Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

MIKROEKONOMI DBF 1163

SEMESTER 1 / TAHUN 1
2023 / 2024

TAJUK : KONSEP PERMINTAAN, PENAWARAN


KESEIMBANGAN PASARAN SERTA KEANJALAN
PERMINTAAN

NAMA : NURFARHANIM IZZATI BINTI JASNI


PELAJAR
ANGKA : PKV-423BF009
GILIRAN
PROGRAM : PENGURUSAN PERNIAGAAN
NAMA : CIK. NUR LYANA BT LAZIM
PENSYARAH

1
ISI KANDUNGAN

BIL. BUTIRAN MUKA


SURAT

1. PENDAHULUAN 3

KONSEP PERMINTAAN
KONSEP PENAWARAN
2. 3-8
KESEIMBANGAN PASARAN
KEANJALAN HARGA PERMINTAAN

3. KESIMPULAN 9

4. RUJUKAN 10

2
1.0 PENDAHULUAN
 1.1 Contoh barang yang dipilih :
✰ Ketika ini harga ayam di peringkat runcit dinaikkan RM11 sekilogram sejak awal
Ramadan dan dijangkakan harga meningkat kepada RM11.50 dalam tempoh terdekat
jika peniaga menerima notis kenaikan 20 sen daripada peladang. kekurangan bekalan
ayam itu disebabkan benih ayam yang berkurangan disebabkan penyakit melanda.

2.0 KONSEP PERMINTAAN, KONSEP PENAWARAN, KESEIMBANGAN


PASARAN DAN KEANJALAN HARGA PERMINTAAN

 Permintaan

✰ Permintaan ialah keinginan dan kemampuan pembeli untuk membeli barang dan
perkhidmatan perkhidmatan pada suatu tingkat tingkat harga dalam jangka masa
tertentu tertentu dengan andaian ceteris paribus iaitu perkara-perkara lain tidak
berubah. Berdasarkan Hukum Permintaan, harga (P) dengan kuantiti diminta (Qd)
adalah berhubungan songsang dimana apabila harga sesuatu barang contohnya ayam
naik, maka kuantiti diminta bagi ayam akan turun dan apabila harganya turun, kuantiti
diminta terhadap ayam akan meningkat, dengan andaian ceteris paribus.

3
 Penawaran
✰ Penawaran didefinisikan sebagai kuantiti barang dan perkhidmatan yang mampu
dan sanggup dijual oleh pengeluar pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh masa
tertentu dengan andaian ceteris paribus. Hukum Penawaran menyatakan bahawa
harga (P) dengan kuantiti ditawarkan (Qs) adalah berhubungan langsung. Yakni
apabila harga ayam naik, maka kuantiti ditawarkan akan meningkat. Sebaliknya
apabila harga ayam itu turun, maka kuantiti ditawarkan akan turun dengan andaian
ceteris ditawarkan akan turun dengan andaian ceteris paribus.

 Keseimbangan Pasaran

✰ Keseimbangan pasaran merupakan suatu keadaan dimana kuantiti diminta (Qd)


sama dengan kuantiti ditawarkan (Qs) pada suatu tingkat harga tertentu. Lebihan
permintaan ialah suatu keadaan dimana kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan
pada tingkat harga lebih rendah daripada harga keseimbangan pasaran. Manakala,
lebihan penawaran pula ialah suatu keadaan dimana kuantiti ditawarkan melebihi
kuantiti diminta pada tingkat harga lebih tinggi daripada harga keseimbangan pasaran.
Kedua-dua keadaan ini tidak wujud pada tingkat keseimbangan pasaran. Bukan itu
sahaja, pada tingkat keseimbangan pasaran ini juga, harga dan kuantiti keseimbangan
tidak cenderung untuk berubah. Sebagai contoh, apabila ayam mencapai
keseimbangan pasaran, kuantiti diminta dan kuantiti ditawarnnya adalah sama. Jadi,
ayam tersebut tidak mengalami lebihan permintaan dan lebihan penawaran di pasaran.

