Folio K4 DDC 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KOLEJ VOKASIONAL BINTULU

KM,12, JALAN TANJUNG KIDURONG,

97000 BINTULU.

TAJUK PENTAKSIRAN :

FOLIO ETIKA KESUSAHAWAN

NAMA AHLI KUMPULAN :

BIL NAMA NO.KAD PENGENALAN


1 ELVIS ANDREWSON ANAK EMPENI 041228130305
2 MUHAMMAD ADWAL SA’ADI BIN MUHAMMAD 040216130063
FALDREEN
3 ORDELLIA BT CYRIL CAROL 040307130886

TAHUN : 2023

NAMA PROGRAM : DIPLOMA SENI REKA FESYEN

NAMA PENSYARAH : RITA LAU CHAI YUN


ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1 PENGENALAN ETIKA 1
2 ISU 1 2-3
3 ISU 2 4-5
4 ISU 3 6-7
5 ISU 4 8-9
6 ISU 5 10-11
7 SUMBER RUJUKAN 12
1.0 PENGENALAN ETIKA

Etika keusahawanan merupakan nilai yang merangkumi peraturan yang baik atau
sebaliknya dalam sesuatu etika keusahawanan. Ia merupakan piawaian perlakuan atau nilai
moral yang diterima umum oleh masyarakat, agama dan Negara berkaitan aktiviti
keusahawanan.
Ciri baik yang diterima secara universal yang ada dalam diri seseorang usahawan.
Nilai moral baikini mendorong usahawan mengambil tingkahlaku yang beretika semasa
menjalankan transaksi perniagaan sama ada menjalankan transaksi perniagaan dengan
pelanggan atau syarikat lain.

Selain itu ialah prinsip kemudaratan.prinsip ini membawa maksud peniagaan tidak
boleh menyebabkan kemudaratan.sebagai contoh peniaga menjual makanan yang belum
tamat tempoh dan selamat dimakan agar tidak mendatangkan kemudaratan.perniagaan juga
perlu menjaga kesejahteraan masyarakat , persekitaran dan aspek fizikal serta emosi
individu.sebagai contoh tidak membuang sampah merata – rata tempat .perniagaan juga
tidak menyalahguna kuasa dan sumber sewenang – wenangnya.

Seterusnya ialah prinsip ketelusan . prinsip ini membawa maksud perniagaan yang
dijalankan tidak mengelirukan masyarakat . ini meliputi data unsure penipuan sebagai
contoh meletakkan harga yang sepatutnya .

Di samping itu ialah prinsip keadilan . prinsip ini menekankan bahawa peniaga mesti
melayan pelangan lain secara adil dan saksama. Perniagaan yang dijalankan juga perlu adil
dalam amalannya . sebangai contoh berat semua produk sama dan tepat.

Tambahan lagi ialah prinsip hak manusia.prinsip menekankan perniagaan patut


menghormati hak manusia sebagai contoh tidak menjalankan perniagaan benda makanan
haram dekat dengan masyarakat muslim .

Akhir sekali ialah prinsip autonomi . prinsip ini menjelaskan perniagaan tidak boleh
menafikan hak memilih individu dengan menghormati cara hidup orang lain dan menghargai
kepelbagain manusia .
ISU 1

SUMBER : Utusan Borneo ,Rabu , 29 Mac 2023

https://www.utusanborneo.com.my/2023/03/29/isu-makanan-basi-di-bazar-ramadan-
limbang-mdl-beri-amaran

ULASAN / PENERANGAN :

Baru seminggu berpuasa, isu makanan basi mulai ‘hangat' selepas beberapa
pengunjung di daerah ini mendakwa menjadi mangsa juadah basi di bazar
Ramadan.Pengguna laman sosial Sabrina Nick’z mendakwa menjadi mangsa apabila kuah
sate yang belum sempat disentuh, basi. Katanya, jika didapati peniaga itu memang menjual
makanan basi berdasarkan laporan daripada pihak KKM, pihak majlis akan mengambil
tindakan membatalkan permit jualan mereka di bazar Ramadan.“Peniaga kena ambil
maklum bahawa kebersihan makanan sangat penting supaya pelanggan-pelanggan tidak
akan mengalami sakit dan sebagainya,” tegasnya.

