Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR

KAJIAN KES SEJARAH


TINGKATAN 4 2022

BAB 3:
KESAN-KESAN PERANG DUNIA KEDUA

Nama Pelajar: Kuhen Ravendran


Tingkatan : 4K
Nama Guru : Pn. Anita Paramasvaran
PENDAHULUAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu melengkapkan kajian kes
sejarah tingkatan 4 mengenai kesan-kesan Perang Dunia Kedua.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepda guru sejarah saya, iaitu Cikgu Anita
yang telah membantu dalam menyiapkan kajian kes ini. Saya menghargai segala
bimbingan dan tunjuk ajar Cikgu Anita sepanjang kajian kes ini dijalankan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada ibu bapa dan datuk
saya kerana telah memberi input dan idea-idea yang relevan untuk kajian kes ini.
Tanpa sokongan dan dorongan mereka, sudah tentu kajian kes ini tidak dapat
disiapkan.

2
1.0 PERNYATAAN MASALAH

Perang Dunia Kedua (WW2) berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945.
Perang Dunia Kedua bukan sahaja melibatkan negara-negara di Eropah malah
melibatkan negara-negara di Asia dan Kepulauan Pasifik. Perang yang
melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi ini
dikatakan meninggalkan impak yang berlanjutan sehingga hari ini.
Perihalkan kesan Perang Dunia Kedua secara keseluruhan.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Menurut penulisan Keith Lowe dalam bukunya “The Fear and the Freedom:
How the Second World War Changed Us” telah menjelaskan kesan Perang
Dunia Kedua yang nyata ialah kehilangan nyawa dan kemusnahan di seluruh
dunia. Walaupun bilangan sebenar kehilangan nyawa tidak dapat
dikenalpasti, sejarah moden mengganggarkan sejumlah enam puluh lima juta
nyawa terkorban termasuk mangsa pembersihan etnik yang dijalankan oleh
pihak Nazis.

2.2 Menurut penulisan Susan M. Hartmann dalam bukunya “The Homefront and
Beyond: Women in the 1940s (1982)” telah menjelaskan impak Perang Dunia
Kedua ke atas kehidupan wanita. Antara perubahan yang ketara ialah
penampilan sejumlah besar wanita dalam pakaian seragam. Ramai wanita
telah melibatkan diri dalam Army Nurses Corps, the WAVES, dan the Navy
Nurses Corps. Perang ini juga telah mengubah imej dan perwatakan Wanita.
Contohnya, "Rosie the Riveter" telah menjadi symbolik kepada Wanita dalam
industri pertahanan.

3
2.3 Menurut penulisan Benn Steil dalam bukunya “The Marshall Plan: Dawn of
the Cold War” telah menjelaskan bahawa Perang Dunia Kedua telah
mengakibatkan berlakunya Perang Dingin yang bermula seawal tahun 1947.
Semasa Perang Dunia Kedua, pihak bersekutu bergabung dengan Soviet
Union untuk mengalahkan Third Reich dan sekutunya. Setelah berakhirnya
Perang Dunia Kedua, kedua-dua blok politik ini berlawan sesama sendiri
untuk mengekalkan pengaruh terhadap dunia.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengetahui latar belakang dan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya


Perang Dunia Kedua.

3.2 Membuat interpretasi tentang kesan Perang Dunia Kedua dari pelbagai aspek
yang berbeza.

3.3 Mengamalkan nilai toleransi untuk menjamin keamanan negara.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam melengkapkan kajian kes ini
seperti berikut:

4.1 Kaedah Melayari Internet


Saya telah merujuk beberapa laman sesawang untuk mengumpul maklumat
tentang latar belakang dan kesan-kesan Perang Dunia Kedua.

4
4.2 Kaedah Pembacaan
Saya telah menganalisis Buku Teks Tingkatan 4 dan buku rujukan lain serta
sumber sejarah bertulis seperti laporan seharian pegawai bagi memperoleh
maklumat berkaitan dengan kronologi dan latar belakang Perang Dunia
Kedua.

4.3 Kaedah Temubual


Saya telah menemubual orang sumber yang bernama T.S. Moorthy, berumur
80 tahun dan beralamat di A-9-2 Apartment Seri Gembira, Taman Bamboo,
Kuala Lumpur berkaitan kesan-kesan Perang Dunia Kedua terhadap
kehidupan sehariannya dan di Tanah Melayu secara umum.

5.0 LAPORAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

Perang Dunia Kedua ialah perang dunia yang telah berlangsung dari tahun
1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini melibatkan sebahagian besar
negara-negara dunia termasuklah semua kuasa besar yang membentuk dua
pakatan tentera yang utama iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi. Perang
Dunia Kedua juga merupakan konflik yang paling banyak menyebabkan
kematian dalam sejarah manusia, yang telah mengorbankan kira-kira 70
hingga 85 juta nyawa, dengan lebih banyak orang awam terbunuh berbanding
anggota tentera. Puluhan juta orang terkorban disebabkan oleh genosid,
pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan penyakit. Pesawat udara turut
memainkan peranan penting dalam perang ini, yang meliputi pengeboman
strategik terhadap pusat penduduk serta pembangunan senjata nuklear dalam
perang.

