Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 53

Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

UNIT 2:
STAF &
PERATURAN
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

SENARAI GURU SMK BANDAR BINTANGOR 2019

Bil. NAMA GURU Gred BIDANG Jawatan/Panitia


1 HII KWONG UNG DG54(KUP) Umum PENGETUA
2 KANG CHEAN HENG DG44(KUP) Umum PK1
3 MARTHENO AK ANTHONY ELOT DG52(KUP) Umum PKHEM
4 SELAMAH BINTI ISMAIL DG52(KUP) Umum PKKK
5 NURHANA BINTI HUSSEN DG48(KUP) SM KB SN/MAT
6 NORA'AINI BT ABDUL RASID DG44 VOTEK KB VOTEK
7 ZUBAIDAH BT SULAIMAN DG44(KUP) BAHASA KB BAHASA
KB
KIUNG YIENG YIENG
8 DG44 KM KEMANUSIAAN
9 ABDUL RAHMAN B AJIT DG41 KM PSV
10 ABU SEMAN B. WAHAB DG44(KUP) BAHASA BM
11 AHMAD MIZUAN BIN HJ ZAIDAN DG41 BAHASA BM
12 AMINAH BINTI SALLEH DG48(KUP) KM PAI
13 AZMIL BIN JONI DG41 KM GEO
14 BERAIN ANAK JUTIEH DG44(KUP) SM SN
15 CARTHERINE AK AJAN DG48(KUP) BAHASA BM
16 CHAN CHING AI DG44(KUP) SM MAT
17 CHIENG YAN TING DG41 KHAS PKHAS
18 CHIN HIE YIENG DG44(KUP) KHAS PKHAS
19 CHRISTYWATI EJASNEY DG41 KM SEJ
20 CHUNG SII KIONG DG48(KUP) SM MAT
21 DYG CASWATI BT ABG THAIRANI DG48(KUP) SM SN
22 DYG HABSAH BT ABG SOLHI DG44(KUP) VOTEK KHB
23 ETERNAL AK CHEMALINE DG41 BAHASA SAS
24 FAUZIAH BINTI ROSDI DG44(KUP) SM MAT
25 GRACIA INCHE ANAK USAN DG41 KM SS
26 JESSICA DULAT AK JOHN BENNET DG44(KUP) BAHASA MUET
27 JOSEPH ANAK MAJA DG38(KUP) KM BIB/PJK
28 JUNGAN ANAK MANGA DG48(KUP) KHAS GBK
29 JUSIH BINTI BANGKALONG DG44(KUP) BAHASA BM
30 KUOK SING HUA DG44(KUP) SM MAT
31 LEE MEI TING DG44(KUP) SM BIOLOGI
32 LEE MEE CHING DG44(KUP) SM KIMIA
33 LUCIA LING SUNG SUNG DG44(KUP) KHAS GBK
34 MEXCOLCALL LOH KIONG HOCK DG44(KUP) KHAS PJK
35 MOH MEE KEE DG41 SM SN
36 MOHAMAD HAFIZ BIN BIDI DG41 KM PAI
37 MOHD KHAIRUL BAZLI B DRAMAN DG41 VOTEK MPV
38 MUHAMAD ALI BIN SAMSUDIN DG44(KUP) KM SEJ
39 NIK NASRUDDIN B NIK LI DG44(KUP) KM SEJ
40 NOR AFIFI BINTI LATIFF DG41 KM SEJ
41 NOR HALAWATI BINTI ZULKIFLI DG41 SM FIZIK/KH
42 NURNADIA EZATTY BINTI MD.FAZIB DG41 BAHASA PERDAGANGAN
43 NUR AZILA BINTI YUSUF DG41 KHAS PERDAGANGAN
44 NUR ZARIFI MOHAMAD MAHMUD DG41 BAHASA BI
45 ONG HUI CHIN DG48(KUP) BAHASA BM
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

46 PAAT HIE CHING DG44(KUP) KM MORAL/PSV


47 PAULINE SINGGAR AK NADOR DG44(KUP) BAHASA BI
48 RAHANI BINTI SAMIRI DG44(KUP) VOTEK ICT
49 SAUDI BIN BAKAR DG42 KM PJK
50 SITI RAFIDAH BT MUHALADDIN DG44(KUP) KM PJK
51 SITI TIMAH AK AWAT DG44(KUP) KM SEJ
52 THOMAS ANAK ANTHONY DG44(KUP) VOTEK KHB
53 TIMOT BINTI USOP DG48(KUP) KHAS GBK
54 WALTER UMPANG ANAK MOSES DG44(KUP) BAHASA BI
55 WAN ROSAIADA BT WAN RAZALI DG44(KUP) SM SN
56 WELLINGSON ANAK KULING DC41 KM PSV
57 WENDY WONG WAN LOUH DG44(KUP) SM KIM/BIO
58 WINNIE WONG JOH HSIA DG44(KUP) KHAS GPM
59 WONG TOK HUA DG54(KUP) SM MAT
60 YAT CHAN YENG DG44(KUP) BAHASA BI
61 YONG KAI MAN DG44(KUP) VOTEK ICT
62 YUNOS ALLIE AK TABAU DG44(KUP) BAHASA BIB
63 ZUL FAKAR BIN MAT DC41 KM PJK
64 ZURIA BT SADAK DG44(KUP) KM MORAL/SIVIK
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

SENARAI STAF SOKONGAN SMK BANDAR BINTANGOR 2019

Gred
Bil. Nama Jawatan Jawatan
SENNAH BINTI ROSEDI
1 Ketua Pembantu Tadbir N22
BARIAH BINTI MOHIDDIN
2 Penyelia Asrama N26(KUP)
MAGDALEN IJAH ANAK ISA
3 Pembantu Tadbir N22(KUP)
SALHAH BINTI NAWI
4 Pembantu Pengrn Murid N19
LING EE LIM
5 Penyelia Asrama N22(KUP)

6 ABDUL HAMID BIN HAJI ADENI Penyelia Asrama N19


ROSNAH BINTI AHMAD
7 Pembantu Tadbir N19
JAMES TEMELO ANAK IJEH
8 Pembantu Operasi N14
MUHAMMAD JULLFIKAR
9 BIN ABDULLAH
Pembantu Am Pejabat N11
NOR SITI CHAHAYA CHE
10 MAT
Pembantu Am Pejabat N11
DEMIT ANAK AGOK
11 Pembantu Penyediaan Mkn N19
DAYANG MERPATI BINTI
12 ABANG KIPLI
Pembantu Penyediaan Mkn N19

13 RABAIAH BINTI GHANI Pembantu Penyediaan Mkn N19

14 BETTY ANAK JAMBU Pembantu Penyediaan Mkn N19


WAN HAMDAN BIN WAN
15 KAMIS
Pembantu Penyediaan Mkn N19

16 ROHAYAH BINTI BUSRI Pembantu Penyediaan Mkn N19


MOHD JOHARI BIN
17 SAMSUDIN
Juruteknik Komputer FT29

FATIMAH ABDULLAH
18 @PAULA ANAK SAING
Pembantu Makmal C22(KUP)

19 NASIR BIN WAHAB Pembantu Makmal C22(KUP)


20 HALIZAH BINTI BAHIRI Pembantu Makmal C19
21 Pembantu Makmal C19
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

PANDUAN UNTUK STAF SMK Bandar Bintangor


“ Berusaha Sehingga Berjaya”
1.0 ARAHAN AM

1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki
membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan staf pelaksana sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami
dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan
Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan bukan pekerjaan/mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru dan staf pelaksana hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Negara.
1.6 Meletakkan Kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
dalam menjalankan tugas.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di
sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
1.9 Menjadi 'role-model'.
1.10 Tunjukkan kepimpinan melalui teladan.
1.11 Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan -TEAM (Together
Everyone Achieve More).

2.0 KEDATANGAN

2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 30 minit sebelum waktu
belajar (6.30 pagi) dan mengetitkan kad kehadiran (Punch Card) dan “Thumb
Print”semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah
memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru MESTI
memberitahu pihak sekolah (Pengetua/PKP/PK/GK) secepat mungkin supaya
jadual waktu ganti dapat disediakan.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali
dalam keadaan kecemasan.

3.0 KELUAR WAKTU MENGAJAR / BEKERJA

3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan dari Jabatan Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat
mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan.
3.2 Guru dikehendaki mencatat dalam Buku Rekod Pergerakan Staf yang
disediakan dan dapatkan tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan
sebelum keluar.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

3.3 Guru / Staf Pelaksana yang keluar untuk tugas rasmi dikehendaki mengisi
BORANG KEBENARAN KELUAR UNTUK TUGAS RASMI dan mendapatkan
tandatangan Pengetua / Penolong Kanan sebelum keluar.
3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis
untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang.
3.4 Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan.

4.0 CUTI

Cuti Tanpa Gaji( Perintah Am 14 dan 52 Bab c)


 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-
sebab persendirian yang mustahak.
 Cuti Tanpa gaji daripada bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua
cuti rehatnya.

 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji :


- Jumlah Cuti Tanpa Gaji (CTG) yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi
satu tahun kelender adalah 30 hari dan tidak melebihi had maksimum 360 hari
sepanjang tempoh perkhidmatan.
 Cuti Tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam
masa 4 tahun.
 Kelulusan Cuti Tanpa gaji yang tidak melebihi 30 hari setahun adalah
diluluskan oleh Pengetua. Cuti yang melebihi 30 hari diluluskan oleh JPN
/Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10
minggu sebelum tarikh mula bercuti.
(Ruj. JPNS.SKPP.PERK.KMDH.100-1/8/3(03) bertarikh 20.09.2018)
JPS(W)/PPDMG(Perk)/153/08/02/05/Jld.3(45)

Cuti Rehat Khas


( Pekeliling Perkhidmatan 3/2005 berkuatkuasa mulai 1 Mac 2004 dan Pekeliling
Perkhidmatan /2015)
 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua tempoh sepuluh* hari dalam
setahun.
 Guru bertanggungjawab untuk memohon pengumpulan cuti rehat khas
yang tidak dihabiskan untuk tujuan pemberian Wang tunai gantian.

5.0 PAKAIAN

5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
masyarakat timur.
5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru
perempuan.
5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang
sesuai.
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

Guru perempuan - seluar trek/panjang sesuai, Kemeja T, kemeja sukan,baju


trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

Guru lelaki - seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.
Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah
tanpa tumit.

