Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

SULIT*

940/1 STPM 2020


SEJARAH
SEJARAH DUNIA (1500 -1955 )
KERTAS 1
(Dua jam)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

__________________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2020

STPM 940/1 [Lihat sebelah


*Skema ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Jawab empat soalan sahaja.

1. Bincangkan ciri-ciri masyarakat feudal di Jepun pada Zaman Keshogunan Tokugawa.


(20 markah)
2. Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China
dari abad ke-16 hingga 20.
(20 markah)
3. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme di
England selepas berlakunya Revolusi Industri.
(20 markah)
4. Huraikan kesan-kesan Zaman Pencerahan dalam bidang politik dan ekonomi di
Eropah pada abad ke 18M.
(20 markah)
5. Huraikan kesan Perang Dunia kedua terhadap Jerman
(20 markah)

6. Huraikan kesan Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar Universiti


Peking pada tahun 1919.

(20

SET 1

1. Bincangkan ciri-ciri masyarakat feudal di Jepun pada zaman keshogunan Tokugawa.

(20markah)
A. Pengenalan
1. Masyarakat feudal merujuk kepada masyarakat berhierarki yang mempunyai susunlapis
tersendiri.
2. Dalam masyarakat feudal, kedudukan , kuasa dan status setiap lapisan ditentukan
melalui penguasaan terhadap tanah.
3. Terdapat beberapa ciri yang unik pada masyarakat feudal yang muncul di Jepun pada
zaman Tokugawa.
B. Isi.
1. Kedudukan Maharaja
i. Pada zaman keshogunan Tokugawa, Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam
pemerintahan dan pentadbiran.
ii. Maharaja merupakan ketua Negara tetapi kuasa sebenar dalam pemerintahan terletak di
tangan Shogun
iii. Shogun Tokugawa mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan
pengaruhnya.Beliau memperkenalkan Undang-undang bagi mengurangkan pengaruh
maharaja dan putera raja. Pada zaman feudal di Jepun maharaja tidak memiliki kuasa
dalam pemerintahan.
2. Kedudukan Shogun
i. Pada zaman keshogunan Tokugawa, kuasa pemerintahan terletak pada
shogun.Kedudukan diperkuatkan dengan menubuhkan pasukan tentera yang kuat.
ii. Shogun mengambil langkah dengan menyerahkan pentadbiran wilayah kepada Vassal
yang setia kepadanya.Beliau mengambil langkah ini bagi meningkatkan kekayaan
dengan melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi kemersial dan perlombongan.
iii. Beliau turut mengambil tindakan mengawal tindak tanduk golongan Daimyo yang
menguasai daerah supaya Daimyo tidak menentangnya. Shogun merupakan individu
yang amat berpengaruh dalam politik dan ekonomi pada zaman feudal di Jepun.
3. Pemilikan Tanah

i. Pada zaman Tokugawa, Shogun menyerahkan tanah kepada tuan tanah (Daimyo) yang
setia kepadanya.
ii. Tuan tanah yang setia kepada Shogun bertindak mengawasi gerak-geri Daimyo yang
diragui kesetiaannya.Tokugawa Ieyasu mengambil langkah untuk merampas tanah
daripada Daimyo yang menentang pemerintahannya.
iii.Shogun melantik beberapa orang pegawai untuk mentadbir dan menguruskan tanah
miliknya.Pegawai yang menguruskan tanah milik shogundikenali sebagai Gundai dan
Daikan.
4. Kewajipan peribadi
i. Dalam masyarakat feudal di Jepun, wujud hubungan peribadi antara Shogun dan
Daimyo.Shogun akan menyerahkan tanah kepada Daimyo yang setia kepadanya.
ii. Sebagai balasan, Daimyo akan membantu Shogun dalam mengendalikan hal
pentadbiran dan ketenteraan.
iii.Dalam hal ini, kedua-dua pihak iaitu Shogun dan Daimyo saling bergantung terhadap
kepentingan bersama.
5. Mobiliti sosial
i. Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 dan 17M terdiri daripada beberapa
lapisan masyarakat.
ii. Setiap lapisan dalam masyarakat feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan
politik yang berbeza. Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan
keturunan dan sistem kelas yang wujud pada masa tersebut.
iii. Dalam masyarakat feudal di Jepun, perubahan dalam status mobiliti sosial jarang
berlaku.

