Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 8
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota Tel 1 09-5715700 25604 Kuantan Faks 09-5734857 Pahang Darul Makmur Laman Web: jpnpahang moe gov.my Ruj. Kami: JPNP.SP.600-10/1/2 Jid.6 @6) Tarikh ktober 2023 BRabiulakhir 1445H Semua Pegawai Pendidikan Daerah Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Negeri Pahang Tuan, PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2024 SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI 2024 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas 2. Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan mengelola Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri 2024 sempena sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Negeri 2024 Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 3. Matlamat pertandingan ini adalah untuk memberi penghargaan kepada guru yang menghasilkan idea kreatif dan inovatif yang menarik dan berkesan dalam PdP bagi meningkatkan prestasi murid serta profesionalisme keguruan 4. Sehubungan dengan itu jasa baik tuan adalah dipchon untuk mengemukakan penealonan dan bahan inovasi dari daerah tuan yang memenuhi syarat pertandingan mengikut kategori berikut : a) Individu Prasekolah - 1 pencalonan b) Individu Sekolah rendah - 1 pencalonan c) Individu Sekolah Menengah / Teknik / Agama / Kolej Vokasional - 1 pencalonan d) Kumpulan - 1 pencalonan 5 Bersama-sama ini dilampirkan maklumat dan syarat berkaitan dengan pertandingan ini untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya 6. __ Pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia sebelum atau pada 16 Disember 2023. Pencalonan yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dihakir JPNP.SP.600-10/1/2 (2@ PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2024 SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI 2024 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG 7. Segala urusan surat menyurat dan pencalonan anugerah ini hendaklah dialamatkan kepada: Urus Setia Anugerah Guru Inovatif Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Pahang Bandar Indera Mahkota 25604 KUANTAN U.P : Encik Amri Bin Aminullah Ketua Penolong Pengarah Kanan 8 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Amri bin Aminullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Sains Sosial)di talian 09-57156241/ 019-9334374 atau Tn Hj Ahmad Bushra bin Abdul Rahman,Penolong Pengarah TVET di talian 09-5715781/ 012-7940415. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai.Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Pengarah Pendid sk 4. Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran 2. Fail LAMPIRAN C PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2024 JABATAN PENDIDIKAN PAHANG PENERANGAN INOVASI Guru yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk Pertandingan Guru Inovatif hendaklah menyediakan satu penulisan yang mengandungi perkara berikut : 1. Kategori pertandingan 2. Tajuk inovasi 3. Sinopsis inovasi 4, Objektif inovasi 5. Kumpulan sasaran 6. Latar belakang (penjelasan tentang proses penghasilan inovasi_ mengikut kronologi) 7. Isu/masalah yang ditandatangani oleh bahan inovasi 8. Huraian Inovasi + Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi ‘* Cara inovasi digunakan (sertakan video PdP dan foto) ‘* Kos bagi menghasilkan inovasi ‘+ Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran (sertakan bukti berasaskan data) + Potensi untuk disebar luaskan kepada pinak lain ‘+ Keterangan lain yang berkaitan LAMPIRAN B PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF JABATAN PENDIDIKAN PAHANG PENGESAHAN MAKLUMAT CALON SALINAN KAD PENGENALAN GURU YANG DICALONKAN BAHAGIAN HADAPAN KAD PENGENALAN i | | BAHAGIAN BELAKANG KAD PENGENALAN | ‘Saya mengaku bahawa Salinan kad pengenalan yang dihantar (seperti ditunjukkan di atas) mengiringi penerangan inovasi yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang adalah butiran kas pengenalan saya yang terkini. Saya mengaku bahawa inovasi saya merupakan inovasi asli dan tidak ditiru atau diambil dari inovasi orang lain atau mana-mana sumber lain. (Tandatangan guru yang bertanding) (Tarikh) Saya mengesahkan Salinan kad pengenalan guru yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk bertanding dalam Anugerah Guru Inovatif di bawah kategori individu prasekolah/ individu/ individu menengah / kumpulan.* (‘Potong pilihan yang tidak berkenaan) (Tandatangan dan Cop Pengarah) (Tarikh) | PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2024 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG MAKLUMAT CALON LAMPIRAN A Individu Prasekolah Individu Menengah Individu Rendah Kumpulan Kategori Pertandingan ( tandakan / dalam kotak berkenaan di bawah) : (Nota : Bagi Penyertaan Kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang secara berasingan dan nyatakan ketua kumpulan) Nama Calon: | NoK.P: | Jantina Alamat Sekolah No Telefon Sekolah No Telefon Bimbit No Faks. E-mel Jawatan di sekolah 1 2. 