan yang menjadi sumber data pengkaji adalah seperti berikut :


https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Simplysiti

1
040406-12-0704

Menurut laman sesawang ini , pengkaji dapat mengetahui pengenalan syarikat


tersebut .
https://www.academia.edu/34130116/Campuran_Pemasaran_Simplysitii_sdb_bhd
Menurut laman sesawang ini , pengkaji dapat mengetahui latar belakang syarikat
tersebut .

1
040406-12-0704

5.0 DAPATAN KAJIAN


5.1 Pengaruh Persekitaran Umum
5.1.1 Persaingan dan Jaringa
Persaingan
Menurut Soerjono Soekanto (2002) dalam buku Sosiologi Suatu Penghantar , persaingan
adalah bagian daripada proses sosial yang dilakukan oleh individu atau kumpulan sosial
dengan mencari keuntungan hingga menjadi pusat perhatian dengan prosedur
mempertajamkan prasangka sosial tanpa menggunakan kekerasan mahupun ancaman .
Antara persaingan syarikat Simplysiti ialah Wawa Cosmetics , Alha Alfa Cosmetics ,
Sobella Cosmetics dan Wardah Cosmetics. Syarikat kosmetik antarabangsa juga
persaingan syarikat simplysiti antaranya ialah Maybelline dan Loreal . Pengaruh
daripada persaingan tersebut syarikat Simplysiti dapat mengatasi persaingan dengan
membuat penginovasian produk dengan mengeluarkan produk penjagaan rapi badan dan
rambut serta produk khusus kepada pengguna lelaki (www.astro.awani) Seterusnya , bagi
meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan oleh syarikat Simplysiti , syarikat tersebut
telah menggunakan bahan-bahan dari luar negara terutama penjanaan teknologi nano
daripada negara Korea dan pengeluaran produknya di kota Paris. Kesan daripada
persaingan syarikat Simplysiti dengan produk yang sama dipasarkan membolehkan
syarikat Simplysiti melakukan inovasi terhadap barang dan perkhidmatan dan
meningkatkan kualiti produknya .

Jaringan
Menurut Abu Bakar Hamed (1995) dalam buku Asas Pengurusan Perniagaan , jaringan
usahawan merupakan sumber bagi ketebihan kompetitif mapan . Produk Simplysiti kini
tersedia disemua cawangan termasuklah Watsons , Guardian dan Jusco di seluruh
Malaysia , dengan kiosk pertamanya dibuka di JB Sentral di Johor Bahru , Johor dan
terdapat perancangan untuk mempromosikan produk berkenaan di Brunei , Indonesia ,
Singapura dan negara Timur Tengah .Tambahan pula , produk Simplysiti diedarkan
melalui pelbagai cara iaitu melalui e-dagang dan e-pemasaran bagi memenuhi permintaan
pengguna tepat pada masa . Pada Julai , Simplysiti telah menandatangani kontark

1
040406-12-0704

bersama syarikat kelengkapan peribadi British , Standard Soap untuk menghasilkan


produk baru Simplysiti seperti syampu , anti peluh dan kelengkapan peribadi lain untuk
edaran pada Februari 2011 , yang boleh meningkat sehingga 5 juta untuk tiga atau empat
tahun pertama . Pada Jun 2015 , Simplysiti menjalinkan hubungan kerjasama dengan
Institut Jatung Negara (IJN) menerusi kempen membeli sambil menderma , Simplysiti Di
Hati yang bertujuan mengumpulkan dana bagi membantu pembiayaan kanak-kanak
kurang bernasib baik yang menghadapi penyakit jantung . Kampen yang mula diadakan
sejak 2012 itu dibuat tidak berasaskan keuntungan , sebaliknya bertanggungjawab
memberi bantuan kewangan bagi membiayai kos perubatan pesakit jantung yang
menerima rawatan di (IJN) .

5.1.2 Ekonomi
Menurut Alfred Marshall dalam buku Principles Of Economics (1890) , ekonomi adalah
studi tentang umat manusia dalam urusan kehidupan biasa , meneliti tindakan individu
dan sosial yang erat hubungannya dengan pencapaian dan penggunaan keperluan material
kesejahteraan . Produk Simplysiti adalah barangan yang mampu milik oleh golongan
pertengahan kerana harga produk tersebut bermula dengan RM32.90 . Syarikat Simplysiti
terkesan dengan kejatuhan mata wang negara disebabkan pengimportan bahan mentah
dari negara Korea (www.astro.awani) .