6.0 PERHUBUNGAN SESAMA GURU

6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga
diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/
pendapat/kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan
sekolah yang lain.
6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum,
status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak
dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
6.4 Guru mengamalkan 'esprit de corp'.
6.5 Guru bekerjasama sabagai satu pasukan / TEAM (Together everyone achieves
more)

7.0 BILIK GURU / WORKSTATION [ TEMPAT BERTUGAS ]

7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru dan workstation [ tempat bertugas ]
adalah menjadi tanggungjawab semua guru dan staf pelaksana. Ini termasuk
keselamatan harta benda, di dalam bilik guru dan bilik-bilik khas yang
diperuntukkan.
7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai 'non-teaching period' dan bukannya free period.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk
perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
7.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
mana pihak.

8.0 PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.
8.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan
dengan Guru Ketua Panitia, Guru Penolong Kanan (Penyelia Petang untuk sesi
petang) atau Pengetua.
8.3 Staf pelaksana yang menghadapi masalah bolehlah berurusan dengan
Penolong Kanan atau Pengetua.

9.0 TUGAS

9.1 Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum,


pentadbiran dan tugas-tugas khas. Manakala semua staf pelaksana akan diberi
tugas-tugas berkaitan dengan pengurusan pejabat, asrama dan
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

sekolah.Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi,


cekap dan bertanggungjawab.
9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya,
menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru
hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakan nya tanpa kebenaran Pengetua.

10.0 Buku/Folio Rekod Mengajar (AKTA PENDIDIKAN 1996 @AKTA 550 dan
Peraturan Kurikulum kebangsaan 1997) / FAIL MEJA

10.1 Setiap guru akan diberikan panduan penyediaan Folio Rekod Mengajar dan
bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran
hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Folio Rekod
Persediaan Mengajar merupakan dokumen rasmi dan perlu disediakan
mengikut kehendak Akta pendidikan dan surat pekeliling ikhtisasKementerian
pendidikan. Folio ini hendaklah sentiasa kemaskini dan diserahkan ke pejabat
pada hari yang telah ditetapkan untuk disemak dan ditandatangani oleh
Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan.

10.2 Jika seseorang guru bercuti, Folio tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan/Ketua Bidang untuk memastikan paiwaian melindungi masa
instruksional dipatuhi.
10.3 Folio Rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada akhir tahun
persekolahan.
10.4 Semua staf perlu menyediakan Fail Meja berdasarkan agihan tugas yang
diberikan. Fail Meja perlu diletakkan di atas meja guru / tempat bekerja staf
pelaksana sepanjang masa sebagai sumber rujukan staf.

11.0 JADUAL WAKTU

11.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.
11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
11.3 Guru mesti mematuhi jadual waktu - jangan keluar dari kelas lebih awal atau
masuk kelas lewat.
11.4 Sekiranya guru ada tugas rasmi di luar, guru digalakkan untuk menggunakan
sistem rakan kurikulum yang diamalkan di sekolah untuk memastikan kelas
yang ditinggalkan dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

12.0 JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

12.1 Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru
bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan
hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang
tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
12.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda
pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru
tingkatan tidak hadir, Penolong Guru Tingkatan bertanggungjawab
menandanya.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

12.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.


12.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam
satu minggu, ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. [ Rujuk
Panduan Disiplin Pelajar ]
12.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong
Kanan atau Pengetua. Guru perlu isi Borang Pulangan Bulanan [Monthly
Returns] dan hantar kepada pembantu tadbir di pejabat.
12.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
12.7 Alamat pelajar sentiasa perlu dikemaskinikan.

13.0 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

13.1 Semua guru dan staf pelaksana dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya
dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan
harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah
dibawa ke pengetahuan guru disiplin / PK (HEM) atau Pengetua/Pegawai Aset
Sekolah.

14.0 KEBERSIHAN

14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran


bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan
selamat.
14.2 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas dan
tempat khas (bengkel bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab
untuk menjaga bilik tersebut.
14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf
sokongan dan pelajar.

15.0 SURAT MENYURAT

15.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan
kepada pihak berkenaan.
15.2 'Letter-head' sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua.
16.0 SURAT YANG DITERIMA

16.1 Apabila guru menerima surat atau memo yang diminitkan, tindakan segera
perlu diambil dan laporan tindaksusul perlu disediakan apabila perlu.
16.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada
Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.
16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk
tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:
 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam
simpanannya.
 Mengambil tindakan yang diperlukan.
 Memulangkan semula fail itu ke pejabat.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

17.0 PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

17.1 Guru dibenarkan berurusan dengan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat
Pelajaran Daerah apabila diarah berurusan demikian.
17.2 Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di
PPD/JPN

18.0 PELAWAT

18.1 Semua pelawat perlu diberi layanan seperti yang dinyatakan dalam
Panduan pengurusan pelanggan.
18.2 Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat.

19.0 Tatacara Perolehan Barangan dan Perkhidmatan

19.1 Guru yang perlu membuat perolehan perlu mematuhi peraturan tatacara
kewangan yang ditentukan dan menggunakan borang yang boleh diperolehi di
pejabat.
19.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia, Guru
Kanan/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
19.3 Semua perolehan yang tidak dapat dibayar melalui Panjar Wang Runcit mesti
dibuat melalui Borang Pesanan Kerajaan.
19.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru/pegawai yang menerima dan
direkodkan dengan teratur.
19.5 Semua Borang Pesanan Kerajaan hanya boleh ditandatangan oleh Pengurus
Sekolah atau pegawai yang diberikuasa bagi pihaknya.

20.0 KEGIATAN KOKURIKULUM

20.1 Semua guru perlu menjadi penasihat kegiatan kokurikulum seperti yang
diarahkan dalam Peraturan Pendidikan(Peraturan-peraturan Persatuan
Sekolah 1998). Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. [
Rujuk Panduan Pengurusan GERKO ]
20.2 Kecederaan pelajar yang serius mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan
Pengetua selepas dihantar ke hospital.

21.0 PERHIMPUNAN SEKOLAH / PERHIMPUNAN PAGI

21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa


dan hari-hari yang ditetapkan.
21.2 Perhimpunan Sekolah merupakan majlis rasmi sekolah. Semua guru mesti
hadir mengikuti kod etika menghadiri majlis rasmi termasuk cara berpakaian
yang ditentukan untuk kakitangan awam.
21.3 Antara tugas dari guru-guru dikehendaki menjaga disiplin pelajar, membuat
ucapan awam dan memberi nasihat mengikut bidang tugas yang telah
ditentukan.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

22.0 MESYUARAT / TAKLIMAT GURU & STAF SOKONGAN

22.1 Dari semasa ke semasa Pengetua akan memanggil untuk menghadiri


mesyuarat/taklimat guru. Kedatangan semua guru dan staf sokongan adalah
diwajibkan.
22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat/taklimat yang dipanggil oleh Guru
Kanan/Ketua Panitia.
22.3 Setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat/taklimat guru dan staf pelaksana
sama ada atas arahan Pengetua, guru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua
guru walaupun berlainan pendapat.
22.4 Pakaian semasa mesyuarat guru adalah formal.

23.0 BUKU STOK / INVENTORI

23.1 Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku


stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke
semasa oleh Pengetua/Penolong Kanan.

24.0 TANDA NAMA

24.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
rasmi di sekolah/di luar sekolah.
24.2 Tanda nama mesti mengikut saiz yang ditetapkan.

25.0 KEAHLIAN KELAB KEBAJIKAN GURU / PIBG

25.1 Guru dan staf sokongan secara automatik menjadi ahli kelab kebajikan guru
dan staf pelaksana sekolah, ahli PIBG dan ahli PSKPP.
25.2 Jumlah yuran kelab kebajikan guru dan staf tertakluk kepada keputusan
mesyuarat.

26.0 PENGGUNAAN ALAT-ALAT

26.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.


26.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Unit atau Penjaga Stok.
26.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan
kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
26.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan menggantinya jika
perlu.

27.0 ARAHAN DAN SURAT PEKELILING

27.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah
dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membaca.
27.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah
menyimpannya di dalam fail khas.
27.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran / PPD guru
hendaklah mengembalikan dengan segera ke Pejabat sekolah setelah tindakan
diambil.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

28.0 TELEFON / FAKS

28.1 Penggunaan telefon / fax hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah
menggunakan telefon awam atas urusan peribadi.
28.2 Guru dan staf sokongan perlu mencatat panggilan dalam buku penggunaan
telefon untuk semua urusan.

29.0 KUNCI

29.1 Semua kunci mesti didaftarkan dalam Buku Daftar Kunci.


29.2 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
29.3 Semua peminjaman kunci mesti direkodkan dalam Buku Peminjaman Kunci di
pejabat dan kunci mesti dikembalikan selepas penggunaan.
29.4 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah
mendapat kebenaran dari Pengetua. Guru dan staf pelaksana tersebut
bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

30.0 ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH

30.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
30.2 Jika guru tidak dapat hadir oleh kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan,
beliau mesti memberitahu pengetua terlebih dahulu.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

SENARAI JAWATANKUASA UTAMA


PENGURUSAN & PENTADBIRAN SMK BANDAR BINTANGOR
TAHUN 2019
A1. JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH
Bidang Tugas

 Bertanggungjawab untuk memastikan semua misi dan visi sekolah tercapai


 Menjalankan tugasnya berasaskan peruntukan, undang-undang, dan peraturan
pelajaran serta Arahan Penbendaharaan, Perintah Am, dan Surat-surat
Pekeliling Am/Khusus yang berkaitan
 Bertindak berasaskan peraturan-peraturan yang diluluskan oleh Jawatankuasa
dengan tidak melampaui kuasa-kuasa yang diperuntukkan.

Senarai Tugas

1. Kurikulum
1.1. Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran
Tahunan dan Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2. Memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.
1.3. Menjalankan penyeliaan/pencerapan terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
1.4. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunkan dan diselenggarakan
dengan berkesan.
1.5. Mengkaji segala jenis laporan yng berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.
1.6. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan
dan pengayaan.
1.7. Menganggotai jawatankuasa kokurikulum sekolah dan jawatankuasa lain
yangdiarahkan oleh Pengetua.
1.8. Membantu menjalankan kursus, taklimat atau penerangan di sekolah dalam
konteks perkembangan staf.
1.9. Mendapatkan dan menyebarkan maklumat terkini tentang kaedah atau
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru-guru.
1.10. Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar serta masalah disiplin dan mencari
langkah mengatasinya.