C. Kesimpulan
1. Pada zaman Tokugawa, Masyarakat feudal yang terdapat di Jepun masih berpegang
kuat kepada ciri-ciri unik yang terdapat dalam sistem ini.
2. Berbeza dengan masyarakat feudal di England, masyarakat feudal di Jepun tidak
mengalami sebarang perubahan dalam masyarakat.

2. Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China


dari abad ke-16 hingga 20.
(20 markah)
A. PENDAHULUAN
1. Menjelang abad ke-16 hingga 20, sistem pemerintahan monarki amat kukuh di negara
China. Dalam sistem pemerintahan monarki, maharaja sebagai ketua negara dibantu
oleh golongan pembesar.
2. Golongan pembesar memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran monarki
di negara China. Mereka berperanan sebagai tulang belakang kepada maharaja bagi
mempertahankan kedudukannya.
3. Pembesar memiliki kuasa autonomi dalam menjalankan pentadbiran di peringkat
wilayah. Peranan pembesar di negara China dapat dikesan dalam aspek seperti berikut;
Pentadbiran, perundangan, kehakiman, ketenteraan, ekonomi dan agama.
B. ISI
1. Pentadbiran
i. Pembesar membantu maharaja dalam menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan
wilayah. Mereka membantu maharaja dalam perlantikan, pemecatan dan kenaikan
pangkat kakitangan kerajaan.
ii. Mereka memegang jawatan penting dalam jabatan-jabatan kerajaan di peringkat
pusat dan wilayah. Pembesar dilantik oleh maharaja sebagai gabenor untuk mengetuai
pentadbiran di peringkat provinsi. Selain itu, mereka dilantik sebagai majistret daerah
untuk menerajui pentadbiran di peringkat daerah.
iii. Tuntasnya, pembesar merupakan tulang belakang maharaja dalam menguruskan hal
ehwal pentadbiran negara.

2. Perundangan
i. Pembesar memainkan peranan dalam menguatkuasakan arahan dan titah perintah
maharaja. Mereka turut membantu maharaja menggubal undang-undang dan
menetapkan dasar negara.
ii. Selain itu, mereka membantu maharaja menyediakan draf undang-undang edit dan
warkah diraja.
iii. Justeru, pembesar memainkan peranan membantu maharaja menegakkan undang-
undang serta memelihara keamanan dalam negara.
3. Kehakiman
i. Pembesar-pembesar di negara China memainkan peranan dalam menguruskan hal'
ehwal kehakiman.
ii. Mereka mempunyai kuasa membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan
wilayah.
iii. Mereka menganggotai lembaga keadilan yang ditubuhkan untuk mengendalikan
hal ehwal kehakiman.
iv. Antara tugas lembaga keadilan ialah menjatuhkan hukuman, memberi
pengampunan dan membicarakan kes-kes rayuan.
v. Terdapat pembesar yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman yang
menguruskan kehakiman di provinsi.
vi. Pembesar membantu maharaja dalam menguruskan hal ehwal kehakiman bagi
memelihara kesejahteraan rakyat.
4. Ketenteraan
i. Pembesar memainkan peranan dalam hal ehwal ketenteraan di peringkat pusat
dan wilayah.
ii. Pembesar pusat dilantik sebagai anggota lembaga peperangan yang
menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai tentera.
iii. Pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera.
iv. Mereka berperanan memulihkan keamanan dan kestabilan politik di wilayah
masing-masing.
v. Pembesar juga menyediakan bantuan ketenteraan kepada maharaja.
vi. Pembesar bertanggungjawab dalam mempertahankan negara daripada ancaman
dari luar dan dalam negara.
5. Ekonomi
i. Pembesar-pembesar memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan
dan percukaian.
ii. Mereka berperanan mengutip cukai daripada penduduk tempatan dan
menguruskan pendaftaran tanah.
iii. Mereka menyerahkan sebahagian daripada hasil kutipan cukai kepada maharaja.
iv. Pembesar dilantik untuk menguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi
dan daerah.
v. Pembesar berperanan membantu maharaja dalam melicinkan pengurusan
ekonomi serta mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.
6. Agama
i. Pembesar memainkan peranan dalam bidang keagamaan di peringkat pusat dan
wilayah.
ii. Mereka mengetuai upacara-upacara ritual dan kerohanian yang diaiakan di
peringkat pusat dan wilayah.
iii. Pembesar-pembesar pusat mengetuai Lembaga Upacara yang
mengendalikarupacara diraja dan upacara korban.
iv. Pembesar membantu maharaja mengukuhkan kedudukannya melalui upacara
ritual dan keagamaan.
C. KESIMPULAN
i. Pembesar-pembesar memainkan peranan membantu maharaja menjalankan pemdbir,
negara. Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem pemerintahan
monarki di negara China.
ii. Maharaja mengukuhkan kedudukan dengan mengawal pembesar-pembesar di
wilayah. Pada zaman Ching, wujud persaingan dalam kalangan pembesar untuk
menguasai kerajaan pusat. Persaingan ini menjejaskan kestabilan politik dan
meletakkan asas bagi keruntuhan kerajaan Manchu.

3. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme di


England selepas berlakunya Revolusi Industri.

(20 markah)
A. Pendahuluan :

1. Ekonomi Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang mementingkan


pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan yang bertujuan untuk
memperolehi keuntungan. Revolusi Industry di England telah mencetuskan sistem
ekonomi bersifat kapitalisme.
2. Sistem kapitalisme di England mengamalkan pemilikan secara persendirian
terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah dan lombong
yang dikategorikan sebagai modal.
3.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan ekonomi kapitalisme
di England selepas berlakunya revolusi industri.
B. Isi

Perkembangan dalam sektor perindustrian

i. Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil di eropah telah membawa kepada
penciptaan mesin pemintal yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764.
ii. Pada tahun 1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin tenun pertama yang
menggunskan kuasa air. Kemajuan dalam perindustrian telah membawa kepada
kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang batu untuk menghasilkan besi
tempa bagi membuat peralatan besi. Pada akhir abad ke18, kuasa wap telah digunakan
dalam bidang industri untuk mengendalikan jentera.
iii. Pelbagai kaedah baharu ditemui bagi memajukan industri perindustrian di England.
Antaranya, Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli daripada keluli
belum tempa. Penggunaan teknologi tersebut membolehkan pertambahan pengeluaran
dalam industri tekstil pada abad ke18.
iv. Industri besi juga menunjukkan pertambahan dalam pengeluaran selepas Revolusi
Perindustrian di England. Ini adalah kerana England mempunyai banyak sumber bijih
besi dan telah berjaya mengeluarkan besi yang lebih bermutu berbanding negara lain di
Eropah. Jelaslah bahawa perkembangan yang pesat dalam bidang perindustrian telah
mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme di eropah
Kemajuan dan perkembangan sistem pengangkutan

i. Revolusi Perindustrian telah membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan


seperti perkapalan, jalan raya, kereta api dan terusan. Kapal-kapal mula dibina daripada
besi menggantikan kayu balak dari Baltik.
ii. Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun `787 telah menyaksikan
kapal-kapal dibina menggunakan besi sebagai rangka kayu sebagai dinding. Kapasiti
kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi kerana boleh mengangkut lebih
banyak kargo berbanding kapal yang dibina menggunakan kayu pada masa dahulu.
Pada tahun 1802, kapal-kapal menggunakan enjin stim dan keluli menggantikan besi
dalam industri pembinaan kapal.
iii. Perluasan permintaan barangan perkilangan turut mempengaruhi pembinaan jalan raya
di Britain. John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu dan
minyak tar. Kemajuan ini mempermudahkan perhubungan antara satu kawasan dengan
kawasan yang lain. Penambahbaikan sistem jalan raya ini dibuktikan dengan penjimatan
masa perjalanan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Perkembangan dan Kemajuan bidang pertanian

