Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/274066566

Pemupukan kreativiti dalam kalangan pelajar di peringkat Sekolah

Conference Paper · May 2013

CITATION READS

1 30,160

4 authors, including:

Nor azza Mohd khatib Rahman Saemah


Universiti Kebangsaan Malaysia 18 PUBLICATIONS 67 CITATIONS
16 PUBLICATIONS 133 CITATIONS
SEE PROFILE
SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

The need of digital Marketing Competencies among the disabled people View project

Subjective well-being View project

All content following this page was uploaded by Nor azza Mohd khatib on 26 March 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


1

Pemupukan kreativiti dalam kalangan pelajar di peringkat Sekolah


1
Nor Azzatunnisak binti Mohd Khatib & 2 Saemah Rahman
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Malaysia mengorak langkah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Seiring
dengan kemajuan tersebut, kreativiti menjadi satu keperluan setiap warganya untuk lebih
berdaya saing dan maju. Bidang pendidikan dijadikan sebagai satu medium untuk mendidik
warganya menjadi kreatif bermula diperingkat sekolah. Di sekolah, pembelajaran dan
pengajaran kreativiti dianggap luar daripada kurikulum dan dinilai secara berasingan. Namun
tidak dapat dinafikan terdapat faktor yang boleh mendorong ke arah melahirkan generasi
pelajar yang kreatif. Justeru itu, kajian ini akan membincangkan faktor-faktor yang boleh
memupuk kreativiti pelajar bertumpu kepada persekitaran bilik darjah. Kerangka konseptual
kajian ini berpandukan kepada konsep 4 ‘P’ yang diperkenalkan oleh Rhodes (1962). Kertas
kerja ini akan menghuraikan faktor-faktor yang berkait dengan personal, persekitaran, proses
dan produk. Implikasi daripada kajian ini dapat memberi input kepada pihak pendidik dan
komuniti untuk lebih memahami keperluan dan kepentingan memupuk kreativiti bermula dari
peringkat sekolah ke arah melahirkan generasi pelajar lebih kreatif dan inovatif.

Kata kunci: Pemupukan kreativiti, motivasi, stail kognitif, pelajar, persekitaran, sekolah.

Fostering creativity among student at the school level


1
Nor Azzatunnisak binti Mohd Khatib & 2 Saemah Rahman
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract
Malaysia moves towards becoming a developed nation by 2020. Along with the progress,
creativity becomes a necessity for every citizen to become more competitive and advanced.
Education field used as a medium to educate citizens to be creative started from the school
level. In school, learning and teaching creativity is considered outside of the curriculum and
assessed separately. But no doubt which there are factors that can lead to the creative
generation of students. Therefore, this study will discuss the factors that can foster student
creativity focused on the classroom environment. The conceptual framework of this study
based on the concept of 4 P's introduced by the Rhodes (1962). This paper will describe the
factors relate to person, environment, processes and products. The Implications of this study
will provide input to the educators and the community to better understand the needs and
interests of fostering creativity starting from school entry level in order to produce a
generation of students which more creative and innovative.

Keywords: Fostering creativity, motivation, cognitive style, student, environment, school.


