Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Tajuk: Persepsi Pelajar Perempuan Cemerlang Tingkatan 4 Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

BAB I

1.3 Objektif Penyeldidikan Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji : 1.3.1 Persepsi pelajar perempuan cemerlang tingkatan empat sekolah harian terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 1.3.2 1.3.3

1.4 Persoalan Kajian Penyelidikan ini berkisar kepada persoalan-persoalan berikut: 1.4.1 Apakah persepsi pelajar perempuan cemerlang tingkatan empat sekolah harian terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah? 1.4.2 1.4.3

2 BAB III

METODOLOGI 3.0 Pendahuluan 3.1 3.2 3.3 3.4 Instrumen kajian Terdapat beberapa jenis instrumen akan digunakan untuk mengumpulkan maklumat dalam penyelidikan ini. Setiap instrumen yang dipilih adalah berkaitan dengan persoalan yang mahu diselesaikan. Instrumen-instrumen yang terlibat ialah terdiri daripada temubual, dokumen pelajar, rekod aktiviti perjumpaan sesi kaunseling, aktiviti unit bimbingan kaunseling. Data yang dikumpulkan melalui berbagai kaedah ini adalah penting untuk membolehkan triangulasi dilakukan ke atas data-data kualitatif (Merriem, 1998).

3.4.1 Temubual Dalam kajian kualitatif, sebahagian daripada data diperolehi melalui temubual. Menurut Yin (1989) pula salah satu sumber maklumat yang utama dalam kajian kes adalah melalui temubual. Temubual membolehkan penyelidik mengetahui apa yang ada dalam minda seseorang (Patton, 1990), atau apabila penyelidik tidak dapat melihat tingkah laku, perasaan seseorang dan apabila sesuatu peristiwa yang tidak boleh diulang semula (Merriem, 1998). Patton (1980) membezakan temubual kepada tiga kategori iaitu temubual yang tidak formal, temubual yang mempunyai garis panduan dan temubual yang terbuka luas (open ended). Sementara beberapa penyelidik lain seperti Fontana dan Frey (1994) dan Merriem (1998) mengkelaskan temubual kepada tiga bentuk iaitu temubual

3 yang berstruktur, temubual spara berstruktur dan temubual yang tidak berstruktur. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan takrifan yang digunakan oleh Fontana dan Frey (1994) dan Merriem (1998), kerana ianya kerap digunakan dalam kebanyakan kajian kualitatif. Menurut Merriem (1998), penggunaan temubual berstruktur adalah untuk mengumpul maklumat yang tepat seperti data sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya. Temubual spara berstruktur pula adalah perantaraan antara temubual yang berstruktur dan temubual tidak berstruktur. Ia lebih fleksibel dan membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik. Sementara itu temubual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian kualitatif (Merriem, 1998), kerana kadangkala ia menyebabkan penyelidik kehilangan tumpuan kepada objektif temubual itu. Oleh kerana pengalaman pelajar dan latarbelakang pelajar tidak sama dan berdasarkan saranan penyelidik-penyelidik di atas, kaedah temubual spara berstruktur akan digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang persepsi pelajar perempuan cemerlang terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta persepsi mereka terhadap ciri seseorang kaunselor yang diharapkan oleh pelajar. Temubual dengan pelajar merupakan data utama bagi penyelidikan ini dan penyelidik telah menemubual seramai 6 orang pelajar perempuan cemerlang dari tingkatan empat untuk kajian ini. 3.5 Dokumen 3.6 Analisis Data 3.6.1 Analisis temubual Pendekatan analisis kandungan seperti mana yang dicadangkan oleh (Miles dan Huberman, 1984; Burn, 1995; Merriem, 1998) telah digunakan untuk menganalisis data temubual. Menurut Burn (1995), analisis kandungan merupakan antara kaedah analisis yang sering digunakan dalam kajian kualitatif. Analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep dan makna. Dalam hal ini

