Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

KOLEJ VOKASIONAL
SANDAKAN

KERTAS PENERANGAN 2

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN

KOD DAN NAMA


UAE 1112 ASAS EKONOMI
KURSUS

LEVEL SEMESTER 1

CREDIT UNIT 2

NO DAN TAJUK 2.0 PERMINTAAN ,PENAWARAN DAN KESEIMBAGAN PASARAN

2.1 Menerangkan Konsep Permintaan


STANDARD
2.2 Mengenal pasti Konsep Penawaran
PEMBELAJARAN
2.3 Menerangkan keseimbangan pasaran

NAMA PENSYARAH SAKILAH BINTI ARBANI

NAMA PELAJAR

TAJUK : PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

TUJUAN/ : Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar tentang
konsep, hukum dan faktor-faktor penentu permintaan, penawaran dan keseimbangan pasaran.

1
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

2.1 PERMINTAAN

2.1.1 Konsep Permintaan


Permintaan ialah keinginan dan kesanggupan seseorang pengguna untuk membeli sesuatu
barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu.

2.1.2 Hukum Permintaan


Kesanggupan pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang bergantung kepada tingkat
harga barang tersebut.

Hukum permintaan menyatakan bahawa apabila harga rendah, kuantiti permintaan tinggi dan
sebaliknya apabila harga tinggi, kuantiti permintaan rendah.

HARGA TINGGI PERMINTAAN RENDAH


HARGA RENDAH PERMINTAAN TINGGI

Kuantiti permintaan menurun apabila harga meningkat dan sebaliknya kerana:


a) Utiliti sut bertambah kurang
Hukum utiliti Sut Bertambah Kurang menyatakan bahawa tingkat kepuasan akan
berkurangan ke atas sesuatu barang yang digunakan apabila kuantiti barang yang
digunakan semakin bertambah.

Contoh:
Permintaan pengguna terhadap air minuman, apabila cuaca terlalu panas
dan berasa haus, pengguna sanggup membayar dengan harga yang relatif
tinggi. Pengguna sanggup bayar RM10 untuk satu unit botol air pertama.
Kesediaan membayar semakin berkurang bagi setiap tambahan botol air
yang diminum.

b) Kesan penggantian
Barang pengganti memberi kesan kepada kuantiti barang yang diminta kerana apabila
berlaku perubahan harga ke atas barang (X), sementara harga barang lain (Y) (barang
penggenap) tidak berubah sedangkan pendapatan benar tidak berubah, maka akan
menyebabkan kuantiti barang (X) yang diminta berkurangan.

Contoh:
Apabila harga Milo meningkat, pengguna akan mencari barang pengganti
yang lebih murah contohnya Vico. Hal ini menyebabkan pengguna akan
kurang membeli Milo dan kuantiti yang diminta oleh Milo akan jatuh kerana
harga yang meningkat.

2
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

2.1.3 Keluk Permintaan


Keluk permintaan merupakan satu keluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat harga
sesuatu barang dengan kuantiti yang diminta. Keluk permintaan menyambungkan setiap
kombinasi harga dan kuantiti sesuatu barang yang diminta. Keluk permintaan mencerun ke
bawah dari kiri ke kanan (cerun negatif).

Ciri-ciri keluk permintaan adalah mencerun ke bawah dari kiri ke kanan dan menunjukkan
hubungan negatif antara harga (P) dengan kuantiti diminta (D).

Keluk Permintaan Barang X

Berdasarkan keluk permintaan di atas,


 Paksi menegak mewakili harga barang X .
 Paksi mendatar mewakili kuantiti barang X yang diminta.
 Keluk permintaan tersebut dihasilkan dengan menyambungkan setiap kombinasi
harga dan kuantiti diminta, iaitu tititk A, B, C, D dan E.
 Kombinasi A menunjukkan pada harga RM5, kuantiti yang diminta adalah 3 unit.
 Kombinasi E pula menunjukkan apabila harga jatuh kepada RM1, kuantiti yang
diminta bertambah menjadi 11 unit.
 Keluk permintaan menerangkan semakin rendah tingkat harga semakin banyak
kuantiti barangan yang diminta oleh pengguna dan sebaliknya.