2

PENGENALAN

Peradaban manusia semakin moden dan canggih. Perubahan dari aspek intelek, sosial dan
teknologi boleh dilihat sebagai komponen utama yang perlu dilengkapi oleh setiap individu
untuk lebih berdaya saing dan maju. Selari dengan kehendak semasa, keperluan kreativiti
menjadi satu wadah utama yang patut dipelajari serta dimiliki oleh setiap individu. Malaysia
mengorak dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Keperluan
kreativiti terhadap rakyatnya adalah semakin mendesak disebabkan oleh perkembangan pesat
yang berlaku dari segi infrastruktur, bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Keadaan ini
secara tidak langsung memberi kesan terhadap cara hidup penduduk di Malaysia secara
keseluruhannya. Penggunaan teknologi moden serta canggih dalam menjalani kehidupan
seharian membuatkan penduduknya tidak harus ketinggalan untuk mempelajari kreativiti agar
dapat dimanfaatkan dengan teknologi serta keperluan yang disediakan. Menyedari akan
hakikat bahawa perubahan akan terus berlaku seiring dengan zaman yang berubah dari masa
ke semasa membawa Malaysia mengiktiraf kreativiti sebagai satu bidang ilmu yang wajar
dikaji serta dipelajari bermula dari peringkat sekolah lagi. Bidang kreativiti bukanlah suatu
bidang yang baharu untuk diketengahkan. Ianya telah lama bertapak dalam sejarah kajian
mengenai psikologi.
Kreativiti mula dikaji sejak lebih satu abad yang lalu (Barbot et al. 2011). Kajian awal
mengenai kreativiti dimulakan oleh Terman pada tahun 1925 di ikuti oleh Wallas 1926 dan
kemudiannya oleh Lehman pada Tahun 1953. Sejak disiplin ini tumbuh dengan subur pada
awal tahun 1950-an, terdapat ribuan sarjana di seluruh dunia telah mengkaji serta menerokai
bidang kreativiti dengan lebih mendalam dan hasil kajian yang dijalankan banyak memberi
sumbangan terhadap pemantapan makna dan kepentingan kreativiti kepada masyarakat
umum. Beberapa sarjana yang memberi perubahan penting dalam disiplin ini termasuklah
Teresa Amabile, Margaret Boden, John Bransford, David Campbell, Mihaly
Csikszentmihalyi, Edward de Bono, R. Drazin, Peter Drucker, H.J. Eysenck, Howard
Gardner, M.A. Glynn, Stanley Gryskiewiczi, J.P. Guildford, Scott Isasen, R.K. Kazanjian,
Tony Buzan, J.P Guildford E. Paul Torrance dan lain-lain. Kebanyakan daripada mereka
telah menjalankan pelbagai penyelidikan, pemerhatian, perbincangan intelektual,
menghasilkan penerbitan yang berkaitan dengan kreativiti.
Pada masa kini kajian mengenai kreativiti masih lagi diberi perhatian. Ianya
merupakan satu fenomena kompleks melibatkan kemahiran kognitif, personaliti, motivasi dan
lain-lain (Karpova et al. 2011). Namun, kajian mengenai kreativiti dikecilkan skopnya
berdasarkan bidang yang diceburi. Kesesuaian makna untuk menggambarkan kreativiti juga
diberi tumpuan khusus. Matlamat utama kajian yang dijalankan tidak lain adalah berpaksikan
untuk mendalami kreativiti sehingga akar umbi bagi melihat sumbangan kreativiti itu sendiri
dalam melahirkan individu yang bukan sahaja kreatif malah juga inovatif dalam
menyumbangkan idea yang boleh memberi impak bermakna terhadap negara bahkan dunia
secara amnya. Dalam bidang pendidikan juga, kreativiti turut diberi penekanan di mana
sesetengah sarjana berpendapat bahawa adalah penting untuk menerapkan kreativiti di
peringkat sekolah kerana pembelajaran dan pengajaran bermula diperingkat akar umbi yakni
di sekolah.
Pelbagai isu diusulkan berkaitan dengan kreativiti disekolah yang melibatkan
pemupukan kreativiti dan halangan-halangan dalam usaha memupuk kreativiti diperingkat
sekolah. Salah satunya ialah di mana terdapatnya persekitaran sekolah yang menyekat
pemupukan kreativiti dan menganggap kreativiti sebagai satu kurikulum asing yang kurang
wajar diberi perhatian. Penilaian terhadap kreativiti juga dijalankan berasingan daripada
kurikulum sedia ada yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, terdapat
langkah atau faktor lain yang mampu memupuk kreativiti dalam kalangan pelajar diperingkat
3

sekolah. Maka, berdasarkan kewajaran ini, pengkaji cuba untuk meneroka beberapa faktor
yang mendorong kepada pemupukan kreativiti dalam kalangan pelajar diperingkat sekolah.
Dalam kertas konsep ini juga pengkaji menekankan makna kreativiti yang diberikan oleh
Rhodes sebagai satu garis panduan dalam menghuraikan mengenai faktor pemupukan
kreativiti dan proses yang harus dilalui oleh pelajar bagi memastikan kreativiti benar-benar
difahami serta diamalkan dalam kalangan pelajar.

