Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

NAMA : NURSIMA BINTI SAHIRON

NO MATRIK : 1102023070025

KOD SUBJEK : BCT 1013

NAMA PENSYARAH : MS FANNIE


ISI KANDUNGAN :

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN

2 BIODATA DAN KEJAYAAN TOKOH

3 MENGAPA ANDA MEMILIH TOKOH


TERSEBUT DAN IMPAK KEJAYAAN TOKOH
TERSEBUT KEPADA ANDA, MASYARAKAT
DAN EKONOMI

4 PERSPEKTIF E PERNIAGAAN

5 SYARIKAT

6 MAKLUMAT PERNIAGAAN - PERNIAGAAN


YANG DIJALANKAN OLEH TOKOH DARI
AWAL HINGGA KINI

7 PERKHIDMATAN ATAU PRODUK YANG


DITAWARKAN DALAM LAMAN WEB
PERNIAGAAN

8 KESIMPULAN
PENGENALAN

Elektronik Dagang atau juga dikenal sebagai e-Dagang atau e-Dagang merupakan satu
kemudahan perdagangan atau perniagaan sesuatu produk atau servis dengan
menggunakan kaedah jaringan komputer seperti internet atau jaringan sosial dalam talian.
Secara ringkas, boleh juga dikatakan ia satu platform bagi seseorang peniaga untuk
melakukan aktiviti jual beli dalam talian, tidak kiralah dalam memasarkan produk atau
servisnya

Menurut Wikipedia, Perdagangan elektronik atau e-dagang (Bahasa Inggerisnya disebut


sebagai E-commerce) merujuk kepada perniagaan atau perdagangan yang menggunakan
peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk
tujuan komunikasi dan juga transaksi. Melalui konsep e-dagang ini, masa kerja dan
urusniaga menjadi lebih fleksibel, peniaga boleh memiliki pertubuhan/pejabat maya atau
hanya beroperasi di rumah, pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia
dan ia berjalan 24 jam tanpa henti.

Dalam konteks perniagaan, internet membawa impak transformasi yang menciptakan


paradigma baru dalam dunia perniagaan yang dikenali sebagai “Digital Marketing”. Awal
tahun 1990-an, perniagaan di internet mula berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan,
maka muncul pula istilah baru “Electronic Commerce” atau lebih dikenali E-commerce.
E-dagang merupakan sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi
maklumat terutamanya telekomunikasi canggih.

Selain itu, kaedah perdagangan dalam bentuk dalam talian ternyata amat murah dan mudah
dibandingkan dengan kaedah perdagangan yang dibuat secara konvensional dan sekaligus
mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai dan masa pembeli.
Perdagangan elektronik moden biasanya menggunakan World Wide Web (www) untuk
sekurang-kurangnya satu bahagian kitaran hidup transaksi walaupun ia juga boleh
menggunakan teknologi lain seperti e-mel.
1
Skop e-dagang ini meliputi pelbagai pihak antaranya penjual, pelanggan, pembeli, orang
awam dan juga organisasi. perkembangan e-dagang ini bermula daripada internet. Hal ini
membuktikan penggunaan internet merevolusikan aktiviti perdagangan menjadi aktiviti
terpenting dalam mengutamakan perkembangan ekonomi yang pesat dan maju. Kewujudan
e-dagang juga berupaya melicinkan perjalanan aktiviti perniagaan dan transaksi kewangan
tidak mengira had dan sempadan. Segala perhubungan dan penyebaran informasi
perdagangan mencorakkan titik penting dalam pengusaha mengembangkan dan
memperluaskan penggunaan e-dagang secara global.

E-dagang dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan
dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu
di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih
perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal
kepada satu pihak yang lain. Contohnya, pengeluar pakaian sekolah berinteraksi dengan
pasaraya seperti AEON atau Tesco dalam proses memesan, menghantar dan membayar
pesanan pakaian tersebut. Jenis e-dagang seperti ini adalah proses/aktiviti seharian yang
dijalankan oleh pasaraya-pasaraya besar khususnya bagi memenuhi permintaan pelanggan
dan pengguna. Yang membezakannya mungkin dari segi platform dan laman web yang
digunakan untuk mengacara e-dagang tersebut.

Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula
melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya
yang menjual pakaian kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan dan
memilih untuk membeli pakaian itu melalui sistem e-dagang. Kebanyakan pasaraya sudah
mula mengorak langkah mewujudkan sistem perniagaan atas talian ini bagi memudahkan
pelanggan membeli belah tanpa perlu menuju ke premis perniagaan.

Dari segi besarnya sesebuah transaksi itu, makanya jenis e-dagang yang pertama
memainkan peranan cukup penting dan paling banyak digunakan di Malaysia. E-dagang
jenis ini paling banyak manfaat kepada sesebuah syarikat kerana melibatkan jumlah
pesanan dan keuntungan yang besar. Namun, ini mungkin berubah seiring dengan
perkembangan internet dan jaringan sosial yang semakin berkembang saban tahun.
Masyarakat kini lebih memilih untuk menggunakan jaringan e-dagang yang kedua kerana
lebih memudahkan, menjimatkan masa dan tidak memerlukan banyak pergerakan.
Contohnya seperti membeli belah online di Lazada, Zalora dan rangkaian membeli belah
yang lain.
2
SEJARAH TOKOH

Kevin Systrom ialah seorang pengaturcara komputer dan usahawan Amerika. Beliau
mengasaskan Instagram, laman web perkongsian foto terbesar di dunia, bersama rakannya
iaitu Mike Krieger. Terkenal kerana Pengasas bersama dan bekas CEO, Instagram Ahli
Lembaga Pengarah Walmart pasangan Nicole Schuetz.Systrom telah dimasukkan dalam
senarai Usahawan Terkaya Amerika Bawah 40 tahun 2016.[3] Di bawah Systrom sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif, Instagram menjadi aplikasi yang berkembang pesat, dengan 800
juta pengguna bulanan setakat September 2017. Beliau meletak jawatan sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif Instagram pada 24 September 2018

3
BIODATA TOKOH

Kevin Systrom dilahirkan pada 30 Disember 1983. Masa kecilnya dihabiskan di sebuah
bandar kecil bernama Holliston, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kevin Systrom sendiri
adalah anak kepada Douglas dan Diane Systrom. Bapanya bekerja sebagai ketua sumber
manusia atau HR, manakala ibunya seorang eksekutif pemasaran.

Kevin Systrom seorang yang berpendidikan. Ini terbukti dengan sejarah pendidikan beliau
yang cukup tinggi. Kevin berjaya menamatkan sekolah menengah am atau sekolah
menengah di Middlesex School di Concord, Massachusetts, Amerika Syarikat. Selepas
menamatkan pengajian, beliau meneruskan pendidikannya dengan mendaftar dan menjadi
pelajar di Universiti Stanford, khususnya sebagai sebahagian daripada jabatan Sains
Pengurusan dan Kejuruteraan. Beliau berjaya menamatkan pengajian dari Universiti
Stanford pada tahun 2006.

Sehingga akhirnya dia boleh memulakan perniagaan sendiri. Ketika dia masih belajar di
Stanford, Kevin bekerja sambilan di sebuah syarikat permulaan bernama Odeo. Kemudian,
syarikat itu berkembang dan dikenali sebagai syarikat penyedia perkhidmatan microblogging
bernama Twitter.

Pengalaman kerjanya tidak berhenti terus. Apabila dia lulus dari Universiti Stanford, Kevin
menyertai Google sebagai pengurus pemasaran produk. Beberapa produk yang berjaya
dipasarkan termasuk Gmail, Kalendar Google, Dokumen dan Hamparan. Kevin bekerja
untuk Google tidak begitu lama. Sebaik sahaja dia meninggalkan Google, Kevin memilih
untuk menyertai sebuah syarikat bernama Nextstop, sebuah syarikat yang diasaskan
bersama oleh bekas pekerja Google.

Sama seperti semasa dia di Google, semasa dia bekerja di Nextstop, tugas Kevin juga
tertumpu semata-mata pada pemasaran. Pun begitu, tidak jarang Kevin turut membantu
dalam mencipta idea dalam bentuk pengaturcaraan. Selepas bekerja di syarikat besar
seperti Google dan Twitter, serta banyak syarikat permulaan lain, pengetahuan dan
pengalaman Kevin pastinya telah meningkat. Itulah titik tolaknya untuk membina syarikat
sendiri bernama Burbn, yang kemudiannya menjadi Instagram.