3
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

2.1.4 Pembentukan Keluk Permintaan


Pembetukan keluk permintaan berlaku apabila kuantiti yang diminta berhubungan dengan
tingkat harga sesuatu barangan dan perkhidmatan. Jadual permintaan menunjukkan
hubungan antara harga sesuatu barang dengan kuantiti yang diminta.

Harga Kuantiti
Kombinasi
(RM) (Unit)
A 3 5
B 2 10
C 1 15

Berdasarkan keluk permintaan di atas:

 Andaikan harga asal adalah RM2 dan kuantiti yang diminta adalah 10 unit.
 Jika harga jatuh dari RM2 kepada RM1, kuantiti yang diminta akan meningkat daripada
10 unit kepada 15 unit.
 Jika harga meningkat dari RM2 kepada RM3, kuantiti yang diminta akan menurun dari
10 unit kepada 5 unit.
 Keluk permintaan menunjukkan hubungan yang negatif dan bercerun dari kanan ke kiri.

2.1.5 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran


4
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

i. Definisi Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran

Permintaan individu ialah permintaan ke atas sesuatu barang oleh seseorang individu pada
suatu tingkat harga dalam suatu tempoh masa tertentu. ini dapat ditunjukkan melalui keluk
permintaan individu.

Permintaan pasaran pula adalah jumlah permintaan semua individu dalam pasaran pada
suatu tingkat harga dalam suatu tempoh masa tertentu. Jumlah permintaan pasaran diperoleh
setelah mencampurkan permintaan individu terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan pada
tingkat harga dalam suatu tempoh masa tertentu.

ii. Jadual permintaan individu dan permintaan pasaran


Bagi melukiskan keluk permintaan pasaran, kita perlu membentukan satu jadual
permintaan pasaran. Jadual ini diperolehi dengan menggabungkan kuantiti barang yang
diminta oleh beberapa orang pengguna untuk mendapatkan suatu barang pada suatu
tingkat harga tertentu.

Kuantiti Kuantiti Kuantiti


Harga Buku
Kombinasi diminta diminta Pasaran
(RM)
(Abu) (Ali) (Unit)
A 2.00 4 3 7
B 1.00 8 5 13

Huraian Pembentukan Keluk Permintaan Pasaran


 Andaikan satu pasaran terdiri daripada dua individu sahaja, iaitu Abu dan Ali. Pada
tingkat harga RM2, kuantiti buku yang diminta oleh Abu ialah sebanyak 4 unit,
manakala kuantiti buku yang diminta oleh Ali pula ialah sebanyak 3 unit. Oleh itu,
kuantiti diminta di pasaran pula sebanyak 7 unit ( 4 unit + 3 unit) hal ini dapat
ditunjukkan pada titik A.
 Apabila harga buku jatuh dari RM2 ke RM1, maka kuantiti diminta oleh Abu
bertambah dari 4 unit ke 8 unit. Begitu juga jumlah kuantiti yang diminta oleh Ali
5
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

iaitu berlaku pertambahan dari 3 unit ke 5 unit. Oleh itu, kuantiti buku yang diminta
di pasaran ialah sebanyak 13 unit ( 8 unit + 5 unit ). Hal ini dapat ditunjukkan pada
titik B.

 Apabila titik A dan B disambungkan, maka terbentuklah keluk permintaan pasaran.


Keluk permintaan pasaran bentuknya lebih landai daripada keluk permintaan
individu (Abu & Ali) yang lebih curam.