KEPENTINGAN KREATIVITI

Kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama disedari.
Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik, dan ahli psikologi menyatakan
bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk disesebuah negara
terutamanya dalam era globalisasi di mana perubahan, cabaran dan persaingan sedang dan
akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang senantiasa
memastikan prasarana dan perkembangan teknologi dikecapi oleh setiap ahli masyarakat,
keperluan kreativiti tidak dapat dinafikan akibat daripada perubahan dasar kerajaan yang
lebih mementingkan sektor industri telah mengubah dan akan terus mengubah taraf dan corak
kehidupan masyarakat keseluruhannya. Kreativiti penting sebagai sumber ekonomi bagi abad
ke 21 (Florida, 2002).
Kreativiti dianggap sebagai mauduk dan agenda penting dalam mana-mana orientasi
pendidikan. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran
kelas pertama dalam abad ke-21. Untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada
pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi (petikan ucapan Menteri
pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin). Mengajar kreativiti sebenarnya penting untuk
mengarahkan pelajar untuk membantu dirinya memenuhi keperluan masa depan (Makel,
2009).

PENGERTIAN KREATIVITI

Perkataan “kreativiti” berasal daripada perkataan barat iaitu creativity yang bererti keupayaan
mencipta atau daya cipta (Hassan, 1997). Perkataan creativity pula berasal daripada perkataan
Latin iaitu “creare” yang bermaksud membuat”. Perkataan Greek pula menterjemahkan
“krainein” sebagai “memenuhi” (Young, 1999). Namun demikian, Torrance (1988),
menjelaskan dalam kajian beliau, adalah amat sukar atau mustahil untuk memberikan satu
definisi yang benar-benar tepat mengenai maksud kreativiti ini. Ianya adalah kerana ciri - ciri
kreativiti itu sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia
termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan perasaan (Torrance, 1998).
Dalam kajian ini pengkaji menggunakan klasifikasi elemen kreativiti yang
diperkenalkan oleh Rhodes (1987) untuk menjelaskan mengenai langkah-langkah dalam
menilai individu kreatif. Terdapat empat klasifikasi atau definisi yang diperkenalkan oleh
Rhodes yang menjadi kerangka untuk memahami keseluruhan penulisan ini. Kajian literatur
yang digunakan dalam kajian ini juga menyentuh kepada empat aspek ini bagi menjelaskan
pelajar kreatif berdasarkan personal, persekitaran, proses dan produk kreatif. Personal kreatif
didefinisikan sebagai tahap di mana individu kreatif kebiasaannya sedar bahawa keadaan
serta potensi yang dimiliki olehnya boleh mendorongnya untuk menjadi seorang yang kreatif.
Menurut Maslow (1995) bakat kreatif adalah melibatkan kecenderungan untuk melakukan
sesuatu dalam bentuk yang kreatif. Manakala Sternberg (2000) percaya kreativiti merupakan
pilihan dan kerana itu dalam bidang pendidikan semestinya pelajar diajar untuk membuat
keputusan ke arah melahirkan produk yang kreatif.
4

Manakala produk kreatif pula menurut Csikszentmihalyi (1996) kreativiti merupakan idea,
tindakan atau poduk yang berubah daripada bentuk yang sedia ada kepada suatu yang lebih
baru. Amabile (1989) pula melihat dari perspektif yang berbeza di mana beliau
mendefinisikan kreativiti apabila memenuhi dua kritieria iaitu produk mestilah berbeza dari
segala aspek dan tidak hanya berbeza, ia juga mestilah betul, bermakna, memenuhi pasaran,
dan berguna untuk memenuhi sesuatu matlamat. Amabile membuat kesimpulan bahawa
kreativiti merupakan kebolehan untuk menghasilkan sesuatu produk yang baru dan
penyelesaian terhadap perkara yang kabur, kompleks dan berdaya saing. Produk kreatif
dalam kajian ini merujuk kepada hasil atau outcome yang dimiliki oleh pelajar iaitu dilihat
dari segi pengamalan kreativiti dalam kalangan pelajar.
Bagi proses kreatif memerlukan individu manipulasi maklumat sedia serta menyusun
semula berdasarkan pengalaman yang dilalui. Ahli psikologi humanistik percaya kreativiti
merupakan suatu gerak balas individu terhadap keperluan dalaman asas (basic inner needs)
yang dibentuk untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Bagi memahami suatu proses
kreatif yang dilalui Berjaya atau sebaliknya, penilaian terhadap laporan kendiri atau
eksperimen boleh dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan serta pengamalan kreativiti
dalam kalangan pelajar. Berdasarkan penilaian laporan yang diperolehi, guru boleh menilai
tahap sebenar kreativiti dalam kalangan pelajar.
Persekitaran atau press pula didefinisikan sebagai persekitaran keseluruhannya tidak
hanya bergantung kepada persekitaran kreatif semata-mata. Bagaimanapun, kepentingan
persekitaran sangat dititik beratkan (Amabile, 1989). Tidak boleh dinyatakan secara spesifik
bahawa aspek persekitaran kreatif mana yang paling memainkan peranan penting dalam
melihat potensi kreatif individu (Baer & Kauffman, 2005). Namun, bagi keperluan kajian ini
kepustakaan ini pengkaji menggunakan persekitaran pembelajaran kreatif yang memberi
fokus kepada persekitaran kreatif iaitu persekitaran sekolah dalam mendorong pelajar untuk
lebih kreatif dan inovatif di mana tumpuan adalah berdasarkan kendiri pelajar dan adaptasi
persekitarannya.

