1. Ujian Tilawah dan Hafazan Al-Quran adalah WAJIB.
2. Setiap calon perlu menjawab soalan yang terdiri daripada : a. Tilawah Al-Quran (makhraj, kelancaran, tajwid) b. Tajwid (berdasarkan teks tilawah Al-Quran yang sama)- 10 soalan c. Soalan tersebut dibahagikan mengikut aras iaitu i. Rendah – Guru tunjuk dan pelajar jawab ii. Sederhana – Pelajar cari dalam teks berdasarkan soalan guru iii. Tinggi – Pelajar cari dalam teks dan huraikan berkenaan hukum berkenaan d. Soalan-soalan tajwid berikut dijawab berdasarkan tajuk-tajuk berikut : i. Hukum Mad (mad asli, mad a’rid lisukun, mad jaiz munfasil, mad wajib muttasil ii. Hukum Nun Mati dan Tanwin iii. Hukum Mim Mati iv. Hukum Nun dan Mim Bersyaddah v. Hukum Lam (qamariah-syamsiah) vi. Hukum Lam Lafzul Jalalah (tafkhim-tarqiq) vii. Hukum Ra’ (tafkhim-tarqiq-tafkhim aula-tarqiq aula) e. Hafazan Al-Quran (10 soalan) 3. Masa yang diperuntukkan bagi setiap calon ialah 15 minit sahaja 4. Markah penuh bagi ujian ialah 100 markah a. Tilawah bacaan = 20 markah b. Tajwid = 30 markah c. Hafazan = 50 markah تالوة القرآن حفظن القرآن SOALAN PERTAMA : Bacakan dari awal Surah. 1. Al-Qadr 2. Al-‘Ala 3. Al-Bayyinah 4. Al-Fajr 5. Al-Balad 6. Al-‘Alaq 7. Al-‘Adiyat 8. As-Syams 9. Al-Lail