2.1.6 Penentu Permintaan


Permintaan seseorang atau sesuatu masyarakat kepada sesuatu barang ditentukan oleh banyak
faktor. Antara faktor-faktor tersebut adalah:

i. Harga barang itu


Permintaan suatu barang akan turun jika harganya naik. Permintaan suatu barang akan naik jika
harganya turun.

ii. Harga barang lain


 Perubahan harga barang pengganti
Merupakan barang yang boleh diganti dengan barang lain. Contoh teh dengan milo. Apabila harga
milo naik, permintaan teh akan meningkat. (hubungan positif).
Px Qy
(milo) (teh)
Naik Meningkat Hubungan barang ganti = Positif

Menurun Berkurangan

 Perubahan harga barang penggenap


Merupakan barang yang harus digunakan bersama untuk melengkapkan antara satu sama lain
dengan penggunaan. Misalnya:
 kereta dengan petrol
 sampul surat dengan setem
 pen dengan dakwat
Apabila harga kereta naik, kuantiti petrol yang diminta akan berkurangan, begitu juga dengan
sampul surat, apabila harga sampul surat meningkat, permintaan untuk setem juga turut
berkurangan.
Px Qy
(pen) (dakwat)
Naik Menurun Hubungan barang penggenap= Negatif
Menurun Meningkat

iii. Pendapatan pengguna


Perubahan dalam pendapatan individu mempengaruhi kuantiti yang diminta. Jika pendapatan
individu meningkat, permintaan akan naik kerana kuasa beli meningkat. Jika pendapatan individu
turun, permintaan akan turun kerana kuasa beli menurun. Hubungan antara tingkat pendapatan
dengan kuantiti yang diminta adalah positif.
6
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

 Barang Normal atau Barang Biasa


Kenaikan pendapatan akan menyebabkan permintaan ke atas barang normal akan meningkat
dan sebaliknya jika pendapatan jatuh, permintaan ke atas barang normal menurun. Contoh
barang normal ialah pakaian, buku, beg dll. Hubungan pendapatan dengan barang normal
adalah positif.

 Barang Bawahan atau Barang Giffen


Kejatuhan pendapatan menyebabkan permintaan ke atas barang bawahan akan meningkat dan
sebaliknya jika pendapatan meningkat, permintaan ke atas barang bawahan akan menurun
kerana pengguna akan mengganti barang yang lebih baik atau berkualiti. Contoh barang
bawahan ialah beras hancur. Hubungan pendapatan dengan barang bawahan ialah negatif.

 Barang Mesti
Perubahan dalam pendapatan tidak akan menyebabkan perubahan ke atas permintaan
barang mesti. Misalnya garam, gula, tepung dan minyak masak. Kenaikan dalam pendapatan
pengguna tidak akan menaikkan permintaan ke atas garam. Hubungan pendapatan ke atas
barang mesti adalah sifar.

iv. Cita rasa pengguna


Iklan, kesedaran kesihatan dan fesyen akan mengubah cita rasa pengguna. Permintaan terhadap
suatu barang akan bertambah jika terdapat perubahan cita rasa terhadap barang itu.

v. Jangkaan harga pada masa depan


Jika harga sesuatu barang dijangka naik pada masa depan dan barang tersebut boleh disimpan,
maka pengguna akan membeli dengan banyak pada masa sekarang. Oleh itu, permintaan pada
masa kini akan bertambah. Jika harga pada masa depan dijangka jatuh, maka pengguna akan
menangguhkan pembeliannya pada masa sekarang. Hubungan antara Jangkaan harga pada
masa depan dengan kuantiti yang diminta adalah negatif.

vi. Musim
Antaranya musim perayaan, musim cuti sekolah, keadaan cuaca pada masa-masa tertentu.
Contohnya : Hari Raya Aidilfitri - permintaan baju kurung, baju melayu, selendang dan songkok
akan meningkat. Musim persekolahan dan perayaan akan meningkatkan permintaan terhadap
pakaian.

vii. Dasar Kerajaan


Jika kerajaan menaikkan kadar cukai pendapatan, permintaan akan jatuh kerana pendapatan
jatuh. Jika kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan, permintaan akan naik kerana
pendapatan naik. peningkatan pendapatan akan menambah kuasa beli pengguna.

2.2 PENAWARAN

2.2.1 Konsep Penawaran


7
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

Penawaran adalah kuantiti sesuatu barang yang sanggup ditawar oleh pengeluar atau firma pada
tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu. Semakin tinggi tingkat harga, semakin banyak
barang yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar. Hal ini kerana, pengeluar mengutamakan
keuntungan.