5
Peperangan ini juga memperlihatkan Amerika Syarikat keluar daripada dasar
mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman, Jepun
sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan
Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia yang membawa kepada Perang
Dingin. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Oktober 1945 selepas tamatnya
perang tersebut, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar
pertelingkahan yang berskala besar dan membinasakan tidak akan berlaku lagi
buat selama-lamanya

5.2 Latar Belakang

Cara layanan pihak yang menang terhadap Republik Weimar melalui


Perjanjian Versailles yang membebankan dan dianggap berat sebelah selepas
Perang Dunia Pertama serta kemelesatan besar ekonomi dunia iaitu Zaman
Meleset (Great Depression) menyebabkan pergerakan pelampau nasionalis
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional atau Parti Nazi iaitu Adolf Hitler
merebut kuasa di Jerman. Disebabkan keadaan politik yang rapuh, beliau
berjaya menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa penuh negara
Jerman. Adolf Hitler yang mencabuli syarat Perjanjian Versailles selepas
Perang Dunia I, membangunkan semula tentera Jerman melalui
perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Beliau
menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa
persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British,
beliau menyerap sebahagian dari Czechoslovakia.

Pada tahun 1922, fasis Benito Mussolini dan partinya Parti Fasis Nasional
bangkit memegang kuasa di Itali. Mussolini berkongsi sebahagian matlamat

6
ideologi dengan sosialis Kebangsaan Jerman, dan kedua-dua buah negara
tersebut membentuk sebuah perjanjian perikatan ketenteraan yang dikenali
sebagai "Paksi Rome-Berlin" pada tahun 1936 sebagai langkah pertama
membentuk Kuasa Paksi.

Langkah kedua yang hampir serentak ialah penandatanganan Pakatan Anti-


Comintern pada November 1936, iaitu perjanjian anti-komunis antara Jerman
dan Jepun. Itali menyertai Pakatan itu pada tahun 1937. "Paksi Rome–Berlin"
kemudian menjadi satu perikatan ketenteraan dan politik yang diformalkan
pada tahun 1939 dan dipanggil "Pakatan Besi". Pakatan Tiga Pihak akhirnya
dibentuk pada tahun 1940 yang membawa kepada penyepaduan matlamat
ketenteraan Jerman, Itali dan Jepun. Pakatan tersebut turut disertai oleh
negara negara kecil yang lain.

Sebagai tindak balas terhadap Kuasa Paksi, Pihak Bersekutu telah dibentuk,
melalui Deklarasi 1 Januari 1942, sebagai usaha untuk menentang Pihak Paksi
dan menghentikan operasi pencerobohan oleh Jerman, Jepun dan Itali.

5.3 Faktor- Faktor yang Menyebabkan Perang Dunia Kedua

5.3.1 Perjanjian Versailles yang Berat Sebelah

Perjanjian ini ditandatangani bagi menamatkan Perang Dunia Pertama.


Syarat-syarat perjanjian ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan pemimpin dan rakyat jerman. Antara syarat tersebut ialah
sebahagian besar wilayah dan tanah jajahan takluk Jerman telah diserahkan
kepada pihak yang menang. Selain itu, Jerman turut dikehendaki
membayar US$33 bilion kepada Pihak Bersekutu dan perlu mengehadkan

7
jumlah dan kuasa angkatan tentera laut dan darat Jerman. Seterusnya,
pasukan tentera Jerman mesti dihadkan kepada 100 000 orang dan dilarang
memiliki kapal selam dan tentera udara. Jerman juga dilarang
menempatkan pasukan tentera mereka di Rhineland. Perjanjian ini
dianggap tidak adil dan dan menjejaskan maruah serta kedaulatan negara
Jerman. Itali juga tidak berpuas hati terhadap perjanjian ini kerana tidak
diberikan tanah jajahan seperti yang diterima oleh Perancis dan British.

5.3.2 Kemunculan Adolf Hitler

Selepas Perang Dunia Pertama, keadaan politik di Jerman tidak stabil.


Jerman tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pihak yang
memenangi peperangan tersebut. Keadaan politik di Jerman tidak menentu
ekoran perebutan kuasa oleh Pelampau Nasionalis. Situasi ini memberi
peluang kepada Adolf Hitler untuk mengukuhkan kedudukan dan kuasa di
Jerman. Parti Sosialis Kebangsaan pimpinan Adolf Hitler membentuk
kerajaan baru di Jerman (1933). Parti ini berjaya mengatasi masalah
pengangguran dan memulihkan keadaan ekonomi di Jerman dan semangat
kebangsaan rakyat Jerman dengan menghapuskan syarat-syarat perjanjian
Versailles. Beliau bertindak membangunkan Jerman sebagai kuasa besar
dan menubuhkan angkatan tentera darat, laut dan udara yang dilengkapi
dengan peralatan yang canggih.

5.3.3 Kepentingan Imperialis

Jerman, Itali dan Jepun ingin mengukuhkan kedudukan mereka dengan


menguasai tanah-tanah jajahan. Mereka ingin bersaing dengan AS, Britain
dan Perancis yang memiliki tanah jajahan yang luas. Kebangkitan
imperialisme mendorong Jerman, Itali dan Jepun melancarkan peperangan.