KREATIVITI & PENDIDIKAN


Pada awal kajian mengenai kreativiti ianya dianggap bidang yang memainkan peranan
penting hanya dalam bidang tertentu seperti seni dan sastera sahaja. Namun, kini para
penyelidik mendapati kreativiti turut memainkan peranan penting dalam bidang-bidang
pentadbiran, perniagaan, keusahawanan, sains, metamatik, seni bina, kejuruteraan dan sukan
(Newton & Newton, 2010; Kreitler & Casakin, 2009; Miller, 2007). Makel (2007) juga
bersetuju bahawa kreativiti penting terhadap pelbagai bidang. Beliau menambah kreativiti
adalah lebih penting terhadap pembangunan individu dan masyarakat terutama dalam dunia
professional. Apabila perubahan dan peredaran zaman berlaku, keperluan kreativiti semakin
disedari dan dilihat penting dalam bidang pendidikan terutama dalam menerapkan kreativiti
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bilik darjah.
Sebelum tahun 1960, sistem pendidikan didominasi oleh pendekatan yang telah
diperkenalkan oleh Binet dan Terman iaitu berkaitan dengan kepintaran (intelligent). Sejak
itu, sistem pendidikan lebih berorientasikan kepintaran dari peringkat prasekolah hinggalah
ke institusi pengajian tinggi. Dominasi kepintaran telah memberi kesan yang amat besar
terhadap pembangunan manusia secara menyeluruh. Inovasi pembangunan kurikulum yang
berpusatkan kepada kepintaran berfikir secara integratif, inovatif dan menyeluruh berlaku
secara besar-besaran selepas J. P Guildford dalam ucap utamanya sebagai Presiden Psikologi
Amerika Syarikat mengkritik apa yang berlaku terhadap perkembangan budaya penyelidikan
dalam sains kognitif yang lebih memberi tumpuan terhadap pemikiran convergent berbanding
5

divergent (Ruggiero, 2001). Selepas itu, tumpuan banyak diberikan terhadap kebolehan
berfikir kreatif dan sekaali gus menjadi suatu disiplin penting dalam dunia psikopendidikan.
Pada mulanya kreativiti lebih dikenali dan hanya diiktiraf penting dalam bidang
tertentu sahaja. Kreativi merupakan suatu domain yang semakin mendapat tempat di hati
pengkaji merentas semua bidang. Tidak dapat dinafikan bahawa kreativi mampu membawa
perubahan besar terhadap suatu bidang jika sekirannya hasil ciptaan atau cetusan idea yang
ditonjolkan mampu memberi kejutan kepada semua pihak. Kreativiti sememangnya diperakui
penting oleh beberapa sarjana seperti Amabile (1983), Piirto, Guilford (1960) dan beberapa
sarjana lain. Namun demikian, ianya bergantung kepada definisi yang diberikan berdasarkan
bidang masing-masing (Bahia, 2009). Walaupun dalam pendidikan kreativiti kurang diberi
penekanan, namun kepentingannya amat dirasai terutama dalam memastikan pelajar berdaya
saing dan maju seiring dengan matlamat atau Falsafah Pendidikan Negara. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan definisi yang diperkenalkan oleh Rhodes (1962) di mana melibatkan
empat P iaitu, personal, persekitaran, proses dan produk.