5.1.3 Politik dan Perundangan


Politik
Menurut Roger F. Soltau dalam buku An Introduction to Politics (1960) , politik adalah
ilmu yang mempelajari tentang Negara , tujuan-tujuan Negara , dan lembaga-lembaga
Negara yang akan melaksankan tujuan tersebut dan hubungan antara Negara dengan
warga negaranya serta negara lain . Iklim ekonomi yang menekan kuasa belanja
pengguna bagi Siti Nurhaliza adalah satu ujian dan kerungsingan yang dirasai semua
pengusaha bisnes sepertinya . Syarikat Simplysiti terkesan dengan kejatuhan ringgit
kerana terlibat dalam pengimportan bahan-bahan dari luar negara khususnya Korea . Jika
dilihat pada transaksi Simplysiti , jualannya mencecah angka jutaan ringgit setahun ,

1
040406-12-0704

namun syarikat Simplysiti juga menghabiskan pilihan ribu ringgit sebulan untuk
melunaskan tuntutan GST . Dalam pemerhatian beliau , perbelanjaan dan mula
menghadkan pembelian . Secara umumnya , apa yang kita hendak lihat daripada hasil
kutipan GST itu nanti adalah agar kerajaan akan segera memulangkannya kepada rakyat
dalam pelbagai bentuk dan saluran yang wajar . Kestabilan dan dasar kerajaan
menyokong industri tempatan namun GST beri kesan negatif .

Perundangan
Menurut Thomas Hobbes dalam buku forme and Power of a Common Wealth
Ecclesiasticall (1651) , perundangan adalah kontarak sosial yang timbul untuk mengatasi
keadaan manusia semula jadi yan cenderung huru-hara dan konflik . Undang-undang
wujud untuk mengekalkan ketenteraman dan mencegah anarki dalam masyarakat .
Sebelum produk Simplysiti berada di pasaran , syarikat Simplysiti menerima status Halal
daripada pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengkaji kilang
Korea untuk memeriksa setiap aspek pembuatan dengan peraturan yang lebih ketat untuk
memastikan produk berkenaan disahkan Halal

5.1.4 Sosiobudaya
Merujuk kepada nilai budaya sosial yang menjadi amalan sesuatu kaum . Melibatkan
interaksi antara ahli-ahli dan kumpulan dalam masyarakat yang berkongsi nilai budaya
atau amalan bersama https://www.scribd.com/presention/474509842/PENGAJIAN-
PERNIAGAAN Trip Adler (2007) . Pengguna produk Simplysiti mejoritinya ialah
golongan yang beragama islam kerana adanya sijil HALAL dari pihak JAKIM .
Seterusnya , kebanyakan wanita bekerjaya memakai produk Simplysiti ini kerana mereka
memerlukan produk yang dapat minjimatkan masa mereka dan juga pengeluaran produk
on the go yang membolehkan pengguna menggunakan produk tersebut dengan mudah
dan boleh dibawa kemana-mana sahaja kerana size produk tersebut berukuran kecil dan
boleh diletakkan di dalam beg sahaja .Selain itu , produk Simplysiti selain daripada
cushion foundation dan liquid foundation , Simplysiti turut menampilkan gincu bibir
matte , semi matte dan moist bersama 15 pilihan varian warna warni menarik menerusi

1
040406-12-0704

rangkaian Simplysiti For All . Tambahan pula , produk Simplysiti sesuai dengan wanita
Asia kerana dari segi formulasinya yang baik dan sesuai dengan semua warna kulit
wanita Asia https://www.astroawani.com/berita-bisnes/new-simplysiti-cosmetics-
formulasi-bagi-semua-wanita-asia-326819?amp=1 Haikal Raman (2021) .

5.1.5 Antarabangsa
Menurut Serlika Aprita dan Rio Adhitya dalam Buku Hukum perdagangan Internasional
(2002) , M. Rafiqul Islam mengatakan jika perdagangan internasional memiliki hubungan
erat dengan keuangan . Kedua ahal ini tidak dapat dipisahkan satu sama lain kerana
saling berkaitan. Syarikat Simplysiti telah memilih pembungkusan berwarna nude agar
kelihatan lebih eksklusif dan tampak ‘antarabangsa’. Selain itu , syarikat Simplysiti juga
memenuhi keperluan pengguna antaranya dari segi tuntutan agama iaitu sijil HALAL
daripada JAKIM serta strategi yang inovatif menjadi pemangkin kepada kejayaan
Simplysiti Sdn Bhd dalam melebarkan sayapnya di pasaran tempatan . Tambahan
pula ,syarikat Simplysiti mengimport bahan-bahan dari negara luar dan penggunaan
teknologi atau kepakaran khususnya dari negara Korea
https://www.klik.com.my/item/story/5592201/simplysiti-tembusi-pasaran-antarabangsa
Zuraidah Mohamed (2014)

