Surat Mesy 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH,

JALAN KUALA BESAR, 15350 KOTA BHARU,


KELANTAN.
TELEFON: 09-7741904 FAKS: 09-7745944

____________ __________________________________________________ _______

Ruj Kami : SMKKBh 700/3/ 2 / 2( 2 )


Tarikh : 21 Jun 2023
Guru Kanan Bahasa
Semua Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Semua Guru Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu

Tuan/puan,

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU/KESUSASTERAAN MELAYU BIL 2 2023/2024

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.


2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 27 Jun 2022 3
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik mesyuarat PIBG

3. Agenda mesyuarat seperti berikut:


1.0 Ucapan Pengerusi / Ucapan Guru Kanan Bahasa
2.0 Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat bilangan 1/2023
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Analisis Peperiksaan SPM, PKBS 1 dan Program Intervensi
4.1 Post mortem SPM
4.2 Penyediaan Modul
4.3 Post mortem PKBS 1
4.4 Program Intervensi/ PILL
4.5 Anugerah Kecemerlangan sekolah
4.6 Kelas tambahan
4.7 Hal-hal lain

4. Memandangkan mesyuarat ini amat penting diharapkan tuan tidak menguzurkan diiri.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................................
(MOHAMMED ZAIDI BIN SULAIMAN)
Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu
SEK MEN KEB KEDAI BULOH JALAN KUALA BESAR
15350 KOTA BHARU KELANTAN

MINIT MESYUARAT PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU BIL 2 2022

Tarikh : 26 Julai 2022 selasa)


Tempat : Bilik PIBG
Masa : 2.30 petang
Kehadiran : En Mohamad Zaidi b Sulaiman ( Ketua Panitia)
Pn Rohaida bt Nawi ( Setiausaha Bahasa Melayu
Pn Rohani bt Abu Bakar
Pn Razilah bt Abdullah
En. Dzulfikri b Ahmad Zainuldeen
En Nasir b Wahab
Pn Nor Azizah bt Azhal
Pn Nik Nariza bt Nik Ibrahim
Pn Nik Maimunah bt Nik Ismail
Pn Nuraini bt Othman
Pn Pui Kim Lee
Pn Naimah bt Yusoff
Tidak hadir : 1. Pn Siti Khatijah Bt Ibrahim - Taklimat PRU
2. Pn Che Naizan Bt Che Mat Hussin - Kejohanan Olahraga MSSD 2022
3. En Hapizi Bin Che Mat - kejohanan Olahraga MSSD 2022

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI.

- Majlis dimulakan dengan bacaan ummul-kitab Surah Al-Fatihah. Ucapan terima kasih daripada
Ketua Panita Bahasa Melayu selaku pengerusi kepada semua guru di bawah Panitia Bahasa
Melayu/Kesusasteraan Melayu yang hadir dalam mesyuarat bil 2/2022. Ucapan selamat
menempuh cabaran baru pdpc selepas pandemik

-PDPC selepas pandemik amat berbeza situasinya, kalangan murid-murid yang kurang berminat
untuk belajar dan hadir ke sekolah. Jelas terbukti dengan kegagalan murid hadir ke sekolah
setiap hari dan pencapaian murid dalam PKBS 1. Hampir semua tingkatan mencatatkan prestasi
yang kurang memuaskan. Tindakan: Ketua Panitia
GKB tidak dapat hadir kerana terlibat dengan taklimat PRU di BTPN. Pesanan GKB (Pn Siti
Khalijah Bt Ibrahim ) disampaikan oleh KP. GKB meminta agar ditetapkan/dilantik guru sebagai
penyelaras tingkatan 1 hingga penyelaras tingkatan 5 untuk merancang, menyediakan dan
menyiapkan pelan perancangan strategik Panitia Bahasa Melayu/ Kesusasteraan Melayu
Komunikatif . Tindakan: GKB / semua guru
2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
En Nasir Bin Wahab telah mencadangkan agar minit mesyuarat bil 2/2022 disahkan dan
disokong oleh Pn Rohani Bt Abu Bakar.

