Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tarikh: 22hb Februari 2022

ENGTEX STEEL PIPE SDN BHD (1062888-V)


Lot 36, Jalan BRP 9/2B,
Putra Industrial Park, Bukit Rahman Putra,
47000 Sg. Buloh, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

U/P : En. Cheah Kok Teong

Tuan,

ADUAN TENTANG KELEWATAN PENGHANTARAN BEKALAN PAIP S275 BWP

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara diatas.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami ingin membuat aduan tentang bekalan paip S275 BWP yang
lambat tiba di kilang kami dari tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Ini merupakan kali ketiga perkara
ini berlaku dalam tempoh 6 bulan yang lalu seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Tarikh Saiz Paip S275BWP Punca Kelewatan


23/11/2021 114.3MM X 4.5MM X 6M @ 4"B x 6m Pengeluaran Paip Tidak Mencukupi
07/12/2021 88.9MM X 4.0MM X 6.3M @ 3"B x 6.3m Ketiadaan Bekalan Bahan Mentah
17/12/2022 60.3MM X 3.6MM X 6M @ 2"B x 6m Pengeluaran Paip Tidak Mencukupi

3. Selain itu juga, kelewatan penghantaran yang berlaku ini menyebabkan gangguan dari segi operasi
pembuatan paip di kilang dan penghantaran kepada pihak Telekom Malaysia Berhad (TM). Untuk
makluman tuan juga, tiada isu di bahagian rekod pembayaran daripada pihak kami.

4. Sehubungan dengan itu, kami berharap pihak Tuan memandang serius dalam hal ini dan mengambil
tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku lagi pada masa akan datang.
Sekiranya terdapat sebarang masalah bekalan paip, pihak tuan hendaklah memaklumkan kepada kami
terlebih awal supaya kami boleh membuat persediaan.

5. Keperihatinan dan kerjasama daripada pihak Tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai bagi
memastikan pesanan kami pada masa akan datang tiba pada tarikh dan waktu yang sudah ditetapkan.

Yang benar,
BINAAN DESJAYA SDN BHD

DATO’ HJ ABD RAHMAN BIN DAUD


Pengarah Urusan
Binaan Desjaya Sdn Bhd

s/k : Telekom Malaysia Berhad

You might also like