8
Tentera Jerman telah mencabuli Perjanjian Versailles dengan menduduki
Rhineland (1936). Jerman telah menguasai Austria dan menawarkan
Czechoslovakia (1939). Pada oktober 1935, Itali menerang Habsyah dan
berjaya menguasainya. Itali berjaya menguasai Albania (1939). Tentera
Jepun telah menyerang Manchuria dan berjaya menawannya. Jepun juga
menyerang China (1937).

5.3.4 Masalah Wilayah Saar

Selepas tamat perang, Wilayah Saar (kawasan yang kaya dengan arang
batu) telah diserahkan kepada Perancis. Wilayah Saar diletakkan di bawah
Pengawasan Liga Bangsa- Bangsa bagi tempoh 15 tahun. Perancis
dibenarkan menguasai aktiviti perlombongan di daerah berkenan bagi
tempoh tersebut. Kedudukan Wilayah Saar akan ditentukan menerusi
pungutan suara. Isu penyerahan wilayah Saar telah menyebabkan Jerman
berasa tidak puas hati.

5.3.5 Kemunculan Ideologi Baharu

Bagi mengatasi masalah yang wajud akibat kemelesetan ekonomi,


penduduk Itali dan Jerman mengadakan gerakan politik radikal. Gerakan
ini dipimpin oleh pemimpin nasionalis berfahaman melampau, iaitu
fasisme di Itali dan nazisme di Jerman.

Gerakan fasisme di bawah pimpinan Benito Mussolini dan parti Fasis


berjaya menguasai kerajaan Itali pada tahun 1922. Fasisme memberikan
keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu dan
percaya kepada nasionalisme melampau termasuk berperang bagi
meningkatkan imej negara. Bagi memulihkan semula imejnya, Itali

9
meluaskan tanah jajahan dengan menguasai Habsyah (Ethiopia) dan
Albania.

Gerakan nazisme di bawah pimpinan Adolf Hitler dan parti Nazi berjaya
membentuk kerajaan di Jerman pada tahun 1933. Nazisme mengagungkan
bangsa Aryan. Hitler berusaha untuk memulihkan nasionalisme Jerman
dengan mengetepikan Perjanjian Versailles. Hitler membina angkatan
tentera semula dan seterusnya menduduki Rhineland semula, wilayahnya
yang hilang melalui Perjanjian Versailles.

5.3.6 Kemelesetan Ekonomi

Masalah pengangguran dan inflasi akibat kenaikan harga barang di negara


Jerman dan Itali. Pemimpin menjalankan dasar peluasan kuasa bagi
mengatasi masalah ekonomi. Kesannya, mereka mendapat pasaran, bahan
mentah, dan makanan bagi keperluan pendudukan tempatan. Tentera yang
memperjuangkan dasar peluasan kuasa mendapat sokongan daripada
rakyat Jepun.

5.3.7 Penolakan Perjanjian

Pelbagai langkah diambil dalam Persidangan Damai Paris untuk


mengurangkan kekuatan tentera. Namun, Hitler telah mengisytiharkan
bahawa beliau tidak akan menerima syarat-syarat yang ditetapkan dalam
perjanjian Versailles dan Persidangan Damai Paris. Jerman menarik diri
daripada Liga Bangsa- Bangsa dan seterusnya melancarkan serangan
terhadap Czechoslovakia dan Austria.

10
5.3.8 Kebangkitan Golongan Tentera di Jepun

Golongan tentera mula menguasai politik dan mempengaruhi dasar negara


Jepun. Golongan ini menjalankan dasar peluasan kuasa bagi mendapatkan
tanah jajahan. Jepun bertindak melancarkan serangan terhadap Manchuria
(1932) dan menawan negara tersebut. Jepun juga melancarkan serangan
terhadap China (1937). Jepun ingin menguasai Asia Tenggara yang kaya
dengan bahan mentah serta bahan makanan seperti beras. Golongan
tersebut merancang menubuhkan Lingkungan Kesemakmuran bersama
Asia Timur Raya meliputi Asia tenggara, Jepun, dan China. Amerika
Syarikat mulai bimbang dan menentang peluasan kuasa Jepun tersebut.

5.3.9 Kegagalan Liga Bangsa- Bangsa

Jerman, Jepun, dan Itali bertindak meluaskan kuasa serta menakluk negara-
negara lain. Contohnya, Jerman menawan Austria, Jepun menakluk
Manchuria, manakala Itali menyerang dan menakluk Abyssinia. Ini jelas
menunjukkan Liga Bangsa- Bangsa gagal dalam menyekat pencerobohan
negara-negara tersebut.

