Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BAB 2 : PERMINTAAN DAN PENAWARAN

(Soalan Kuantitatif dan Esei)

1. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta dan
kuantiti ditawar terhadap buah rambutan.

Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar


(RM) (kg) (kg)
7.00 900 500
8.00 800 600
9.00 700 700
10.00 600 800

a) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan pasaran bagi buah rambutan. [1m]

b) Apakah yang terjadi di pasaran buah rambutan pada tingkat harga :


(i) RM7.00 [2m]
(ii) RM10.00 [2m]

c) Terbitkan fungsi permintaan dan fungsi penawaran buah rambutan. [4m]

d) Lakarkan rajah yang menunjukkan keseimbangan pasaran buah rambutan. [2m]

2. Di beri fungsi permintaan dan fungsi penawaran bagi barang X adalah seperti
berikut:
Qd = 44 – 3P
Qs = 4 + 5P

Di mana P ialah harga barang X, Qd ialah kuantiti diminta barang X dan Qs ialah
kuantiti ditawar barang X.

(a) Lengkapkan jadual dibawah pada ruangan yang kosong

Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar


(RM) (unit) (unit)
2.00
4.00
6.00
8.00
10.00

(b) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang X. [2m]


(c) Lakarkan keluk permintaan dan keluk penawaran barang X. [2m]

(d) Pada tingkat harga RM2.00 dan RM7.00, apakah yang berlaku di pasaran barang
X? Apakah yang akan terjadi kesan daripada keadaan tersebut? [4m]

(e) Sekiranya fungsi penawaran berubah menjadi Qs = 5P


(i) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran baru. [2m]
(ii) Apakah kesannya kepada harga dan kuantiti keseimbangan. [2m]
(iii) Hitung peratus perubahan harga dan kuantiti keseimbangan. [4m]

3. Jadual dibawah menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawar untuk barang X
pada setiap tingkat harga

Harga Kuantiti Kuantiti


(RM) diminta (unit) ditawar (unit)
0 50 0
1 40 10
2 30 20
3 20 30
4 10 40
5 0 50

(a) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran. [2m]

(b) Lakarkan keluk permintaan dan keluk penawaran. Tunjukkkan harga dan kuantiti
pasaran. [2m]

(c) Sekiranya kuantiti ditawar meningkat sebanyak 10 unit pada setiap tingkat harga,

(i) Bina jadual tingkat harga dan kuantiti ditawar yang baru. [2m]

(ii) Lakarkan keluk penawaran yang baru dalam rajah yang sama dalam soalan
(b). [1m]

(iii) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. [2m]

(e) Jelaskan tiga (3) faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran pada
soalan (c). [6m]
4. Fungsi permintaan dan fungsi penawaran sebuah firma adalah seperti berikut

Qd = 40 – 5P

Qs = 10 + 5P

Dimana, Qd ialah kuantiti diminta (unit), Qs ialah kuantiti ditawar (unit) dan P ialah
harga (RM)

(a) Berdasarkan fungsi yang diberikan


(i) Bina jadual kuantiti diminta dan ditawar pada tingkat harga
RM1.00,RM2.00, RM3.00, RM4.00, RM5.00 dan RM6.00. [2m]

(ii) Lakarkan keluk permintaan dan keluk penawaran. [2m]

(iii) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan. [2m]

(b) Sekiranya fungsi permintaan berubah menjadi Qd = 60 – 5P

(i) Lakarkan keluk permintaan yang baru dalam rajah yang sama dalam soalan(a)
(ii) dan nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. [2m]

(c) Apakah yang berlaku kepada harga dan kuantiti keseimbangan pasaran. [2m]

(d) Jelaskan tiga (3) faktor yang menyebabkan keluk permintaan sedemikian. [6m]

5. Dengan menggunakan gambarajah yang sesuai, Terangkan kesan ke atas


keseimbangan pasaran ayam apabila
(a) harga ikan turun [5m]
(b) upah pekerja meningkat [5m]

You might also like