Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SMK TENGKU MUHAMMAD ISMAIL

KERTAS KERJA

Nama Projek

PERTANDINGAN DRONE CHALLENGE


1. SLALOM DRONE
2. DRONE RACING

TARIKH: 03 OKTOBER 2023

TEMPAT: DEWAN TERBUKA TMIS

PENGANJUR :

UNIT KOKURIKULUM SMK TG MUHAMMAD ISMAIL

KERTAS KERJA PERTANDINGAN DRONE CHALLENGE

TAHUN 2023
1.0 LATAR BELAKANG

Ko – kurikulum dalam bidang STEM merupakan satu keperluan supaya murid dapat
mengembangkan potensi terhadap teknologi terkini khususnya Revolusi Industri
4.0(IP.4.0).
Ko- kurikulum STEM merupakan elemen penting untuk memupuk minat STEM dan
membudayakan Pendidikan Digital dalam kalangan murid.
Pertandingan Drone dan Pengatucaraan direka bentuk supaya murid dapat
diperkenalkan dengan teknologi drone yang merupakan salah satu teknologi dalam
IR 4.0.
Untuk makluman , drone merupakan suatu peranti / gajet yang mampu diterbangkan
dan mempunyai kepelbagaian fungsi yang boleh diaturkan berdasarkan
pengaturcaraan.

2.0 RASIONAL

Pertandingan Drone dan Pengatucaraan Peringkat Sekolah adalah


1. Pertandingan berasaskan permainan yang menarik menjanjikan banyak
keseronokan dalam pembelajaran sambil menanamkan kemahiran teknikal ,
pemikiran kritis dan satu penghargaan terhadap teknologi baru yang releven
dengan dunia moden.
2. Terbuka kepada murid sekolah SMK Tengku Muhammad Ismail, cabaran
pertandingan ini membolehkan peserta melaksanakan pembelajaran kendiri
untuk mengawal drone mereka mengikut laluan yang telah disediakan.

3.0 OBJEKTIF
Di akhir program ini, diharapkan ia dapat :-
3.1 Memperkenalkan teknologi drone kepada murid.
3.2 Meningkatkan kesedaran penggunaan teknologi drone kepada murid.
3.3 Mengaitkan teknologi drobe dengan ilmu STEM di sekolah.
3.4 Membina kemahiran kawalan remote dan kreativiti dalam kalangan murid
sekolah

4.0 TARIKH

03 OKTOBER 2023
5.0 TEMPAT

Dewan Terbuka TMIS

6.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar tingkatan 1, 2 dan 3

7.0 ANJURAN BERSAMA

Bidang Sains Dan Matematik, Bidang Teknik Dan Vokasional


Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, dan Unit Bimbingan & Kaunseling

8.0 KEWANGAN

8.1 SUMBER KEWANGAN


Bantuan Tambahan kokurikulum/PIBG
Koperasi Sekolah

8.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH


1 Banner Promosi RM100 RM100.00
2 Hadiah hamper Tempat RM160.00
Pertama :RM80.00 x 2
Tempat Kedua RM140.00
: RM 70.00 x 2
Tempat Ketiga RM130.00
: RM 65.00 X 2
Tempat Keempat RM 110.00
: RM 55.00 X 2
Tempat Kelima RM270.00
: RM 45 X 6
3 Sijil Rm1.50 x 200 RM300.00
5 Banner dan Bunting RM150.00 RM150.00
JUMLAH RM1360.00
9.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Pelajar ting.1, 2 dan 3 mengambil tempat


. : Ketibaan guru-guru penasihat
: Ketibaan tetamu VIP (Pengurusan Sekolah)
7.35 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Pengetua TMIS
: Ucapan dan Perasmian Pertandingan Drone Challenge oleh :
Cikgu Mohd Nasri Bin Abdullah
Pengetua Cemerlang
Smk Tengku Muhammad Ismail
Kuala Terengganu.