2. Ko-kurikulum
2.1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang
bersifat akademik bagi membantu meningkatkan kecemerlangan akademik
berkaitan dengan bidangnya.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

3. Pentadbiran
3.1. Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran
di bawah bidang kawalannya.
3.2. Membantu menyelaras hal-ehwal peperiksaan,kursus dan latihan untuk guru.
3.3. Membantu menyelelenggara dan menyelaras kutipan data dan maklumat
serta segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.4. Membantu merancang takwim sekolah.
3.5. Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6. Menyediakan anggaran belanjawan dan mengawal perbelanjaan di bawah
bidang kawalannya.
3.7. Menjaga dan menyemak stok/inventori segala peralatan atau bahan yang
berkaitan.
3.8. Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni diamalkan di bilik
darjah dan sekolah.

4. Tugas-Tugas lain.
4.1. Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pelajaran Daerah dan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri mengenai apa jua maklumat dan
bantuan yang boleh didapati untuk membantu guru dan sekolah.
4.2. Berhubung dengan Guru Kanan Mata Pelajaran sekolah lain yang
berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan.
4.3. Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan
kebersihan sekolah.
4.4. Membantu Pengetua menyelia hal-hal peperiksaan, penyediaan jadual waktu
sekolah dan urusan Pusat Sumber.
4.4.1. Melaksanakan segala arahan dan tugas yang diberikan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

A2. JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

Senarai Tugas

1. Membantu Pengetua mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan


kewangan dan akaun supaya berjalan dengan lancar dan menepati kehendak Akta
Prosedur Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling , Surat Pekeliling
dan tatacara yang berkaitan dalam
1.1. Pengurusan perolehan dan penerimaan
1.2. Pengurusan perakaunan
1.3. Pengurusan pungutan dan tunggakan hasil.
1.4. Penyediaan dan perbentangan penyata kewangan dan laporan tahunan
sekolah.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

2. Membantu Pengetua meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan


Audit.
3. Merancang latihan untuk staf yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan dan
akaun.
4. Mengadakan mesyuarat sekali dalam TIGA bulan untuk mengesan dan
mengawasi operasi kewangan dan perakaunan .

A3. JAWATANKUASA PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

1. Menentukan bilangan staf (guru dan staff pelaksana) yang diperlukan mengikut
norma perjawatan.
2. Membimbing dan menyediakan Manual Prosedur Kerja , Fail Meja , panduan dan
senarai tugas untuk semua staf.
3. Memastikan semua staf mempunyai sasaran kerja tahunan, pelan tindakan dan
sistem penilaian kerja .
4. Merancang dan melaksanakan panduan kerja yang sistematik untuk semua staf
5. Menguruskan latihan kerja melalui taklimat, kursus ,bengkel dan program
sandaran untuk semua staf.
6. Menguruskan hal perjawatan dan perkhidmatan untuk semua staf
7. Membuat penilaian prestasi kerja mengikut panduan yang disediakan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

A4. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAF

1. Mengadakan kursus perkembangan staf sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.


2. Mengenalpasti kursus-kursus dalaman/latihan dalam perkhidmatan yang sesuai
untuk guru dan staff pelaksana di sekolah.
3. Menguruskan sesi taklimat/majlis ilmu di sekolah dari semasa ke semasa.
4. Menguruskan sistem pelaporan kursus/taklimat untuk semua staf melalui minit
curai.
5. Menyediakan laporan status kursus dalam perkhidmatan untuk semua staf di
sekolah.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

BAHAGIAN B : PENGURUSAN KURIKULUM

B1. JAWATANKUASA AKADEMIK SEKOLAH

Senarai Tugas

1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.


2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
3. Mencadangkan, membina dan mengurus bahan bantuan pembelajaran dan
pengajaran.
4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran
5. Merancang strategi peningkatan prestasi pembelajaran dan pengajaran.
6. Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja
Tahunan/Penggal/Minggu.
7. Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan.
8. Mengesan dan memastikan Sukatan Pelajaran dan Perancangan pelajaran
dilaksanakan dengan sempurna.
9. Merancang dan melaksanakan kursus kepada kakitangan akademik mengenai
program dan aktiviti pendidikan baru.
10. Mengkaji analisis keputusan ujian dan peperiksaan formatif dan sumatif di
sekolah mengikut format pentaksiran berasaskan sekolah PBS, PT3 dan SPM.
11. Mengkaji dan menilai buku panduan dan buku tambahan yang digunakan oleh
pelajar.
12. Menyediakan panduan /modul pembelajaran untuk guru dan pelajar.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.

B2. JAWATANKUASA PANITIA PELAJARAN

Tujuan:

 Memperbaik dan meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran
 Berusaha untuk mendapatkan strategi pengajaran yang inovatif dan boleh
mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap
pelajaran.
 Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pelajar dalam peperiksaan
PT3 dan SPM berasaskan target yang ditunjukkan dalam perancangan
akademik sekolah.
 Mewujudkan semangat kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan
persatuan/kelab akademik.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

Peranan Panitia Mata pelajaran( mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil4/1986


Panitia Pelajaran)

1. Mendapatkan sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk


kegunaan ahli panitia
2. Menyediakan rancangan pengajaran yang diselaraskan antara guru dalam
sesuatu tingkatan yang berkaitan.
3. Menetapkan TOV(take off value) bagi setiap pelajar dalam mata pelajaran
berkaitan
4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan dan bahan-bahan tambahan
yang sesuai dengan keperluan para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk
dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
5. Memilih dan mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah buku teks
untuk digunakan oleh para pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi
kehendak sukatan pelajaran.
6. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah
yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan dan menubuhkan bank soalan.
7. Mengkaji dan mengnalisis keputusan peperiksaan pelajar dan mengambil
langkah untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
8. Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara
formal atau tidak formal).
9. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya empat
kali setahun.
10. Bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman serta kepakaran dengan
panitia sekolah yang berhampiran.
11. Menyelenggarakan fail panitia, minit mesyurat, surat-menyurat dan rekod-
rekod yang berkenaan.
12. Menyampaikan laporan prestasi dan analisis pencapaian mata pelajaran
kepada Pengetua.
13. Melantik seorang guru dalam sesuatu panitia sebagai penyelaras dng
diadakan.
14. Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan kertas soalan
peperiksaan dan memeriksa skrip pelajar bagi setiap peperiksaan yang
diadakan.
15. Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas(jika ada) dan alat-alat
bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
16. Menyediakan Rancangan Strategik Akademik 3 tahun.
17. Menetapkan kuantiti/kualiti dan kekerapan penyemakan hasil kerja setiap
orang pelajar secara bulanan/mingguan.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

B3. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU INDUK DAN GURU GANTI

Senarai Tugas

1. Mengkaji keperluan guru pada sesuatu masa berpandukan bilangan mata


pelajaran dan opsyen guru mata pelajaran.
2. Memaklumkan kepada Pengetua tentang kelebihan atau kekurangan guru
pada sesuatu masa untuk tindakan beliau.
3. Merancang dan menyediakan senarai nama guru, mata pelajaran yang diajar,
jumlah waktu mengajar dan kelas yang diajar kepada Pengetua untuk
kelulusan.
4. Menentukan penggunaan bilik darjah, bengkel, makmal dan bilik khas(jika ada).
5. Menyusun jadual waktu induk sekolah.
6. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar dan tugas khas yang
perlu dilaksanakan.
7. Membuat pindahan jadual waktu apabila perlu.
8. Menyediakan jadual waktu gantian seberapa awal yang boleh dengan cara
mengenalpasti guru-guru yang tidak hadir.( Sistem buddy akademik
diutamakan).
9. Menyerahkan kepada Pengetua jadual waktu kelas dan jadual waktu guru
untuk disahkan.

B4. JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Senarai tugas Jawatankuasa , Setiausaha Peperiksaan dan Penyelaras Peperiksaan

Peperiksaan Dalaman

1. Merancang takwim dan jadual pelaksanaan semua jenis peperiksaan dalaman


(ujian bulanan, peperiksaan penggal, Ujian Lisan dan Peperiksaan
Percubaan).
2. Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan soalan dan pemeriksa
kertas jawapan setelah ditentukan oleh Panitia Mata pelajaran.
3. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas
soalan serta memastikan keselamatannya.
4. Menentukan satu sistem pengawasan peperiksaan dan mengambil langkah
tertentu jika ada guru tidak dapat mengawas disebabkan hal-hal tertentu.
5. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan
sebelum peperiksaan dijalankan dan disusun mengikut sistem yang
ditetapkan.
6. Memastikan skema jawapan disedaikan oleh ahli panel pengubalan soalan.
7. Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa
yang ditetapkan.
8. Memastikan kertas soalan dan skema jawapan disimpan untuk rujukan.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah dan SPM

1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai pentaksiran


dan peperiksaan kepada Guru Tingkatan.
2. Menguruskan pengisian data Pentaksiran Berasaskan sekolah, borang-borang
kemasukkan peperiksaan dengan kerjasama Guru Tingkatan.
3. Menghadiri taklimat pentaksiran dan peperiksaan yang berkaitan yang diberi
oleh PPD/JPN, Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan Malaysia.
4. Menentukan dewan/bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik
peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
5. Mengedarkan jadual waktu pentaksiran dan peperiksaan kepada semua calon
dan mempaparkannya di Papan Kenyataan Peperiksaan.
6. Menyelaraskan perjalanan pentaksiran dan peperiksaan mengikut jadual
peperiksaan (Setiausaha Peperiksaan/Pentaksiran sebagai Pegawai Meja
Peperiksaan di Sekolah).
7. Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan Jawatankuasa Panitia
Pelajaran.
8. Menyediakan laporan analisis peperiksaan untuk tindak susul pelbagai pihak
sekolah.

