Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 48

Pendidikan Seni Visual

SELEPAS MERDEKA

Wan Yaacob bin Wan Omar


IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT,
TERENGGANU
PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA

Angkatan Pelukis
Semenanjung iaitu APS yang
kemudiannya dikenali sebagai
Angkatan Pelukis Se Malaysia
ditubuhkan di Kuala Lumpur
pada tahun 1956 oleh Mohd
Hossein Enas.
Angkatan Pelukis Semenanjung

APS bertujuan untuk mengumpul


serta menyatupadukan
pelukis-pelukis Melayu.
Ahli-ahlinya telah mencontohi
penasihat mereka, Mohd Hoessein
Enas yang terkenal kerana potret
realistik dalam cat minyak dan
pastel.
Pelukis APS

Antara yang terkenal dalam


persatuan ini ialah Idris
Salam, Mohd Sallehuddin,
Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat
Som, Ahmad Hassan, Yusof
Abdullah dan Zakariah Noor.
Wednesday Art Group

Pada tahun 1957, Thursday


Art Group telah ditubuhkan di
Pulau Pinang dengan
matlamat yang sama dengan
Wednesday Art Group.
Ahli-ahli Wednesday Art Group

Ahli-ahli terdiri daripada


Abdullah Ariff, Tay hooi Keat,
Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim
Tong Juan dan William K.K.
Lau.
KONSEP BARU

Mereka memperkenalkan
konsep-konsep baru, mengadakan
kelas-kelas melukis, sesi
perbincangan dan pameran.
SIMBOL PERPADUAN

Menjelang kemerdekaan seni


telah menjadi salah satu simbol
kepada perpaduan kaum di
Malaysia.
PERSEPSI MASYARAKAT

Persepsi masyarakat
terhadap seni telah mula
berubah. Seni daripada taraf
rendah (kedaerahan)
meningkat ke peringkat
antarabangsa.
tahun 1957 Frank Sullivan telah
dilantik sbg setiausaha akhbar YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
PM pertama. Kesan dalam
perkembangan seni Malaysia kerana
usaha-usaha Sullivan
memperkenalkan para pelukis
tempatan serta karya-karya mereka.
Balai Seni Lukis Negara

Balai Seni Lukis Negara di 109,


Jalan Ampang telah dibuka
dengan rasminya oleh YTM
Tunku Abdul Rahman pada 27
Ogos 1958.
Pameran Pembukaan
Pameran pembukaan telah
memaparkan karya-karya Chen
Wen His, Cheong Lai Tong,
Chuah Thean Teng, Mohd
Hoessein Enas, Nik Zainal
Abidin, Peter Harris, Patrick Ng,
Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi
Keat dan Yong Mun Sen.
Membangunkan Balai Seni Lukis
Negara
Selain Frank Sullivan yang menjadi
setiausaha selama sepuluh tahun,
antara yang telah membangunkan
Balai Seni Lukis Negara adalah Tan
Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali
Shafie, Tan Sri Dato’Azman Hashim,
Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain
Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan
P.G. Lim dan ramai lagi.
Koleksi Balai Seni Lukis Negara

Balai Seni Lukis Negara


memperolehi koleksi tetapnya
secara beransur-ansur. Dua
koleksi yang menarik ialah
gambar foto burung Dato’Loke
Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil
kaligrafi dinasti Sung yang
didermakan oleh Lee Kah Yeow
bernilai 2 juta ringgit.
PELUKIS MALAYSIA PERTAMA
PAMERAN SOLO

Pelukis Malaysia pertama yang


mengadakan pameran solo di
seberang laut ialah Chuah Thean
Teng yang diadakan di London
pada tahun 1959. dan
dipersembahkan oleh Majlis
Kesenian Persekutuan.
MENINGGIKAN TARAF BATIK

Catan batik eksotik yang


dihasilkan sejak beliau membuka
Yahong Gallery pada tahun 1955
telah meninggikan taraf batik
daripada hasil pertukangan
tangan kepada bentuk seni
halus.
PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

Kejayaan Chuan telah membawa


seni Malaysia kepada seni
antarabangsa. Seterusnya
pelukis-pelukis batik yang lain
seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo
Leong dan Toya turut menerima
pengiktirafan antarabangsa.
Tahun 1960an - Aliran