3.0 Perkara berbangkit


KP menjelaskan pengetua meminta senarai nama murid PROBIM dan modul yang telah
dilaksanakan semasa program bimbingan dijalankan. Kp juga berharap masalah pelajar yang
lemah dari segi membaca dapat diatasi oleh guru-guru dari semasa ke semasa.
Tindakan : KP/ semua guru panitia

4.0 Post mortem PKBS 1


- Pencapaian semua murid tingkatan 1 hingga 5 berada pada tahap kurang memuaskan.
- Tingkatan 4 - Respons guru yang mengajar menyatakan murid tersebut tidak menulis
jawapan, bukan sahaja subjek KMK malahan subjek yang lain juga murid berkenaan tidak
menulis jawapan.
-Tingkatan 5 - keputusan masih di peringkat kurang memuaskan dan alasan yang sama
melibatkan murid-murid ada yang menghantar kertas jawapan kosong sahaja.
Pencapaian murid tingkatan 5, GPS 6.80 manakala peratus sebanyak 49,2%.
Tindakan: guru kmk

5.0 Perancangan Strategik dan Pelan Taktikal


Panitia Kesusasteraan Melayu Komunikatif 2023-2025.

-Merupakan satu proses dengan jabatatan/organisasi bagi menetapkan strategi hala tuju dan
membuat keputusan tentang cara menggagihkan sumber-sumbernya untuk melaksanakan
strategi tersebut.
-Umumnya soalan yang perlu difikirkan untuk merancang strategi kecemerlangan murid-murid
di sekolah. Antara persoalan pokok yang perlu difikirkan seperti:
5.1.1 Apakah yang akan kita lakukan?
5.1.2 Untuk Siapakan lakukan Perkara ini?
5.1.3 Bagaimanakan kita boleh menjadi cemerlang?
-Soalan tersebut dilihat sebagai langkah untuk menetapkan di mana pencapaian mata
pelajaran KMK pada masa akan datang khususnya pada tahun 2023 hingga 2025.
-Tugasan menyiapkan perancangan strategik akan disiapkan oleh setiausaha KMK iaitu Pn Che
Naizan bt Che Hussin

6.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 1-5 2022

-KP memaklumkan supaya guru-guru melaksanakan PBD dengan betul berdasarkan pencapaian
sebenar murid dalam kelas kerana CUP yang dibuat kepada murid berdasarkan penguasaan
PBD di bilik darjah.
-Misalnya kalau merancang program kecemerlangan di sekolah mesti disusun mengikut tahap
penguasaan PBD murid-murid iaitu apresiasi sastera, pembangunan insan dan pengkaryaan.
Maklumat daripada GKB yang menegaskan pihak PPD dan JPN lebih tekankan kepada
keputusan PBD murid.
-Cadangan daripada KP agar setiap guru menyediakan fail setiap kelas yang diajar, di dalam
fail itu mengandungi senarai nama murid, evidens yang digunakan setiap kali ujian PBD
dijalankan beserta keputusan PBD dalam tahap penguasaan apresiasi sastera, pembangunan
insan dan pengkaryaan.
- Ahli-ahli panitia diingatkan agar sentiasa memastikan tugasan-tugasan/ latihan-latihan yang
diberi kepada pelajar dikemaskinikan sepanjang masa. Ini kerana ia adalah sumber eviden-
eviden PBS/PBD pelajar.
PBS/PBD akan direkodkan 2 kali setahun.
-Guru-guru dikehendaki mengisi PBD pelajar bagi pertengahan tahun menggunakan link yang
diberikan oleh unit Kurikulum.

7.0 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022.

-Peperiksaan dijangka bermula pada 16 hingga 28 Ogos 2022.