11
5.4 Kronologi Perang Dunia Kedua

12
13
5.4 Kesan Perang Dunia Kedua

5.4.1 Aspek Politik

i) Penubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu


Bangsa- Bangsa Bersatu bertujuan memelihara keamanan dunia dan
menghalang peperangan sebegini daripada berulang. PBB memberikan
bantuan kemanusian serta mencegah wabak penyakit berjangkit. PBB
menggantikan Liga Bangsa- Bangsa yang ditubuhkan selepas Perang
Dunia Pertama kerana Liga Bangsa- Bangsa gagal menghentikan
peperangan.

ii) Dekolonisi
Perang Dunia Kedua membangkitkan semangat kebangsaan dalam
kalangan penduduk di Asia dan Afrika dan mereka menentang
percubaan penjajah. Negara- negara tersebut berjuang untuk
memperoleh kemerdekaan dan menentukan nasib negara dan bangsa
mereka sendiri. Kos peperangan yang tinggi menyebabkan negara-
negara Eropah mengalami masalah kewangan untuk mengurus tanah-
tanah jajahan mereka. Negara- negara Eropah memulakan proses
dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah
jajahan mereka. Contohnya, India dan Pakistan mencapai kemerdekaan
daripada Britain pada Ogos 1947. Malaysia dan negara-negara di Asia
Tenggara turut mencapai kemerdekaan. Indonesia merdeka daripada
Belanda dan IndoChina merdeka daripada Perancis.

iii) Perang Dingin


Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia selepas
Perang Dunia Kedua. Hubungan A.S dan Rusia menjadi tegang semasa

14
Persidangan Yalta (1945). Rusia menolak tuntutan A.S untuk
mengadakan pilihan raya bebas di negara-negara Eropah Timur
di Persidangan Potsdam. Kesannya, kerajaan bercorak demokrasi
di Eropah Barat dan pemerintahan komunis di Negara Eropah Timur
ditubuhkan. Bulgaria, Romania, Poland, Hungary, dan Czechoslovakia
kekal dibawah pemerintahan komunis. A.S dan Rusia bersaing untuk
mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing sepanjang perang
ini.

iv) Perubahan Sempadan Negara- Negara Eropah


Soviet Union meluaskan sempadan mereka untuk meliputi wilayah
Jerman, Finland, Poland, Czechoslovakia, Romania, dan Jepun. Soviet
Union menguasai 3 negara, iaitu Estonia, Latvia, dan Lithuania.
Negara-negara baltik yang diduduki oleh Rusia sebelum perang
menerusi perjanjian Molotov-Ribbentrop dengan Jerman dikuasai
semula selepas perang pada tahun 1944. Soviet Union menubuhkan
kerajaan yang berasingan. Perancis menguasai wilayah Saar dari
Jerman dan Poland menguasai wilayah Silesia dari Jerman. Jerman
kehilangan 1/4 daripada seluruh wilayahnya.

5.4.2 Aspek Ekonomi

i) Kemusnahan Ekonomi
Kawasan tanah perindustrian yang luas telah rosak dan ini menyebabkan
pengeluaran hasil pertanian merosot. Jumlah hasil pertanian yang
dikeluarkan oleh negara-negara Eropah pada 1946 hanya 1/3 daripada
hasil pertanian yang dikeluarkan pada 1938. Pengeluaran dalam sektor
perindustrian juga terjejas. Dalam perniagaan dengan Amerika Syarikat,

15
negara-negara Eropah mengalami deficit sebanyak 4 milion dolar
Amerika. Kos Perang Dunia Kedua hampir US$ 500 bilion.

ii) Kehilangan Nyawa


Selain serangan bom, angka kematian yang tinggi juga disebabkan oleh
wabak penyakit, pembunuhan, dan masalah kekurangan makanan.
Sekurang-kurang 600 000 orang daripada rakyat Jerman terkorban.
Dalam kalangan pihak Bersekutu, Rusia ialah negara yang kehilangan
nyawa yang tinggi. Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta anggota
tentera terkorban. Britain dan negara-negara komanwel mencatatkan
kehilangan 445 000 orang tentera. Lebih kurang 60 000 orang awam
terkorban dalam serangan bom dan roket. Perancis kehilangan nyawa
500 000 orang tentera manakala Amerika Syarikat kehilangan nyawa
325 000 orang tentera. Pada keseluruhannya, anggota tentera yang
kehilangan nyawa melebihi 17 juta orang manakala orang awam yang
kehilangan nyawa sekurang-kurangnya 15 juta orang.

iii) Ganti Rugi Perang


Perjanjian Damai Paris menyatakan bahawa Hungary, Finland, dan
Romania dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak $300 000 000
kepada Soviet Union. Itali pula dikehendaki membayar ganti rugi
sebanyak $360 000 000 kepada Greece, Yugoslavia, dan Soviet Union.
Soviet Union mendapat jentera-jentera dan mesin daripada kilang-kilang
perindustrian di wilayah Jerman sebagai kos ganti rugi peperangan.
Negara-negara Eropah Barat seperti Britain dan Perancis juga menuntut
ganti rugi daripada Jerman. Britain dan Perancis mendapatkan bekalan
arang batu secara percuma sebagai ganti rugi daripada Jerman. A.S
mengambil alih semua aset milik syarikat-syarikat Jerman sebagai ganti

16
rugi dan mendapatkan paten bagi semua jentera dan mesin-mesin yang
bernilai $10 bilion.