B5. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Fungsi Pusat Sumber Sekolah

1. Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan


ko-kurikulum
2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara
individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
3. Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain
bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
4. Berfungsi sebagai tempat himpunan bahan pengajaran-pembelajaran untuk
kegunaan di kelas atau dirumah.
5. Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran
maklumat.
6. Menyediakan peluang untuk pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran
kendiri.
7. Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan
keperluan semasa dan perkembangan masa depan.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

TUGAS JAWATAKUASA PANITIA

1. Bertanggunjawab meningkatkan mutu dan pretasi pencapaian akademik dalam


pentaksiran berasaskan sekolah Menengah Rendah/ peperiksaan SPM dan
prestasi mata pelajaran untuk semua pelajar.
2. Membincangkan hal-hal yang berikut:
 Rancangan Pelajaran
 Buku teks
 Sukatan pelajaran dan huraian
 Peningkatan pengajaran dan pembelajaran
 Peperiksaan dan penilaian
 Bahan bantu mengajar
 Pemulihan dan kelas bimbingan
 Kerja latihan
 Implementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka dan Jangka Pendek
 Meningkatkan pretasi pelajar dalam mata pelajaran
 Menyediakan SKU Panitia mata pelajaran
 Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat
bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
 Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang ditentukan oleh AJK Kurikulum dan AJK
Profesional Learning Community(PLC).
 Mematuhi Surat Perkeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

PERKARA-PERKARA UNTUK DIBINCANGKAN SEMASA MESYUARAT PANITIA :

A. PENGURUSAN PANITIA
1. Pengurusan panitia – perlantikan AJK dalam panitia – kekerapan mesyuarat
panitia : 4 kali setahun ( Jan / Mac / Julai / Sept ). Minit mesyuarat panitia perlu
dihantar selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh mesyuarat panitia.
2. Sukatan dan huraian sukatan. Sila pastikan semua ahli mempunyai sukatan
dan huraian sukatan. SP & HSP boleh disediakan dan disimpan dalam bentuk
CD
3. Lantik mentor bagi guru baru / guru sandaran tidak terlatih ( pengalaman
mengajar kurang daripada 3 tahun). Sila kenalpasti mentor dan mentee dalam
panitia anda dan senarai mentor mentee perlu dicatatkan dalam minit. Peranan
mentor juga perlu dijelaskan.
4. Perancangan tahunan termasuk ujian, peperiksaan dan ulangkaji / kelas
bimbingan. Ulangkaji perlu dirancang dengan teliti. Sila catatankan minggu dan
tarikh berkenaan.
5. Perancangan perbelanjaan tahunan 2017 / PCG – sila kenalpasti bahan-bahan
P & P yang diperlukan. Perbelanjaan PCG selesai selewat-lewatnya akhir
pada bulan Julai 2017.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

B. PERANCANGAN STRATEGIK & PENETAPAN SASARAN 2017

1. Perancangan Strategik untuk panitia – dengan SWOT Analysis dan


menggunakan TOV, ETR untuk menentukan sasaran 2017 (kualiti dan kuantiti)

C. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH [ PBS ]

1. Kerja kursus, peka, lisan, folio, dan perkara lain yang perlu dilaksanakan.
Semua perlu disediakan pada atau sebelum akhir bulan Jun / awal Julai [ untuk
PT3 / SPM ] dan pertengahan Oktober untuk Tingkatan lain.
2. Ketua Pentaksir Sekolah mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:
 mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Pentaksir Sekolah.
 memastikan fail-fail PBS untuk semua tingkatan disediakan dan diberikan
kepada semua guru berkenaan.
 Memastikan markah direkodkan dalam borang PBS dan semua dokumen
PBS disimpan di dengan teratur dan selamat di Bilik PBS.
 Penyelarasan PBS sekolah untuk kelas Ting, 1, 2 & 4 dilaksanakan pada
bulan Oktober bersama-sama Ketua Panitia dan Penyelaras Tingkatan
berkenaan.

D. PENYEDIAAN KERTAS PEPERIKSAAN, UJIAN & PERCUBAAN


1. Pembahagian tugas untuk menyediakan kertas soalan peperiksaan, ujian
topikal dan penilaian lain. Guru berpengalaman harus diberi tugas untuk
menyediakan kertas untuk peperiksaan percubaan.
2. Guru perlu menghantar kertas untuk dicetak 1 minggu sebelum peperiksaan
dan penilaian.
3. Kertas soalan dikehendaki mengikut standard dan format peperiksaan umum. (
guna JSU secara panduan penyediaan kertas) Guru perlu elak daripada
menggunakan salinan fotostat soalan dari buku rujukan [direct copy] sebagai
kertas soalan peperiksaan dan ujian.
4. Penilaian berterusan – ujian formatif/topikal, diagnostik, latihan, ujian, lisan,
teknik soal jawab, gerak gempur digalakkan.
5. Salinan “softcopy” kertas-kertas soalan ujian & peperiksaan mata pelajaran
untuk semua tingkatan dikumpul dan disimpan dalam Folder Ujian &
Peperiksaan 2017 dalam komputer di Bilik Guru.

E. PENYEMAKAN LATIHAN & TUGAS


1. Penyemakan latihan dan tugasan yang diberikan kepada pelajar adalah wajib.
Guru perlu menyediakan jadual penyemakan buku latihan dan tugas
berpandukan kuantiti/kualiti/kekerapan yang ditetapkan oleh Panitia MP.
2. Penyemakan perlu konstruktif ( lebih daripada perkataan DISEMAK , BAIK,
LEMAH. Guru perlu memberi maklumbalas kepada pelajar-pelajar tentang
kekuatan dan kelemahan atau galakan ).
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

F. PENGENDALIAN KELAS BIMBINGAN / TAMBAHAN


1. Kelas bimbingan untuk kelas peperiksaan/program, aktiviti dan pendekatan
strategik – kumpulan galus, sederhana, dan cemerlang. Guru-guru
mengkhusus menyediakan bahan P&P untuk kumpulan tertentu. Sila tentukan
KPI menilai impak program / aktiviti yang akan dijalankan.
2. Masa Kelas Bimbingan / Tambahan yang dirancangkan pada waktu petang
adalah sehingga 4.00 petang sahaja (khasnya Penggal 1 ) untuk memberi
pelajar-pelajar masa untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum atau
latihan sukan dan permainan yang diadakan.
3. Masa kelas-kelas intensif yang dirancangkan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3
dan 5 boleh dilanjutkan pada Penggal 2. (penyediaan untuk peperiksaan
percubaan dan peperiksaan awam)
4. Masa pentadbiran kokurikulum (Hari Rabu) masih kekal.

G. PENCERAPAN
1. Pencerapan secara “buddy”– aspek-aspek yang diberikan penekanan semasa
pencerapan. Mengikut SKPM ( Standard Kualiti Pendidikan Malaysia: elemen
9). Ketua panitia diminta untuk memberitahu guru-guru tentang aspek dinilai.
Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan, Ketua Panitia, akan terlibat dalam
pencerapan untuk guru dalam panitia.
2. Borang Pencerapan perlu diisi dan satu salinan dihantar kepada PK
Pentadbiran & Akademik. Perbincangan perlu diadakan selepas sesi
pencerapan.

H. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) / KAJIAN TINDAKAN


1. Latihan Dalam Perkhidmatan –panitia diminta untuk merancang dan
mengendalikan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk panitia seperti Bengkel,
Seminar, Latihan Dalaman, Hasil LDP dan kehadiran perlu dilaporkan kepada
PK Pentadbiran & Akademik atau Pengetua. Semua guru panitia diwajibkan
hadir ke LDP yang telah dianjurkan.
2. Kajian tindakan untuk panitia –panitia digalakkan untuk menjalankan kajian
tindakan untuk sesuatu isu/cabaran yang kritikal dan berdasarkan dapatan
kajian itu tindakan susulan dirancang dan dilaksanakan.

I. HAL-HAL LAIN
1. Ketepatan masa untuk urusan panitia – sila menghantar kertas soalan untuk
dicetak, markah kepada guru tingkatan mengikut masa yang ditetapkan.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

B2 FUNGSI JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

1. Merancang dan melaksanakan penilaian dan peperiksaan di peringkat sekolah:


 Jadual waktu peperiksaan & ujian penilaian
 Peperiksaan/penilaian
 Kumpulan sasaran
 Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian
 Pengawasan
 Syarat kelulusan
 Menganalisis keputusan peperiksaan
 Memberi maklum balas kepada Jawatankuasa Kurikulum
 Menyediakan bank soalan di peringkat soalan
 Bertugas di bilik peperiksaan :
a) Guru perlu berada dalam Bilik Peperiksaan dua minggu sebelum
peperiksaan bermula sehingga peperiksaan tamat
b) Memasukkan kertas peperiksaan semasa dari almari besi ke dalam rak
mengikut jadual peperiksaan
c) Memastikan semua kertas peperiksaan diambil oleh guru mengawas
peperiksaan dari rak sekurang-kurangnya 20 minit sebelum kertas itu
dimulakan.
d) Memastikan bilik peperiksaan sentiasa bersih dan teratur.
e) Memastikan bilik peperiksaan dikunci setiap kali keluar bilik
f) Menghantar kunci kepada Penolong Kanan Pentadbiran [untuk paji]
dan Penolong Kanan Petang [untuk petang]

TUGAS-TUGAS PENYELARAS/SETIAUSAHA PEPERIKSAAN PT3 DAN SPM

1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan


kepada Guru Tingkatan.
2. Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan untuk diisi oleh pelajar
dengan kerjasama Guru Tingkatan.
3. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh
JPN dan Lembaga Peperiksaan.
4. Mengumpulkan dan menyemak borang-borang kemasukan peperiksaan
dengan kerjasama Guru Tingkatan.
5. Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PT3/SPM
6. Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan salinan untuk JPN, Lembaga
Peperiksaan dan sekolah.
7. Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PMR/SPM:
 Analisis kertas soalan
 Borang kewangan
 Borang keterangan pelajar tidak memiliki kad pengenalan
 Borang-borang lain yang berkaitan
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

8. Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan


bertulis dan peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
9. Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaan dalam 4 salinan.
10. Menyediakan label meja calon yang ditampal untuk peperiksaan.
 Almari
 Jam dinding
 Cop sekolah/lakri
 Kapur
 Pemadam
 Lain-lain
11. Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.
12. Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang
diperlukan untuk calon persendirian jika ada.
13. Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dalam
menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan Pendidikan Islam / Pendidikan
Moral.
14. Penyelaras peperiksaan PMR dan SPM mesti berada di sekolah pada hari
terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang
yang dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.
15. Mendapatkan 2 set soalan PMR dan SPM untuk rujukan sekolah.
16. Menyelaraskan penyediaan Sijil untuk Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
(PKSM).
17. Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan Ketua Panitia Mata
Pelajaran.
18. Menggunakan analisis keputusan peperiksaan/ujian untuk tindakan susulan
memulihkan dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