-Penyedia soalan (susun soalan) seperti yang berikut:
Nama guru Tingkatan
En Hamid B Deraman 4
Pn Che Naizan Bt Che HUssin 5

8.0 Hal-hal Lain

- Pesanan GKB RPH mesti diisi atau ditulis sepenuhnya dalam ruangan yang disediakan. Tidak
boleh ditinggal kosong atau tidak ditanda.
-Guru-guru diminta masuk kelas tepat pada waktunya.
-Guru-guru tingkatan 4 dan 5 sudah boleh ajar cara pelaksanaan dan menjawab bagi soalan
apresiasi sastera, pembinaan insan dan pengkaryaan.
-Semua kerja buat mesti dijalankan dengan baik dan kalau tidak mampu boleh berbincang
dengan pentadbir.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang dan diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................... ............................................
(CHE NAIZAN BT CHE HUSSIN) (EN MOHAMAD ZAIDI B SULAIMAN
Setiausaha Kesusasteraan Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
SEK MEN KEB KEDAI BULOH JALAN KUALA BESAR
15350 KOTA BHARU KELANTAN

MINIT MESYUARAT PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU BIL 2 2021

Tarikh : 5 Mei 2021 (rabu)


Tempat : Dewan Omega
Masa : 8.45 pagi
Kehadiran : Pn Siti Khalijah Bt Ibrahim ( Guru Kanan Bahasa)
En Hamid B Deraman ( PK Hem)
En Mohamad Zaidi b Sulaiman ( Ketua Panitia)
Pn Rohaida bt Nawi ( Setiausaha Bahasa Melayu
Pn Che Naizan Bt Che Hussin (Setiausaha Kesusasteraan Melayu)
Pn Razilah bt Abdullah
En. Dzulfikri b Ahmad Zainuldeen
En Hafizi b Che Mat
En Badrol Hisam b Baharom
En Mohd Nasir b Wahab
En Norazan b Mohd Nor
Pn Rohani bt Abu Bakar
Pn Nik Nariza bt Nik Ibrahim
Pn Nik Maimunah bt Nik Ismail

AGENDA MESYUARAT

3.1 UCAPAN PENGERUSI.

-Guru Kanan selaku pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir untuk
mesyuarat panitia kali kedua. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana dapat
melaksanakan tugas dengan baik. Seterusnya berharap guru - guru dapat bekerjasama
menguruskan sekolah dalam bentuk norma baharu.

-Guru Kanan memberi penjelasan mengenai beberapa perkara norma baharu . Antaranya:
i. Guru-guru perlu mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh KPM.
ii.Kaedah PdPc norma baharu - terdapat 7 perkara PdPc yang boleh dipraktikkan oleh guru-guru
iaitu Pembelajaran melalui YOUTUBE, Rakaman Suara, Video Recording, Bahan Edaran,
Google Meet, Google Classroom, Saluran TV Pendidikan.
iii.Bahan edaran perlu dibekalkan kepada pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah.
iv.Pentaksiran PBD direkodkan melalui tugasan yang dihantar oleh pelajar.

-Guru Kanan memberi sedikit taklimat tentang cara-cara pengisian Borang Keberhasilan Guru
dan juga Borang SKPMg2. Guru-guru diminta mengisi kedua-dua borang tersebut dan
menghantar mengikut tarikh yang akan diberikan.

- Guru-guru diminta sentiasa membudayakan Skpmg 2 iaitu setiap program perlu disusuli dengan
laporan program.
- Program yang dirancang perlu sentiasa dirujuk dan laksanakan mengikut perancangan.
- Pelaporan program perlu disediakan disertakan penambaikan program.

3.2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1.

-Dicadang oleh Pui Kim Lee. Disokong oleh Pn Nik Nariza bt Nik Ibrahim.