i. Sektor pertanian menggunakan sistem tanah dan kaedah pertanian baharu telah
meningkatkan hasil tanaman. Petani di England mengamalkan sistem tanah berpagar
untuk menggantikan tanah lapang.
ii. Pemagaran tanah dapat memisahkan kawasan yang dimiliki dan diusahakan daripada
tanah yang diusahakan dan dimiliki oleh orang lain. Konsep ini berjaya mengenepikan
adat serta peraturan tradisi yang diamalkan sebelumnya dan memberi kebebasan yang
lebih kepada seseorang dalam usahanya untuk memajukan tanah yang disewa atau
dimiliki.
iii. Seterusnya, penggunaan teknik penanaman baharu dan jentera diperkenalkan.
Antaranya penggunaan alat penggali dan penabur oleh Jethro Tull. Penggunaan alat ini
telah memudahkan para petani untuk menggali lubang dan menabur benih dalam jarak
yang ditetapkan. Ini menyebabkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut baris yang
sama jaraknya dan memudahkan petani menggembur dan membersihkan tanah.
iv. Bagi menyuburkan tanah pula, kemajuan sains telah berjaya memperkenalkan baja
tiruan kepada masyarakat petani. Penggunaan baja tiruan ini dapat memenuhi
keperluan baja yang meningkat terutamanya dalam ladang-ladang yang luas.
Kesuburan tanah juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan baja kimia. Penggunaan
kaedah dan pengenalan tanaman baharu juga telah meningkatkan sumbangan pertanian
kepada ekonomi England. Ini membuktikan bahawa perkembangan dan kemajuan
dalam bidang pertanian telah mendorong kepada kemajuan bidang ekonomi
kapitalisme di Eropah.
Perkembangan sektor penternakan

i. Para petani juga turut mengamalkan sisitem pertanian campuran iaitu menternak biri-
biri dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama. Kaedah
ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan binatang ternakan, khususnya pada
musim sejuk. Bulu-bulu binatang juga boleh digunakan untuk industri membuat kain
dan najis binatang dijadikan baja.
ii. Antara tahun 1730 hingga tahun 1760, Robert Blakewell telah memperkenalkan
kaedah baru yang dapat mempercepatkan proses pembesaran binatang ternakan dan
menghasilkan ternakan yang besar saiznya. Hasilnya, baka biri-biri yang terbaik dapat
dihasilkan. Kaedah ini telah tersebar luas dan digunakan di England. Kesannya,
bekalan daging dan susu meningkat bagi memenuhi keperluan England.
Perpindahan dan pertambahan penduduk

i. Perkembangan perindustrian telah menyumbang kepada pertambahan penduduk. Pada


tahun 1850, menyaksikan lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan bandar.
Peningkatan penduduk disebabkan oleh migrasi penduduk dari luar, misalnya pada tahun
1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.
ii. Kesannya, penghijrahan ini telah membawa kepada penyatuan Ireland-England dan
penduduknya lebih tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil. Jika mereka tidak
berhijrah akan lumpuh disebabkan kekurangan tenaga pekerja.
C. Kesimpulan :

1. Perkembangan industri di England selepas berlakunya revolusi industry telah dipengaruhi


oleh beberapa faktor. Perkembangan yang dilalui oleh masyarakat England kesan Revolusi
Perindustrian memperlihatkan perkembangan sistem ekonomi di England dan menjadikan
England sebagai sebuah negara industri yang terkemuka di benua Eropah.

4. Huraikan kesan-kesan Zaman Pencerahan dalam bidang politik dan ekonomi di


Eropah pada abad ke 18M.