2.2.2 Hukum Penawaran


Hukum penawaran menerangkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti sesuatu barang yang
ditawarkan. Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin sedikit kuantiti barang tersebut
ditawarkan. Sebaliknya semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang yang
ditawarkan.

HARGA TINGGI PENAWARAN TINGGI


HARGA RENDAH PENAWARAN RENDAH

Hukum ini menunjukkan hubungan positif antara tingkat harga dengan kuantiti yang ditawarkan. Hal
ini disebabkan:
 Harga yang tinggi akan memberi keuntungan yangg lebih kepada pengeluar/firma, jadi
pengeluar akan menawarkan lebih banyak barang.
 Harga yang tinggi akan menyebabkan pengeluar berpendapat barang tersebut sangat diminta
oleh pengguna tetapi penawarannya kurang di pasaran.
 Pengeluar akan menambahkan penawaran untuk memenuhi permintaan.

2.2.3 Keluk penawaran

Keluk penawaran menunjukkan kuantiti barang yang ditawarkan oleh firma pada pelbagai tingkat
harga. Keluk penawaran menyambungkan setiap kombinasi harga dengan kuantiti sesuatu barang
yang ditawarkan. Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan (cerun positif).

Keluk Penawaran Barang X

Berdasarkan keluk penawaran di atas:


 Paksi menegak mewakili harga barang X.
8
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

 Paksi mendatar mewakili kuantiti barang X yang ditawar atau dikeluarkan oleh firma.
 Keluk penawaran dihasilkan dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan
kuantiti ditawarkan, iaitu tititk A, B, dan C.
 Kombinasi A, menunjukkan harga barang RM1 dan kuantiti ditawar adalah 3 unit.
 Kombinasi C pula menunjukkan apabila harga barang meningkat kepada RM3, kuantiti
ditawarkan akan turut meningkat menjadi adalah 7 unit.
 Keluk penawaran menerangkan semakin tinggi harga, semakin banyak kuantiti barangan
yang akan ditawarkan oleh firma dan sebaliknya.

2.2.4 Pembentukan Keluk Penawaran

Berdasarkan jadual penawaran di bawah, semakin tinggi harga barang, semakin banyak kuantiti yang
ditawarkan kerana firma mengutamakan keuntungan.

Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Ini menunjukkan hubungan yang positif antara
harga dan kuantiti yang ditawarkan.

KOMBINASI HARGA KUANTITI DITAWAR


(RM) (UNIT)
A 2.00 1
B 4.00 2
C 6.00 3

 Andaikan harga asal adalah RM4 dan kuantiti ditawarkan sebanyak 2 unit sahaja
 Jika harga jatuh dari RM4 kepada RM2, kuantiti yang ditawarkan berkurang daripada 2 unit kepada
1 unit
 Jika harga meningkat dari RM4 kepada RM6, kuantiti yang ditawarkan akan meningkat daripada 2
unit kepada 3 unit.
2.2.5 Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran

i. Definisi Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran


9
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

Penawaran individu ialah kesanggupan seorang pengeluar untuk menawarkan sesuatu


barang pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Penawaran pasaran pula ialah,
kesanggupan semua penjual dalam pasaran untuk menawarkan sesuatu barang pada satu
tingkat harga dalam tempoh masa tententu.

SS FIRMA SS PASARAN
Penawaran barang dan perkhidmatan Penawaran barang dan perkhidmatan oleh
oleh sesebuah firma pada suatu tingkat semua firma dalam pasaran pada suatu
harga tertentu dalam jangka masa tingkat harga tertentu dalam jangka masa
tertentu. tertentu.

ii. Jadual Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran


Jadual penawaran individu adalah jadual yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh sesebuah firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu.

Jadual penawaran pasaran ialah jadual yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh semua firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu.