5.2 Peranan Internet Dalam Meluaskan Peluang-Peluang Perniagaan Syarikat


Simplysiti Sdn.Bhd
5.2.1 e-Dagang
Proses menjalankan perniagaan melalui rangkaian komputer atau internet seperti
membeli dan menjual barang atau perkhidmatan , membuat tempahan dan pembayaran
barang secara dalam talian dan sebagainya Yfook Ng (2012) . Simplysiti telah
bekerjasama bersama Shopee , tempat menjual barang secara online yang terkemuka
dengan CIMB Islamic https://www.miszrockers.com/2019/07/tawaran-menarik-
kerjasama-simplysiti.html?m=1 Nadia Johari (2018) . Selain platform secara online ,
Simplysiti juga akan dijual di Watsons dan Transmart . Sejak tahun 2017 , ia telah
menjana 42 peratus daripada jualannya menerusi platform e-dagang seperti Shopee .

1
040406-12-0704

Tambahan pula , pengaruh urusan serantau Shopee , Ian Ho berkata “, 70% daripada
kaum wanita dan kami mendapati produk yang paling banyak dibeli oleh pengguna
wanita kami adalah daripada kategori kesihatan dan kecantikan . Dan ini menjadi
kategori kesihatan dan kecantikan salah satu kategori yang paling popular di platform
kami” . https://www.majalahlabur.com/saham/terbaik-simplysiti-pula-katanya-nak-ipo-
tak-lama-lagi/ Eza (2019) . Selain daripada platform Shopee yang digunakan untuk belian
secara online , platform seperti Astro Go Shop , Wow Shop ,Lazada , Watson online ,
laman sesawang www.simplysiti.com.my dan ahli-ahli Simplysiti Elit yang berdaftar .
Kaedah membuat tempahan yang digunakan oleh syarikat Simplysiti ialah menggunakan
platform yang dikenali sebagai BizApp . Platform ini dipercayai lebih 40,000 jenama di
Malaysia dan Asean sebagai contoh Khaizan , Evo Nutrition dan ByReefa . Cara
membuat tempahan secara online dengan menggunakan platform BizApp ialah akses
sistem dari telefon , tablet atau laman web komputer dan juga integrasi webstore
menggunakan WooCommerce boleh digunakan . Selain itu , platform ini menyediakan
perkhidmatan penghantaran logistik seperti ninjavan , J&T EXPRESS , pos laju , ABX
EXPRESS dan banyak lagi . Seterusnya , kaedah pembayaran secara online yang
digunakan ialah secara transaksi iaitu terima bayaran FPX dan mana-mana kaedah
pembayaran dalam online seperti Cimb Bank , Maybank , Bsn , Agro bank dan banyak
lagi kaedah pembayaran secara online yang boleh digunakan tanpa beratur di mesin atm .

5.2.2 e-Pemasaran
Kaedah pemasaran melalui media elektronik iaitu khusus kepada pengguna internet
dalam kegiatan pemasaran https://www.slideshare.net/yfookng/edagang Yfook Ng (2012)
.

1
040406-12-0704

6.O Penutup

1
040406-12-0704

7.0 Rujukan
Buku Rujukan
1. Alfred Marshall , 1890 , Principles Of Economics

2. Serlika Aprita , 2002 , Hukum Perdagangan Internasional

3. Miarso , 2007 , Menyemai Benih Teknologi Pendidikan , Ed. 1 , Cet 3

4. Soerjono Soekanto , 2002 , Sosiologi Suatu Penghantar

5. Abu Bakar Hamed , 1995 , Asas Pengurusan Perniagaan

6.
7.

Laman Sesawang
1. Kamarul afham , 2007 , Simplysiti ,
https://www.scribd.com/presentation/354721103/Simply-Siti

2. Fandi89 , 2021 , Simplysiti , https://ms.wikipedia.org/wiki/SimplySiti

3. Astro Awani , 2021 , Simplysiti capai jualan RM200 juta ,


https://www.astroawani.com/berita-bisnes/siti-nurhaliza-sasar-simplysiti-capai-jualan-
menjelang-2024-366540

4. mStar Online , 2010 , Siti hampir putus asa di Korea


http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=%2F2010%2F4%2F2%2Fmstar_hiburan
%2F20100401191912&sec=mstar_hiburan

1
040406-12-0704

You might also like