4
KEJAYAAN DAN ASET

Kevin Systrom memang tidak terlalu dikenal dalam dunia bisnes dan teknologi, jikalau
dibandingkan dengan Steve Jobs (Pendiri Apple) maupun Mark Zuckerberg (Penemu
Facebook). Akan tetapi, Kevin Systrom berhasil membuat perubahan di era 2000an dengan
menciptakan salah satu sosial media paling diminati oleh dewasa ini

Pada tahun 2006, Kevin Systrom lulus dari pendidikannya dan berhak memegang gelaran
sebagai sarjana di bidang Management Science and Engineering. Setelah lulus dari
pendidikannya itu, Systrom bekerja di perusahaan Google untuk mengurusi masalah Gmail
dan Google Reader, ia dipercayakan masuk dalam bagian tim Corporate Development.
Selain itu, Kevin Systrom juga pernah tergabung sebagai anggota Sigma Nufraternity, dari
sanalah ia mulai berkesempatan untuk memulai bisnes startup pertama kali. Google dan
Twitter adalah perusahaan yang pernah mempekerjakan seorang Kevin Systrom.

Karena ketertarikannya dengan bahasa pemrograman komputer dimulai sejak kecil, maka
Systrom sangat menyukai passion atau gairahnya di bidang teknologi, khususnya yang
bersangkutan dengan perangkat komputer. Pertama kali Kevin Systrom mempunyai idea
untuk menciptakan sebuah media sosial yang memungkinkan orang-orang untuk dapat
berkomunikasi dengan lebih mudah.

Demi mewujudkan idenya tersebut, setiap hari minggu Systrom selalu menghabiskan
waktunya untuk membuat sebuah aplikasi yang mana dapat digunakan untuk
mempublikasikan foto beserta lokasi terjadinya peristiwa dalam foto itu. Ia juga menyediakan
tempat di mana pengguna bisa menuliskan caption atau note yang akan mendeskripsikan
cerita foto tersebut. Pada awalnya aplikasi ini tidak dinamai Instagram, melainkan bernama
Burbn.

Prototipe aplikasi Burbn berhasil diciptakan oleh Systrom. Ide tersebut dipresentasikan ke
Baseline Ventures dan Andreessen Horowitz saat pesta berlangsung. Setelah pertemuan
itu, Systrom memutuskan keluar dari pekerjaannya untuk fokus pada Burbn. Dua minggu
kemudian, Kevin Systrom mendapatkan modal awal dari Baseline Ventures dan Andreessen
Horowitz sebesar US$ 500.000.

Tidak mengembangkan cikal bakal Instagram (Burbn) seorang diri, Kevin Systrom akhirnya
bertemu dengan Mike Krieger, yang kemudian akan menjadi co-founder dari Instagram.
5
Adapun Mike Krieger merupakan pengguna awal Burbn yang sangat antusias. Pada
awalnya Kevin Systrom hanya bertemu dengan Mike Krieger lewat dunia maya, sampai
akhirnya mereka mengetahui bahwa ternyata mereka pernah sama-sama menempuh
pendidikan di Stanford University Mayfield Fellows. Akhirnya Systrom dan Krieger
menciptakan banyak fitur untuk Burbn, akan tetapi di lain sisi mereka berpikir bahwa jika
terlalu banyak fitur, maka pengguna tidak akan suka karena terlalu ribet. Oleh sebab itu,
mereka berdua membuat Burbn untuk lebih fokus dalam berbagi foto saja, dan mereka
kemudian mengganti namanya menjadi Instagram.

Kevin Systrom pernah berujar bahwasanya tujuan mereka membuat Instagram bukan hanya
sekadar untuk menciptakan sebuah aplikasi berbagi foto, mereka juga membuat para
penggunanya agar menceritakan kisah dalam hidupnya, itulah fungsinya kolom caption
Sebulan setelah Instagram diluncurkan untuk umum, jumlah pengguna tumbuh sebesar 1
juta pengguna dalam waktu dekat. Setelah 1 tahun berlalu, Instagram telah berhasil
mengumpulkan pengguna aktif lebih dari 10 juta orang. Selain berbagi foto (Photo-Sharing),
Instagram mencetuskan layanan barunya, yaitu berbagi video (Video-Sharing). Nama
Instagram sendiri ternyata adalah gabungan kata dari Instant dan Telegram.
Pada tahun keempat setelah peluncuran, Instagram berhasil mengalami perkembangan
yang sangat pesat. Mereka juga memiliki 12 orang pegawai untuk mengurus jumlah
pengguna yang lebih dari 27 juta orang di seluruh dunia. Melihat Instagram disukai oleh
penggunanya, Kevin Systrom meyakini bahwa dirinya memiliki visi yang besar terhadap
perkembangan Instagram. Ia berjanji akan terus membuat Instagram berkembang dan dapat
ditemui di segala platform, baik itu smartphone, tablet dan lain sebagainya.