5.4.3 Aspek Sosial

i) Perubahan Peranan Wanita


Penglibatan ramai golongan lelaki dalam peperangan menyebabkan
masalah kekurangan pekerja di sektor perindustrian dan perkilangan.
Kaum wanita mula mengambil alih kerja di sektor perindustrian.
Kebanyakan mereka menjadi pekerja buruh di kilang-kilang.

ii) Masalah Pelarian


Kajian mengatakan bahawa lebih kurang 6 juta kumpulan etnik minoriti
Jerman di Czechlovakia dan Hungrary menjadi pelarian. Ratusan ribu
pekerja-pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu kembali ke negara
asal mereka dan membuat pilihan untuk menjadi orang pelarian.

iii) Perbicaraan Jenayah Perang


Perbicaraan terhadap penjenayah- penjenayah perang telah diadakan di
Nuremberg. 13 perbicaraan telah diadakan antara tahun 1945 hingga
1947 terhadap orang Jerman yang dituduh melakukan jenayah perang.
Perbicaraan in telah dikendalikan oleh para hakim dari Amerika
Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia. 177 orang Jerman telah
dihadapkan ke mahkamah pengadilan atas tuduhan jenayah perang. 25
orang diberikan hukuman mati, 20 orang diberi hukuman penjara dan 35
orang telah dibebaskan.

17
5.4.4 Aspek Ketenteraan

i) Kemajuan Teknologi Perang


Negara- negara yang terlibat berlumba-lumba untuk mencipta kapal-
kapal terbang yang digunakan secara komersial sehingga kini.
Penciptaan kapal terbang juga menyebabkan kemunculan era baharu
dalam peperangan, iaitu era peperangan udara. Peluru berpandu turut
digunakan dalam medan peperangan.

ii) Teknologi Nuklear


Amerika Syarikat menggerakkan para saintis bagi menjalankan kajian
dalam bidang persenjataan nuklear. Projek ini diberikan nama “Projek
Manhattan” dan dilakukan oleh saintis A.S dan Britain di bawah
pimpinan Robert Oppenheimer. Projek ini berjaya dan bom atom telah
dicipta.

iii) Teknologi Persenjataan


Selepas tamat Perang Dunia Kedua, kuasa-kuasa besar yang terlibat
dalam peperangan mula melengkapkan askar-askar dengan peralatan
yang canggih. Contohnya, “radar” yang lebih sensitif dan senjata
automatik (flare) untuk mengukuhkan pertahanan.

5.5 Kesan Perang Dunia Kedua terhadap Tanah Melayu

5.5.1 Aspek Politik

Jepun telah meletakkan Tanah Melayu di bawah pentadbiran tentera,


Malaya Military Administration (MMA). Matlamat utama MMA ialah
untuk memulihkan ketertiban awam, mengeksploitasikan sumber-sumber

18
penting untuk menampung ekonomi perang dan menjamin bekalan yang
cukup bagi keperluan tenteranya di Tanah Melayu. Negeri-negeri Selat
(NNS) pula ditadbir secara langsung oleh Jepun. Jepun juga mengekalkan
institusi Sultan sebagai pentadbir bersama-sama dengan pihak Jepun bagi
mendapat sokongan orang Melayu.

Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang mendalam


di kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Melayu. Hal ini
dijelaskan oleh Yoji Akashi dalam bukunya “The Japanese Military
Administration in Malaya”. Anthony Hill dalam bukunya “Division in
Malaya” menegaskan “The Japanese regime and its aftermath awakened
for the first time the political consciousness among the Malay People. They
certainly developed it, leading its solidarity and direction”. Manakala John
Fustons dalam bukunya “Malay Politic in Malaysia” menegaskan yang
pendudukan Jepun telah “politicize the Malay Peasantry to the extent that
they were available for mass mobilization immediately after the war”.

Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun “Asia untuk Asia” telah
membangkitkan kesedaran penduduk tempatan untuk berjuang menuntut
kebebasan politik dan kemerdekaan. Jepun juga mengutamakan orang
Melayu dalam memegang jawatan dalam pentadbiran. Dalam buku yang
sama, Yoji Akashi menjelaskan “In the early stage of accupation, the MMA
was obliged to regard the Malays as the rightful owner of Malaya while the
Chinese and Indian as subordinate races”. Pengalaman dalam pentadbiran
yang diterima kepada orang Melayu telah memberi keyakinan diri dan
menyedarkan mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri
mereka sendiri.

19
Orang India pula digalakkan bekerjasama dengan Jepun bagi
membebaskan India daripada British. Orang India menganggotai Tentera
Kebangsaan India (MIA) yang ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu.
Kerajaan India Buangan yang dikenali sebagai Azad Hind di Singapura
di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose juga ditubuhkan oleh Jepun.
Dasar Jepun terhadap orang India telah menyebabka semangat kenegaraan
yang kurang dalam kalangan orang India di Tanah Melayu.

Orang Cina dilayan secara berbeza oleh Jepun. Jepun melakukan


pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain kezaliman ke atas orang Cina.
Ini berikutan permusuhan di antara Negeri Jepun dan Negeri China serta
tindakan orang Cina di Tanah Melayu yang membantu Negeri China
semasa Jepun menyerang China 1937. Ramai orang Cina melarikan diri
ke dalam hutan bagi mengelakkan penindasan Jepun dan seterusnya
menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). Dasar Jepun terhadap orang
Cina dan India telah menebalkan lagi semangat kecinaan dan keindiaan
dalam kalangan orang Cina dan India di Tanah Melayu.

