Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Husain Che Dol.

Tempat kelahiran: Kampung


Gajah Mati, Pendang, Kedah
Tahun lahir: 1904
Tahun meninggal dunia: 1967

Watak Haji Husain begitu


menyerlah ketika Malayan
Union (MU) diperkenalkan
oleh British demi meluaskan
pengaruhnya. Ternyata
gagasan MU yang menggabungkan
negeri-negeri di Semenanjung
mendapat tentangan hebat.
Antaranya daripada tokoh ulama asal
Kedah itu.

Beliau yang juga pengasas pondok


Guar Cempedak sememangnya
sudah lama memendam amarah
kepada pihak penjajah. Pada 19
Januari 1946, kira-kira 50,000 orang
berkumpul di padang Court, Alor Setar menentang MU yang memuncak di Kedah.

Ketika itulah sekumpulan ulama di negeri itu merancang untuk menubuhkan permuafakatan
menentang MU. Maka pada sebelah petang hari yang sama, pakatan dikenali sebagai
Persatuan Ulama Kedah (PUK) mula tertubuh dan Haji Husain yang juga seorang tenaga
penaja dilantik sebagai Yang Dipertuanya.

Bermulalah perjuangan PUK menjadi pertubuhan penting membela nasib umat Islam Kedah
dan Malaysia. Malah, ia juga berperanan dalam menjaga kefahaman Islam agar tidak
tergelincir daripada landasan.

Buat pertama kalinya, PUK pada tahun 1950 menghantar perwakilan ke persidangan alim
ulama se-Malaya anjuran Umno yang berlangsung di Muar. Pada masa itu, PUK
mengusulkan agar sebuah lembaga mubaligh Islam se-Malaya diwujudkan bagi
mengembangkan Islam.

Semasa kongres ulama ketiga di Butterworth setahun kemudian, PUK menghantar


perwakilan. Persidangan tersebut telah melahirkan Parti Islam Se-Malaysia (Pas).

Dr Burhanuddin Helmi.
Tempat kelahiran: Kota Bharu,
Gopeng, Perak
Tahun lahir: 1911
Tahun meninggal dunia: 1969

Bukan sahaja terkenal sebagai


pejuang kemerdekaan dengan
jolokan ‘Bapak Kebangsaan
Melayu’, Dr Burhanuddin juga
merupakan ahli tafsir al-Quran dan
hadis yang ulung serta mahir dalam
sastera Arab.

Malah, landasan perjuangannya banyak menentang imperialisme dan penindasan terhadap


masyarakat Islam di dunia dan nusantara.

Pemilik nama penuh Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor begitu terkenal dengan
konsep Melayu Raya iaitu gagasan kesatuan politik Malaya-Indonesia.

Jika diteliti, perjuangan politik Dr Burhanuddin mula terserlah ketika mengemudi Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas Jepun menyerah kalah. Bahkan, beliau juga
pernah memimpin Pas pada tahun 1956 hingga 1969.

Meskipun dilabel sebagai ‘nasionalis radikal dan pemikir Islam’, namun sumbangan beliau
terhadap kemerdekaan negara tidak boleh dinafikan.

Ketika memegang pimpinan parti politik dan anggota Parlimen, Dr Burhanuddin membawa
gagasannya ke dalam perjuangan Islam dan pendidik negara. Kecintaannya kepada ilmu
pengetahuan menjadikan beliau begitu prihatin dengan perkembangan sekolah agama di
seluruh negara.

Di samping itu, tokoh berkenaan sering kali menekankan aspek ukhrawi sehingga akhir
hayatnya.

Sheikh Abdullah Fahim.


Tempat kelahiran: Kampung
Sha’ab Ali berhampiran Masjidil
Haram di Makkah/ Kampung
Kubur Panjang, Kedah (2 versi
berbeza menurut sejarah)
Tahun lahir: 1869
Tahun meninggal dunia: 1961

Nama Mufti Pulau Pinang yang


pertama itu memang tidak perlu
diperkenalkan lagi. Ia sentiasa
meniti pada bibir masyarakat
sebagai antara ulama yang
memperjuangkan kemerdekaan
negara secara langsung.

Selain menjadi tokoh penting dalam menentukan tarikh keramat negara merdeka pada 31
Ogos 1957, banyak lagi rupanya jasa beliau sebagai pejuang kemerdekaan.

Salah satu ‘warisan’ peninggalannya adalah membangunkan masyarakat melalui pendidikan.


Bayangkan, bermula sebagai guru di Madrasah Arabiah Limbung Kapal, Kedah, beliau
kemudian mengasaskan madrasahnya sendiri, Madrasah Dairatul Maarif al-Wataniah pada
tahun 1926 sebelum berkhidmat di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.

Pada zaman beliau mengemudi Madrasah Idrisiah sebagai mudir selama 16 tahun sejak 1932,
jumlah pelajar semakin bertambah dan melahirkan ramai murid memegang jawatan-jawatan
penting sama ada sebagai mufti mahupun pengembang ajaran Islam seantero Malaysia.