(20 markah)
A. Pengenalan :

i. Zaman Pencerahan bermula antara 1650-1800 Masihi dan adalah era di mana semangat
kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal, berasaskan sebab musabab dan
kaedah-kaedah saintifik, Zaman ini berusaha untuk mglahirkan masyarakat yang lebih
terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu dan berdasarkan undang-
undang dan perlembagaan.
ii. Zaman ini telah lahir pemikir-pemikir terkenal seperti Voltaire, John Locke,
Montesquieu, Jeremy Bentham, David Ricardo, Thomas Malthus dan Rousseau yang
telah memberikan idea pemikiran yang berjaya mengubah lanskap politik dan
ekonomi negara-negara Eropah pada abad ke-19 dan 20 Masihi.
B. Isi

Lanskap Politik :

i. Charles Louis Montesqiueu melalui karya “The Spirit of the Laws” mengemukakan idea
kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan doktrin pembahagian dan imbangan
kuasa.
ii. Menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang (eksekutif),
pelaksanaan keputusan perwakilan rakyat (kabinet) dan kehakiman (judiciary). Bila
ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki
kebebasan.
Kesan Kepada Perubahan Lanskap Politik Eropah :

i. Idea yang dikemukakan oleh Montesquieu menamatkan pemerintahan mutlak di


Perancis apabila berlaku Revolusi Perancis pada 1789.
ii. ii. Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang
mendokong kedaulatan rakyat ( prinsip rakyat harus memerintah sendiri ), kebebasan
( kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaran yang
tidak adil) dan persamaan ( hak yang sama kepada setiap individu dalam segala aspek
kehidupan ).
iii. Raja-raja Eropah lain seperti Frederick the Great dari Prussia, Joseph II dari Austria,
Peter the Great dan Catherine the Great dari Rusia juga mula mengamalkan
pemerintahan yang adil dan saksama.Kuasa politik kini digunakan untuk membaiki
taraf hidup rakyat.
iv. Frederick the Great mengamalkan toleransi agama, memajukan pendidikan awam dan
mengadakan perKniamatan awam yang efisyen. Joseph II membebaskan serf yang
terikat di bawah sistem feudal.
v. Pada era ini pentadbir kerajaan dilantik berasakan merit dan bukan keturunan.
Raja-raja era ini menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan, gereja dan
elit di Bandar. Raja mengasaskan jentera pentadbiran sebuah negara moden tanpa
campurtangan raja.

Lanskap Ekonomi :

i. Pemikir utama dalam bidang ekonomi ialah Adam Smith melalui karya “The Wealth
of the Nations”.
ii. Memajukan idea kebebasan perdagangan berasaskan kritikan terhadap sistem
Merkantilisme yang mengongkong ekonomi negara-negara Eropah.
iii. Menurutnya kerajaan tidak harus campurtangan dalam urusan ekonomi dan
membiarkannya berfungsi seperti biasa mengikut hukum permintaan dan penawaran.
Kesan Kepada Perubahan Lanskap Ekonomi Eropah :

i. Kesan perjuangan Adam Smith membawa kepada pemansuhan monopoli perdagangan


Syarikat Hindia Timur Inggens di India dan China. Monopoli dengan India
dimansuhkan pada 1813 dan dengan China pada 1833.
ii. Pemansuhan monopoli ini membuka peluang perdagangan yang sama kepada pedagang
persendirian dan pedagang lain di kedua buah negara ini Kemuncak perjuangan ialah
pemansuhan Svarikat Hindia Timur Inggeris pada 1858.
iii. England juga menjalankan dasar perdaganan yang lebih liberal, dengan mengurangkan
senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport; meminda Akta Perkapalan
pada 1825 dan menggalakkan dasar perdagangan bebas dan penubuhan pelabunan-
pelabuhan bebas di tanah jajahan. Sebagai contoh pengsiytiharan Singapura sebagai
pelabuhan bebas pada 1819 dan Pelabuhan di Negeri-Negeri Selat pada 1826.
iv. Perjanjian-perjaniian perdagangan yang liberal juga mula dimeteri dengan negara-
negara tanah jajahan. Sebagai contoh Perjanjian Bowring di Thailand pada 1855.
C. Kesimpulan :

i. Kesimpulannya, pemikir yang lahir pada zaman Pencerahan telah mengemukakan


banyak idea baru yang telah membantu dalam perubahan lanskap politik dan ekonomi
negara-negara Eropah Barat abad ke-19 dan 20 Masihi.
ii. Kesan dari segi politik ialah kerajaan yang memberi keutamaan kepada reformasi
politik dan pentadbiran; ekonomi, amalan dasar perdagangan bebas.