Kekalahan British dengan begitu mudah kepada Jepun telah melenyapkan


“mitos superioriti” yang menganggap kuasa Barat tidak boleh dikalahkan
oleh kuasa Timur. Kekalahan British menyedarkan penduduk tempatan
supaya berusaha sendiri bagi mempertahankan hak-hak dan kepentingan
serta tanah air mereka. Disamping itu, penduduk tempatan juga sedar Jepun
tidak berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan
Jepun juga adalah kuasa penjajah. Maka, orang Melayu bangun
memperjuangkan hak-hak kepentingan mereka sebagai bumiputera Tanah
Melayu.

20
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan munculnya kesedaran politik
secara berparti dan berpersatuan di kalangan penduduk Tanah Melayu
selepas pendudukan Jepun. Di antara parti-parti yang wujud ialah UMNO,
MCA, MIC, API, AWAS, PKMM, Hizbul Muslimin dan sebagainya. Idea
kemerdekaan juga didapati akibat daripada pendudukan Jepun.

5.5.2 Aspek Ekonomi

Ekonomi dan taraf hidup rakyat Tanah Melayu mengalami kemerosotan


semasa pendudukan Jepun. Ekonomi Tanah Melayu yang bergantung
kepada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan kerana
pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan juga kerana dasar “Bumi
Hangus” yang diamalkan oleh British dimana mereka telah merosakkan
pokok-pokok getah, kilang-kilang, lombong-lombong dan jentera
perlombongan sebelum beundur dari Tanah Melayu bagi mengelakkan ia
jatuh ke tangan Jepun. Tanah Melayu juga telah putus daripada pasaran
antarabangsa bijih timah dan getah kerana Jepun mengharamkan eksport
keduanya kecuali Jepun.

Selain itu, Jepun juga mengeksploitasikan sumber-sumber yang diperlukan


di negeri Jepun terutamanya besi dan bauksit. Semasa pendudukan Jepun,
Tanah Melayu mengalami kekurangan barang pengguna khususnya tekstil
dan makanan. Beberapa langkah telah dijalankan atas arahan Jepun bagi
menambahkan pengeluaran beras Tanah Melayu. Di antara langkah-
langkah tersebut ialah menggalakkan penanaman padi 2 kali setahun,
memperkenalkan benih padi daripada Taiwan, membuka tanah pertanian
baru dan sebagainya.

21
Walau bagaimanapun, pengeluaran beras Tanah Melayu tetap tidak
mencukupi untuk keperluan penduduknya. Akibatnya penduduk Tanah
Melayu terpaksa bergantung kepada tanaman lain seperti jagung, pisang,
ubi kayu dan sebagainya. Semasa Jepun, Tanah Melayu mengalami inflasi
kerana pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan
barang pengguna terutamanya makanan.

Kemusnahan sistem perhubungan dan lain-lain infrastruktur yang tidak


dibaiki oleh Jepun telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi Tanah
Melayu. Walapun Jepun melaksanakan beberapa industri seperti kilang
kasut, tayar dan sebagainya, tetapi ia tidak mencapai kejayaan.

5.5.3 Aspek Sosial

Dari aspek sosial, tindakan orang Cina yang lari ke dalam hutan akibat
kekejaman orang Jepun telah membawa kepada permulaan wujudnya
masalah setinggan selepas Perang Dunia Kedua. Mereka tinggal di dalam
hutan dan menanam tanaman makanan untuk keperluan sendiri. Orang India
pula menjadi buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk
membina jalan keretapi. Kekurangan makanan dan penyakit menyebabkan
ramai meninggal dunia sehingga jalan keretapi itu dikenali sebagai “Jalan
Keretapi Maut”. Kekurangan makanan terutamanya beras telah
menimbulkan pelbagai penyakit. Di antara penyakit yang banyak membawa
maut ialah malaria dan beri-beri. Masalah penyakit semakin serius kerana
kekurangan ubat lebih-lebih lagi bila ubat-ubat telah dirampas oleh tentera
Jepun bagi keperluan mereka di Tanah Melayu.

22
Selain itu, selepas pendudukan Jepun, berlaku pergaduhan kaum di antara
orang Melayu dengan orang Cina terutamanya di Perak dan Johor akibat
layanan baik yang diberikan kepada orang Melayu berbanding orang Cina.

Pendudukan Jepun telah menimbulkan semangat rajin dan berdikari


di kalangan orang Melayu seperti menghasilkan barang daripada daun nanas
dan gula dari nira kelapa. Pendudukan Jepun turut menimbulkan kesedaran
orang Melayu terhadap pentingnya pengajaran, dimana selepas perang
sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di seluruh negara.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN PERANAN GENERASI


MUDA UNTUK MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA

Generasi muda perlu memainkan peranan penting bagi memastikan


keamanan negara dapat dikekalkan. Keamanan dalam sesebuah negara dapat
memastikan rakyat hidup dengan tidak diganggu, hak individu dihormati
dan tidak dicabuli, bebas memilih cara hidup, tidak dizalimi, bebas memberi
pendapat, bebas beragama dan berpersatuan, bebas bergerak dan menikmati
kehidupan selesa. Oleh itu, pentingnya peranan semua pihak terutamanya
generasi muda bagi mengekalkan keamanan negara.

Berikut adalah peranan generasi muda bagi mengekalkan keamanan negara:

(i) Generasi muda sepatutnya tidak melupakan pengorbanan generasi


terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara ini.