Harga Qs Qs Penawaran
Kombinasi
(RM) Firma A Firma B Pasaran
A 4 8 14 22
B 3 5 10 ............
C 2 3 6 ............
D 1 0 2 ............

iii. Keluk Penawaran Individu dan Keluk Penawaran Pasaran

Keluk penawaran individu adalah keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh sesebuah firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu

Keluk penawaran pasaran ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh semua firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu.

10
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

Berdasarkan rajah di bawah, pembentukan keluk penawaran pasaran dilakukan dengan


mencampur secara mendatar kuantiti yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada
suatu tingkat harga tertentu.

Huraian Pembentukan Keluk Penawaran Pasaran

 Pada harga RM4 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 5 botol, Firma Y
ialah 8 botol dan penawaran pasaran 13 botol ditunjukkan pada titik a.
 Pada harga RM3 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 4botol, Firma Y
ialah 6 botol dan penawaran pasaran 10 botol ditunjukkan pada titik b.
 Pada harga RM2 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 3 botol, Firma Y
ialah 4 botol dan penawaran pasaran 7 botol ditunjukkan pada titik c.
 Pada harga RM1 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 2 botol, Firma Y
ialah 2 botol dan penawaran pasaran 4 botol ditunjukkan pada titik d.
 Apabila titik-titik a, b, c dan d disambungkan maka terbentuklah keluk penawaran
pasaran
 Keluk penawaran pasaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan
 Wujud hubungan yang positif antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan

2.2.6 Menerangkan Penentu- Penentu Penawaran

a) Perubahan harga barang itu sendiri


Dengan andaian ceteris paribus, semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak
kuantiti barang itu ditawarkan. Sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang, semakin
kuranglah kuantiti barang itu ditawarkan. Harga sesuatu barang dan kuantiti barang itu
ditawarkan mempunyai hubungan positif.

11
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

b) Perubahan Harga Barang Lain yang Berkaitan


 Barang bersaing/bertanding
Sesetengah barang menggunakan input pengeluaran yang sama dalam proses pengeluaran.
Jika pengeluaran sesuatu barang bertambah, maka pengeluaran barang lain akan berkurang.
Hal ini kerana pengeluar akan menggunakan input yang sama untuk meningkatkan keluaran
yang lain.

 Barang bersama
Penawaran barang adalah secara serentak atau bersama. Jika pengeluarannya bertambah
maka pengeluaran suatu barang lain juga akan bertambah.

c) Harga faktor-faktor pengeluaran


Perubahan harga faktor-faktor pengeluaran akan mempengaruhi penawaran sesuatu barang.
Kenaikan harga faktor bermaksud peningkatan dalam kos pengeluaran. Pengeluar terpaksa
membayar kos yang lebih tinggi dalam pengeluaran. Sesetengah pengeluar akan
menghentikan pengeluaran atau mengurangkan pengeluaran. Penawaran pasaran akan
dikurangkan.

d) Tingkat Teknologi
Perkembangan teknologi baru dapat menjimatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran dan
mempercepatkan pengeluaran barangan. Dengan pengurangan dalam kos dan penambahan
keuntungan, firma digalakkan meningkatkan penawaran.

e) Matlamat Pengeluar
 Memaksimumkan Pengeluaran
Firma yang ingin memaksimumkan pengeluaran akan menawarkan kuantiti barang
seberapa banyak yang mampu. Contoh firma yang memaksimumkan pengeluaran ialah
firma yang dimiliki oleh kerajaan.

 Memaksimumkan Keuntungan
Firma yang ingin memaksimumkan keuntungan tidak akan menawarkan kuantiti dengan
maksimum. Oleh itu, penawaran adalah terhad.

f) Dasar Kerajaan
 Mengenakan cukai
Pengutipan cukai ke atas sesuatu barang akan menaikkan kos pengeluaran firma.
Peningkatan kos ini akan menyebabkan penurunan penawaran. Kesannya keluk penawaran
berpindah ke kiri.
 Memberi subsidi
Pemberian subsidi ke atas sesuatu barang akan mengurangkan kos pengeluaran firma. Hal
ini akan mendorong firma menawarkan lebih banyak barang itu dan penawaran barang
tersebut akan meningkat.