4 analisis kandungan memerlukan sistem pengkodan yang berkaitan dengan matlamat sesuatu penyelidikan. Menurut Burn (1995), kategori pengkodan harus dibangunkan sebaik saja pengumpulan data pertama dilakukan. Pengkodan memudahkan seseorang penyelidik memahami maklumat yang diperolehi dan menjadi panduan kepadanya untuk menentukan apakah yang harus difokuskan kepada maklumat seterusnya. Miles dan Huberman (1984) menyatakan bahawa pengkodan bukanlah sesuatu data yang telah siap sedia untuk dianalisis, tetapi ianya terbit terus menerus sepanjang proses pengumpulan data. Oleh itu pembentukan kategori pengkodan merupakan satu bentuk analisis yang berterusan, maknanya setiap kategori diperhalusi sehingga kategorikategori tertentu dapat menggambarkan keadaan yang berlaku di dalam kes-kes yang dikaji. Analisis kandungan adalah penting untuk menjanakan kategori yang melibatkan berbagai tema. Kelebihan kaedah analisis kandungan ialah ia dilakukan kemudian selepas proses pengumpulan data (Burn, 1995). Oleh itu ia tidak menjejaskan proses pengumpulan data dan responden kerana ia bukan merupakan aktiviti pengumpulan data untuk membuktikan sesuatu hipotesis yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kategori dan pola data yang diperolehi menjadi bukti kepada sesuatu persoalan yang dikaji. Penyelidik kemudiannya boleh menganalisis kebenaran daripada dapatan penyelidikannya berdasarkan kepada bukti-bukti terkumpul sama ada bukti-bukti tersebut menyokong atau tidak menyokong dapatan penyelidikannya. Dalam penyelidikan ini analisis temubual dilakukan dengan bantuan perisian ATLAS-ti, yang merupakan sebuah perisian yang boleh digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Keputusan analisis temubual dengan pelajar bersama tema, kategori, subkategori ditunjukkan dalam lampiran D.

5 3.6.2 Penggunaan perisian dalam analisis penyelidikan kualitatif Terdapat beberapa perisian-perisian komputer yang dibangunkan khususnya untuk membantu analisis data penyelidikan kualitatif. Perisian-perisian terbit juga dipanggil perisian analisis data kualitatif berbantukan komputer (Computer assisted analysis of qualitative data, CAQDAS) ( Silvermann, 2000). Di antara perisian yang paling banyak digunakan ialah ( ETHNOGRAGH, QUALPRO, NUD.IST) (Merriem, 1998) dan ATLAS (Silvermann, 2000). Pemilihan perisian untuk analisis data adalah kebanyakannya bergantung kepada bentuk penyelidikan yang dijalankan dan keupayaan perisian untuk membantu pemerosesan data. Menurut Silvermann (2000) terdapat empat faedah utama penggunaan perisian CAQDAS dalam penyelidikan kualitatif: Pemerosesan data yang banyak dapat dianalisis dengan mudah untuk

mengkaji persoalan-persoalan analitik. Mengurangkan kesukaran seperti menentukan kekerapan berlakunya

sesuatu fenomena dan memudahkan pencarian data-data yang menyimpang (deviant). Memudahkan penyelidikan berpasukan, kerana menggunakan skim

pengkodan yang sama. Membantu membuat keputusan ke atas persampelan, apakah dapatan

telah mewakili sampel dan membantu pembentukan teori 3.6.3 Perisian ATLAS Perisian ATLAS telah dibangunkan khusus untuk penyelidikan berasaskan pendekatan Grounded Theory (Silvermann, 2000). Tidak seperti NUD.IST dan ETHNOGRAPH, di samping boleh menganalisis data dalam bentuk teks, ATLAS juga membolehkan grafik (gambar dan sebagainya) digunakan sebagai data. Dokumendokumen dalam bentuk tulisan tangan boleh diimbas (scanned) sebagai gambar dan boleh digunakan sebagai gambar yang boleh dikodkan. ATLAS juga mempunyai ciri-

6 ciri tambahan untuk pembangunan teori seperti kebolehannya membina gambarajah konseptual yang menunjukkan perkaitan antara ide. Walau bagaimanapun ATLAS agak rumit dibandingkan dengan ETNOGRAPH dan NUD.IST kerana ia mempunyai banyak bebutang (button) tetapi ia mempunyai banyak kelebihan khususnya boleh digunakan dalam berbagai orientasi semasa menganalisis, membangun dan menguji teori (Silvermann, 2000).

BAB IV

KEPUTUSAN

4.0

Pengenalan Bab ini akan melaporkan hasil analisis temubual penyelidik dengan pelajar,

hasil analisis reaksi guru kaunselor secara terbuka dan analisis rekod perkhidmatan kaunseling di sekolah berkenaan. Hasil temubual telah dianalisis menggunakan perisian Atlas/ti dan telah dikelompokkan kepada kategori dan subkategori menggunakan kod-kod yang tertentu. Pendekatan ini dilakukan untuk membina perkaitan dalam maklumat yang muncul daripada data yang diperolehi melalui temubual dengan pelajar, reaksi guru kaunseling secara terbuka dan rekod perkhidmatan kaunseling. Kategori dan subkategori yang muncul dalam temubual pertama disemak terus menerus dalam temubual-temubual kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam. Kategori dan subkategori yang berlaku dalam keenam-enam temubual atau berlaku sekurang-kurangnya dalam empat dari enam temubual dianggap sebagai kategori dan subkategori yang penting. Kategori dan subkategori yang lain dianggap sebagai tidak penting dan tidak dilaporkan.