(ii) Generasi muda perlu menghayati sejarah perjuangan bangsa agar dapat
memupuk semangat cinta akan negara yang tidak terhingga.

23
(iii) Generasi muda mesti belajar bersungguh-sungguh agar dapat memberi
khidmat dan sumbangan kepada negara.

(iv) Generasi muda sepatutnya menjadi benteng pertahanan negara.

(v) Generasi muda mestilah komited menzahirkan sumbangan tenaga, dan


kepakaran untuk negara pada bila-bila masa.

(vi) Generasi muda seharusya menggalas tanggungjawab membangunkan


negara dengan penuh kecekapan dan berintegriti.

(vii) Generasi muda semestinya menjauhi isu-isu sensitif dan perkauman


yang boleh menyebabkan perselisihan faham.

7.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan, Perang Dunia Kedua merupakan peristiwa yang


mengerikan dalam sejarah manusia. Ketika kita memperingati kejayaan
pihak Bersekutu menghancurkan kuasa Paksi, kita juga turut sama berkongsi
rasa dukacita yang mendalam disebabkan hampir setiap negara di dunia
merasai derita hari-hari perang berkenaan.

Semasa Perang Dunia Kedua, banyak kehilangan nyawa telah berlaku.


Nyawa tentera dan orang awamnya yang melayang dalam perang mencecah
lebih daripada separuh angka kematian seluruh dunia, yang dianggarkan
antara 70 dan 85 juta orang. Di sebalik tragedi sejagat itu sudah jauh
ditinggalkan dalam lipatan sejarah, kita wajar mengenangnya sebagai satu
pengajaran atau iktibar yang sangat bernilai. Ia memberi kita pemahaman
yang tepat tentang apa yang perlu dijadikan sempadan dan apa pula yang
wajar dijadikan teladan. Sebelum perang berakhir sekali pun, Perang Dunia

24
Kedua sudah mengubah sikap masyarakat dunia terhadap hal ehwal
antarabangsa.

Perlu diingatkan, slogan yang menarik "Bersatu kita teguh, bersatu kita
menang" atau 'United we are strong – united we will win', sangat popular
dalam kalangan pihak Berikat, yang juga dikenali sebagai Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Pada 1945, PBB diasaskan dengan matlamat seperti
digariskan dalam piagamnya iaitu "untuk menyelamatkan generasi-generasi
yang berikut daripada kesengsaraan peperangan". Disebabkan Perang Dunia
Kedua juga, muncul gelombang gerakan pembebasan dan anti-penjajahan
yang melahirkan beberapa negara baharu, termasuk Malaysia – yang kini
bebas dan merdeka. Tentunya bukan kerana perang, tetapi berdiri atas faktor
di mana cita-cita rakyatnya yang semakin meningkat mahukan keamanan
serta aturan antarabangsa yang lebih saksama lagi demokratik.

Dan, 76 tahun sudah berlalu. Namun, jalannya masih panjang dan berliku.
Kita masih ada halangan di sana dan di sini untuk menuju kepada destinasi
atau mencapai kepada aturan itu. Hari ini, dunia sekali berdepan kekacauan.
Keadaan tidak stabil dan tidak menentu makin ketara. Kemanusiaan pula
menanggung sengsara akibat tadbir urus dan keyakinan dalam hal ehwal
antarabangsa yang semakin berkurangan, kesenjangan pembangunan yang
melebar dan potensi konflik yang meningkat. Memastikan keselamatan
bersama dan menggalakkan pembangunan lestari masih lagi suatu cabaran
yang getir. Penggunaan, pendekatan dan ancaman kekerasan semakin
menjadi ciri penting dalam hubungan antarabangsa. Kita masih lagi
menyaksikan usaha kuasa-kuasa tertentu untuk memecah-belahkan dunia
atas garis ideologi, mencampuri urusan dalaman negara-negara berdaulat,
mendorong politik kuasa atau malah "perang dingin baharu" dalam

25
persaingan menang atau kalah, dan meremehkan kerangka perundangan
dalam sistem hubungan antarabangsa.

Sekatan luar wilayah membantutkan pelaksanaan penuh matlamat


pembangunan mapan, terutama di negara-negara membangun. Ia seterusnya
memberikan kesan kemanusiaan yang buruk kepada penduduk awam,
terutama ketika seluruh dunia sedang mengharungi pandemik.
Memburukkan keadaan, ancaman keganasan, ekstremisme dan gerakan
pemisahan semakin meningkat. Tambahan pula, pandemik telah
menyulitkan lagi masalah-masalah ini serta memberikan kesan jangka
panjang kepada pembangunan ekonomi, sosial dan politik dunia dan seluruh
sistem hubungan antarabangsa.

Terdapat banyak rintangan yang sangat luar biasa yang harus diatasi oleh
dunia. Semua cita-cita yang kita usahakan sukar untuk dicapai.
Bagaimanapun, ketika masa masa depan dunia sememangnya tidak
menentu, setiap negara memilih untuk menjadi sebahagian daripada dunia
secara bersama, dan bukannya dunia individu. Mereka mahu hidup aman,
stabil dan makmur. Ini memberikan kita harapan bahawa cita-cita itu masih
dalam jangkauan boleh dicapai. Aturan antarabangsa pelbagai hala dan
pelbagai pihak yang sejati akan memenuhi keperluan kita. Kita harus
mengatasi perbezaan dan pergeseran, sambil melindungi kebebasan dan
keunikan masing-masing.