Sesetengah orang mungkin tidak memberi perhatian kepada tarikh luput atau
keadaan pembungkusan makanan semasa membeli-belah.Sesetengah orang mungkin
terpaksa membeli makanan rosak kerana belanjawan terhad atau peluang untuk membeli
makanan segar.Sesetengah orang mungkin tidak menyedari bahaya mengambil makanan
yang rosak atau tidak tahu cara menyemak tarikh luput dan keadaan makanan dengan
betul. peniaga telah melanggar prinsip kemudaratan.

CADANGAN/PENAMBAHBAIKAN :

Untuk mengelakkan makanan rosak, pastikan menyimpan makanan dengan betul, mengikut arahan
penyimpanan pada label produk atau pembungkusan. Juga, perhatikan tarikh luput makanan dan
gunakan prinsip FIFO (Masuk Pertama, Keluar Dahulu) semasa menyusun makanan di dalam peti
sejuk atau tempat penyimpanan. Sentiasa periksa dan perhatikan perubahan warna, aroma dan
tekstur makanan sebelum dimakan untuk memastikan kesegaran. Jika ragu-ragu tentang makanan,
lebih baik tidak memakannya.
ISU 2

SUMBER : My Metro , Ahad ,12 May 2019

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2019/05/455068/sajat-didakwa-miliki-produk-tidak-
lulus-kkm

ULASAN / PENERANGAN :

USAHAWAN kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, mengaku tidak


bersalah atas tuduhan memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Muhammad Sajjad atau turut dikenali sebagai Nur Sajat didakwa melakukan
perbuatan itu di kedai yang menjalankan perniagaannya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru,
tahun lalu. Terdahulu, Nur Sajat yang berbaju kebaya merah hadir di mahkamah pada 10.20
pagi ditemani rakannya sebelum mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan
dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah Abd Rahman.

Mengikut kertas pertuduhan, sepasukan anggota dan pegawai Unit Farmasi, KKM
melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, kira-kira 12 tengah hari, 15
Ogos lalu sebelum merampas 19 produk kecantikan bernilai hampir RM10,000.Ketika
pemeriksaan dilakukan, pemiliknya Nur Sajat tiada di premis berkenaan.peniaga telah
melanggar prinsip kemudaratan.

CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN :

Untuk memilih barangan kosmetik yang telah tamat tempoh, perhatikan dahulu tarikh
luput yang dicetak pada pembungkusan. Elakkan membeli atau menggunakan produk
kosmetik yang telah berlalu tarikh luputnya. Selain itu, pastikan bungkusan itu utuh dan tidak
rosak, kerana produk yang rosak atau dibuka boleh menyebabkan pencemaran dan
kerosakan.

Jika boleh, beli produk dari kedai atau penjual yang dipercayai dan mempunyai
reputasi yang baik untuk menjual produk kosmetik yang berkualiti. Jika mempunyai
keraguan tentang produk atau mempunyai soalan tentang kualitinya, tanya jurujual atau
perunding kecantikan sebelum membuat keputusan untuk membeli. Adalah lebih baik untuk
berhati-hati dan memastikan keselamatan produk kosmetik yang anda gunakan untuk
mengelakkan masalah kesihatan atau kerengsaan kulit yang berpotensi.
ISU 3

SUMBER : Astro Awani, Khamis, 24 Dicember 2020

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pencemaran-air-syarikat-pengeluar-makanan-
minuman-terkemuka-didenda-rm90-000-274559?amp=1

ULASAN / PENERANGAN :

Syarikat pengeluar makanan dan minuman terkemuka, Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn
Bhd (Nestle Manufacturing), didenda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua
pertuduhan melepaskan sisa buangan cecair ke dalam perairan pedalaman, tahun
lalu.Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas wakil syarikat itu mengubah
pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes itu pada September lalu.Ketika
membacakan keputusannya, beliau berkata, meskipun tidak ada bukti langsung yang
mengaitkan berlakunya pencemaran kepada Sungai Klang, namun tindakan syarikat itu
boleh memberi kesan kepada alam sekitar."Sesungguhnya, tindakan pencemaran ini
membawa musibah kepada alam sekitar. Ia bukan melibatkan kita, tapi (memberi kesan
kepada) generasi akan datang," katanya.Mengikut pertuduhan, syarikat tersebut didapati
melepaskan efluen perindustrian melebihi had yang ditetapkan ke dalam pedalaman di
Kompleks Shah Alam, Jalan Playar 15/1, di sini antara pukul 10.10 pagi dan 1 petang, 21
Mei 2019.Dengan itu, syarikat tersebut melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11(1)(b)
Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 yang boleh dihukum
mengikut Peraturan 32 peraturan yang sama.peniaga telah melanggar prinsip kemudaratan.

CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN :

Pemasangan Sistem Rawatan Efluen Pasang sistem rawatan air sisa yang cekap,
seperti sistem rawatan air sisa atau pemasangan tangki septik yang mematuhi peraturan
alam sekitar tempatan.

Pertimbangkan kitar semula air sisa yang dijana dalam proses pengeluaran untuk
kegunaan tidak boleh diminum seperti pengairan, pembersihan lantai atau sistem
penyejukan.

Penggunaan Bahan Mesra Alam gunakan bahan yang tidak mencemarkan air dalam
proses pengeluaran, seperti agen pembersih mesra alam. Pengurusan Kimia Pastikan
bahan kimia digunakan dan disimpan dengan selamat supaya ia tidak mencemarkan air.
Elakkan daripada membuang bahan kimia berbahaya ke dalam saluran air.

Kecekapan Air atau Penjimatan Air Laksanakan amalan kecekapan air dalam
operasi harian, seperti membaiki kebocoran, memantau penggunaan air, dan mendidik
pekerja tentang kepentingan penggunaan air yang bijak.Pilih Pembekal Mampan
Bekerjasama dengan pembekal yang juga komited terhadap amalan alam sekitar yang baik,
termasuk pengurusan air yang bijak.

Latihan Pekerja pendidikan dan latihan pekerja tentang kepentingan pengurusan air
yang baik dan kesan pencemaran air daripada amalan yang tidak bijak. Perkongsian dengan
Orang Luar dan Bekerjasama dengan Organisasi Alam Sekitar Bekerjasama rapat dengan
organisasi alam sekitar untuk mendapatkan nasihat dan sokongan dalam mengurangkan
kesan pencemaran air.
ISU 4

SUMBER : Sinar Harian, Sabtu, 27 Ogos 2022

https://www.sinarharian.com.my/article/218461/berita/semasa/jual-barangan-tiruan-secara-
online

ULASAN / PENERANGAN :

SHAH ALAM terjadi Peniaga dalam talian mampu mengaut keuntungan besar dengan
mudah apabila menjual barangan berjenama tiruan menerusi media sosial dan platform-
platform tertentu.Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, peniaga dalam talian tidak
perlu menyewa premis perniagaan, sekali gus dapat mengurangkan kos seperti bil utiliti atau
upah pekerja bagi tujuan jualan.Seterusnya,tidak menjimatkan kos operasi perniagaan
dalam talian dan memberikan pulangan lebih kepada peniaga tersebut,” katanya kepada
Sinar Harian di Ibu Pejabat KPDNHEP di Putrajaya baru-baru ini.Menurut beliau, selain
melaksanakan pemeriksaan di premis perniagaan, KPDNHEP turut melakukan pemantauan
ke atas para peniaga dalam talian bagi mengesan kegiatan jualan barangan berjenama
tiruan.“Tindakan penguatkuasaan adalah berdasarkan maklumat awal daripada pengadu
mahupun risikan yang dijalankan sendiri oleh pegawai KPDNHEP.“Kita akan memastikan
individu atau syarikat yang mengambil kesempatan dalam mengaut keuntungan daripada
penjualan barangan tiruan ini dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang yang
dikuatkuasakan oleh KPDNHEP sama ada secara fizikal atau secara dalam talian,”
tegasnya.peniaga tersebut telah melanggar prinsip ketelusan.

CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN :

Pembeli dinasihatkan untuk mendpatkan barang daripada sumber yang boleh


dipercayai dan Pastikan mendapatkan barangan daripada pembekal yang dipercayai dan
rasmi. Elakkan membeli daripada pasaran gelap atau sumber yang tidak jelas, kerana ini
selalunya membawa risiko tinggi untuk memperoleh produk tiruan.Semak kesahihan dan
pelesenan, pastikan mempunyai permit yang diperlukan untuk menjual produk tertentu.
Sesetengah produk mungkin memerlukan permit khas daripada pihak berkuasa kerajaan
sebelum boleh dijual.

Semak juga sama ada jenama atau produk tertentu mempunyai hak cipta atau tanda
dagangan yang dilindungi.Semak kualiti barangan: Lakukan pemeriksaan kualiti menyeluruh
pada barangan yang akan dijual. Barang tiruan biasanya lebih rendah kualitinya berbanding
barang asal.

