Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SULIT 1 1249/1

NAMA: .......................................................... TINGKATAN: ...............................

SEJARAH 1249/1
Kertas 1
Oktober 2023
1 jam

LOGO
SEKOLAH

LEMBAGA PEPERIKSAAN
NAMA SEKOLAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023


SEJARAH TINGKATAN 5

Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

1249/1 SULIT
SULIT 2 1249/1

Arahan
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap
soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1. Ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu terdiri daripada

I Kedaulatan
II Undang-undang
III Wilayah Pengaruh
IV Lambang kebesaran

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

2. Pasangan pernyataan manakah yang betul tentang peranan pembesar dalam Kesultanan
Melayu Melaka?

Pembesar Peranan
A Bendahara Ketua turus angkatan tentera
B Syahbandar Menjaga keselamatan kota Melaka
C Penghulu Bendahari Mengutip cukai di pelabuhan
D Laksamana Mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran

3. Gambar berikut merupakan antara tokoh nasionalis penting di Filipina.

Jose Rizal

Bagaimanakah beliau memperjuangkan nasionalisme di Filipina?

A Menyingkirkan pemerintahan Sepanyol


B Mendesak Sepanyol melakukan perubahan
C Menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina
D Memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi

4. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) merupakan antara institusi pendidikan yang berjaya
melahirkan semangat kesedaran bangsa di negara kita.

Bagaimanakah institusi ini berperanan menyemarakkan nasionalisme?

A Menghasilkan buku yang berkualiti


B Menyuarakan hak mendapatkan pendidikan
C Menyerap anak bangsawan dalam pentadbiran
D Menuntut British memperbaik taraf hidup orang Melayu

1249/1 SULIT
SULIT 3 1249/1

5. Senarai berikut berkaitan dengan dua badan penyiasat yang diperkenalkan oleh British.

Jabatan Siasatan Jenayah


Biro Siasatan Politik

Mengapakah badan di atas diperkenalkan?

A Mengawal gerakan Islah Islamiah


B Menyiasat kegiatan jenayah dan politik
C Menyekat gerakan penentangan oleh penduduk tempatan
D Menguatkuasakan Enakmen undang-undang Islam 1904

6. Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa serangan Amerika Syarikat terhadap Jepun
dalam Perang Dunia Kedua.

Tahun Peristiwa
6 Ogos 1945 Bom atom “Little Boy” digugurkan ke atas bandar Hiroshima
9 Ogos 1945 Bom atom “Fat Man” digugurkan ke atas bandar Nagasaki

Apakah kesan daripada peristiwa di atas?

A Kemunculan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia


B Serangan balas Jepun terhadap Amerika Syarikat
C Peluasan kuasa Amerika Syarikat di rantau Asia
D Perang Dunia Kedua berakhir

7. Bagaimanakah rakyat menentang Malayan Union?

I Mengadakan kongres Melayu


II Menghantar surat bantahan ke London
III Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England
IV Menyuarakan bantahan melalui akhbar Melayu

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

8. Mengapakah Sabah diserahkan kepada British selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia
Kedua?

A Melaksanakan dasar dekolonisasi


B Menamatkan pemberontakan
C Meneruskan dasar British
D Masalah pewarisan takhta

9. Apakah faktor yang menjayakan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

A Kelemahan pemerintahan British


B Sokongan pentadbir British
C Bantahan golongan radikal
D Pengaruh serantau

1249/1 SULIT
SULIT 4 1249/1

10. Maklumat berikut berkaitan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.

• Jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat


British.
• Penduduk asal dari negeri Melayu.

Bagaimanakah kewarganegaraan tersebut diperoleh?

A Permohonan
B Pendaftaran
C Naturalisasi
D Kuatkuasa undang-undang

11. Idealogi komunis dibawa masuk ke negara kita pada tahun 1920-an melalui China.
Bagaimanakah ideologi tersebut dibawa masuk ke negara kita?

I Rumah ibadah
II Sekolah Cina
III Kesatuan sekerja
IV Memeterai perjanjian

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

12. Mengapakah penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah ke petempatan


baharu?