4
 Keanjalan Harga Permintaan

✰ Keanjalan merupakan satu konsep penting di dalam bidang ekonomi. Secara umum, ia
merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengukur darjah responsif unit ekonomi
(pengguna dan pengeluar) terhadap kuantiti barang diminta atau ditawarkan apabila berlaku
perubahan terhadap pembolehubah atau faktor yang mempengaruhi kuantiti barang diminta
atau ditawarkan. Konsep keanjalan yang berkait dengan pengguna ialah konsep keanjalan
permintaan. Keanjalan permintaan dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu keanjalan
permintaan harga, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan permintaan silang. Konsep
keanjalan yang berkait dengan pengeluar pula terdiri daripada keanjalan penawaran dan
keanjalan pengguna input. Keanjalan permintaan dibahagikan kepada tiga jenis berasaskan
perubahan terhadap beberapa penentu utama yang mempengaruhi permintaan sesuatu barang
seperti berikut :
a. Kesan perubahan harga sesuatu barang terhadap kuantiti diminta barang berkenaan dikenali
sebagai keanjalan permintaan harga.
b. Kesan perubahan pendapatan pengguna terhadap permintaan sesuatu barang dikenali
sebagai keanjalan permintaan pendapatan.
c. Kesan perubahan harga barang lain terhadap sesuatu barang dikenali sebagai keanjalan
silang.

Penentuan Keseimbangan Pasaran

5
 Jadual Permintaan Dan Penawaran Barang Yang Dipilih
Harga
Kuantiti
P Kuantiti
Ditawarkan Keadaan Pasaran Keadaan Harga
(RM) Diminta
Qs
Lebihan Penawaran Cenderung Untuk
28 1100 500
(1100 – 500 = 600) Jatuh
Lebihan Penawaran Cenderung Untuk
24 1000 600
(1000 – 600 = 400) Jatuh
Lebihan Penawaran Cenderung Untuk
20 900 700
(900 – 700 = 200) Jatuh
16 800 800 Seimbang Stabil
Lebihan Permintaan Cenderung untuk
12 700 900
(900 – 700 = 200) naik
Lebihan Permintaan Cenderung untuk
8 600 1000
(600 – 1000 = 400) naik
Lebihan Permintaan Cenderung untuk
4 500 1100
(500 – 1100 = 600) naik

 Fungsi Permintaan Dan Penawaran

 Fungsi Permintaan
Persamaan permintaan = Qd = a - bP
500 = a – b (28) 500 = a - b (28)
600 = a – b (24) 500 = a - (25) (28)
-100 = - 4b 500 = a - 700
b = 25 = 1200
Maka fungsi permintaan terhadap ayam ialah qd=1200 – 25p

 Fungsi Penawaran
Persamaan Penawaran Qs = a + bp
1100 = a + b (28) 1100 = a + b (28)
1000 = a + b (24) 1100 = a + (25) (28)
100 = 4b 1100 = a + 700
b = 25 a = 400
Maka fungsi panawaran terhadap ayam ialah qs=400 + 25p

 Hitung Keseimbangan Pasaran


Syarat keseimbangan pasaran ialah Qd=Qs.
Maka, Qd = Qs
1200 – 25P = 400 +25P
1200 - 400 = 25P + 25P
800 = 50P
P = 16

6
Ganti P = 16 dalam persamaan permintaan dan penawaran
Qd = 1200 – 25P Qs = 400 +25P
Qd = 1200 – 25 (16) Qs = 400 +25 (16)
Qd = 800 Qs = 800

Berdasarkan pengiraan diatas, harga keseimbangan ayam ialah RM16.00 dan kuantiti
keseimbangan ialah 800.

Lakaran rajah keseimbangan pasaran.

Lebihan Penawaran

Lebihan permintaan

LIMA (5) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN DAN PENAWARAN


BAGI BARANG YANG DIPILIH

1. Harga barang itu itu sendiri


✰ Apabila harga ayam jatuh, kuantiti diminta terhadapnya akan meningkat dan juga
sebaliknya, jika harga naik, kuantiti diminta terhadap ayam akan menurun. Ini kerana
mengikut hukum permintaan, semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin
berkurang kuantiti diminta. Sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang,
semakin banyak kuantiti diminta dengan andaian ceteris paribus.

2. Dasar kerajaan
✰ Kerajaan memutuskan supaya dasar kawalan harga dan subsidi ayam diteruskan.
Ini penting supaya isu kos sara hidup ditangani dengan menggunakan polisi dan
perundangan persaingan dalam memastikan pasaran serta industri yang sihat dan adil
bagi melindungi kepentingan pengguna daripada ancaman kartel dan monopol.