5. Huraikan kesan Perang Dunia kedua terhadap Jerman

(20 markah)
A. Pendahuluan
i. Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Poland
pada tahun 1939. Dalam peperangan tersebut, Britain, Rusia, Perancis dan Amerika
Syarikat membentuk pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat.
ii. Jerman, Itali dan Jepun mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi.
iii. Peperangan ini berakhir apabila pasukan Tentera Berikat berjaya menewaskan tentera
Jerman.Perang ini meninggalkan kesan dari aspek politik, ekonomi dan sosial terhadap
negara Jerman.
B. Isi
Politik
(a) Perpecahan Jerman
i. Jerman dibahagikan kepada empat zon selepas tamat Perang Dunia Kedua. Zon-zon
ini dikuasai oleh Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Soviet Union. Keempat-
empat kuasa besar mencapai kata sepakat untuk mengamalkan sistem ekonomi
yang seragam di zon-zon tersebut.
ii. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon mereka sebagai
satu zon ekonomi dan dikenali sebagai Jerman Barat. Jerman Barat mendapat
bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat melalui Rancangan Marshall.
iii. Soviet Union membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis. Perkembangan
ini menyebabkan wujud perpecahan yang agak ketara antara Jerman Barat dan
Jerman Timur.
(b) Kehilangan wilayah
i. Perang Dunia Kedua menyebabkan Jerman kehilangan sebahagian besar wilayah
kepada pihak yang menang. Soviet Union meluaskan sempadannya hingga meliputi
wilayah-wilayah di Jerman.
ii. Rusia berjaya menguasai wilayah-wilayah Jerman di rantau Baltik selepas Perang
Kedua. Manakala Perancis pula menguasai wilayah Saar daripada Jerman dan
wilayah tersebut diletakkan di bawah kawalan ekonomi Perancis.
iii. Jerman kehilangan satu perempat daripada wilayahnya dalam Perang Dunia Kedua.
(c) Hukuman jenayah perang
i. Selepas tamat perang, perbicaraan terhadap penjenayah perang diadakan di
Nuremberg. Terdapat 13 perbicaraan terhadap orang Jerman diadakan antara tahun
1945 hingga 1947.
ii. Terdapat 177 orang Jerman dihadapkan ke mahkamah pengadilan atas tuduhan
jenayah perang dan keputusan perbicaraan tersebut, didapati seramai 25 orang
dijatuhkan hukuman mati, 20 orang dikenakan hukuman penjara, manakala 35 orang
dibebaskan
Ekonomi
(a) Ganti rugi perang
i. Selepas tamat perang, negara-negara yang menang menuntut ganti rugi daripada
negara yang kalah. Britain dan Perancis menuntut ganti rugi perang daripada
Jerman.
ii. Kedua-dua negara tersebut mendapat bekalan arang batu secara percuma sebagai
ganti rugi daripada Jerman.
iii. Di samping itu, Jerman dikehendaki membekalkan tenaga buruh paksa kepada
Britain dan Perancis sebagai ganti rugi perang. Amerika Syarikat menjambil alih
semua aset milik syarikat Jerman yang beroperasi di negaranya sebagai ganti rugi.
iv. Amerika Syarikat juga mendapat hak cipta bagi semua jentera dan mesin-mesin
yang dihasilkan oleh saintis Jerman.
Sosial
(a) Kehilangan nyawa
i. Perang Dunia Kedua merupakan peperangan yang mengorbankan banyak nyawa
dalam sejarah manusiadan dianggarkan sekurang-kurangnya 600,000 rakyat
Jerman terkorban dalam perang ini.
ii. Jumlah kematian yang tinggi disebabkan oleh wabak penyakit, pembunuhan dan
masalah kebuluran.

