Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang Berusaha Puan Noor Hayati binti Abd Rahman, Guru Besar SK Convent, Yang dihormati barisan
pentadbir SKC, barisan rakan guru dan murid2 yang dikasihi sekalian.

Saya selaku penyelaras bulan kebangsaan akan menerangkan secara ringkas aktiviti2 atau
Pertandingan2 yang akan dijalankan sepanjang bulan kebangsaan iaitu bulan Ogos sehingga 14
September 2023.

Aktiviti 2 bulan kebangsaan dianjurkan oleh gabungan beberapa panitia iaitu Unit kokurikulum,
Panitia Sejarah, Panitia Moral, Panitia Seni Visual, Paniria Muzik dan Pusat Sumber Sekolah..

Kita tengok yang pertama anjuran Unit Kokurikulum.. Pertandingan yang dianjurkan adalah
Pertandingan Kelas Paling Patriotik.. Hadiah yang disediakan untuk pertandingan ini ada 2 sahaja iaitu
Johan kategori Kelas Tahap 1 dan Johan kategori kelas Tahap 2.. Pemenang akan dikira berdasarkan
kreativiti, kebersihan, hasil kerja murid yang dilaksanakan sepanjang bulan kebangsaan .. Untuk kelas
tahap 2, penilaian tambahan dibuat jika ada sudut @pameran bertemakan kemerdekaan di dalam
kelas..

Seterusnya, Panitia Sejarah.. Ada 2 pertandingan.. iaitu Pertandingan Kuiz Kemerdekaan untuk Tahap
1 yang akan dijalankan pd bulan September ketika waktu Nilam( 30 minit).

kedua, Pertandingan Buku Skrap Kreatif Pejuang Kemerdekaan bagi tahap 2.. untuk pertandingan ini,
murid boleh menyiapkan buku skrap di rumah dan details akan diterangkan dan sebarang soalan
boleh tanya cikgu ketika pdpc Sejarah..

Seterusnya, Panitia Moral.. Ada 2 pertandingan. Dijalankan ketika pdpc pendidikan moral.

Seterusnya, Panitia Seni.. Ada 2 pertandingan. Dijalankan ketika pdpc PSV.

Bagi Panitia Muzik, ada 2 pertandingan dan 1 aktiviti. Pertandingan Nyanyian Solo dan Nyanyian
Berkumpulan akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh Puan Nor Afiza. Untuk Aktiviti Nyanyian
Merdeka, kita akan meminta pertolongan guru yang bertugas pada awal pagi untuk pasang lagu2
patriotik sebelum aktiviti 15 minit HEM.

Akhir sekali, Pusat Sumber Sekolah menganjurkan Pertandingan Busana Merdeka.. Untuk menyertai
pertandingan ini murid boleh dapatkan borang penyertaan daripada cikgu Izyan. Borang Penyertaan
adalah terhad iaitu 40 borang akan disediakan.. Siapa Cepat Dia Dapat.. Sebarang pertanyaan dan
penerangan lanjut akan diterangkan oleh Puan Nurizyan.

itu sahaja daripada saya pada hari ini.. Sebarang soalan boleh rujuk dan bertanya saya dan mana2
guru yang terlibat dalam aktiviti bulan kebangsaan.. Saya berharap semua murid skc mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang menarik yang telah dirancang. Hadiah menarik menanti anda.
Sekian, Terima kasih..

You might also like