Berita Osh-Coordinator

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Pentingnya Penyelaras Kesihatan

dan Keselamatan Pekerjaan di


Tempat Kerja

Kuala Lumpur – Seminar Pengenalan kepada Penyelaras Keselamatan


dan Kesihatan Pekerjaan anjuran Persatuan Pelajar MIHA Student
Chapter, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama-sama
Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri serta Pusat
Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK),
UKM Kampus Kuala Lumpur membincangkan skop tugas dan
kepentingan pelantikan seorang penyelaras Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (KKP) di tempat kerja.

Seminar yang diadakan di Dewan Kuliah 1, Blok N, UKM Kampus Kuala


Lumpur itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Seminar Pengenalan
kepada Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, YBrs.
Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang.

“Saya berasa amat gembira kerana hajat untuk menganjurkan seminar


yang berkaitan dengan skop tugas dan kepentingan pelantikan seorang
penyelaras KKP di tempat kerja telah dapat direalisasikan dan
mendapat sambutan yang baik daripada para peserta,” kata YBrs.
Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang.

Pengerusi seminar “Pengenalan kepada Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan”, YBrs. Profesor
Madya ChM. Dr. Normah Awang ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Seminar ini dikendalikan oleh wakil daripada Institut Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Ts. Tuan Haji Mohd Esa Haji
Baruji merangkap Pakar Teknikal 1 di Bahagian Perunding, Jabatan
Penyelidikan dan Pembangunan NIOSH yang mempunyai kepakaran
dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Beliau yang berpengalaman bekerja selama 23 tahun dalam bidang


KKP telah banyak terlibat sebagai penceramah dan pengajar dalam
pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan dengan bidang KKP, sama
ada yang dianjurkan oleh NIOSH atau agensi luar.

Ts. Tuan Haji Mohd Esa Haji Baruji ketika menyampaikan ceramah.

Dalam seminar tersebut, para peserta didedahkan tentang NIOSH yang


merupakan pusat pengajar penyelaras KKP dan Pelan Induk KKP
Negara (2021-2025), iaitu Keperluan Perundangan KKP yang merujuk
keperluan melantik penyelaras KKP seperti yang dinyatakan dalam Akta
A1648, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan 2022).

Selain itu, hal berkaitan dengan kelayakan, tanggungjawab dan


kelebihan menjadi penyelaras KKP juga dijelaskan dalam seminar
berkenaan bagi meningkatkan pengetahuan para peserta.
Sesi interaktif soal jawab bersama-sama peserta yang hadir.

Pada masa yang sama, latihan dan kandungan berkenaan dengan


modul kursus penyelaras KKP juga diperkenalkan bagi membolehkan
para peserta mengetahui topik yang akan diajar sebelum melayakkan
diri menjadi penyelaras KKP serta diterangkan juga maklumat dan
kelayakan bagi keperluan laluan kerjaya sebagai penyelaras KKP.

Melalui seminar itu, kesemua peserta dapat memahami dengan lebih


jelas mengenai skop tugas sebagai seorang penyelaras KKP dan
menjadi lebih peka terhadap keperluan majikan dalam melantik
sekurang-kurangnya seorang penyelaras KKP bagi membantu majikan
menyelaras pematuhan perundangan dan penganjuran pelbagai
program KKP di tempat kerja masing-masing.
Sesi penyampaian sijil penghargaan daripada UKM yang disampaikan oleh YBrs. Profesor Madya ChM. Dr.
Normah Awang (tengah) kepada penceramah, Ts. Tuan Haji Mohd Esa Haji Baruji (kanan).

Seminar tersebut dihadiri oleh 139 orang peserta yang kebanyakannya


terdiri daripada pelajar Program Kesihatan Persekitaran dan
Keselamatan Industri, FSK, UKM bagi merebut peluang menimba ilmu
pengetahuan untuk menjadi seorang penyelaras KKP selepas tamat
pengajian.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan


tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Buletin JendelaDBP

Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

You might also like