FAKTOR YANG MENDORONG PEMUPUKAN KREATIVITI DI PERINGKAT


SEKOLAH

Dalam kertas konsep ini, pengkaji menggunakan definisi yang diperkenalkan oleh Rhodes
iaitu empat tahap bagi menjelaskan bagaimana pemupukan kreativiti boleh berlaku dan
melahirkan pelajar kreatif. Berdasarkan definisi oleh Rhodes (1961/1987) iaitu personal
melibatkan pemikiran atau kognitif. Manakala, proses melibatkan penghasilan idea, press
pula merujuk kepada pengaruh persekitaran dan yang akhir iaitu produk merujuk kepada
kreativiti diintepretasikan melalui aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Pendekatan yang
dikenali sebagai empat ‘P’ ini menunjukkan penilaian terhadap kreativiti merupakan suatu
bidang yang luas untuk dan bukan hanya tertumpu kepada penilai produk semata-mata tetapi
pada karakteristik person, persekitaran dan proses yang melibatkan kreativiti (Plucker,
Baghetto & Dow, 2004). Bagi mencapai satu tahap untuk melabelkan seseorang individu
kreatif, suatu proses yang heuristik perlu dilalui dan amat sukar untuk mendefinisikan
kreativiti secara tepat. Pengkaji menumpukan bagaimana elemen personal, persekitaran dan
produk dapat memupuk individu kreatif. Beberapa faktor berdasarkan literatur boleh
menyumbang ke arah pemupukan kreativiti dengan pemupukan kreativiti dalam kalangan
pelajar iaitu, motivasi, stail kognitif dan beberapa faktor lain.
Motivasi merupakan satu dorongan untuk meningkatkan keinginan diri pelajar
menanam minat serta usaha mendalami kreativiti. Motivasi dan stail kognitif dilihat dari
konteks personal di mana faktor ini dijadikan indikator untuk memupuk serta mendorong
individu agar menjadi lebih kreatif. Terdapat dua kategori motivasi iaitu intrinsik dan
ekstrinsik. Konsep motivasi sebagai dorongan ke arah melahirkan individu kreatif disokong
oleh (Amabile, 1983; Snape et al. 2013). Menurut Amabile, motivasi intrinsik dan ekstrinsik
mampu membuatkan individu terdorong untuk meningkatkan kreativiti dalam diri mereka
melalui dorongan diri sendiri dan dorongan luar seperti ganjaran. Hal ini disokong oleh kajian
yang dijalankan oleh Balankrishnan (2007), di mana hasil kajian beliau menunjukkan bahawa
motivasi intrinsik mempunyai hubungan positif dengan kreativiti. Ganjaran juga dilihat
sebagai perantara dalam menarik minat pelajar untuk menjadi lebih kreatif. Pelajar yang
bermotivasi tinggi menunjukkan minat, tumpuan serta fokus dalam mendalami kreativiti.
Guru mengalakkan motivasi pelajar melalui kerjasama kumpulan dan inisiatif menyiapkan
projek kreatif yang diberikan (Snape et al. 2013). Manakala, Miller (1999) pula melihat
motivasi sebagai satu set gerak balas yang dipelajari. Setiap individu dapat menyediakan satu
situasi yang akan memotivasikan diri sendiri disebabkan oleh keperluan, jangkaan dan
prospek masing-masing.
6

