Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PSS AL-KAUTHAR SK LKTP JENGKA 14 FAIL KUASA

FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah merupakan suatu tempat menjalankan aktiviti yang


menuju ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan. Ia merupakan suatu konsep yang banyak menumpukan
kepada pengurusan yang sistematik, berpusat dan menyeluruh yang dapat
memberi faedah dan perkhidmatan yang maksimum kepada guru dan murid.

Pusat Sumber Sekolah berfungsi sebagai pengumpul, penyusun dan


penyimpan maklumat dalam satu sistem yang senang difahami dan mudah
dikesan. PSS juga bertindak sebagai penyebar bahan-bahan maklumat dengan
cepat dan segera apabila diperlukan.

Pusat Sumber Sekolah adalah sebagai suatu sistem perkhidmatan bagi semua
pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat kurikulum. Fenomena ini akan
menggalakkan perkembangan intelektual, rohani, emosi dan jasmani yang
seimbang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

You might also like