3. Kelulusan Akademik Tertinggi Tahun / Institusi Kelulusan Ikhtisas Tahun / Institusi Tajuk Inovasi 7. KRITERIA PEMILIHAN 7.1 Jabatan Pendidikan Pahang (JPN) perlu mengemukakan satu penyertaan bagi setiap kategori mewakili negeri masing-masing. 7.2 Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut a) Kreativiti dan inovasi (Kesesuaian idea) -30% b) Bentuk inovasi (Kebolehlaksanaan inovasi) -20% c) Keberkesanan pengajaran guru -15% d) Keberkesanan pembelajaran murid -15% e) Potensi Inovasi untuk disebar luas -10% f) Keberkesanan kos 10% 7.3 JPN perlu mengemukakan maklumat berikut bagi setiap kategori pertandingan. a) Maklumat Calon (Lampiran A) b) Pengesahan Maklumat Calon (Lampiran B) c) Penerangan Inovasi (Lampiran C) Penerangan mesti disokong dengan gambar, carta, video atau persembahan secara grafik 8. PEMILIHAN CALON JPN memilih calon bagi setiap kategori dan menghantar maklumat pencalonan serta bahan inovasi (Lampiran A B dan C) kepada urus setia pada atau sebelum 15 Disember 2023. Pencalonan yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dihakimi, Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. 9. BENTUK ANUGERAH 9.1 Hanya satu pemenang tempat pertama bagi setiap kategori 9.2 Hadiah pertandingan adalah seperti berikut : a) Wang tunai (akan ditentukan kemudian) b) Sijil Penghargaan 10.SURAT MENYURAT DAN PERTANYAAN Segala urusan surat menyurat dan pertanyaan mengenai anugerah ini hendaklah dialamatkan kepada Urus Setia Anugerah Guru Inovatif 2024 Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Pahang Bandar Indera Mahkota 26604 KUANTAN U.P : Encik Amri Bin Aminullah Ketua Penolong Pengarah Kanan PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2024 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG 4. MATLAMAT Melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan. 2. OBJEKTIF 2.1 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang menghasilkan inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran 2.2 Menggalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses pembelajarandan pengajaran. 2.3 Menyediakan ruang dan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi dalam prosespembelajaran dan pengajaran. 2.4 Menyebarkan hasil inovasi guru untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain. 3. MAKSUD GURU INOVATIF 3.1 Guru yang berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran. 3.2 Guru_yang boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan positif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 3.3 Guru yang boleh menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan kurikulum kebangsaan kepada proses pembelajaran dan pengajaran. 4. KATEGORI PERTANDINGAN 4.1 Individu Prasekolah 4.2 Individu Sekolah Rendah 4.3 Individu Sekolah Menengah 4.4 Kumpulan 5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 Inovasi yang dihasilkan mestilah boleh meningkatkan kefahaman konsep melalui pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan bukan sebagai usaha memudahkan murid menjawab soalan peperiksaan. Inovasi yang pemah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam pertandingan ini atau pertandingan lain diperingkat kebangsaan atau antarabangsa tidak layak dicalonkan. Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tidak layak bertanding. Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran. Bagi penyertaan kategori kumpulan,bilangan ahli hendaklah antara 2 - 3 orang. Ahli kumpulan mesti dari sekolah yang sama. Calon mestilah terdiri daripada guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Inovasi yang dicalonkan mestilah melalui Pegawai Pendidikan Daerah masing - masing. Inovasi yang dihasilkan mesti merupakan inovasi calon dan tidak diambil dari inobvasi orang lain atau mana-mana sumber lain 6. KAEDAH PENGHAKIMAN 61 6.2 6.3 Pusingan 1: Penghakiman Inovasi dilaksanakan di Bahagian Pembangunan Kurikulum menerusi video PdP, langkah - langkah dan gambar bagaimana melaksanakan inovasi bagicalon yang telah disenarai pendek Oleh panel penghakiman. Pusingan 2: Pembentangan justifikasi pemilihan senarai pendek bagi tempat pertama, kedua dan ketiga Oleh Ketua Hakim bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah. Pusingan3: Penghakiman bersama Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti di sekolah calon (Johan bagi setiap kategori) untuk menentukan Johan Keseluruhan. Dokumen, bahan inovasi dan PdP di dalam kelas juga dinilai.

You might also like