C. Kesimpulan
i. Perang Dunia Kedua telah menyebabkan negara Jerman hilang kedaulatan
kepada pihak yang menang. Jerman dibahagikan kepada zon-zon yang dikuasai
oleh Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Soviet Union.
ii. Jerman dibahagikan kepada dua negara iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur
yang mengamalkan sistem politik yang berbeza.

6. Huraikan kesan Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar Universiti


Peking pada tahun 1919.

(20 markah)
A. Pendahuluan
i. Gerakan 4 Mei merujuk kepada demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar
Universiti Peking pada 4 Mei 1919. Gerakan ini menandakan kebangkitan
nasionalisme rakyat China terhadap kegiatan imperialisme.
ii. Gerakan ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles
yang memihak kepada Jepun serta meninggalkan kesan yang mendalam terhadap
perkembangan sejarah negara China.
B. Isi
Politik
(a) Mempertahankan kedaulatan negara
i. Gerakan 4 Mei berjaya mempertahankan kedaulatan negara China daripada
pencerobohan kuasa asing.
ii. Ekoran tekanan yang diberikan oleh pelajar, kerajaan China membuat keputusan untuk
menolak Perjanjian Versailles. Ahli-ahli politik yang bertanggungjawab bagi
penerimaan 21 tuntutan Jepun dipaksa meletakkan jawatan.
iii. Jepun menarik diri dari wilayah Shantung dalam Persidangan Washington 1921-1922.

(b) Melahirkan semangat kebangsaan


i. Golongan pelajar muncul sebagai pejuang bagi mempertahankan kepentingan dan
kedaulatan negara.Demonstrasi dan pemogokan yang dilancarkan oleh golongan
pelajar mendapat sambutan di seluruh negara China.
ii. Pekerja-pekerja mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Shanghai,
Hankow dan Tientsin. Pemulauan barangan buatan Jepun melahirkan perasaan anti-
Jepun dalam kalangan rakyat.

(c) Perkembangan fahaman komunis


i. Fahaman komunis mula bertapak dan mempengaruhi pelajar-pelajar daripada
Universiti Peking.Perkembangan fahaman komunis mendorong penubuhan Pertubuhan
Pengajian Marxism di Universiti Peking pada tahun 1918.
ii. Pelajar-pelajar Universiti Peking seperti Li Ta-chan, Chang Kuo-tao, dan Mao Tse-
tung memainkan peranan dalam perkembangan komunis di China. Fahaman komunis
bertapak kukuh apabila Parti Komunis China ditubuhkan oleh Chen Tu-hsiu dan Li Ta-
chao pada tahun 1921.

(d) Mengukuhkan kedudukan Kuomintang


i. Rakyat memberikan sokongan kepad Kuomintnng yang berjuang untuk menyatukan
negara China. Gerakan 4 Mei memberikan dorongan kepada Dr. Sun Yat Sen untuk
mengukuhkan kuasa di negara China.
ii. Kuomintang berjaya membentuk kerajaan baru di Nanking pada tahun 1928 dan
seterusnya kemunculan gerakan kebudayaan baru
(e) Kemunculan gerakan kebudayaan baru

i. Surat khabar dan majalah memainkan peranan dalam pembinaan masyarakat Cina
yang baru. Antara majalah yang memainkan peranan adalah Aliran Baru, Pembidas
Mingguan dan Pemuda Baharu.
ii. Golongan Intelektual seperti Chen Tu-hsiu mengkritik masyarakat tradisional China
yang berasaskan ajaran Confucius. Golongan ini menyokong pembinaan negara
bangsa moden berteraskan sains dan teknologi.

C. Kesimpulan
i. Gerakan 4 Mei melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat negara
China.
ii. Gerakan ini juga meletakkan asas bagi pembinaan negara bangsa moden di negara
China berasaskan ideologi barat.

You might also like