Seni lukis aliran utama 1960an


adalah dengan nilai-nilai mistikal
dan semesta telah menarik
perhatian audien untuk
menghayatinya kerana
mempunyai kelainan.
Tahun 1960an –Seni Khat

Dengan adanya tradisi seni khat


telah membentuk satu
pengucapan gambaran yang
tersendiri. Lahir pandangan
yang kritikal terhadap seni
lukis.
Dihayati oleh keseluruhan rakyat

Nilai-nilai gerak berus (brush


stroke) dalam karya mereka
mempunayi persamaan dengan
seni tulils tradisional warisan
kebudayaan kaum Melayu dan
China telah menjadi satu bahasa
visual yang difahami serta
dihayati oleh keseluruhan rakyat
Malaysia.
Tahun 1960an – Aktiviti

Pelbagai aktiviti dijalankan melalui


saluran media massa. Antaranya
ialah perbincangan, ceramah,
syarahan, laporan, pameran dan
sebagainya. Acara-acara seni lukis
menjadi acara gemilang yang dihadiri
oleh pelukis-pelukis, pencinta seni,
ahli politik dan diplomat.
Tahun 1960an – Karya bermutu

Karya-karya yang lebih matang


dan bermutu tinggi telah muncul
melalui usaha ini
Tahun 1960an – Aktiviti
Kebudayaan
Pameran seni sering dibuka dengna
rasmi oleh para menteri atau orang
kenamaan kerana telah dianggap
antara akltiviti kebudayaan yang
penting. Liputan yang meluas
media-massa seperti surat khabar,
radio dan televisyen
Penghujung tahun 1960an

Penghujung tahun 1960-an


pelukis-pelukis Malaysia terlibat
dengan intisari mengunakan
bahan-bahan tempatan dan
suasana alam sekitar sebagai
ramuan gambaran tampak
STTI – MPIK

Special Teachers Training Institute


(STTI) ditubuhkan pada tahun 1960
yang kemudiannya ditukar kepada
Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK).
Guru-guru yang berminat di bidang
seni diberi peluang melanjutkan
pelajaran melalui kursus sepenuh
masa selama satu tahun. Mereka
yang menunjukkan bakat besar
dihantar untuk melanjutkan
pengajian ke luar negara.
STTI – MPIK – Pelukis/Pendidik

Golongan pelukis-pelukis dan


pendidik seni telah menjadi tenaga
utama seni lukis pada lewat tahun
1960an. Kakitangan akademik
Jabatan Seni di Maktab Perguruan
Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal,
Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong
Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi
memainkan peranan yang penting
dalam seni lukis avant-garde di
negara ini.
Institusi Seni Lukis – Pertama

Institusi Senilukis yang pertama


ditubuhkan ialah Malayan Institut of
Art pada tahun 1966. Institusi
persendirian ini menawarkan
kursus-kursus diploma selama tiga
tahun dalam bidang Fine Art,
Commercial Art dan Interior Design di
samping kursus-kursus sambilan.
Institut Teknologi Mara

Penubuhan Institut Teknologi


Mara pada tahun 1967 telah
melahirkan sekumpulan tenaga
baru pendidik seni dan
usahawan-usahawan Melayu
dalam bidang seni tertentu.
Institut Teknologi Mara

Ia menawarkan kursus diploma


selama empat tahun dalam
bidang Fine Arts (Painting and
Sculpture), Graphics,
Photography, Fine Metal, Pottery
and Ceramics, Textiles, Fashion
dan Industrial Design.
Pensyarah Institut Teknologi Mara

Awal tahun 1970-an


pensyarah-pensyarah Institut
Teknologi Mara telah mengambil
alilh tempat avan-garde.
Kumpulan New Scene

Mereka terdiri dari kumpulan


New Scene ialah Redza Piyadasa,
Sulaiman Haji Esa, Chong Kam
Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan
dan lain-lain.
Ungkapan yang mencabar

Kumpulan ini telah mendebarkan


keadaan seni lukis tempatan
dengan ungkapan-ungkapan
yang mencabar
Pendekatan gaya catan

Pendekatan gaya catan mereka


berasaskan kepada optik dan
maklumat telah mengejutkan
pelukis-pelukis tempatan dan
juga masyarakat umum.
Seni melibatkan kepintaran