12
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

 Menaikkan tarif
Peningkatan tariff ke atas barang import akan menaikkan harga barang itu. Orang ramai akan
membeli kurang barang import dan meminta lebih banyak barang pengganti tempatan.
Penawaran barang pengganti tempatan akan naik.

g) Daya Pengeluaran Buruh


Buruh yang cekap mempunyai daya pengeluaran yang tinggi. Mereka dapat menghasilkan
lebih banyak kuantiti sesuatu barang. Kenaikan daya pengeluaran buruh secara keseluruhan
dapat menaikkan penawaran pasaran.

h) Bilangan Pengeluar
Penawaran pasaran ditentukan oleh bilangan pengeluaran dalam pasaran. Semakin ramai
pengeluar, semakin banyak penawaran sesuatu barang di pasaran.

2.3 KESEIMBANGAN PASARAN

2.3.1 Penentu Keseimbangan Pasaran

i. Definisi Pasaran
Pasaran adalah tempat penjual dan pembeli bertemu untuk urus niaga. terdapat dua
pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza iaitu :-
Penjual : ingin tawarkan barang pada harga tertinggi untuk mencapai
keuntungan yang maksimum
Pembeli : ingin membeli barang yang ditawarkan pada harga yang terendah
untuk mencapai kepuasan yang maksimum

ii. Andaian Keseimbangan Pasaran


Keseimbangan pasaran ialah suatu keadaan di mana jumlah permintaan sama dengan
jumlah penawaran pada suatu tingkat harga tertentu.

Terma keseimbangan digunakan dalam ekonomi untuk menerangkan keadaan di mana


semua pemboleh ubah telah mencapai titik yang mantap tanpa sebarang kecenderungan
untuk berubah. Keseimbangan hanya akan berubah sekiranya penentu permintaan atau
penawaran berubah.

Melalui keluk pula, keseimbangan dapat ditentukan apabila keluk permintaan bersilang
dengan keluk panawaran di pasaran pada suatu tingkat harga tertentu. Persilangan
tersebut akan menentukan harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan.

iii. Jadual Keseimbangan Pasaran


Berdasarkan kepada perbincangan kita sebelum ini, kita tahu yang Keluk permintaan
mempunyai kecerunan yang negatif manakala keluk penawaran pula bercerun positif.

13
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

Berdasarkan rajah di bawah, kedua-dua keluk ini dilakarkan dalam diagram yang sama.
Kedua-dua keluk ini bersilang pada titik E0. Titik E0 ini dikenali sebagai titik
keseimbangan, manakala D mewakili kuantiti yang diminta, manakala S pula adalah
kuantiti yang ditawarkan.

Tingkat
Situasi
Harga
 Ketidakseimbangan pasaran berlaku kerana lebihan permintaan.
 Kuantiti diminta adalah 18 unit, tetapi jumlah yang ditawarkan adalah 8 unit.
RM1  Maka wujud lebihan permintaan sebanyak 10 unit.
 Ini menyebabkan harga naik dan pengeluar menambahkan penawaran sementara
permintaan berkurang.
 Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di tingkat harga
RM2 dan kuantiti keseimbangan 13 unit.
 Keseimbangan tercapai.
RM2  Ini bermakna tiada lebihan atau kurangan penawaran dan permintaan berlaku.
 Dicapai pada tingkat harga RM2 dengan kuantiti keseimbangan 13 unit.
 Ketidakseimbangan pasaran berlaku kerana lebihan penawaran
 Kuantiti yang ditawarkan adalah 18 unit, tetapi jumlah yang diminta hanyalah 8
RM3 unit
 Maka wujud lebihan penawaran sebanyak 10 unit.
 Ini menyebabkan harga turun dan pengeluar mengurangkan penawaran
sementara permintaan meningkat.
 Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di tingkat harga
RM2 dan kuantiti keseimbangan 13 unit.