3.3 PERKARA BERBANGKIT.

- Guru-guru diminta mengikuti pelbagai kursus dalam talian yang diadakan oleh pelbagai pihak
untuk melengkapkan mata kredit SPLG guru.
- Program panitia menghadapi masalah untuk dilaksanakan memandangkan pembelajaran
bersemuka ditangguhkan dan pelajar belajar dari rumah (PDPR).
3.4 PELAPORAN / PEMBENTANGAN / PERBINCANGAN

3.4.1 Modul Pelaksanaan PDPR 2.0 secara terancang.

- Guru-guru diminta menguasai modul pelaksanaan PDPR panitia masing-masing yang boleh
dimuatturun melalui laman web.
- Guru-guru perlu mengisi Pelaporan PDPR 2.0 dengan menggunakan pautan yang telah
disediakan.

3.4.2 Pelaksanaan, Pengurusan dan Perekodan PBD

- Ahli-ahli panitia diingatkan agar sentiasa memastikan tugasan-tugasan/ latihan-latihan yang


diberi kepada pelajar dikemaskinikan sepanjang masa. Ini kerana ia adalah sumber eviden-
eviden PBS/PBD pelajar.
PBS/PBD akan direkodkan 2 kali setahun.

- Edaran Bahan digunakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Jadual
Penyediaan Bahan telah diedarkan kepada guru-guru ahli panitia. KP berharap guru- guru akan
mematuhinya. Bahan edaran akan dijadikan sebagai eviden PBD pelajar-pelajar.

-Guru-guru dikehendaki mengisi PBD pelajar bagi pertengahan tahun menggunakan link yang
diberikan oleh unit Kurikulum.

3.4.3 Pendedahan format Instrumen Pentaksiran SPM 2021

- Bagi matapelajaran Kesusasteraan Melayu, pendedahan format diberikan kepada pelajar secara
online kaedah gogle meet dan dihantar kepada whatsapp pelajar.

3.5 HAL-HAL LAIN.

- Pencerapan ke atas guru oleh Ketua Bidang mengikut jadual yang ditetapkan. Guru-guru
diminta berbincang dengan Ketua Bidang tentang masa yang sesuai.
- Pengerusi meminta agar ahli panitia sentiasa peka dengan masalah yang dialami pelajar
terutama masalah talian semasa PDPR dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi dengan bacaan surah Al Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................... ............................................
(CHE NAIZAN BT CHE HUSSIN) (EN MOHAMAD ZAIDI B SULAIMAN
Setiausaha Kesusasteraan Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH


JALAN KUALA BESAR 15350 KOTA BHARU KELANTAN

_____________ __________________________________________________ _______


Ruj Kami : SMKKBh 700/3/16/2021 ( 3 )
Tarikh : 2 0gos 2021
Guru Kanan Bahasa
Semua Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Semua Guru Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu

Tuan/puan,
MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU/KESUSASTERAAN MELAYU BIL 3 2021

Perkara di atas dirujuk.


2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 4 Ogos 2021 ( Rabu )
Masa : 2.00- 5.00 petang
Tempat : Google meet ( rumah masing-masing)
3. Agenda mesyuarat seperti berikut:
3.1 Ucapan pengerusi
3.2 Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat bil 2
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 PDPR :
3.4.1 Pelaporan
3.4.2 Pendekatan onnline/offline dan offsite
3.4.3 Isu murid
3.5 Program Kecemerlangan
3.5.1 Kelas peperiksaaan SPM
3.5.2 Retarget SPM 2021
3.5.3 Tingkatan 1- 4
3.6 Pendekatan PDCA
3.7 Perbelanjaan Panitia
3.8 Pendekatan Pentaksiran
3.9 Hal-hal lain.