7 4.1 Persepsi Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Analisis temubual dengan pelajar ke atas persepsi mereka terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif dan persepsi yang negatif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Jadual 1 dalam lampiran 1 menunjukkan kategori dan subkategori persepsi yang penting yang menggambarkan persepsi positif pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Subkategori di susun mengikut keutamaan. 4.1.1 Bimbingan Analisis temubual, menunjukkan pelajar-pelajar dalam penyelidikan ini percaya bahawa bimbingan merupakan salah satu perkhidmatan yang boleh diberikan oleh unit perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (seterusnya PBK) di sekolah. Mereka juga percaya terdapat tiga kepentingan bimbingan yang boleh memberi manfaat kepada pelajar. Ianya ialah bimbingan dalam pelajaran, memilih aliran dan kerjaya. Bimbingan dalam pelajaran adalah paling penting kepada mereka, diikuti oleh bimbingan untuk memilih aliran dan akhirnya bimbingan memilih kerjaya. Bimbingan dalam pelajaran adalah penting kepada pelajar tersebut termasuklah bimbingan dari segi memberi motivasi, bimbingan menghadapi peperiksaan dan pengurusan masa. Contohnya seperti mana yang di ucapkan oleh pelajar P1: Kaunseling ni hemm.. kebanyakannya memberi nasihat, lepas itu hemmmmberi nasihat, tunjuk ajar untuk motivasi, yang diberi kepada pelajar, tolong menguruskan masa untuk pelajar itu (P1, Temubual 1, 009 - 011 )

4.1.2 Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah juga merupakan aspek yang penting menurut pelajar yang ditemubual dalam penyelidikan ini. Mereka merasakan PBK boleh membantu mereka menyelesaikan masalah peribadi, masalah keluarga, masalah dengan kawan,

8 masalah disiplin dan PBK boleh menjadi tempat mereka meluahkan masalah. Contohnya sepertimana yang dinyatakan oleh P2 , P3 dan P5: ........macam masalah keluarga, masalah pelajaran, masalah harian dengan kawan- kawan......... (P2, Temubual 2, 022 - 023 ) Masalah disiplin, masalah keluarga, masalah peribadi...... ( P3, Temubual 3, 033 ) Masalah peribadipun ada juga, mereka tertekankan, jadi dia bawa ke sekolah (P5, Temubual 5, 025)

Pelajar-pelajar juga merasakan penyelesaian kepada masalah peribadi dan masalah keluarga merupakan masalah utama yang boleh dibantu oleh PBK kepada mereka, di samping penyelesaian masalah dengan rakan mereka.

4.1.3 Percaya Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Analisis temubual dengan pelajar menunjukkan bahawa pelajar-pelajar dalam penyelidikan ini yakin dengan faedah yang boleh diperolehi dari program PBK. Sepertimana yang dinyatakan oleh pelajar P6: Hemmm..(diam lama) mungkin beri kesan kot, sebab PBK diadakan mesti pihak atasan telah beri pendedahan kepada pelajar ( P6, Temubual 6, 402 - 403 ) Pelajar-pelajar juga berpendapat lokasi bilik bimbingan dan kaunseling sekolah mereka adalah selamat dan selesa untuk menjalani sesi kaunseling. Ini dinyatakan oleh pelajar P2 kepada penyelidik: R: Adakah anda rasa malu untuk mengunjungi pejabat kaunseling? P2: Tak juga R: Kenapa? P2: Sebab kalau kat sekolah tu macam persendirian, macam ada privacy

9 (P2, Temubual 2, 210 - 213 ) Pelajar-pelajar dalam penyelidikan ini mempunyai persepsi yang positif terhadap pelajar-pelajar yang pergi ke bilik kaunseling untuk menyelesaikan masalah mereka. Ini jelas digambarkan oleh pelajar P5: Buat apa nak malu, saya fikir macam tidak semestinya orang yang bermasalah saja yang pergi ke bilik kaunseling (P5, Temubual 5, 199 - 200)