PROSEDUR KERJA PENGURUSAN


PEPERIKSAAN SEKOLAH

PERSEDIAAN SELEPAS KERTAS PADA HARI SELEPAS


KERTAS DICETAK PEPERIKASAAN PEPERIKSAAN

Ketua Panitia Kertas dihantar ke bilik Guru yang bertugas di Guru serahkan kertas
tetapkan guru Peperiksaan bilik peperiksaan kepada guru mata
keluarkan kertas dari pelajaran
yang
almari besi dan letak di
menyediakan rak pada hari
peperiksaan mengikut
Guru yang jadual peperiksaan
Guru menyediakan menyediakan kertas Kertas guru yang tak
kertas soalan mengikut soalan semak dan hadir diserahkan
format yang isikan Borang Kawalan kepada Guru Kanan
ditetapkan Peperiksaan atau PK Pentadbiran &
Guru yang Akademik
menyediakan kertas
mengagih kertas
Kertas disemak oleh kepada guru-guru
Kertas soalan disimpan
guru mata pelajaran mengawas Guru m/p serahkan
dalam almari besi
dan Ketua Panitia markah kepada guru
Tingkatan
Guru mengawas
dengan aktif
Guru tingkatan key-in
Kertas soalan dilulus
markah ke dalam mark
untuk dicetak oleh PK
sheet dan sediakan
Pentadbiran &
buku laporan
Akademik

AJK Analisis Guru tingkatan


Peperiksaan membuat serahkan buku laporan
analisis kepada Pengetua

Guru tingkatan
serahkan buku laporan
kepada pelajar
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

ELEMEN-ELEMEN PEMBELAJARAN MASTERI DALAM P&P

Ciri-ciri pelajar (Learner characteristic) :

Kecerdasan pelbagai (multiple intelligences)


 Verbal/ linguistic
 Logical mathematical
 Musical/rhythmic
 Interpersonal
 Intrapersonal
 Naturalistic
 Visual/spatial
 Bodily/kinesthetic
 Spiritual
 Personal competence
 Social competence

Gaya pembelajaran (learning styles)


 Persekitaran (environment)
 Emosi (emotional)
 Sosiallogi (sociological)
 Fizikal(physical)
 Psikologi(psychological)

Types of learners
 Visual/verbal
 Visual/nonverbal
 Tactile/kinesthetic
 Auditory/verbal

Jenis pembelajaran (types of learning approaches):


 Berpusatkan Pelajar (student centred)
 Bersifat Individu (individualized)
 Berfitrah (thoughtful learning)
 Berbantu Teknologi (technology aided)
 Berasaskan Otak ( brain-based learning)
 Berasaskan Projek (project based)
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

Strategi pengajaran pembelajaran :


 Direktif (directive)
 Pemerhatian (observational)
 Madiatif ( meditative)
 Generatif (generative)
 Koperatif dan kolaboratif (cooperative and collaborative)
 Konteks luar (outside context)
 Metakognitif (metacognative)
 Kontekstual (contextual)
 Kajian Masa Depan (future studies)

Kemahiran generik : KB, KBF, KMM. KTMK, KP

INTEGRASI KOMPPONEN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN MASTERI

1. Kemahiran Belajar (KB)


1.1 Menilai kelebihan dan kekurangan sesuatu sumber.
1.2 Menggunakan pelbagai teknik mengumpul data:
 mendengar
 membaca nota
 membuat rujukan
 menemuramah
 membaca pantas
 membaca kritis
 membaca analitis
1.3 Menggunakan teknik-teknik memproses maklumat:
 Menyusun maklumat
 Melakar grafik
 Menganalisis maklumat
 Mentafsir maklumat
 Menilai maklumat
 Mensintesis maklumat
1.4 Menyampaikan/ mempersembahkan maklumat melalui pelbagai
struktur dan media
 Menulis
 Menyampaikan secara lisan/bahasa badan
 Mempersembahkan
1.5 Mengenal pasti unsur kemahiran belajar yang dapat dijelmakan dalam
pengajaran pembelajaran bagi sesuatu tajuk terpilih
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

2 Kemahiran Mentafsir dan Menilai (KMM)


2.1 Merangka, melaksana dan menilai kontrak pembelajaran antara pelajar dan
guru.
2.2 Menentukan instrumen dan prosedur penilaian yang sesuai.
2.3 Merancang, membina dan melaksanakan pelbagai instrumen penilaian
dengan berkesan:
 Portfolio murid
 Penilaian kendiri
 Kerja projek murid
 Pemerhatian
2.4 Menghasilkan JPU yang sesuai mengikut sukatan pelajaran, tahap
kebolehan, elemen kemahiran, objektif pembelajaran dan masa.
2.5 Menggunakan perisian (software) yang sesuai untuk menganalisis ujian.
2.6 Menubuhkan “Bank Item”bagi sesuatu mata pelajaran.

3. Kemahiran Berfikir (KBF)


3.1 Merancang dan mengurus aktiviti yang mendorong pemikiran kritis:
 Membanding beza
 Mengklasifikasi
 Meneliti bahagian dan keseluruhan
 Membuat sekuen
 Merangka sebab
 Mengusul periksa andaian
 Membuat ramalan
 Membuat inferens
 Mengesah sumber maklumat
3.2 Merancang dan mengurus aktiviti yang mendorong pemikiran kreatif.
3.3 Membuat keputusan secara bijak
3.4 Menyelesaikan masalah secara bijak
3.5 Berfikiran secara kritis
3.6 Berfikiran secara kreatif
3.7 Mengaplikasi teknik soalan dan persoalan dengan baik dalam pengajaran
pembelajaran
 Mencungkil maklumat
 Meneroka idea
 Meransang pemikiran berkualiti
 Membina dan mengaplikasi soalan dalam situasi pengajaran
 Mengurus aktiviti menggalakkan pelajar menyoal
 Mendorong pemikiran aras tinggi
3.8 Mengaplikasi peta minda dalam pelajaran pembelajaran
3.9 Mengaplikasi pengurusan grafik dalam pengajaran pembelajaran
3.10 Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
mengintegrasi kemahiran-kemahiran berfikir.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

4.0 Kemahiran Pemudahcaraan


4.1 Menguasai dan mengaplikasi teknik pemudahcaraan yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran:
 Penyoalan (questioning)
 Pencontohan (modeling)
 Memberi maklum balas (Feed back)
 Pengarahan (instructing)
 Penstrukturan kognitif (cognitive structuring)
 Memberi perhatian ( attending)
 Memberi fokus (focusing)
 Penentuan tema (thematising)
 Mencabar (challenging)
 Pendedahan (disclosing)
 Penentuan maklumat (goal setting)
 Menjejak (trailing)

5.0 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


5.1 Mengenalpasti kategori TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
 Aplikasi
 Integrasi
5.2 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap kategori penggunaan
TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.3 Mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PABK) :


 WORDS –pemprosesan teks
 EXCEL - pengisian data
 POWERPOINT –persembahan teks dan grafik.
 EXCESS –pengkalan data
5.4 Mempelbagaikan pendekatan pengajaran pembelajaran (TMK) :
 Mod Sokongan
 Mod Sumber
 Mod Komunikasi
 Mod Tutorial
 Mod Kawalan & Penerokaan
5.5 Mengintegrasi pelbagai kemudahan sedia komputer :
 Talian Rangkaian (Networking)
 Internet –carian / binaan web / salin turun.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

BAHAGIAN C : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

C1. JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

Senarai Tugas

1. Membincang , mengubal, melaksanakan peraturan-peraturan murid sekolah.


2. Membincang dan mengkaji hal keselamatan dan kebajikan pelajar sekolah dan
melaksanakan aktiviti untuk mengelakkan salah-laku pelajar.
3. Mengurus pendaftaran pelajar di sekolah mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Pendaftar Sekolah.
4. Menguruskan Biasiswa dan Bantuan Pelajar.
5. Menguruskan Lembaga Disiplin Murid Sekolah.
6. Menguruskan Lembaga Pengawas Sekolah.
7. Menguruskan Jawatankuasa Skim Bantuan Buku Teks Murid.
8. Menguruskan Jawatankuasa Kantin Sekolah
9. Menguruskan Jawatankuasa Asrama Sekolah.
10. Menguruskan Jawatankuasa Keselamatan,Kebajikan dan Kesihatan Pelajar
11. Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan hal-ehwal murid yang diarahkan
oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

C2 Lembaga Disiplin Sekolah

1. Merangka serta menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah


berpandukan pekeliling Kementerian Malaysia dan Jabatan Pelajaran Sarawak.
2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan
peraturan sekolah.
3. Menguruska mesyuarat tindakan disiplin pelajar berpandukan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 9/1975 untuk kes-kes disiplin yang berat.
4. Memberi panduan kepada Lembaga Pengawas Sekolah untuk kawalan disiplin
semasa di sekolah atau aktiviti pendidikan yang dijalankan di luar sekolah.
5. Menguruskan sistem pemantauan tatakelakuan pelajar (Sistem Merit dan
Demerit, Sistem Salahlaku Disiplin Murid).
6. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-
prinsip Rukunnegara.
7. Menjalankan hukuman disiplin mengikut tatacara dan kuasa yang diperturunkan
oleh Pengetua.
8. Menjalankan rondaan bersama Guru Bertugas Harian dan Pengawas Sekolah.
9. Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibubapa/penjaga dalam menangani
masalah disiplin.

C3. Lembaga Pengawas Sekolah

1. Menentukan kriteria pemilihan pengawas sekolah


2. Menubuhkan panel pemilihan Pengawas Sekolah.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

3. Mengendalikan temuduga bertulis dan temuduga kelompok calon pengawas


sekolah.
4. Merangka dan melaksana program dan kursus kepimpinan yang berkaitan
dengan pengawas sekolah.
5. Membimbing dan memantau para pengawas supaya dapat menjalankan
tanggungjawab pengawas dengan sempurna.
6. Mengendalikan sesi pelaporan tugas pengawas sekali sebulan.
7. Mengesahkan calon pengawas yang layak menerima anugerah sekolah.

C4. Jawatankuasa Penyelaras Tingkatan

1. Membantu Pengetua dan memdapatkan kerjasama semua guru tingkatan


mentadbir bilik darjah iaitu:
a. Menjaga kebersihan.
b. Menjaga keselamatan perabot dan memastikan disusun dengan kemas
c. Menyediakan retan bulanan untuk setiap tingkatan yang diselia dan
menyediakan retan bulanan pelajar secara berpasukan.
d. Mengadakan sudut-sudut tertentu dengan kerjasama guru-guru mata
pelajaran.
e. Menyelaras kegiatan-kegiatan yang berhubung dengan kelas.
2. Menyemak kehadiran murid mengikut Jadual Waktu Kelas.
3. Menyelaras Pertandingan Kebersihan.dan Keceriaan Kelas sebagai agenda
tahunan.
4. Menyelaras kerja-kerja guru tingkatan di bawah jagaanya iaitu:
a. Pengisian borang masuk peperiksaan.
b. Mengagihkan Jadual Waktu Peperiksaan.
c. Penyediaan Dewan/Bilik peperiksaan.
5. Membimbing Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan dalam tugas harian.
6. Bertanggungjawab mengumpul Laporan Kemajuan Pelajar dan Hemparan
Markah(mark sheet) yang telah dikemaskini oleh guru-guru Tingkatan secara berkala
dan menyediakan analisis sebelum diserah ke pejabat untuk ditandatangi oleh
Pengetua/penolong Kanan.