4. Kerjasama dan Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................................
(MOHAMMED ZAIDI BIN SULAIMAN)
Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu

SEK MEN KEB KEDAI BULOH JALAN KUALA BESAR


15350 KOTA BHARU KELANTAN
__________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU BIL 3 2021

Tarikh : 4 Ogos 2021 (Rabu)


Tempat : Rumah masing-masing (Google Meet)
Masa : 2.00 petang
Kehadiran : Pn Siti Khatijah bt Ibrahim (Guru Kanan Bahasa )
En Hamid B Deraman ( Pen Kanan HEM)
En Mohamad Zaidi b Sulaiman ( Ketua Panitia
Pn Rohaida bt Nawi ( Setiausaha Bahasa Melayu
Pn Che Naizan Bt Che Hussin (Setiausaha Kesusasteraan Melayu)
En. Dzulfikri b Ahmad Zainuldeen
En Nik Nazri b Nik Mohd Isa
En Mohd Nasir b Wahab
En Hafizi b Che Mat
Pn Razilah bt Abdullah
Pn Rohani bt Abu Bakar
Pn Nik Nariza bt Nik Ibrahim
Pn Nik Maimunah bt Nik Ismail

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN PENGERUSI.

- Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab Surah Al Fatihah. Ketua Panitia (KP)
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir mesyuarat secara
maya dan melaksanakan tugas dengan baik. Terutamanya dalam menangani cabaran PDP bentuk
baharu iaitu Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR).
- Ketua Panitia juga berharap guru-guru bersedia dengan kepimpinan sekolah yang baharu
bersama matlamat dan hala tuju yang baharu.
- Ucapan alu-aluan oleh Guru Kanan Bahasa. Pn Siti Khalijah bt Ibrahim mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang hadir mesyuarat. Beliau berharap guru-guru dapat mematuhi
arahan-arahan yang disampaikan oleh pengetua . Antaranya :
i. melaksanakan PDPR mengikut jadual yang ditetapkan.
ii. Guru-guru sentiasa cakna dengan arahan yang disampaikan oleh pentadbir secara dalam talian.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


Majlis sebulat suara bersetuju mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Bil 2 yang telah diadakan
pada 4 Ogos 2021.
Pencadang : En. Hafizi bin Che Mat
Disokong : En. Dzulfikri b Ahmad Zainuldeen

3. PERKARA BERBANGKIT.

-Ketua Panitia menjelaskan tentang pendedahan format baharu telah diadakan.


- RPH sepanjang tempoh bercuti kerana covid 19 perlu ditulis dan dihantar mengikut arahan
bersama dengan eviden-eviden yang digunakan semasa PDPC tersebut.

4. PELAKSANAAN PDPR

- Semua guru dikehendaki melaksana PDPR dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan oleh
pihak Pentadbir.
- Semua guru dikehendaki mengisi pelaporan kepada JPN, mengisi laporan kehadiran murid dan
membuat pelaporan kepada Guru Kanan Bahasa setiap hari selepas PDPR.
- Guru-guru boleh menggunakan samada pendekatan online, offline dan gabungan. Guru-guru
juga perlu memasukkan Guru Kanan dalam group kelas untuk memudahkan pemantauan.
- Guru-guru juga menyatakan aplikasi wassapps menjadi medium utama pelaksanaan PDPR.
- Guru Kanan memaklumkan tempoh pelaksanaan PDPR ialah mengikut jadual guru dan boleh
dilaksanakan sepanjang hari jika berlaku halangan semasa pdpr.
- Guru-guru juga perlu membuat persediaan sebelum pdpr agar PdP menjadi lebih berkesan dan
bermakna.
- Guru-guru mesti lebih kreatif menghadapi masalah dalam Pdpr seperti masalah kekurangan
data/ talian pelajar dan sikap pasif pelajar terhadap pdpr.