Pelukis-pelukis bukan sahaja


berkarya dalam bidang minimal, pop,
op dan lain-lain alliran semasa tetapi
juga mula menyarankan seni
melibatkan kepintaran, nilai-nilai
mistik dan metafisika, maklumat dan
ilmu yang luar dari bidang catan
Kuala Lumpur College of Art

Kuala Lumpur College of Art


telah ditubuhkan dalam tahun
1968 dengan menawarkan
kursus diploma selama tiga
tahun dalam bidang Painting,
Sculpture, Ceramics, Chinese
Brush Painting, Photography dan
Commercial Art.
Awal tahun 1970an

Catan hard-edge yang


menegaskan kedataran dan
tanpa isyarat yang dipelopor oleh
Chong Kam Kow, Tan Teong Eng
dan Tong Tuck Kan telah
mempunyai ikutan yang teguh di
awal 1970-an
Kumpulan Anak Alam

1974 Abdul Latif Mohidin telah


menghidupkan pendekatan yang
baru di kalangan ahli-ahli muda
dan menubuhkan
Kumpulan Anak Alam sebagai
kumpulan serpihan Angkatan
Pelukis SeMalaysia
Persatuan Pelukis Malaysia

Persatuan Pelukis Malaysia


ditubuhkan pada tahun 1980 dengan
hasrat untuk mewujudkan sebuah
badan yang yang betul-betul mewakili
pelukis, memperbaiki kedudukan
pelukis dan berkerjasama dengan
kerajaan mengenai hal-hal yang
berkait dengan seni lukis di Malaysia
dan luar Negara
Pusat Seni di USM
Penubuhan Pusat Seni di
Universiti Sains Malaysia pada
tahun 1984 telah melahirkan
guru-guru pemegang ijazah bagi
institut, maktab, dan
sekolah-sekolah serta para
profesional yang lebih maju dan
mahir dalam bidang seni halus.
Badan-badan swasta

Badan-badan swasta seperti


firma-firma petroleum, dan para
peminat seni yang berada, telah
mula membeli karya-karya untuk
dijadikan koleksi simpanan.
Sambutan ini menambahkan lagi
semangat dan minat
pelukis-pelukis tempatan untuk
menghasilkan karya yang lebih
tinggi mutunya.
Awal tahun-tahun 1980-an

Awal tahun-tahun 1980-an


mengemukakan bidang kanvas
yang lebih luas dan menarik
dengan munculnya catan
pemandangan yang mana,
sambungan akademik aliran
realisme dan karya-karya yang
menyedut inspirasi dari mitos
dan legenda yang kaya di rantau
ini.
Subjek-keadaan & peristiwa yang
berlaku dlm. negara

Kini terdapat artis yang


mendekatkan diri mereka kepada
subjek-subjek berkaitan
dengan keadaan dan peristiwa
yang berlaku dalam negara,
mereka yang bergerak ke arah
subjek berkaitan dengan metos
dan legenda, meneliti persolan
identiti kosmologi diri sendiri,
Subjek lain yang menarik.

kesamaran ruang gambaran,


warisan budaya serantau,
isu-isu sosial politik, keadaan
dalam kontek Islam, perluasan
tulisan seni khat, sifat-sifat
lahiriah
bahan, cabang nilai semasa dan
tradisi serta banyak pilihan subjek
lain yang menarik.
Perubahan yang luas dan cepat

Dalam jangka masa yang


begitu singkat, alam seni
Malaysia telah mengalami
perubahan yang luas dan
cepat,
Rentak perlahan – tempo rancak

daripada suasana
kedaerahan dan rentak
perlahan awal 1950-an
kepada tempo rancak serta
kaedah dan corak yang
beranika.
Membangkitkan perasaan

Seni lukis yang


membangkitkan perasaan,
mengusik intelek, dan mencuit
jiwa telah berkesan
Bentuk pernyataan yang bermakna

sebagai satu bentuk


pernyataan yang bermakna
dalam kebudayaan negara
kita yang hidup seger terus
berkembang bersama-sama
perkembangan politik,
ekonomi, dan sosial negara.
PENGURUSAN
KERJA

You might also like