C5. Jawatankuasa Bantuan dan Biasiswa Pelajar


1. Pengurusan Biasiswa
a. Meneliti pekeliling dari kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran dan pihak
penaja untuk memastikan syarat dipatuhi.
b. Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan Tingkatan.
c. Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar tingkatan satu, Empat dan
Enam mengikut masa tawaran.
d. Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat
penilaian dan perakuan.
e. Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera.
f. Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tignkatan setiap penggal.
g. Memberitahu ibubapa/penjaga yang mendapat biasiswa.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

2. Pengurusan Prestasi Pemegang Biasiswa


a. Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada
Penolong kanan Hal Ehwal Akademik.
b. Menghantar surat amaran kepada ibubapa/penjaga bagi pemegang biasiswa
yang prestasinya merosot.
3. Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpnan Giro(tanpa
Kad) di Bank simpnaan Nasional dan pelajar Tingkatan Enam Rendah juga
mempunyai akaun sebelum akhir september tahun semasa.
4. Menentukan daftar buku/rekod penerimaan cek/baucer disimpan dan kemaskini di
Pejabat.
5. Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
6. Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di Pejabat Sekolah.
7. Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.

C6. Jawatankuasa Skim Bantuan Buku Teks Murid.

Bidang Tugas

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks untuk menentukan prosedur


pengurusan pinjaman buku teks kepada pelajar.
2. Membuat pesanan buku teks mengikut kriteria dan keperluan sekolah ke Bahagian
Buku Teks.
3. Menguruskan Borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.
4. Memastikan semua pengedaran buku teks melalaui Guru Tingkatan diurus
mengikut sistem dan prosedur yang telah ditetapkan.
5. Menyelenggarakan fail rekod pinjaman kelas untuk buku teks yang telah dipinjam.
6. Melengkapkan buku stok dan menyimpan rekod dan stok secara teratur.
7. Menyimpan dan merekod buku-buku bacaan tambahan yang diperolehi untuk
program pendidikan di sekolah.
8. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada
semua pelajar sebagai rekod.

C7. Jawatankuasa Kantin Sekolah

Bidang Tugas

1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian


Pendidikan/Kesihatan.
2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat
perjanjian.
3. Memastikan mutu makanan dan juga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat
perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
4. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
5. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

6. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan


memiliki kad kesihatan yang sah.
7. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai
apron,tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut Pekeliling Kementerian
Kesihatan.
8. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/kain maslin/disimpan
dalam bekas yang tertutup.
9. Membuat laporan mingguan dalam buku/borang laporan kantin untuk
disampaikan kepada Penolong Kanan HEM.

C8. Jawatankuasa Keselamatan,Kebajikan dan Kesihatan Pelajar

Senarai Tugas

1. Menguruskan hal-hal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus


seperti:
a. Pelajar miskin
b. Kemalangan
c. Rawatan penyakit kronik
d. Kematian
e. Kecemasan/bencana.
2. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan
keutamaan dan keperluan.
3. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan
keprihatinan pelajar terhadap kebajikan.
4. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang kemaskini untuk
disahkan oleh Pengetua.
5. Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan kebajikan
pelajar.
6. Merancang dan melaksanakan program keselamatan.
7. Merancang pergerakan lalulintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis
rasmi sekolah.
8. Memastikan semua suis, alat letrik dan pendawaian elektrik selamat diguna.
9. Merancang dan malaksanakan program kesihatan seperti lawatan,ceramah,
tayangan dan lain-lain.
10. Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan atau bantuan cemas.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

C9. Jawatankuasa Asrama Sekolah.

1. Menentukan objektif program asrama Kementerian dicapai melalui aktiviti-aktiviti


berikut:
a. Kerbersihan dan keceriaan tempat penginapan
b. Kebersihan dan kesihatan makanan dan sajian makanan
c. Akademik, kepimpinan, sukan, permainan, kerohanian dan ridah tahunan.

Senarai Tugas Warden Asrama

1. Menguruskan kemasukan penghuni baru ke asrama


2. Menyediakan jadual waktu harian asrama dan memastikan penghuni asrama
mematuhi jadual.
3. Bertanggungjawab ke atas disiplin asrama dan menentukan penghuni mematuhi
peraturan asrama.
4. Mengawasi keluar masuk penghuni asrama pada masa cuti hujung minggu, cuti
umum dan cuti sekolah.
5. Bertanggungjawab atas hal makanan menu asrama bersama penyelia asrama,
kontraktor pembekalan makanan dan tukang masak.
6. Mengawasi prestasi pelajaran penghuni seperti memeriksa laporan kemajuan
pembelajaran, megelola kelas persediaan dan kelas tambahan.
7. Merancang dan mengelolakan kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk
perkembangan rohani, jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni.
8. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni
yang sakit.
9. Mengelolakan latihan keselamatan diri dan barang-barang asrama.
10. Mengawasi penggunaan air dan api oleh penghuni supaya tidak berlaku
pembaziran.
11. Bertanggungjawab ke atas pungutan yuran asrama dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kewangan asrama serta menyelenggara rekod-rekod
berkenaan seprti buku kira-kira, buku resit dan buku stok.
12. Mengawasi keluar masuk pelawat dan memastikan tidak ada pelawat yang tidak
diingini berada di kawasan asrama.
13. Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada Pengetua pada
setiap hujung minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan hendaklah
dimaklumkan segera.

Senarai Tugas penyelia Asrama

1. Bertanggunjawab terhadap kebersihan, keceriaan dan persekitaraan asrama,


dapur dan dewan makan.
2. Memastikan makanan yang disedaikan bermutu,bersih dan mengikut menu.
3. Menyeliakan kebersihan dapur, dewan makan dan bangunan asrama.
4. Melaporkan segala kerosakan di asrama kepada Ketua Warden dan Pengetua
dengan segera.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

5. Memastikan alatan asrama sentiasa berada dalam keadaan baik, mencukupi


dan selamat.
6. Memastikan kesihatan penghuni dalam keadaan baik dan melaporkan segera
kepada Pengetua jika terdapat kes kecemasan.
7. Menyediakan rekod penghuni sakit.
8. Menyelia dan mengadakan kemudahan di bilik rawatan( sick bay).
9. Bertanggungjawab tentang keselamatan di asrama.
10. Menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh pekerja lain.
11. Memastikan penghuni asrama makan mengikut jadual.
12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pengetua.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

BAHAGIAN D : PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. MUKADIMAH
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan
diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti
"Kurikulum Kebangsaan” ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani,mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diinginidan
untuk menyampaikan pengetahuan."

{Rujuk Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan)1997 yang


diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97.}

Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah


adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996VAkta 550)} Kegagalan atau keengganan
melaksanakan kegiatan kokurikulum disekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 Akta 550)} dan jika kesalahan itu
dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman
denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang
boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari
kesalahan itu terus dilakukan.

{Rujuk Subseksyen 35(2) Akta 550}.

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF


2.1 MATLAMAT

Melahirkan generasi yang seimbang, sihat, cerdas, berdaya tahan,berdaya saing, berakhlak dan
berketrampilan dengan tumpuan kepada mencungkil, memupuk, mengembang dan memantapkan
minat, serta bakat yang ada pada setiap individu bagi mengukuhkanaspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

2.2 OBJEKTIF

a. Memberi peluang seluas-luasnya kepada penglibatan pelajar supaya mereka


memperolehi pengetahuan tentang fungsi dan peranan.

b. Menggunakan dan menggalakkan penyertaan aktif dan sungguh-sungguh untuk


membentuk sifat tanggungiawab, rajin berusaha,dan perasaan bangga atas kejayaan
diri dan sekolah.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

c. Menggunakan kokurikulum untuk menyokong pembelajaran membina perasaan yakin


diri dan watak mulia serta membolehkan hubungan dua hala di antara persekolahan
pelajar dengan alam masyarakat sekitar.

d. Membina imej sekolah melalui kejayaan kokurikulum yang cemerlang.

3. STRATEGI DAN POLISI

3.1 STRATEGI

Untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, beberapa strategi pelaksanaan perlu diikuti :

a. Kegiatan kokurikulum dan akademik yang telah dijadualkan hendaklah seimbang.Aktiviti


kokurikulum yang dirancang perlu bersesuaian dengan kurikulum.
b. Pihak sekolah dari semasa ke semasa boleh menambahkan bilangan persatuan/kelab/unit
uniform untuk memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif.
c. Setiap murid akan melibatkan diri secara aktif sama ada secara individu atau kumpulan.
d. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya 3 aktiviti iaitu satu daripada
persatuan/kelab, satu daripada sukan/permainan dan satu daripada pasukan unit uniform.
e. Setiap persatuan/kelab/unit uniform perlu merancang dengan teliti, menarik, kreatif dan
berfaedah bagi aktiviti yang akan dijalankan.
f. Aktiviti tersebut perlulah dipelbagaikan seperti lawatan, khidmat masyarakat, latihan, kursus,
pertandingan iaitu meliputi aktiviti rutin dan developmental.
g. Bilangan perjumpaan perlulah sekurang-kurangnya 12 kali setahun bagi aktiviti
Kelab/persatuan, Sukan/permainan dan aktiviti unit Uniform.
h. Setiap penglibatan, perkembangan dan kemajuan murid dalam kegiatan kokurikulum perlu
dinilai dan direkod. Penghargaan hendaklah diberi kepada murid yang aktif dan banyak
memberi sumbangan serta mengharumkan nama sekolah sebagai insentif di samping sebagai
sumber inspirasi kepada murid yang lain.