6
MENGAPA SAYA MEMILIH KEVIN SYSTROM DAN IMPAK KEJAYAAN KEVIN SYSTROM
KEPADA SAYA, MASYARAKAT DAN EKONOMI.

Tujuan saya memilih tokoh tersebut kerana tokoh ini telah memberikan saya inspirasi untuk
menjadi seorang usahawan. Apabila saya mendengar kejayaan yang tokoh saya pilih telah
perolehi pelbagai kejayaan serta aset, saya juga terus bersemangat serta ingin mengetahui
sejarah perjalanan tokoh ini sehinggalah kini. Tokoh yang saya pilih ini juga telah mencipta
sebuah aplikasi iaitu Instagram. Dengan adanya aplikasi tersebut, saya juga boleh membuat
urus niaga saya terhadap aplikasi tersebut kerana perkembangan teknologi semakin maju.
Selain itu, bagi masyarakat pula, dengan adanya aplikasi ini juga dapat membantu
masyarakat untuk bersosial atas talian serta dapat meningkatkan pengenalan untuk
berkomunikasi sesama lain. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat melihat siaran saya setiap
hari kerana mungkin tempat mereka agak jauh sedikit. Jadi untuk memudahkan, mereka
boleh melihat siaran saya tanpa menggunakan sebarang tenaga. Bagi ekonomi pula, faktor
utama ialah dapat meningkat ekonomi. Hal ini kerana, dengan adanya aplikasi yang telah
dicipta oleh tokoh yang saya pilih ini tersebut, pada waktu yang sama juga dengan adanya
peluang untuk menjalankan urusan perniagaan atas talian ia juga dapat menyumbangkan
keuntungan terhadap ekonomi sesebuah negara.

7
SYARIKAT (INSTAGRAM) ( VIRTUAL PUREPLAY)

Instagram merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan


video secara dalam talian yang dimiliki oleh Facebook, Inc. Aplikasi ini dicipta oleh Kevin
Systrom dan Mike Krieger, dan dilancarkan pada bulan Oktober 2010 di iOS. Versi untuk
peranti Android dilancarkan pada bulan April 2012, diikuti oleh aplikasi sesawang pada
bulan November 2012, aplikasi Fire OS pada 15 Jun 2014 dan aplikasi untuk tablet dan
komputer Windows 10 pada bulan Oktober 2016. Instagram membolehkan pengguna
memuat naik gambar yang boleh diubah menggunakan penapis gambar dan
menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial termasuklah
laman yang mendahuluinya seperti Facebook atau Twitter.[6] Pengguna dapat melihat
kandungan pengguna lain dengan hasil daripada teg dan maklumat lokasi, serta melihat
kandungan yang menjadi gaya terkini. Pengguna juga boleh menyukai gambar dan
mengikuti pengguna lain untuk menambah senarai ke dalam kandungannya.

8
JENIS-JENIS E-DAGANG INSTAGRAM

1) B2B ( BUSSINESS TO BUSSINESS)

Instagram menjalinkan kerjasama dengan gedung online yang merupakan sebuah


platform perniagaan dalam talian yang didorong oleh komuniti pertama di Malaysia yang
telah menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dengan Tapaw.com bagi membantu
mereka memperluaskan perkhidmatan penghantaran produk di Lembah Klang.

2) B2B2C ( BUSSINESS TO BUSSINESS TO CONSUMER)

Instagram telah membuka satu platform baru untuk ,masyarakat yang ingin lakukan
aktiviti perniangaan diatas talian yang dikenali sebagai Instagram shop, sama seperti tiktok
juga dan aplikasi yang berkaitan. Mereka yang ingin melakukan aktiviti perniagaan di atas
talian, mereka boleh memaparkan produk mereka yang ingin dipaparkan

3) C2B ( CONSUMER TO BUSSINESS)

Peniaga yang ingin melakukan aktiviti perniagaan, mereka juga boleh mempromosikan
barangan mereka di aplikasi tersebut seperti siaran langsung dan sebagainya bagi menarik
perhatian pelanggan.

