Minit Mesyuarat HEM 1 2023

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BATU 27, MUAR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) BIL. 1/2023

Tarikh : 14 Mac 2023


Masa : 10:50 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK LKTP Batu 27
Pengerusi : Pn. Herdayati bt Abd Aziz
Kehadiran (Bilangan) : 16/17
Yang Hadir : Semua ahli mesyuarat hadir (Seperti lampiran Kehadiran
Mesyuarat)

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 UCAPAN ALUAN PENGERUSI.

1.1. Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru pada mesyuarat pengurusan hal
ehwal murid guru kali pertama bagi tahun 2023, sebelum sesi persekolahan
pada hari Ahad, 19 Mac 2023.
1.2. Pengerusi mengucapkan kembali ke sekolah kepada semua guru pada sesi
2022/2023 ini.
1.3. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat
menjalankan tugas dengan komited sepanjang sesi 2022/2023 yang lepas.

Makluman: Semua guru

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

2.1. Minit Mesyuarat Pengurusan HEM Bil. 4/2022 diterima setelah semakan dibuat.
2.2. Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Rosaini binti Majid.
2.3 Disokong oleh En. Mohd Jaafar bin Hussin.

Makluman : Semua guru


3
PERKARA BERBANGKIT:
Tiada
Makluman : Semua guru

4 AGENDA MESYUARAT

4.1 PEMBENTANGAN TUGASAN PENGURUSAN HEM TAHUN 2023/2024


4.1.1 Pengerusi membentangkan agihan tugasan pengurusan di bawah unit HEM
kepada semua guru dan meminta menyemak semula carta organisasi.
Menyenaraikan jawatankuasa induk HEM 2023 (rujuk kepada slaid yang
dipancarkan atau ‘softcopy’ yang dilampirkan di telegram )
4.1.2 Ada 15 unit dalam Pengurusan HEM, salah satunya ialah SSDM, iaitu ada
Amalan Baik dan Amalan Terpuji, perlu ada satu medium untuk guru
mengakses seperti google form atau apa-apa medium yang sesuai
digunakan.
4.1.3 Program menabung di bawah Puan Salmah, pihak HEM akan berusaha untuk
mendapatkan mana-mana bank yang sedia bekerjasama dengan pihak
sekolah untuk tujuan ini.
4.1.4 Untuk KRMJ, Cik Sakinah binti Zainudin telah dilantik sebagai penyelaras.
4.1.5 Guru diminta menyemak jika ada ada nama yang tertinggal. Sila beritahu
kepada GPK HEM dengan segera

4.2 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN PROGRAM SUSU


SEKOLAH (PSS)
4.2.1 Bagi sesi 2023/2024, penerima RMT dan PSS adalah kekal seperti sesi lepas,
terdapat hanya 42 orang murid sahaja setelah tiada murid tahun 6 sesi lepas.
Penerima adalah murid tahun 2 hingga tahun 6. Manakala untuk tahun 1, selewat-
lewatnya akan terima dua minggu selepas sesi persekolahan bermula, ataupun
selepas cuti hari raya.

Tindakan : semua guru kelas

4.3 BAP (Bantuan Awal Persekolahan)


4.3.1 Bagi BAP sesi 2022/2023 telah selesai diagihkan kepada semua murid.
4.3.2 Fasa 2 untuk tahun 1, dijangkakan akan masuk selepas raya. GPK HEM juga
memaklumkan 3 orang murid baharu sudah mendapat buku teks dan bantuan
bap dari sekolah lama.
4.3.3 Setakat hari ini, dilaporkan tiada murid yang mohon untuk berpindah sekolah.

Makluman : guru bertugas mingguan


4.4 Murid Baharu bagi Tahun 2023/2024
4.4.1 Setakat hari ini, terdapat 3 orang murid baharu yang berpindah ke sekolah ini,
iaitu, 2 orang dari Segamat dan seorang dari Kluang. Dua orang murid tahun 2 dan
seorang murid tahun 1.

5 PENUTUP

5.1 Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih atas bantuan dan komitmen
serta kerjasama yang diberikan pada unit HEM sepanjang tahun 2022/2023. Semoga
ianya berkekalan untuk tahun ini.

5.2 Mesyuarat ditangguh pada pukul 12:00 tengah hari.


Disediakan oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid
Sk LKTP BT. 27, Lenga

Tarikh: 21 Mac 2023

You might also like