14
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

2.3.2 Perubahan Keseimbangan Pasaran

Keseimbangan pasaran tidak akan berubah selagi tiada sebarang kuasa di pasaran yang
mempengaruhi permintaan dan penawaran. Walau bagaimanapun, permintaan dan
penawaran akan sentiasa bergerak ke kiri atau kanan apabila penentu permintaan dan
penawaran berubah. Oleh itu, perubahan dalam penentu permintaan dan penawaran akan
menyebabkan kuantiti dan harga keseimbangan berubah.

i. Perubahan Permintaan
 Secara umumnya, perubahan permintaan dan penawaran akan memberi kesan yang
boleh dijangka kepada kuantiti dan harga keseimbangan seperti berikut:

 Apabila permintaan meningkat manakala penawaran pula tidak berubah, maka harga
dan kuantiti keseimbangan juga akan meningkat. Untuk mendapatkan gambaran yang
lebih jelas tentang kesan peningkatan permintaan ke atas keseimbangan pasaran,
mari kita lihat Rajah 3.3(a). Titik E0 adalah keseimbangan asal di mana keluk
permintaan D0 bersilang dengan keluk penawaran S0. Harga dan kuantiti
keseimbangan adalah P0 dan Q0.

 Apabila permintaan meningkat, keluk permintaan D0 akan beralih ke D1, manakala


E1 titik keseimbangan yang baru.

 Apabila permintaan berkurangan dan penawaran tidak berubah, harga dan kuantiti
keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.3[b]).

ii. Perubahan penawaran sahaja

Apabila penawaran meningkat dan permintaan tidak berubah, harga keseimbangan akan
jatuh dan kuantiti keseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.4[a])

Apabila penawaran turun dan permintaan tidak berubah, harga keseimbangan akan naik
dan kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.4[b])

15
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

iii. Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak


Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak akan menyebabkanb harga dan
kuantiti keseimbangan berubah seperti berikut:
 Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran meningkat, kuantiti keseimbangan
akan naik (rujuk Rajah 3.5 [a])
 Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran turun, kuantiti keseimbangan akan
jatuh (rujuk Rajah 3.5[b])

16
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

Rajah 3.5 menunjukkan kedua-dua keadaan ini. Kesan ke atas harga pula tidak dapat

ditentukan kerana ia bergantung kepada beberapa perkara terutamanya sejauh mana


keluk berubah dan juga keanjalan keluk iaitu:

 Apabila permintaan naik dan penawaran turun, harga keseimbangan akan naik (rujuk
Rajah 3.6[a])
 Apabila permintaan turun dan penawaran naik, harga keseimbangan akan turun. Kesan
kepada kuantiti tidak dapat ditentukan disebabkan oleh perkara yang sama seperti di
atas (rujuk Rajah 3.6[b]).

LATIHAN
1. Nyatakan konsep permintaan dan konsep penawaran
Konsep Permintaan..............................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
Konsep Penawaran..............................................................................................................................
............................................................................................................................................................

2. Berikut merupakan jadual permintaan suri rumah terhadap susu pekat manis

17
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

Harga (RM) Kuantiti diminta (Unit)


1 40
2 28
3 20
4 12
5 5

Lukiskan keluk permintaan tukang masak tersebut pada kertas graf di bawah

3. Jadual di bawah menunjukkan permintaan komputer riba pada tahun 2013 hingga 2015
Tahun Unit
2013 40,000
2015 70,000

Huraikan tiga (3) faktor-faktor yang menyebabkan perubahan permintaan terhadap komputer pada
tahun 2015?
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................

18
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................

4. Jadual berikut menunjukkan penawaran untuk suatu barang oleh Firma A dan Firma B.
Harga Kuantiti ditawar (Unit) Penawaran Pasaran
(RM) Firma A Firma B (Unit)
3 10 2
4 15 4
5 20 6
6 25 8

i) Hitungkan penawaran pasaran


ii) Lukis keluk penawaran individu dan penawaran pasaran

19
KERTAS PENERANGAN 2 –PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN/ ASAS EKONOMI UAE 1112 DVM THN 1

20

You might also like