Beri perhatian kepada butiran, label dan bahan yang digunakan untuk memastikan
kualiti mencapai standard.Berkomunikasi dengan pembekal, kekalkan komunikasi yang baik
dengan pembekal. Minta bukti keaslian dan kesahihan produk yang mereka sediakan.
Pembekal yang boleh dipercayai akan bersedia untuk memberikan maklumat dan
dokumentasi yang berkaitan.Tingkatkan pengetahuan produk,kaji produk yang akan dijual
secara mendalam. Mengetahui perbezaan antara barangan tulen dan tiruan akan membantu
mengenal pasti produk tiruan.Elakkan harga yang kurang harga yang terlalu rendah
selalunya merupakan tanda barang palsu. Elakkan daripada terlibat dalam amalan
penetapan harga yang tidak adil untuk mengekalkan kredibiliti perniagaan.
ISU 5

SUMBER : Bh Harian , Isnin, 24 Julai 2023

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/07/1130821/peniaga-jualan-langsung-
mengaku-tak-bersalah-tipu-pelaburan

ULASAN / PENERANGAN :

terdapat peniaga perempuan jualan langsung didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini,
atas pertuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram serta menipu pelaburan
perbankan yang tidak wujud, bernilai keseluruhan melebihi RM3.7 juta sejak tiga tahun
lalu.Tertuduh Cheah Piau Yee, 36, mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan,
sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. Selain itu, dia
juga didakwa melupuskan wang berjumlah RM120,000, iaitu hasil aktiviti haram daripada
akaun simpanan milik suaminya, Goh Han Yong, 37, di Malayan Banking, Jalan Abdullah di
sini, antara 17 dan 23 Februari 2021. Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 41(b)
Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum mengikut Seksyen
4 (1) akta sama.Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 15 tahun, denda tidak kurang
daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan
kesalahan itu pada masa kesalahan itu.peniaga tersebut telah melanggar prinsip ketelusan.
CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN :

Mencadangkan agar seseorang perniagaan tidak menjadi penipu pelaburan melibatkan


langkah – langkah penting seperti, pendedahkan risiko ,kita harus sampaikan risiko yang
berkaitan dengan pelaburan kepada pelabur yang lain dengan jelas.Seterusnya membuat
pendaftaran. Pastikan perniagaan diberi lesen dan berdaftar mengikut undang – undang
kawasan.Selain itu,kawalan dalaman,pastikan setiap perniagaan perlu tetapkan prosedur
kawalan dalaman yang ketat untuk mengelak penyalahgunaan dana pelabur.Penasihat
bebas,perniagaan digalakan membuat pelabur untuk mendapatkan nasihat dari penasihat
kewangan bebas sebelum membuat keputusan pelaburan.Seterusnya,komitmen pada
hasil,pastikan perniagaan tidak memberi jaminan pulangan yang tidak realistik atau tidak
masuk akal.Akhir sekali,perniagaan perlu kaji semula undang – undang ,pastikan bahawa
perniagaan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan yang
berlaku.Penting untuk menunjukan integriti dan bertindak secara etika dalam aspek
perniagaan untuk mengindari menjadi penipu pelaburan.
SUMBER RUJUKAN

1. Isu makanan basi di Bazar Ramadan Limbang, MDL beri amaran,Diperoleh pada
29 mac 2023 daripada
https://www.utusanborneo.com.my/2023/03/29/isu-makanan-basi-di-bazar-ramadan-
limbang-mdl-beri-amaran

2. Ibrahim Isa , Sajat didakwa miliki produk tidak lulus KKM , Diperoleh pada 12 may
2019 daripada
https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2019/05/455068/sajat-didakwa-miliki-produk-tidak-
lulus-kkm

3. Umavathi Ramayah , Pencemaran air: Syarikat pengeluar makanan, minuman terkemuka


didenda RM90,000 ,Diperoleh pada 24 dicember 2020 daripada

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pencemaran-air-syarikat-pengeluar-makanan-
minuman-terkemuka-didenda-rm90-000-274559?amp=1

4. Ahmad ismadi ismail ,jual barangan tiruan secara online ,Diperoleh pada 27 ogos
2022 daripada

https://www.sinarharian.com.my/article/218461/berita/semasa/jual-barangan-tiruan-secara-
online

5. Alias abd rani ,peniaga jualan langsung mengaku tak bersalah tipu pelaburan ,
diproleh pada 24 julai 2023 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/07/1130821/peniaga-jualan-langsung-
mengaku-tak-bersalah-tipu-pelaburan

You might also like