9
APAKAH MAKLUMAT PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN OLEH TOKOH DARI AWAL
PERNIAGAAN HINGGA KINI.

Apabila Kevin Systrom dan Mike Krieger mengasaskan Instagram pada 2010, mereka pada
asasnya mencipta rangkaian sosial berasaskan foto dalam era mudah alih moden. Maju
pantas ke 2012 dan pemerolehan $1 bilion oleh Facebook — dan sekali lagi ke 2018 apabila
Systrom berundur untuk menyelidik syarikatnya yang seterusnya. Maju pantas sekali lagi ke
awal 2023 apabila Systrom dan Krieger melancarkan apl baharu mereka, Artifact, pembaca
berita yang diperibadikan. Satu langkah yang agak mengejutkan memandangkan banyaknya
pembaca berita yang bersaing dan industri berita dalam talian yang bergelut dibelenggu oleh
maklumat salah yang tidak terkawal.

Kami mempunyai begitu banyak soalan, itulah sebabnya kami teruja bahawa Kevin Systrom
akan menyertai kami untuk sembang di tepi api di Peringkat Disrupt di TechCrunch Disrupt
2023, yang berlangsung dari 19–21 September di San Francisco.

Jelas sekali bukan sesiapa yang mengecil daripada cabaran, Systrom menyasarkan untuk
menjadikan industri berita sebagai tempat di mana pencipta dan khalayak boleh berkumpul
di sekitar topik dan kandungan yang mereka gemari dengan cara yang mampan dengan
tumpuan pada kualiti dan integriti.

Teknologi asas Artifact menggabungkan kemajuan terkini dalam pembelajaran mesin dan
kecerdasan buatan pembeza utama, menurut Systrom. Kami pastinya ingin mendengar
lebih lanjut tentang peranan AI, dalam aplnya dan dalam landskap media secara amnya.
Kami tidak sabar-sabar untuk mendengar pandangan beliau tentang cara landskap media
berkembang atau sepatutnya. Kami juga ingin tahu tentang sebab Systrom percaya masih
ada peluang baharu untuk meneroka kandungan yang diterbitkan apabila melibatkan
wartawan, khalayak dan komuniti.

10
PERKHIDMATAN ATAU PRODUK YANG DISEDIAKAN DALAM LAMAN WEB
PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN

11
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, konsep perniagaan e-dagang telah mencetuskan satu fenomena


baharu dalam dunia perniagaan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.
Perniagaan yang berlandaskan kepada perkembangan pesat dalam industri teknologi
maklumat ini telah memberikan impak yang cukup baik terhadap perkembangan pesat
dalam bidang perniagaan. Boleh dikatakan perubahan dalam industri IT adalah yang paling
pantas sejak bermulanya revolusi perindustrian pada abad ke-19 dahulu. Industri IT adalah
dinamik sekali apabila ia mengambil masa kurang daripada 20 tahun untuk berkembang.
Bersama-sama industri IT ini adalah perdagangan elektronik atau e-dagang yang memberi
impak cukup besar dalam bidang perniagaan. Organisasi gergasi antarabangsa
terutamanya yang berada di lembah silikon telah mencatat pulangan berbilion dollar melalui
e-dagang.

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic
Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan
kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat
melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual,
pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit,
pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Kebelakangan ini, ianya banyak
menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang
menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik
yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai. Usahawan harus bersedia mengikut
rentak ekonomi masa kini, jika para usahawan itu ingin mendahului pesaing pada masa
depan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran sahaja akan menentukan survival usahawan
dalam dunia perniagaan pada alaf milenium kini. Seharusnya para usahawan bersedia
selengkapnya dalam menghadapi perubahan dunia perniagaan yang memasuki era
globalisasi di samping perubahan daripada peningkatan dalam industri yang rata-rata
berasaskan teknologi maklumat. Semakin hari semakin banyak produk melimpahi pasaran,
jadi pengeluar berkehendakkan suatu pendekatan yang tangkas bagi memenuhi sasaran
pasaran.

12

You might also like