A Memperbaik taraf hidup


B Melemahkan pergerakan komunis
C Merancakkan pembangunan ekonomi
D Memastikan kehidupan yang lebih selamat

13. Pilih pasangan yang betul tentang pembentukan Sistem Ahli pada tahun 1951.

Portfolio Ahli
A Ahli Kesihatan Lee Tiang Keng
B Ahli Pelajaran Dato’ Onn Jaafar
C Ahli Pertanian dan E.E.C Thuraisingham
Perhutanan
D Ahli Hal Ehwal Dalam Dato’ Nik Ahmad Kamil
Negeri

14. Apakah syarat yang diberikan oleh British kepada penduduk Tanah Melayu untuk mencapai
kemerdekaan?

A Melantik pemimpin parti politik


B Mewujudkan kerjasama kaum
C Mengamalkan demokrasi
D Mengadakan pilihan raya

1249/1 SULIT
SULIT 5 1249/1

15. Mengapakah pilihan raya diadakan di negara kita pada tahun 1950-an?

A Melantik Senator
B Memilih wakil rakyat
C Melantik ahli Dewan Negara
D Memilih Yang di-Pertuan Agong

16. Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

I Kemerdekaan Tanah Melayu


II Sistem Ahli dimansuhkan
III Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri
IV Pesuruhjaya Tinggi British hilang kuasa pemerintahan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

17. Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah dikritik oleh Parti Islam
Se-Malaya (PAS).

Apakah isu yang menimbulkan kritikan tersebut?

A Ekonomi
B Pilihan raya
C Institusi beraja
D Kewarganegaraan

18. Agama Islam merupakan agama Persekutuan di negara kita.

Apakah kedudukan agama lain dalam Perlembagaan Persekutuan 1957?

A Tidak boleh diamalkan


B Diamalkan secara tertutup
C Bebas diamalkan secara aman
D Setara dengan kedudukan agama Islam

19. Apakah persediaan Jawatankuasa Persediaan Fizikal untuk menyambut pemasyhuran


kemerdekaan negara?

I Membina stadium
II Mencipta lagu kebangsaan
III Menganjurkan kursus protokol
IV Menempah bendera Persekutuan Tanah Melayu

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

1249/1 SULIT
SULIT 6 1249/1

20. Maklumat berikut berkaitan satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara.

Rancangan Buku Merah

Apakah kepentingan rancangan tersebut?

A Projek kemudahan asas


B Pembukaan tanah baharu
C Pengenalan tanaman komersial
D Pengeluaran makanan mencukupi

21. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

I Mewujudkan kesejahteraan rakyat


II Menunjukkan kekuatan angkatan tentera
III Menjadi kuasa politik yang unggul di dunia
IV Mendapat pengiktirafan daripada negara lain

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

22. Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri negara berdaulat.

• Mempunyai rakyat
• Mempunyai sempadan

Apakah kepentingan ciri tersebut terhadap negara kita?

A Melindungi tradisi rakyat


B Memperkuat pasukan tentera
C Mempunyai identiti tersendiri
D Mengukuhkan kuasa mutlak raja

23. Maklumat berikut berkaitan undang-undang di Negeri-negeri Selat.

• Charter of Justice I – 1807


• Charter of Justice II – 1826
• Charter of Justice 1II – 1855

Apakah kesan daripada pengenalan undang-undang tersebut?

A Kemasukan imigran
B Pengenalan mata wang
C Penubuhan mahkamah
D Kemunculan bandar baharu

1249/1 SULIT
SULIT 7 1249/1

24. Apakah ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan?

A Pemerintahan beraja
B Kewarganegaraan
C Bahasa Melayu
D Agama Islam

25. Apakah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan?

A Mengisytiharkan darurat
B Menjalankan pilihan raya
C Melucutkan kewarganegaraan
D Memilih Yang di-Pertuan Agong

26. Pernyataan berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringkat Kerajaan Persekutuan.

Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana


Menteri dan Menteri-menteri yang memegang
portfolio tertentu.
Apakah peranan badan tersebut?