Stail kognitif. Bagi memupuk kreativiti, pelajar perlu mempunyai kemahiran khusus
dalam bidang tertentu, berfikir secara divergen dan konvergen serta mempunyai kapasiti stail
kognitif yang tinggi untuk menganalisa dan mensintesis masalah. Pelajar juga perlu
mempunyai strategi penilaiannya sendiri terhadap kemampuan menghasilkan idea yang
baharu dan asli (Cropley & Urban, 2000). Bagi menghasilkan idea yang sebegini, interaksi
antara guru dan pelajar berperanan penting dalam memupuk kreativiti serta penjanaan idea di
mana galakan daripada guru dengan mengemukakan soalan bebentuk terbuka merupakan
salah satu cara untuk mendorong pelajar menjadi lebih kreatif. Secara tidak langsung proses
kognitif dan penjanaan idea kreatif akan berlaku. Croopley (1997) menjelaskan ciri-ciri
tingkahlaku guru seperti memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dijadikan
asas kepada pemikiran divergen Mohd Mohsin & Nasruddin (2008).
Persekitaran juga turut membantu ke arah pemupukan kreativiti dalam kalangan
pelajar di mana elemen press merujuk kepada persekitaran sekolah. Persekitaran atau press
dilihat dari aspek Interaksi guru dan pelajar. Terdapat bukti kukuh mengenai hubungan antara
guru dan pelajar ke arah pemupukan kreativiti (Davies et al. 2013; Addison et al. 2010;
Jeffrey, 2006). Burgess & Addison (2007) menyokong bahawa kreativiti pelajar berkait juga
dengan peluang secara kolaboratif melalui sokongan guru. Gandini et al. (2005) membuat
kesimpulan bahawa persekitaran antara guru dan pelajar melalui tingkahlaku kreatif seperti
perkongsian idea dan kebebasan meluahkan pendapat boleh mendorong pemupukan kreativiti
pelajar. Manakala, Burnard et al. (2006) percaya bahawa pelajar perlu lebih masa untuk
menghasilkan idea kreatif. Beliau berpendapat bahawa interaksi guru dan pelajar boleh
meningkatkan kreativiti pelajar di sekolah. Kajian oleh Yahaya Buntat & Nor Sharliana
(2011) mendapati persekitaran mempunyai hubungan signifikan dengan kreativiti. Pelajar
merasa selesa untuk berkreativiti apabila persekitaran sekolah berada dalam keadaan tetap
dan harmoni.
Proses kreatif berkaitan dengan fungsi kognitif di mana melibatkan luahan idea
(Batey, 2012). Menurut Baghetto & Kauffman (2009, proses juga dikaitkan dengan analisis
makna mengenai cetusan idea kreatif yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran di mana
persekitaran menggerakkan pemikiran pelajar untuk berfikir secara kreatif. Persekitaran
menurut Batey (2012) boleh diakses melalui sosio budaya iaitu interaksi dengan keadaan
semasa seperti bilik darjah, persekitaran sekolah atau organisasi. Kebiasaannya proses kreatif
dapat dilihat berdasarkan laporan kendiri pelajar dan penilaian terhadap produk di mana
produk merujuk kepada amalan kreativiti dalam diri pelajar.
Produk kreatif dapat dilihat berdasarkan idea yang asli dan baharu serta berguna
untuk diaplikasikan (Rhodes, 1987; Mumford, 2003). Dalam konteks kajian ini, pengkaji
melihat produk kreatif berdasarkan amalan kreativiti dalam kalangan pelajar. Dilielio et al.
(2008) melihat amalan kreativiti sebagai peluang yang wujud untuk menggunakan kemahiran
kreativiti dalam sesuatu perkara. Batey (2012) melihat pelajar mampu menghasilkan produk
kreatif di mana bantuan guru adalah perlu untuk membantu pelajar bagi mengarah pemikiran
kreatif pelajar melalui penghasilan idea kreatif yang berguna dan boleh diadaptasi. Eason
(2009) kreativiti tidak bergantung kepada produk akhir untuk dinilai. Barbort et al. (2012)
melihat bahawa pelajar cemerlang kebiasaannya terdiri daripada kalangan pelajar yang
kreatif. Walau bagaimanapun, keempat-empat faktor yang dinyatakan sebenarnya berkait
rapat antara satu sama lain dalam memastikan keberkesanan pemupukan kreativiti di
peringkat sekolah. ianya tidak boleh berdiri secara bebas tanpa sokongan faktor-faktor lain.
7

PENUTUP

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa transformasi pendidikan telah mengubah


pendekatan yang sewajarnya digunakan untuk meningkatkan kemampuan pelajar agar lebih
berdaya saing dan maju. Tambahan pula kepentingan kreativiti dan inovasi semakin diakui
dan pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk menyediakan pelajar serta masyarakat
yang mampu bersaing dengan arus globalisasi dan kemajuan. Faktor individu iaitu personal
persekitaran, proses dan produk merupakan faktor-faktor yang boleh merangsang serta
mendorong kea rah pemupukan kreativiti pelajar diperingkat sekolah seperti mana yang
dijelaskan dalam kajian kepustakaan. Bagi memastikan pembudayaan kreativiti diperingkat
sekolah berlaku, usaha yang berterusan sangat penting dijalankan untuk memupuk kreativiti
bermula diperingkat sekolah lagi. Kejayaan usaha ini sangat bergantung kepada bagaimana
faktor personal iaitu individu serta proses yang dialami oleh pelajar dalam membantu diri
mereka untuk menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Guru pula berperanan penting untuk
memotivasikan pelajar, meningkatkan efikasi kendiri serta keupayaan kognitif pelajar
bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu menjana idea yang baharu dan asli bukan
sahaja melalui persekitaran sekolah pelbagai dimensi bagi membangunkan anak bangsa yang
kreatif dan inovatif. Manakala, polisi serta sistem pelajaran sedia ada perlu pertingkatkan
agar lebih seimbang dan bukan hanya bertumpu kepada orientasi peperiksaan semata-mata
tetapi menyediakan lebih ruang yang akan dapat meningkatkan kreativiti serta potensi minda
pelajar ke tahap yang optimum.