: Gimik Pelancaran
: Penyampaian Cenderamata
10.00pg : Pertandingan Drone Challenge

10.0 JAWATANKUASA

10.1 JAWATANKUASA BERSAMA :

Pengerusi Bersama : Tuan Haji Mohd Nasri bin Abdullah


Pengetua
SMK Tg Muhammad Ismail Kuala Terengganu
Timb Pengerusi : Pn. Aida binti Baharuddin
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi I : En. Zaizamroh bin Yusof
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi II : En. Mohd Rezali bin Abdullah
Penolong Kanan HEM
Penyelaras : Pn. Hajar binti Mohd Nor
Penyelaras STEM TMIS
Setiausaha : Pn. Tun Nur Syazwani Binti Tun Razak
Pen Setiausaha : YM. Engku Muhammad Adli bin Engku Muda
Guru Bimbingan & Kaunseling
AJK : Semua Guru Kanan Matapelajaran
JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN DRONE CHALLENGE 2023

BIL AKTIVITI BIDANG


1 Setiausaha  Meyiapkan kertas kerja
Cg Tun Nur Syazwani Binti Tun  Menyediakan borang penilaian
Razak permarkahan
 Menyediakan sijil-sijil penyertaan dan
penghargaan
 Menguruskan hadiah dan
cenderamata
2 Gimik Perasmian  Merancang gimik yang sesuai semasa
Cg Zalina binti Ismail (K) majlis pelancaran dan penutup
Pn Norazimah binti Mamat  Menyediakan teks ucapan dan
mengacarai majlis pelancaraan dan
penutup
N3 Pengacara Majlis  Menyediakan teks pengacara majlis
Cg Norsuhada binti Yahaya perasmian Hari STEM
4 Bacaan Doa  Menyediakan teks doa dan mengetuai
Cg Mohd Asrizaa bin Zakaria bacaan doa
5 Persiapan tempat  Memastikan persiapan tempat untuk
En Ruslan bin Perak (K) pertandingan dan disediakan dengan
En Faizal bin Muda baik
Pn Amirah binti Ramlee  Tempat pertandingan disediakan
6 Pamplet  Menyediakan pamplet semasa
Cg Noor Zailawati binti Nih pertandingan.
Cg Zaindon binti Abdul Ghani
7 Dokumentasi dan Fotografi  Mendokumentasikan setiap aktiviti
Cg Nurul Hidayatul Akmal binti yang terlibat sepanjang program
Mohamad
Cg Fairakartene binti
Norulzaman
8 Pengiklanan dan Hebahan  Menempah kain rentang&banting
Cg Mohd Zaferi bin  Menghebahkan aktiviti-aktiviti
Mamat@Yusof sepanjang program

9 Siaraya  Menyediakan alatan siaraya dan


Cg Rosli bin Hussain menguruskan semasa majlis
pelancaran dan penutup
10 Sijil Pernyertaan (pelajar) dan  Menyediakan sijil penglibatan kepada
Penghargaan Guru pelajar dan sijil penghargaan kepada
Cg Jamilah binti Yusof guru-guru yang terlibat
Cg Wan Roshani binti Wan
Mohamed
11 Hadiah pemenang  Menyediakan hadiah kepada semua
Cg Zuraidah binti Harun pemenang untuk disampaikan pada
12 PERTANDINGAN  Merancang dan memilih bentuk
pertandingan yang sesuai
1-Pertandingan Slalom  Menetap syarat pertandingan
Cg Zalina binti Ismail  Mengira kos
Cg Zaindon binti Abdul Ghani  Menhebahkan penyertaan
 Melaksanakan pernyertaan
2-Pertandingan Drone Racing  Melaksanakan dan
Cg Tun Nur Syazwani binti Tun  memantau aktiviti
Razak
11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat dijayakan dengan baik. Sesungguhnya melalui
kerjasama ditunjukkan, pendidikan STEM ini dilihat bakal melahirkan generasi muda
yang memiliki intelektual tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Sekali gus
berupaya memacu ekonomi negara dan menjadikan Malaysia negara
berpendapatan tinggi.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

………………………………… ………………………………………
(TUN NUR SYAZWANI BINTI TUN RAZAK) (AIDA BINTI BAHARUDDIN)
Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan dan diluluskan Oleh :

……………………………………
(HAJI MOHD NASRI BIN ABDULLAH)
Pengetua Cemerlang
SMK Tengku Muhammad Ismail
Kuala Terengganu.

You might also like