10 BAB V PERBINCANGAN

5.0

Pengenalan Bab ini akan membincangkan keputusan yang diperolehi dalam penyelidikan

ini sepertimana yang telah dilaporkan dalam bab IV. Ianya dimulakan dengan perbincangan persepsi pelajar perempuan cemerlang tingkatan 4 terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Di samping itu perbincangan akan menyentuh ciri-ciri kaunselor yang diingini oleh pelajar-pelajar dalam penyelidikan ini. Seterusnya kesimpulan dan satu rumusan akan dibuat ke atas hasil yang diperolehi dalam penyelidikan ini. Akhirnya limitasi penyelidikan, implikasi dan cadangan untuk penyelidikan yang seterusnya akan juga diberikan. 5.1 Persepsi Positif Pelajar Perempuan Cemerlang Tingkatan 4 Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 5.1.1 Bimbingan Analisis temubual dengan pelajar perempuan cemerlang tingkatan 4 dalam penyelidikan ini menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi yang positif ke atas perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam aspek bimbingan. Mereka berpendapat perkhidmatan tersebut penting untuk membimbing mereka dalam pelajaran, kerjaya, memilih aliran, dan pengurusan masa. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh Kolenthei (1988) yang mendapati pelajar memberi sambutan yang baik dalam aspek bimbingan akademik. Dapatan ini juga selari dengan dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh Aluede (2002), Ang Huat Bin (1985) dan Mohd Sodder (1985). Penyelidik-penyelidik itu mendapati pelajar-pelajar dalam kajian-kajian tersebut percaya perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling memberi faedah yang besar kepada pelajar untuk membantu mereka memilih aliran, memilih mata pelajaran dan teknik belajar. Di samping itu kajiankajian di luar negara contohnya seperti yang dijalankan oleh Hughey et al (1993) juga

11 menunjukkan bahawa pelajar-pelajar meminta bantuan kaunseling dari kaunselor sekolah berhubung dengan perancangan pemilihan kursus yang lebih tinggi dan bagaimana membuat keputusan pemilihan kerjaya. Oleh itu hasil penyelidikan ini telah membuktikan bahawa sememangnya pelajar-pelajar di seluruh dunia memerlukan bimbingan dari perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk membantu mereka membuat pemilihan mata pelajaran, membina kerjaya dan masa depan mereka. Persepsi yang positif terhadap bimbingan ini dijangka berkaitan dengan Teori Psiko-sosial Erikson yang menyatakan bahawa peringkat lima perkembangan psikososial remaja berlaku pada usia sebelas sehingga lapan belas tahun. Menurut beliau pada jangka usia tersebut remaja mulai memikirkan masa depan mereka dan bercadang menentukan kerjaya mereka. Oleh itu pihak yang terlibat dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah haruslah peka dan memahami dengan mendalam keperluan pelajar untuk mendapatkan bimbingan pelajaran untuk membina kerjaya dan masa depan mereka. Perkara ini adalah berkaitan dengan tahap perkembangan psikologi dan perkembangan kognitif mereka.

5.1.2 Penyelesaian Masalah Pelajar-pelajar dalam penyelidikan ini berpendapat perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling boleh membantu mereka menyelesaikan masalah peribadi, masalah keluarga, masalah dengan kawan dan masalah disiplin. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh Lai Kuen Choo (1966) yang telah menjalankan kajian ke atas pelajar lelaki dan pelajar perempuan tingkatan empat di negeri Melaka. Penyelidik tersebut mendapati pelajar-pelajar percaya bahawa kaunseling boleh membantu mereka mendapatkan nasihat dan tempat menyelesaikan masalah. Dapatan penyelidikan ini juga selari dengan dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh Wiggins dan Moody (1982) ke atas pelajar-pelajar remaja di Amerika. Mereka mendapati pelajar-pelajar berpendapat perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu mereka menyelesaikan masalah peribadi, masalah akademik dan masalah yang berkaitan dengan kerjaya. Oleh itu berdasarkan dapatan

12 penyelidikan ini, serta dapatan penyelidikan yang telah dijalankan oleh Lai Kuen Choo (1996) serta Wiggin dan Moody (1982) bolehlah disimpulkan bahawa semua pelajar sama ada pelajar lelaki atau perempuan dari berbagai tahap kecerdasan, sama ada di timur atau di barat percaya bahawa mereka memerlukan kaunseling untuk membantu mereka menyelesaikan masalah peribadi atau kerjaya.

13 Lampiran 1 Jadual1: Menunjukkan Kategori dan Subkategori Persepsi Positif Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Tema Kategori Subkategori Bimbingan Pelajaran Nasihat memilih Bimbingan (PB) aliran Kerjaya. Masalah Peribadi Persepsi Positif (P) Penyelesaian (PM) masalah Masalah keluarga Masalah dengan kawan Tempat Meluahkan Perasaan Masalah Disiplin Yakin Dengan PBK Kepercayaan Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (PBK) Selamat dan selesa Positif Terhadap Pelajar Yang berjumpa Kaunselor 11 10 9 8 5 28 18 18 Kekerapan 29 22 11

You might also like