RUJUKAN

Addison, N., Burgess, L., Steers, J., & Trowell, J. 2010. Understanding arts education:
engaging reflexively practice. London: Routledge.
Amabile, T. M. 1983. The motivation to be creative. In isaksen, S. G. frontiers of creative
research beyond the basic. Pp 223-254. New York: Bearly limited.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_01/Kreativiti-
inovasi-dalam-pendidikan#ixzz2QmyFie4p. © Utusan Melayu (M) Bhd.
Balankrishnan, B. 2007. Skim ganjaran wang kertas terhadap kreativiti. Penerbit Universiti
Malaysia Sabah.
Batey, M. 2012. The instrument of creativity: from definitional consensus to the introduction
of a new heuristic framework. Creativity Research Journal. 24(1):55-65.
Barbot, B., Besancon, M., & Lubart, T. I. 2011. Assessing creativity in the classroom. The
Open Education Journal. 4(1):58-66.
Burnard, P., Craft, A & Cremin, T. 2006. Documenting possibility thinking: a journey of
collaborative enquiry. International Journal of Early Years Education. 14(3):243-262.
Burgess, L., & Addison, N. 2007. Condition of learning: partnership for engaging pupils with
contemporary arts. JADE. 26(2): 185-198.
Cropley, A. J. 2001. Creativity in Education and Learning a guide for Teachers and
educators.
Davies, D., Snape, D. J. Collier, C., & Digby, R. 2013. Creative learning environment in
education-a systematic literature review. Journal of thinking skills and creativity.
8:80-91.
Diliello, T., C., Houghton, J., D.& Dawley, D. 2011. Narrowing the creativity gap: the
moderating effects of perceived support for creativity. The Journal of Psychology.
2011.145(3):151-172.
Eason, R., Diannangelo, D. M & Franceschini. 2009. A look at creativity in public and
private schools. Journal of Thinking Skills & Creativity. 4:130–137.
8

Karpova, E., Marcketti, S. B., & Jessica, B. 2011. The efficacy of teaching creativity;
Assessment of student creative thinking before and after exercises. Clothing & textiles
Research Journal. 29(1): 52-66.
Makel, M. C. 2009. Help us creativity researchers, you’re our only hope. Journal of
Creativity and Arts. 3(1):38-42.
Mohammad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. 2008. Peranan guru dalam
memupuk kreativiti pelajar. Jurnal Pengajian Umum. Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bil. 9:58-71.
Mohammad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. 2008. Halangan-halangan kepada
usaha memupuk kreativiti dalam kalangan pelajar. Prosiding SKIKS 08. 89-96.
Mumford, M. D. 2003. Taking stock in taking stock. Creativity Research Journal. 15:147-
151.
Plucker, J. A., Baghetto, R. A., & Dow, G. T. 2004. Why isn’t creativity more important to
educational psychologist? Potentials pitfalls, and future directions in creativity
research. Educational Psychologist. 39: 95-104.
Rhodes, M. 1987. An analysis of creativity. In S. G. Isaken (Ed.) Frontiers of creativity
research: beyond the basics. 216-222.
Snape, D., J., Davies, D., Collier, C. Howe, A. Digby, R., & Hay, P. 2013. The impact of
creative learning environment on learners; a systematic literature review. Impoving
School. 16(1)21-31.
Yahaya Buntat & Noor Sharliana Mat Nasir. 2011. Faktor-faktor mendorong kreativiti di
kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Educational Pscyhology
and Counseling. 2: 175-208.

View publication stats

You might also like