5. PROGRAM KECEMERLANGAN

- Pendedahan format baharu telah diberi kepada pelajar semasa pembelajaran bersemuka yang
lalu dan edaran bercetak telah diberi kepada pelajar.
- Retarget SPM bagi matapelajaran Kesusasteraan Melayu. Gred Purata SPM 2020- 4.15 dan
100% lulus. SPM 2021- 100% lulus dan GP- 4.10

6. PENDEKATAN PDCA

- Guru-guru diminta menguasai konsep PDCA ( Plan, Do, Check , Act) yang sangat penting
dalam kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.
- Guru-guru juga diminta menguasai dan mengaplikasi prinsip 4K iaitu
i. Kesegeraan - contoh segera ke kelas, segera menghantar RPH dan lain-lain
ii. Ketepatan – contoh data dan angka yang tepat seperti semasa membuat target.
iii. Kebersamaan – contoh hubungan sesama ahli dalam panitia, menyokong hasrat dan impian
pentadbir seperti Pelan Pembangunan Digital.
iv. Kemenjadian – guru dan murid, hubungan dua hala guru murid dan cara berkomunikasi yang
baik, sentiasa ada budi bicara terutama semasa pdpr.

7. PERBELANJAAN PANITIA

- Setiap panitia diharap dapat menghabiskan bajet panitia sebelum bulan November 2021.
- Setiausaha memaklumkan akan membeli fail untuk diberi kepada pelajar.

8. PENDEKATAN PENTAKSIRAN

i. Modul Pentaksiran
- Guru Kanan memaklumkan Modul Pentaksiran akan diadakan kepada pelajar tingkatan 1
hingga 5 bermula 22 Ogos 2021. Bagi tingkatan 5 modul menggunakan format SPM, bagi
tingkatan 1-4 modul menggunakan satu kertas sahaja.
- Kaedah pelaksanaan modul pentaksiran ialah secara offline.
- Guru –guru panitia akan menyediakan soalan modul mengikut agihan tugas dalam panitia.
- Soalan modul akan dikumpulkan mengikut matapelajaran dan dimasukkan dalam sebuah
sampul mengikut nama pelajar sebelum diagihkan kepada pelajar.
ii. Kaedah Pentaksiran
-guru-guru diharap pelbagaikan kaedah menilai pelajar terutama untuk rekod PBD seperti kaedah
lisan, penulisan, gabungan dan pemerhatian.

iii. Kaedah PDPR


-guru-guru diminta menguasai dan memahami konsep dan maksud pelbagai kaedah pdpr. Serta
menggunakannya dengan betul. Seperti modul, projek, flipped classroom, masteri, inkuiri
penemuan dan lain-lain.

9. HAL-HAL LAIN

- Guru Kanan mengalu-alukan ahli panitia baharu iaitu Pn Azizah.


- Guru Kanan berharap guru-guru melaksanakan PDPR dengan baik.
- Beliau meminta guru-guru memastikan buku teks sentiasa digunakan dan pelajar mempunyai
cukup buku teks.
- Guru-guru juga diharap dapat mengagihkan modul kepada pelajar ting 1-4.
- Guru Kanan memaklumkan tentang penempatan pelajar 5A-5D di asrama apabila persekolahan
bersemuka bermula dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.
- Harapan Guru Kanan agar guru-guru sentiasa bijak dengan pelbagai cara untuk memastikan
pelajar sentiasa sertai PDPR guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..................................... ............................................
(CHE NAIZAN BT CHE HUSSIN) (EN. MOHAMAD ZAIDI
B. SULAIMAN)
Setiausaha Kesusasteraan Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
/ Sastera
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH
JALAN KUALA BESAR 15350 KOTA BHARU KELANTAN

_____________ __________________________________________________ _______


Ruj Kami : SMKKBh 700/3/16/2021 ( 4 )
Tarikh : 5 Disember 2021
Guru Kanan Bahasa
Semua Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Semua Guru Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu

Tuan/Puan,
MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU/KESUSASTERAAN MELAYU BIL 4 2021

Perkara di atas dirujuk.