Kita wajar berpegang kepada kepentingan bersama dan berganding bahu


mempertahankan dan menggalakkan tata cara antarabangsa yang berpaksi
pada undang-undang antarabangsa. Kita harus mempertahankan
penyelarasan berpusat sistem antarabangsa oleh PBB serta prinsip-prinsip
kesaksamaan, saling menghormati, tidak campur tangan dalam urusan

26
dalaman negara-negara berdaulat, penyelesaian damai untuk pertikaian,
demi bekerjasama mengatasi cabaran bersama. Semua antara kita perlu
berkongsi nilai-nilai ini. Itulah satu-satunya yang perlu kita perteguhkan
untuk sama-sama memikul tanggungjawab mengekalkan keamanan,
kestabilan dan keselamatan antarabangsa, dan sama-sama menangani
masalah-masalah dunia yang paling kritikal ketika ini.

27
8.0 LAMPIRAN

8.1 Orang Sumber

NAMA : T. S. Moorthy
UMUR : 80 tahun
ALAMAT : A-9-2, Apartment Seri Gembira,
Taman Bamboo, Kuala Lumpur
HUBUNGAN : Datuk

TEMU BUAL
SAYA : Selamat petang, Datuk
DATUK : Selamat petang.
SAYA : Bila dan di mana Datuk lahir?
DATUK : Saya lahir pada tahun 1942 di Selangor sebelum kewujudan
Kuala Lumpur
SAYA : Adakah Datuk mempunyai pengalaman semasa Perang Dunia
Kedua?
DATUK : Saya lahir semasa pentadbiran Jepun. Kebanyakan
pengalaman saya adalah semasa pentadbiran British dan
berdasarkan pengalaman ayah saya juga.
SAYA : Apa yang telah diceritakan oleh ayah Datuk mengenai
pentadbiran Jepun?
DATUK : Menurut ayah saya, semasa pemerintahan Jepun terdapat banyak
permusuhan kaum terutamanya antara orang Melayu dan Cina.
Jepun melayan orang Melayu dengan lebih baik berbanding
orang Cina. Ini kerana orang Cina menentang Jepun melalui
pertubuhan Komunis.

28
SAYA : Bagaimana pertubuhan Komunis ini bertindak semasa
pemerintahan British selepas mengambil alih daripada pihak
Jepun?
DATUK : Pertubuhan Komunis ini juga menentang British dan mengancam
keselamatan orang awam dengan membunuh orang yang tidak
berdosa, membakar rumah, membinasa pokok-pokok getah dan
sebagainya. Ini adalah untuk mengguling kerajaan semasa.
SAYA : Apakah kehidupan semasa zaman Jepun?
DATUK : Menurut ayah saya, kehidupan semasa zaman Jepun sungguh
menakutkan dan kami sentiasa menderita. Orang Cina diseksa
tanpa sebab dan kanak-kanak juga dibunuh. Makanan juga kurang
dan ramai mati kerana kebuluran.
SAYA : Sepanjang pemerintahan Jepun dan British, apakah yang
dipelajari?
DATUK : Pemerintahan kuasa luar ini telah meningkat semangat kebangsaan
yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan. Kami mula
berfikir untuk mempertahankan hak sendiri dan memerintah
Tanah Melayu tanpa kuasa luar.
SAYA : Terima kasih, Datuk
DATUK : Sama-sama

29
8.2 Gambaran Perang Dunia Kedua Di Tanah Melayu

Askar Melayu berjuang menentang Jepun

Pihak Jepun menyerah kalah kepad British

8.2 Gambaran Perang Dunia Kedua di Eropah

Persidangan Yalta
30
Askar Jerman mendekati negara Poland untuk menawannya

9.0 RUJUKAN

9.1 Buku Teks

Ridzuan bin Hassan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimim bin
Fadzil, Subramaniam a/l Raman. (2019). Sejarah Tingkatan 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9.2 Buku Rujukan

Lowe, Keith. The Fear and the Freedom: How the Second World War
Changed Us. St. Martin’s Press, 2017.

Susan M. Hartmann, The Homefront and Beyond: Women in the 1940s, 1982.

Steil, Benn. The Marshall Plan: Dawn of the Cold War. Oxford University
Press, 2018.

31
9.3 Orang Sumber
T.S. Moorthy, 80 tahun, A-9-2, Apartment Seri Gembira, Taman Bamboo,
Kuala Lumpur.

9.4 Internet

https://www.slideshare.net/hasfazerahassan/faktor-kesan-perang-dunia-
kedua

https://anyflip.com/hbidu/wpvc

https://prezi.com/p/ulgrzgn_jma-/world-war-ii-timeline-1939-1945/

https://www.astroawani.com/berita-dunia/kolumnis-singkap-ke-belakang-
bergerak-ke-hadapan-pengajaran-perang-dunia-kedua-317586

https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/885613/junjung-tinggi-
keamanan-sejagat

https://anyflip.com/dahaf/vusq/basic

32

You might also like