Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

1.

Ibn Sina (bapa perubatan moden)


Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan termasuk falsafah tetapi
beliau lebih menonjol dalam bidang
perubatan sama ada sebagai seorang
doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas
berjaya menyembuhkan penyakit Putera
Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal
diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan
dan kepakaran dalam bidang perubatan
tiada tolok bandingnya sehingga beliau
diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais
(Mahaguru Pertama).
2.Abu Rayhan al-Biruni (bapa geodesi)
Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di
Asia Tengah yang pada masa itu terletak
dalam sempadan Kerajaan Parsi, Al-Biruni
mempelajari matematik dan astronomi
daripada Abu Nasr Mansur.
Karya agungnya ialah Rasa’ll al-Biruni,
sebuah ensiklopedia astronomi dan
matematik. Kejayaannya yang terpenting
ialah menentukan musim dan pasang sudut
air laut, menentukan kedudukan garis lintang
dan garis bujur bumi, mencipta jam dan
kalendar, mencipta rumus trigonometri dan
mencipta alat menyukat ketumpatan.
3. Ibn al-Nafis (bapa fisiologi peredaran
darah)
Ala-al-din Abu al-Hassan Ali ibn Abi-Hazm al-
Qarshi al-Dimashqi dilahirkan pada tahun 1213
M di Damsyik. Merupakan salah seorang pakar
sains Islam yang hidup antara tahun 1213 – 1288
M.
Merupakan orang pertama yang
menggambarkan peredaran darah dalam tubuh
manusia (pada 1242) dengan tepat. Lukisan
kontemporari proses ini masih lagi wujud.
Khususnya, dia merupakan orang pertama yang
diketahui telah mendokumentasikan aliran paru-
paru. Namun karyanya tidak ditemui sehinggalah
pada 1924 di Berlin.
4. Ibn Khaldun (bapa sains sosial moden dan
sejarah budaya)
Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun
merupakan salah seorang pakar sains arab yang
hidup antara tahun 1332 – 1395. Lahir pada 27
Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406
di Kaherah, Mesir.
Karya teragungnya iaitu Muqaddimah bermula
sebagai penulisan mengenai sejarah orang-
orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi
pendekatan saintifik mengenai pemahaman
sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga
mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan
ALLAH boleh dibuktikan secara empirikal
(secara pengalaman dan kajian).
5. Hasan Ibn Al-Haytam (bapa optik moden /
kamera)
Beliau sering dikenali sebagai Ibn al-Haitham, dan
kadangkala sebagai al-Basri bersempena tempat
kelahirannya di bandar Basra. Beliau juga dikenali
dengan nama gelaran Ptolemaeus Secundus
(“Ptolemy Kedua”) atau nama ringkas “Si Ahli Fizik”
di Eropah Zaman Pertengahan.
Beliau juga merupakan manusia pertama yang
memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata
dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses
penglihatan. Abu Ali Hasan menyangkal teori
penglihatan Ptolemy dan Euclid menyebut bahawa
mata menghantar sinaran visual kepada objek yang
dilihat. Menurutnya, sinaran berasal dalam objek
yang dilihat dan bukan dalam mata.
6. Zahrawi al-Ansari (bapa pembedahan
moden)
Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi
dikenali di Barat dengan gelaran Abulcasis
dan dianggap sebagai “Bapa Bedah Moden”.
Al-Zahrawi merupakan seorang ahli bedah
yang tinggal di al-Andalus pada zaman
Pertengahan dan dianggap pakar bedah
terulung pada zamannya.
Beliau mempelopori bidang pembedahan
dengan prosedur serta alat-alat pembedahan
yang memberi kesan yang kuat bukan sahaja
di dunia Timur, tetapi juga di dunia Barat
sehinggalah ke zaman sekarang sehinggakan
beberapa hasil kajiannya masih digunakan
dalam dunia perubatan. Beberapa alat
pembedahan yang dicipta beliau termasuk
alat-alat pemeriksaan telinga dan saluran
kencing.
Beliau merupakan ahli perubatan pertama
yang memerikan kandungan luar rahim
(ectopic pregnancy) dan juga ahli perubatan
pertama yang memerikan sifat keturunan
penyakit hemofilia.
.
7. Muhammad al-Idrisi (ahli geografi
dan kartograf hebat)
Abdullah Muhammad Al-Idrisi lahir 1099
Masihi di Ceuta, Sepanyol dan meninggal
pada 1166 Masihi, merupakan salah
seorang pakar sains Islam yang hidup di
Sicily.
Sumbangan utama tokoh ini ialah
menghasilkan peta bebola perak seberat
400 paun untuk Raja Roger II, lengkap
dengan membahagikan dunia kepada
tujuh iklim, laluan perdagangan, teluk,
tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit
dan lembah serta gunung-ganang. Beliau
juga mencatatkan jarak dan ketinggian
sesuatu tempat dengan tepat.
8. Al-Khawarizmi (bapa algebra dan
algoritma / matematik)
Al-Khawarizmi ialah seorang pakar
dalam bidang matematik, astronomi
dan geografi dari Iran juga dikenali
sebagai bapa algebra.
Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh
yang pertama kali memperkenalkan
aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu
pengetahuan yang beliau pelajari
dalam bidang matematik. Beliau juga
menghasilkan konsep-konsep
matematik yang begitu terkenal yang
masih digunakan sehingga sekarang.
9. Ibn Batuta (penjelajah hebat
sepanjang zaman)
Merupakan seorang Berber Maghribi
dari golongan Muslim Sunni. Beliau
merupakan cendekiawan dan ulama
Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya
berkhidmat sebagai qadi atau hakim.
Beliau tersohor sebagai penjelajah dan
pengembara dan menulis mengenai
pengembaraannya selama hampir 30
tahun merangkumi lebih kurang
117,000 km.
Penjelajahannya meliputi daerah yang
sekarang merupakan Afrika Barat
hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri
Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak
yang jauh lebih hebat dari Marco Polo
yang hidup hampir seera dengan beliau
10. Abbas Ibn Firnas (bapa
penerbangan)
Abbas Ibn Firnas merupakan salah
seorang pakar sains Islam yang
meninggal pada tahun 888.
Pada tahun 875, Ibn Firnas mencipta
pelayangnya sendiri dan melayang
turun dari menara. Penerbangan itu
agak berjaya, dan disaksikan oleh
kumpulan mereka yang dijemputnya.
Bagaimanapun, pendaratannya gagal.
Belakangnya tercedera, dan
pengkritiknya mengatakan bahawa dia
tidak mengambil kira cara burung
mengepak ketika menjunam.
“Ibn Firnas was the first man in history
to make a scientific attempt at flying.”
—Philip Hitti, History of the Arabs

You might also like