4. PANDUAN PERLAKSANAAN KOKURIKULUM

4.1 KANDUNGAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Kandungan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah:

Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:-

(a) penyertaan dalam sukan dan permainan;

(b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;

(c) penyertaan dalam badan beruniform; dan

(d) penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

{Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan(Kurikulum Kebangsaan) 1997


yang diterbitkan sebagai P.U. (A)531/97.}
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan
yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut:-

(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-
PeraturanPendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
(b) hobi dan rekreasi;
(c) sukan dan permainan;
(d) badan beruniform; atau
(e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
{Rujuk Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (PersatuanSekolah) 1998 yang
diterbitkan sebagai Warta Kerajaan Jil. 42/No. 11(Tambahan No. 41), Perundangan (A), P.U. (A)
196 bertarikh 21hb. Mei1998.}

4.2 STATUS PERLAKSANAAN KOKURIKULUM

Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang murid yang
belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.Setiap murid hendaklah mengambil bahagian
sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pasukan badan beruniform, satu kegiatan persatuan
atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan.

{Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29)
bertarikh 2hb. Januari 1985}.

Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak
kerjakokurikulum di sekolah.

{Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29)
bertarikh 2hb. Januari 1985}.

Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini
hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk
masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak
kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi
pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.

{Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29)
bertarikh 2hb. Januari 1985}.

Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai


tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.

{Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP(BS)8591/Jld. XVI(16) bertarikh13 Nov. 2000.}
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib.Sehubungan itu, kehadiran murid dalam
aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.

{Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari
1986.}

Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran
anggota-anggota masyarakat setempat.

{Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985, KP.8591-11(32)
bertarikh 2hb Februari 1985.}

4.3 PERUNTUKAN MASA KEGIATAN KOKURIKULUM

Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalamWarta Kerajaan No.5652 Jil.11/Bil. 27
bertarikh 28 Disember 1967adalah seperti berikut:-

Sekolah Menengah

TINGKATAN PERUNTUKAN MASA

Peralihan 180 minit seminggu

Tingkatan 1 180 minit seminggu

Tingkatan 2 180 minit seminggu

Tingkatan 3 180 minit seminggu

Tingkatan 4 180 minit seminggu

Tingkatan 5 180 minit seminggu

4.4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU

Guru Besar/Pengetua sebagai Penolong Pendaftar mempunyaikuasa untuk melantik guru sebagai guru
penasihat bagi menjalankantugas- tugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkanperuntukan yang sedia
ada.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

{Rujuk dalam Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ), Bahagian 2.}

5. POLISI KESELAMATAN KOKURIKULUM SEKOLAH


Polisi ini harus dibaca bersama:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:1/1989

Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 8/1995

Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan
Induk Sukan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995

Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah
Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.

SURAT PEKELILING KHTISAS BIL: 25/1998 dan BIL: 3/1979

Pendidikan Jasmani.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 24/1988

Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi
Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 25/1998

Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL: 1/1995

Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

6. POLISI KESELAMATAN KOKURIKULUM SEKOLAH


6.1 PENGENALAN

Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan
waktu pembelajaran.

6.2 RASIONAL
Sekolah bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum
dijalankan. Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan
peralatan sukan serta menyedari keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.

6.3 OBJEKTIF

 Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Mengelakkan berlakunya kemalangan semasa kokurikulum dijalankan.
 Mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.
 Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.

6.4 PERANAN MURID

• Melapor taraf kesihatan diri kepada guru


• Mengikut arahan guru / jurulatih sepanjang aktiviti dijalankan.
 Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti
dijalankan.
• Mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.

6.5 PERANAN JURULATIH / GURU

• Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya


keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui:
 Poster
 Perhimpunan Mingguan
 Ceramah
 Bengkel
 Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas
 Edaran
• Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
• Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai
niat jahat.
• Memaklum kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
• Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa
Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan muridsemasa
menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
• Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam
aktivitikokurikulum.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

6.6 PERANAN IBU BAPA DAN PENJAGA.

• Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak/jagaan masing-masing.


• Meneliti dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang
berkaitandengan aktiviti yang dijalankan.
• Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
• Menyediakan bahan keperluan anak / jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
• Mengenalpasti jurulatih / guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor
telefon jurulatih / guru berkenaan dan pihak sekolah.
6.7 POLISI

• Memastikan warga sekolah adalah tertakluk kepada Peraturan Polisi Keselamatan


Kegiatan Kokurikulum.
• Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua polisi, peraturan dan langkah-
langkah keselamatan diikuti sepenuhnya.
• Segala kemalangan yang berlaku harus disusuli dengan tindakan segera mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.
• Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mesti dibuat kepada pegawai atau
sekolah.
• Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok
( rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995 )
• Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga sekolah
melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi.
• Semua warga sekolah adalah tertakluk kepada polisi ini.

6.8 LAPORAN KESELAMATAN, KECEDERAAN DAN KEMALANGAN

• Dalam mempastikan sebarang kecederaan, kemalangan dan kematian yang berlaku di


sekolah terutama semasa pelaksanaan kokurikulum, serta mudah untuk dijadikan
bahan rujukan oleh mana-mana pihak, sekolah dikehendaki menyediakan pelaporan
dalam bentuk dokumentasi yang jelas dan kemas.
• Guru Penasihat persatuan/kelab perlulah dengan segera membuat pelaporan
berhubung sebarang kecederaan, kemalangan yang berlaku semasa aktiviti di dalam
buku laporan khas yang disediakan oleh pihak sekolah sebagaimana yang dinyatakan
dalam pekeliling SPI.
• Antara maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam pelaporan berkenaan
adalah seperti:-

Nama Pelajar dan individu yang terlibat


Tarikh, tempat dan masa kecederaan/ kemalangan berlaku
Bentuk kecederaan pada pelajar
Nama guru yang membuat pelaporan
Tahap kecederaan dan kemalangan
Tindakan lanjut oleh guru berkenaan
Tandatangan dokumen pelaporan
Pengesahan pelaporan oleh pengetua atau pegawai bertanggungjawab
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

7. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN


KOKURIKULUM

7.1 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM


a. Merancang aktiviti sekolah(rancangan jangka panjang/pendek).
b. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
c. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
e. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
f. Memastikan sekolah menganbil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
daerah/bahagian/negeri/negara.
g. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
h. Menentukan tarikh kejohanan Olahraga sekolah, merentas desa dan kegiatan lain.
i. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
j. Memastikan konsep sukan untuk semua dilaksanakan di sekolah.
k. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan
digunakan.
l. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan
prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
m. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

7.2 TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


a. Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai.
b. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum sekolah.
c. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja kokurikulum.
d. Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kokurikulum berjalan dengan lancar,
berterusan dan berkesan.
e. Menyelesaikan masalah berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
f. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti
kokurikulum.
g. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
h. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha
kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras.
i. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf
kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

7.3 TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM


a. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
b. Membantu pengetua dalam pengangihan tugas kepada guru-guru,perancangan,
pelaksanaan dan penilaian pelajar.
c. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
d. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
e. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
f. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskini dan
mencukupi.
g. Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum.

7.4 TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN


a. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

b. Menyediakan takwim dan aktiviti sukanyang sesuai dengan aktiviti


MSSB/MSSN/MSSM.
c. Membantu pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
d. Menentukan pelajar dalam rumah Sukan.
e. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
f. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar
sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
k. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk
kepentingan sukan sekolah.

7.5 TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/BADAN


BERUNIFORM/SUKAN/PERMAINAN
a. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/badan beruniform.
b. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
c. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
d. Menyediakan borang Kebenaran ibubapa/penjaga untuk pelajar menyertai
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
e. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
f. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang telah ditetapkan.
g. Menguruskan Kad Kokurikulum.

7.6 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN/GURU KELAB


SUKAN/PERMAINAN/RUMAH SUKAN
a. Membentuk jawatankuasa.
b. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
aktiviti sukan.
c. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
d. Memastikan undang-undang permainan dan pelawanan dipatuhi.
e. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah.
f. Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan/kelas/tingkatan/sekolah.
g. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
h. Menguruskan surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk ke pertandingan luar
sekolah.
i. Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai.
j. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan.
k. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
l. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi untuk digunakan.
m. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan
n. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkan.
o. Merekod nama pemain dan pasukan yang cemerlang(johan bahagian/negeri, wakil
bahagian/negeri/negara).
p. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh jabatan Belia, Kebudayaan &
Sukan; Majlis Sukan Negeri dan persatuan Permainan/Sukan.
q. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

7.7 TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT


a. Mendaftarkan pasukan badan beruniform,kelab/persatuan, sukan/permainan.
b. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
c. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
d. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
e. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
perlembagaan.
f. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
g. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
h. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan pasukan badan
beruniform/kelab persatuan/sukan/permainan.
i. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda /peralatan diurus dengan
baik.
j. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan.
k. Bertangungjawab membri bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-
ahli.
l. Menguruskan penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat
sekolah/bahagian/zon dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
m. Bertanggunjawab mencatat penglbatan dan pencapaian ahli.
n. Menandatangani buku Kehadiran Ahli.
o. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan.
p. Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
q. Memastikan tiada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
r. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada
jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
s. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.

7.8 SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA KELAB/PERSATUAN


Pengerusi

a. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat.
b. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
Naib Pengerusi

a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang


diberi.
b. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
Setiausaha

a. Menguruskan hal-hal surat menyurat.


b. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
c. Mencatat kehadiran ahli.
d. Menyimpan dokumen berkaitan dengan persatuan.
e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
Penolong setiausaha
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

a. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.
b. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
Bendahari

a. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.


b. Membuat dan menyimpan kira-kira bulanan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab atas kesahihannya.
c. Menyediakan penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
d. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
e. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
mesyuarat Agung.
f. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
Penolong Bendahari

a. Menjalankan tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.


b. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
Ahli Jawatankuasa

a. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang


dijalankan.
b. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019
CONTOH SURAT(LAMPIRAN 1)

… … … … … … … … … … … … … … … … … … … .. Ruj. Kami :
… … … … … … … … … … … … … … … … … … ..
… … … … … … … … … … … … … … … … … … … .. Tarikh :
… … … … … … … … … … … … … … … … … … ..
… … … … … … … … … … … … … … … … … … … ..

Pengetua,
SMK Bandar Bintangor,
KM 4, Jalan Kelupu,
96509 Bintangor.

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR / AKTIVITI LUAR

Dengan segala hormatnya, saya bagi pihak … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … .. ingin memohon


kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar / aktiviti luar ke
…………………………………………
… … … … … … … … … … … … … … … … … … ..… … … … … … … … … … … … … … … … … … .. pada
… … … … … … … … … … … … … … … … … … ..… … … .