2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 8 Dis 2021 ( Rabu )
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PIBG
3. Agenda mesyuarat seperti berikut:
3.1 Ucapan pengerusi
3.2 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bil 3
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Konsep Kerja Pengetua
3.5 Takwim Persekolahan 2021/2022 dan 2022/2023
3.6 Pemantapan Program KPM Perkasaku
3.7 PBD (Analisis dan Program Intervensi)
3.8 Program Menggapai Bintang
3.9 Perancangan Belanjawan
3.10 Hal-hal lain.

4. Memandangkan mesyuarat ini amat penting diharapkan tuan tidak menguzurkan diri.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................................
(MOHAMMED ZAIDI BIN SULAIMAN)
Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu
SMK Kedai Buloh, Kota Bharu.

SEK MEN KEB KEDAI BULOH JALAN KUALA BESAR


15350 KOTA BHARU KELANTAN
__________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU BIL 4 2021

Tarikh : 8 Dis 2021 (Rabu)


Tempat : Bilik Mesyuarat PIBG
Masa : 2.00 petang
Kehadiran : Pn Siti Khatijah bt Ibrahim (Guru Kanan Bahasa )
En Hamid B Deraman ( Pen Kanan HEM)
En Mohamad Zaidi b Sulaiman ( Ketua Panitia
Pn Rohaida bt Nawi ( Setiausaha Bahasa Melayu
Pn Che Naizan Bt Che Hussin (Setiausaha Kesusasteraan Melayu)
En. Dzulfikri b Ahmad Zainuldeen
En Hafizi b Che Mat
Pn Razilah bt Abdullah
Pn Rohani bt Abu Bakar
Pn Nik Nariza bt Nik Ibrahim
Pn Nik Maimunah bt Nik Ismail

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN PENGERUSI.

- Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul kitab Surah Al Fatihah. Ketua Panitia (KP)
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir mesyuarat dan
melaksanakan tugas dengan baik.
- Ucapan alu-aluan oleh Guru Kanan Bahasa Pn Siti Khalijah bt Ibrahim. Beliau mengucapkan
terima kasih kepada semua guru yang hadir mesyuarat. Beliau berharap guru-guru dapat
mematuhi arahan-arahan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua dari semasa ke semasa.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

Majlis sebulat suara bersetuju mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Bil 3 yang telah diadakan
pada 4 Ogos 2021.
Pencadang : Pn Rohani bt Abu Bakar
Disokong : Pn Nik Nariza bt Nik Ibrahim

3. PERKARA BERBANGKIT.

-Ketua Panitia menjelaskan tentang penggunaan Bilik Bahasa Melayu . Proses kemaskini bilik
tersebut ditangguhkan kerana bilik tersebut masih digunakan untuk PDPC Kelas 5B.
- Program Kecemerlangan Peperiksaan SPM secara Online telah berhenti pada minggu kedua.
- Retarget SPM dibuat dengan menambah tiga peratus daripada keputusan SPM 2020. Retarget
SPM bagi matapelajaran Kesusasteraan Melayu. Gred Purata SPM 2020- 4.15 dan 100% lulus.
SPM 2021- 100% lulus dan GP- 4.10
- Bengkel Teknik Menjawab tingkatan empat dan SPM boleh diadakan dengan memanfaatkan
pembelajaran melalui Youtube yang boleh diakses melalui Didik Tv.
-Perbelanjaan panitia sesi 2020 digunakan dengan membeli alat siaraya.

4. KONSEP KERJA PENGETUA

- Semua guru diharap sentiasa cakna terhadap konsep kerja 4K dalam semua perkara yang
dilaksanakan. Iaitu Kesegeraan, Ketepatan, Kebersamaan dan Kemenjadian. Hasrat Pengetua
seperti yang disampaikan dalam mesyuarat guru yang lepas dapat dilaksanakan bersama iaitu:
i. Kesegeraan - contoh segera ke kelas, segera menghantar RPH dan lain-lain
ii. Ketepatan – contoh data dan angka yang tepat seperti semasa membuat target.
iii. Kebersamaan – contoh hubungan sesama ahli dalam panitia, menyokong hasrat dan impian
pentadbir seperti Pelan Pembangunan Digital.
iv. Kemenjadian – guru dan murid, hubungan dua hala guru murid dan cara berkomunikasi yang
baik, sentiasa ada budi bicara terutama semasa pdpr.