Selepas melepaskan jawatannya sebagai mudir di madrasah itu, figura hebat tersebut dilantik
menjadi Mufti Pulau Pinang. Bukan itu sahaja, beliau juga dipilih untuk mempengerusikan
bahagian agama ketika Persatuan Melayu Seberang Prai dihidupkan semula pada Mac 1946.

Pada tahun yang sama, Umno ditubuhkan dalam Kongres Melayu yang diadakan di Kuala
Lumpur, bertujuan untuk menggabungkan semua tenaga Melayu menentang Malayan Union.

Sheikh Abdullah Fahim kemudian mendaftarkan diri sebagai ahli pertama Umno di Seberang
Prai.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir.

Tempat kelahiran: Gunung Semanggol, Perak


Tahun lahir: 1907
Tahun meninggal dunia: 1974
Beliau merupakan anak didik
kepada Sheikh Abdullah Fahim,
tokoh ulama terkenal dan pejuang
kemerdekaan tanah air.

Nama sebenar beliau ialah Abu


Bakar bin Mohd Said. Tidak
hanya sekadar membangunkan
Maahad al-Ehya Assyarif,
agamawan itu juga begitu menitik
beratkan masyarakat di
sekelilingnya terutama
melibatkan isu pendidikan dan
ekonomi.

Di samping itu, beliau tidak pernah lelah mengingatkan masyarakat tentang kewajipan umat
Islam iaitu dengan meneruskan kembali tradisi perjuangan Nabi Muhammad SAW, para
sahabat dan tanggungjawab umat Islam.

Pendek kata, beliau cuba memperbetulkan masyarakat menerusi kemajuan pendidikan dengan
mendirikan maahad yang diharap mampu mendidik masyarakat kembali kepada Islam.

Ketika era perkembangan menuntut kemerdekaan begitu kuat melanda negara seperti
Indonesia, India dan Mesir sekitar awal abad ke-20, pada masa itulah Ustaz Abu Bakar dilihat
aktif mengundang guru-guru yang mempunyai latar belakang aliran pendidikan Timur
Tengah, India dan Sumatera Barat. Mereka terkenal dengan fahaman islah (beraliran Kaum
Muda).

Secara tidak langsung, guru-guru yang bersama-sama dalam gerakan kemerdekaan tersebut
menyemarakkan semangat berkenaan kepada anak-anak muridnya di Maahad al-Ehya
Assyarif.

Disebabkan itulah Ustaz Abu Bakar dianggap sebagai tokoh ulama Kaum Muda atau reformis
di Tanah Melayu ketiza zamannya. Bahkan, beliau juga dianggap mendorong pengembangan
aliran tersebut di maahad berkenaan hingga menjadi pusat pengkaderan pejuang-pejuang
kemerdekaan.

Prof Datuk Dr Zulkifli Muhammad.


Tempat kelahiran: Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak
Tahun lahir: 1927
Tahun meninggal dunia: 1964

Ramai yang mengenai nama Zulkifli sebagai tokoh pendidik dalam membangunkan
pendidikan negara. Di sebalik kemasyhuran ilmuan hebat itu, beliau sebenarnya memainkan
peranan signifikan dalam politik tanah air tidak kiralah sebelum merdeka mahupun selepas
pasca kemerdekaan. Bahkan, beliau fasih berbahasa Arab dan Inggeris.

Jika diselak biografinya, tokoh pejuang kemerdekaan tersebut bukan calang-calang


pendidikannya. Beliau hampir pernah melanjutkan pengajian peringkat tinggi di Maahad
Ilya’ al-Syarif Gunung Semanggul pada tahun 1947, tetapi tidak kesampaian.

Pun begitu, beliau berjaya ke Universiti al-Azhar, Mesir. Bertitik tolak dari situ, beliau
terdedah dengan persatuan pelajar dan menyertai Jami’iyyah al-Syubban al-Muslimin, di
samping menjadi Presiden Lembaga Pembela Malaya pada Januari 1948.

Ketika kembali ke tanah air pada tahun 1952, Zulkifli dilihat begitu aktif dalam kegiatan
kemasyarakatan dan politik serta menyertai Umno. Lantaran kepetahannya berbicara, beliau
sering menjadi jurucakap dalam banyak perhimpunan rapat umum yang diadakan.

Malah, dalam satu program rapat umum yang turut dihadiri oleh Dato’ Onn dan Haji Abdul
Wahab bin Abdul Aziz (Panglima Bukit Gantang), Zulkifli peernah memberikan ucapan
‘berapi-api’ dan penuh bersemangat menentang dasar Malayan Union.

>Selepas berhijrah kepada Pas, Zulkifli bertanding di Parlimen Bachok dan menang. Beliau
kemudian mengambil peluang tersebut dalam perjuangan bangsa Melayu, menyebabkan
namanya sentiasa sentiasa memenuhi dada-dada akhbar.

Bukan itu sahaja, beliau juga lantas memperjuangkan hak dan nasib masyarakat Melayu serta
agama Islam di Parlimen.

You might also like