3. Musim
✰ Peningkatan kos dedak, membeli anak ayam dan kekurangan pekerja asing antara
faktor menyebabkan penternak terpaksa menaikkan harga ayam di sesetengah
kawasan di negara ini. Malah, penternak turut berdepan faktor cuaca ekoran hujan
hampir setiap hari yang memberi kesan kepada pembesaran anak ayam.

7
4. Teknologi
✰ Teknologi moden dan canggih digunakan dalam proses penyembelihan ayam akan
meningkatkan kecekapan pengeluarannya. Hal ini kerana sekiranya sesebuah firma
menggunakan alat dan mesin untuk memproses penyembelihan ayam, mereka dapat
mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dengan kos yang rendah dalam masa yang
lebih singkat. Oleh itu, penggunaan teknologi menyebabkan keluaran ayam yang
dapat ditawarkan oleh firma tersebut kepada masyarakat bertambah banyak.

5. Bilangan pengeluar
✰ Semakin ramai pengeluar, semakin banyak ayam yang dijual dipasaran dan juga
sebaliknya. Apabila pengeluar bertambah ramai, penawaran akan meningkat dan ini
akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan. Akan tetapi,bilangan pengeluar
yang semakin berkurang akibat tidak mampu untuk menanggung kos yang tinggi
ataupun mengalami kerugian yang besar sehingga terpaksa keluar dari pasaran pula
akan menyebabkan jumlah penawaran menurun justeru keluk penawaran beralih ke
kiri.

 Faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan :


 Kepentingan sesuatu barang
✰ Barang yang amat penting dalam hidup setiap individu ialah barang mesti atau
barang keperluan asas untuk meneruskan hidup. Antara contohnya ialah barang-
barang makanan dan pakaian. Pada hari ini, ayam juga telah menjadi satu
keperluan asas dalam hidup seseorang. Jadi, walaupun harganya meningkat
dengan mendadak, permintaannya akan berkurang sedikit sahaja kerana
permintaan terhadap barang yang banyak kepentingannya tidak anjal terhadap
perubahan harga. Tetapi, bagi barang yang kurang kepentingan kepada pengguna,
permintaannya adalah anjal. Kesannya, jika harga meningkat sedikit sahaja,
permintaan akan berkurang dengan banyak.
 Kesetiaan kepada penyembelihan.
✰ Penyembelihan ayam cara islam merupakan salah satu antara masyarakat yang akan
mementingkan kebersihan dan cara penyembelihan. Ini menyebabkan pengguna berpuas
hati dan mula menaruh kepercayaannya. Kesannya, permintaan menjadi tidak anjal
apabila pengguna semakin setia dengan penyembelihan cara islam oleh sebab itu mereka
tetap akan membelinya walaupun harga ayam tersebut meningkat dengan banyak.

8
3.0 KESIMPULAN

✰ Berdasarkan rumusan laporan mikroekonomi tersebut. Terdapat konsep


permintaan, konsep penawaran, keseimbangan pasaran dan keanjalan harga permintaan yang
berkaitan dengan ayam.
Selain itu, hukum permintaan bahawa hubungan harga dan kuantiti adalah secara
songsang (negatif). Contohnya, apabila harga naik, kuantiti turun, apabila harga turun,
kuantiti naik. Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan pula ialah barang pengganti,
pendapatan pengguna dan citarasa pengguna.
Seterusnya, hukum penawaran menunjukkan bahawa harga dan kuantiti diminta adalah
terhubung secara positif. Contohnya, apabila tingkat harga ayam naik maka kuantiti yang
ditawarkan bagi ayam tersebut akan meningkat. Manakala apabila tingkat harga ayam turun
maka kuantiti yang ditawarkan akan merosot (menurun) bagi ayam tersebut.
Justeru, keseimbangan pasaran iaitu permintaan sama dengan penawaran atau kuantiti
diminta adalah sama dengan kuantiti ditawarkan. Oleh itu, untuk keanjalan harga permintaan
pula ialah darjah tindak balas atau respon dalam kuantiti diminta akbat perubahan harga
barang tersebut.

9
4.0 RUJUKAN
 http://bijakeablog.blogspot.com/2012/03/keanjalan-harga-permintaan.html
 https://www.slideshare.net/NurulHoney/3-keanjalan-permintaan-dan-penawaran
 http://mysirfadli.blogspot.com/p/bab-2.html
 Rakan – rakan sekelas.
 Contoh laporan yang diberi melalaui aplikasi WhatsApp.

10

You might also like