A Mentafsir undang-undang
B Menggubal undang-undang
C Meluluskan sistem cukai baharu
D Melaksanakan dasar-dasar negara

27. Jadual berikut berkaitan perkembangan sistem pentadbiran Persekutuan di negara kita.
Tahun Sistem Pentadbiran
1896 Pembentukan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu
1927 Pembentukan Majlis Perundangan
Persekutuan
1946 Penubuhan Malayan Union

Apakah kepentingan pembentukan sistem tersebut?

A Menjamin kepentingan British


B Menjalankan dasar dekolonisasi
C Melaksanakan pengasingan kuasa
D Mengukuhkan kedudukan Raja-raja Melayu

1249/1 SULIT
SULIT 8 1249/1

28. Maklumat berikut berkaitan agensi Persekutuan.

• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR)


• Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( KEJORA)

Bagaimanakah agensi Persekutuan berikut melaksanakan kerjasama pembangunan


sosioekonomi?

A Memajukan industri desa


B Memulihkan tanah terbiar
C Memfokus pembinaan prasarana
D Melaksanakan pembangunan wilayah baharu

29. Idea pembentukan Malaysia dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak
British dan penduduk tempatan.

Apakah tujuan Sir Malcolm Mac Donald dan Sir Gerald Templer mencadangkan
penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara?

I Dekolonisasi
II Keselamatan
III Kebudayaan
IV Potensi ekonomi

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

30. Pada 30 Januari 1963, Dr Subandrio (Menteri Luar Indonesia) mengumumkan dasar
konfrontasi terhadap Malaysia.

Mengapakah Indonesia bertindak demikian?

A Kekuatan tentera
B Hasil referendum rakyat
C Mengancam kedudukan
D Desakan antarabangsa

31. Cabaran politik di Sarawak menjadi cabaran yang dihadapi oleh Malaysia.

Apakah faktor berlakunya cabaran tersebut?

I Hak sama rata


II Konflik perkauman
III Krisis perlembagaan
IV Ancaman keselamatan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

1249/1 SULIT
SULIT 9 1249/1

32. Apakah langkah kerajaan dalam menangani isu taraf hidup yang berbeza dalam Rancangan
Malaysia Pertama?

A Melancarkan program pembangunan


B Mendapatkan khidmat nasihat PBB
C Mengurangkan kadar kelahiran
D Mengenakan catuan makanan

33. Mengapakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk?

A Mengekalkan sekolah vernakular


B Memupuk perpaduan kaum
C Menghalang pengaruh barat
D Menerima desakan British

34. Apakah peristiwa yang mendorong kerajaan untuk membentuk Rukun Negara?

A Rusuhan kaum
B Ancaman komunis
C Pemisahan Singapura
D Konfrontasi Indonesia

35. Apakah tujuan Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Dasar Penswastaan?

A Menyusun semula masyarakat


B Membentuk masyarakat penyayang
C Memberi kontrak kepada bumiputera
D Meningkatkan produktiviti dan kualiti

36. Maklumat berikut berkaitan perkembangan industri kereta nasional.

• PROTON (1983)
• PERODUA (1993)

Mengapakah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri tersebut?

I Membuka peluang pekerjaan


II Meningkatkan pendapatan rakyat
III Menyekat kemasukan kereta import
IV Mengatasi masalah inflasi

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

37. Apakah usaha untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan negara Komanwel?

A Sidang Kemuncak Malaysia


B Perjanjian Buku Merah
C Rancangan Colombo
D Pelan perindustrian

1249/1 SULIT
SULIT 10 1249/1

38. Pada tahun 1976, Malaysia telah menyertai Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN
di Bali, Indonesia.

Apakah isu yang dibincangkan dalam persidangan tersebut?

A Pertindihan persempadanan
B Pergolakan di Indochina
C Pemulihan mata wang
D Penyalahgunaan dadah

39. Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?

A Kedudukan strategik
B Kemasukan pelancong asing
C Kelonggaran syarat imigresen
D Kerjasama penduduk tempatan

40. Gambar berikut berkaitan Anugerah Langkawi.

Apakah tujuan anugerah ini diperkenalkan?

A Menggalakkan industri perternakan lebah


B Memodenkan pengurusan perhutanan
C Memajukan kawasan pelancongan
D Menjamin kelestarian alam sekitar

SOALAN PEPERIKSAAN TAMAT

1249/1 SULIT

You might also like