2. Butir-butir tentang lawatan / aktiviti adalah seperti berikut (rujuk lampiran):


2.1 Tujuan / objektif
2.2 Waktu bertolak (pergi / balik)
2.3 Bilangan peserta (nama penuh & butiran lengkap)
2.4 Nama guru pengiring
2.5 Pengangkutan
2.6 Tempat penginapan
2.7 Taklimat / Keselamatan
2.8 Jadual lawatan / aktiviti

3. Pertimbangan pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Permohonan diluluskan/ditolak/minta butir


tambahan.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Catatan: … … … … … … … … … … … … … … … … .
Yang benar, ……………………………………………………
……………………………………………………

… … … … … … … … … … … … … … … … … … ..
( )
Setiausaha,
Kelab / Persatuan: … … … … … … … … … … … … … … … … … … ..… … … … … … … … … … … … … … … … … … ..

Nota: 1. Sila sediakan surat ini dalam 2 salinan bersama kertas kerja lawatan / aktiviti
2. Sila dapatkan kebenaran daripada pengetua 3 minggu sebelum lawatan / aktiviti
3. Sila serahkan kepada PKKK satu salinan dan satu salinan untuk simpanan kelab / persatuan
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019
CONTOH SURAT(LAMPIRAN 2)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BINTANGOR


KM 4, JALAN KELUPU,
96500 BINTANGOR, Tel. : 084 -693607
SARAWAK. Faks : 084 –693293
E-mail : smkbeebee@yahoo.com

Tarikh :

Penolong Kanan Kokurikulum

Tuan,

PENYERTAAN PELAJAR DALAM PERTANDINGAN/UPACARA RASMI SEWAKTU PERSEKOLAHAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar -pelajar berikut akan


............................................................................................................................. ..........................................
Tarikh : ........................................................................
Tempat : ......................................................................
Guru Pengiring : ...........................................................(No. HP: ........................................ .........)
: ...........................................................(No. HP : .................................................)

Bil. Nama penuh pelajar Kelas No. Mykad No. Tel rumah

3. Dengan ini disertakan Surat Akuan Ibu Bapa/Penjaga untuk rujukan tuan.

Sekian. Terima kasih.

“Majulah Sukan Untuk Negara”

Yang menjalankan tugas,

( )
..........................................................
..........................................................

s.k. : 1.Guru Tingkatan


2. PKHEM
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019
CONTOH SURAT(LAMPIRAN 3)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BINTANGOR
KM 4, JALAN KELUPU,
96500 BINTANGOR, Tel. : 084 -693607
SARAWAK. Faks : 084 –693293
E-mail : smkbeebee@yahoo.com

Ruj.Kami :
Tarikh :

Kepada,
Nama Pegawai : ..................................................................
Jawatan : ..................................................................

Tuan/puan,

URUSAN MEMBAWA MURID MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan/puan telah diberi kebenaran untuk menggunakan


kenderaan sendiri(Pekeliling Perbendaharaan (4.7.4) Bil.2 Tahun 1992) bagi membawa murid ke tempat
aktiviti serta menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan seperti berikut:

Tarikh Tugas/Tujuan Tempat Bil. Jarak(km)/


Murid Tambang(RM)

3. Maklumat kenderaan yang digunakan adalah seperti berikut:


No.Pendaftaran/Model /
Kenderaan
Nama/No.K.P. Pemilik /

4. Segala khidmat dan komitmen tuan/puan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..............................................
t.t & cop Pengetua

s.k. - PKKK
- Fail Sekolah
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019
CONTOH SURAT(LAMPIRAN 4)

BORANG AKUAN KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya,...................................................................................................................................................No. Kad
Pengenalan ............................................................................. *Ibu/Bapa /Penjaga yang sah kepada murid
bernama ................................................................................... yang sedang menuntut di SMK Bandar
Bintangor dalam Tingkatan .............................................................................. dengan ini mengizinkan anak
saya untuk menyertai
........................................................................................................................................................................
anjuran..............................................................................................................................................................
yang diadakan *pada/mulai..............................................hingga ......................................................................
bertempat di
........................................................................................................................................................................
2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak penganjur.
Walaupun demikian saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan-peraturan dan arahan di
sepanjang aktiviti / program dijalankan termasuk dalam masa perjalanan pergi dan balik.
3. Saya mengesahkan bahawa anak saya tidak mengidap sebarang penyakit kritikal dan
membenarkan beliau menyertai aktiviti ini.
4. Saya juga mengizinkan anak saya supaya diberi rawatan/perubatan/pembedahan jika keadaan
memerlukan tindakan segera untuk berbuat demikian.
Sekian, Terima kasih.
Saya yang benar,
Tandatangan : .......................................................
Nama : ..........................................................(No. Kad Pengenalan:..............................................)
Pekerjaan : .........................................................................................................................................
Alamat Rumah : ..........................................................................................................................................
No. Telefon : Rumah: ..............................................Tel Bimbit: ...............................................................
Pejabat : ............................................
*Potong yang tidak berkenaan
_______________________________________________________________________________
Pengesahan Pihak Sekolah

........................................................ Cop Sekolah


( HII KWONG UNG )
Pengetua
SMK Bandar Bintangor Tarikh : ..........................................
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019

CONTOH SURAT(LAMPIRAN 5)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BINTANGOR


KM 4, JALAN KELUPU,
96500 BINTANGOR, Tel. : 084 -693607
SARAWAK. Faks : 084 –693293
E-mail : smkbeebee@yahoo.com

Tarikh :
………………………….
………………………….
………………………….

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN PENYERTAAN PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Nama Pelajar : ______________________________Tingkatan: ____________________

2. Saya dengan ini diarahkan untuk memaklumkan bahawa anak/anak jagaan tuan/puan seperti
nama di atas tidak menyertai Kegiatan Kokurikulum seperti dalam senarai di bawah:

BIL. JENIS KEGIATAN KOKURIKULUM TANDAKAN (/)


1 Persatuan/Kelab
2 Sukan/Permainan
3 Badan Beruniform

3. Untuk makluman pihak tuan/puan setiap pelajar wajib mengambil bahagian sekurang-kurangnya
dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan
sukan atau permainan seperti diperuntukkan dalam Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985
KP(BS)8591/Jld. II(29).

4. Kegagalan pelajar menyertai kegiatan Kokurikulum di sekolah akan mendatangkan kerugian


kepada pelajar sendiri.

Diharap pihak tuan/puan dapat mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( )
Pengetua
SMK Bandar Bintangor
Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019
Lampiran 6
PAJSK: : Kelab/persatuan/sukan/permainan Tahun : 2017
NAMA : NO. K. P. : JENIS AKTIVITI:

KELAS : AKTIVITI :
Pengerusi Penolong Ketua Rumah Ahli Jawatankuasa

Ketua Rumah Setiausaha Ahli Aktif

JAWATAN Kapten Pasukan Bendahari Ahli Berdaftar

Naib Pengerusi Penolong Setiausaha

Penolong Kapten Penolong Bendahari

Peringkat Penglibatan 1 Penglibatan 2 Penglibatan 3

Antarabangsa

Kebangsaan
PERINGKAT
Negeri

Bahagian(Sabah/Sarawak)

Zon/Daerah

Peringkat Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kelima

Antarabangsa

Kebangsaan
TAHAP Negeri
PENCAPAIAN
Bahagian(Sabah/Sarawak)

Zon/Daerah

Sekolah

Menunjukkan Kepimpinan Menepati Waktu

Mengurus Aktiviti Menunjukkan Minat

Membantu Guru Atau Rakan Menunjukkan Kesungguhan

KOMITMEN Menyedia Peralatan Mengikut Arahan

Mengemas Peralatan Mencuba

Membersih Kawasan Memberi Kerjasama

Mana-Mana Nilai Murni Yang Boleh Diperhatikan

Murid Yang Didaftarkan Sebagai Atlet Atau Peserta Program / Pertandingan / Karnival / Kursus

KHIDMAT Melibatkan Kemahiran Khusus - Berkaitan Aspek Teknikal.


SUMBANGAN
Penglibatan Murid Yang Terlibat Dalam Aktiviti Seperti Persembahan Selingan
(PERINGKAT
SEKOLAH) Membantu dari Segi Menjayakan Aktiviti Kelab Sukan Dan Aktiviti Sukan Sekolah Seperti Mengambil Bahagian
Dalam Perbarisan Atau Persembahan, Kumpulan Sorak/Penyokong,Menghias Khemah Rumah Sukan & yang
berkaitan.
1 3 5 7 9 11
KEHADIRAN
2 4 6 8 10 12

Tandatangan Pelajar : ______________________ Tandatangan Guru Penasihat : _____________________


Buku Panduan Staf SMK Bandar Bintangor 2019
Lampiran 7
PAJSK: Badan Uniform Tahun : 2017
NAMA : NO. K. P. : JENIS AKTIVITI: BADAN BERUNIFORM
JENIS BADAN
KELAS : BERUNIFORM BADAN BUKAN KERAJAAN
:
Briged Putera Malaysia
TARIKH ; PASUKAN :

Pemimpin Muda AJK

Ketua Skuad Ahli Aktif


JAWATAN
Pengerusi Ahli Biasa

Setiausaha/Bendahari

Peringkat Penglibatan 1 Penglibatan 2 Penglibatan 3

Antarabangsa

Kebangsaan
PERINGKAT
Negeri

Bahagian(Sabah/Sarawak)

Zon/Daerah

Peringkat Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kelima

Antarabangsa

Kebangsaan
TAHAP Negeri
PENCAPAIAN
Bahagian(Sabah/Sarawak)

Zon/Daerah

Sekolah

Menunjukkan Kepimpinan Menepati Waktu

Mengurus Aktiviti Menunjukkan Minat

Membantu Guru Atau Rakan Menunjukkan Kesungguhan

KOMITMEN Menyedia Peralatan Mengikut Arahan

Mengemas Peralatan Mencuba

Membersih Kawasan Memberi Kerjasama

Mana-Mana Nilai Murni Yang Boleh Diperhatikan

Peserta Perkhemahan Program / Pertandingan


KHIDMAT Teknikal: Hakim Pembantu Jurulatih
SUMBANGAN
(PERINGKAT Penglibatan Murid Yang Terlibat Dalam Aktiviti Seperti Persembahan Selingan
SEKOLAH) Membantu Dari Segi Menjayakan Aktiviti Pasukan Badan Beruniform Atau Persembahan Pasukan Sorak/Penyokong
Dan Yang Berkaitan.
1 3 5 7 9 11
KEHADIRAN
2 4 6 8 10 12
Tandatangan Pelajar : ______________________ Tandatangan Guru Penasihat : _____________________

You might also like