5. TAKWIM PERSEKOLAHAN 2021/2022 DAN 2022/2023

- Takwim ini sangat penting untuk membuat perancangan tahunan 2022 terutama untuk
Pengajaran Pembelajaran bagi penggal ketiga 2022/2023. Guru-guru diminta rujuk dalam
whassapp Panitia Bahasa Melayu/ Kesusasteraan Melayu.

6. PEMANTAPAN PROGRAM KPM PERKASAKU dan PBD

- Pemerkasaan kurikulum fasa 1 iaitu pada 1.9.2021-9.2.2021 telah diselesaikan semasa tempoh
bersemuka tingkatan lima yang lalu.
- Guru-guru diminta membuat perancangan untuk penggal ketiga selama 36 hari bermula
2.1.2022 hingga 24.2.2022. Dengan menjadikan tahap pengguasaaan pelajar dalam PBD sebagai
garispanduan.
- Bagi pelajar yang capai tahap pengguasaan satu dan dua diberikan program intervensi.
- Bagi pelajaar yang capai tahap pengguasaan tiga hingga enam diberikan program penggayaan.

7. PROGRAM KECEMERLANGAN MENGGAPAI BINTANG.

- Kelas tambahan Jumaat dan Sabtu pelajar asrama mengikut jadual yang telah dikeluarkan oleh
Unit Kecemerlangan sekolah.
- Kelas tambahan cuti sekolah diadakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Unit
Kecemerlangan sekolah.

8. PERANCANGAN BELANJAWAN

- peruntukan panitia tahun 2022 akan digunakan untuk membeli buku latihan.

9. HAL-HAL LAIN.

- Ketua Panitia memberitahu tentang alat-alat panitia seperti pembesar suara. Disimpan di bilik
Guru Kanan Bahasa. Guru-guru diminta memaksimakan penggunaannya.
- Guru Kanan Bahasa menyatakan pesanan pengetua iaitu sentiasa memudahkan kerja orang
supaya kerja kita dipermudahkan juga.
- Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada semua ahli panitia yang sentiasa bersama dalam
semua perkara dan tidak menimbulkan masalah kepada bidang Bahasa.
- Beliau berharap ahli panitia sentiasa pesan berpesan antara satu sama lain untuk mencapai
kejayaan.
- Laporan RPH yang terakhir tahun 2021 hendaklah dihantar pada Khamis 9.12.2021.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.


Disediakan oleh: Disemak oleh:

..................................... .....................................
(CHE NAIZAN BT CHE HUSSIN) (MOHAMAD ZAIDI B. SULAIMAN)
Setiausaha Kesusasteraan Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu/
Kesusasteraan Melayu

____________ __________________________________________________ _______

Ruj Kami : SMKKBh 700/3/16/2021 ( 5 )


Tarikh : 11 Mac 2022
Guru Kanan Bahasa
Semua Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Semua Guru Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
Tuan/puan,

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU/KESUSASTERAAN MELAYU BIL 1 2022/23

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.

2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:


Tarikh : 13. 3. 2022 ( Selasa )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik PIBG

3. Agenda mesyuarat seperti berikut:

3.1 Ucapan pengerusi


3.2 Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat bilangan 4
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Prograam PDPR 21 Mac-3 April
3.5 Perancangan Panitia
3.6 Buku Pengurusan
3.7 Pelan Taktikal
3.8 Hal-hal lain

4. Kerjasama dan Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................................
(MOHAMMED ZAIDI BIN SULAIMAN)
Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu

You might also like