Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KUIZ KENEGARAAN


TAHAP 1 DAN TAHAP DUA

SEMPENA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

31 OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER 2021

ANJURAN: PANITIA MATEMATIK


SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2021
1.0 Pendahuluan

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos dan berakhir
pada 16 September setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada
belenggu penjajahan sejak 1511. Walaupun negara di ambang pendemik Covid
19, Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama yang perlu diingati oleh semua
warganegara khususnya semua warganegara Malaysia, negara akan menyambut
ulangtahun hari kemerdekaannya yang ke-64. Oleh yang demikian, sambutan
kemerdekaan akan diadakan di peringkat sekolah walaupun dalam norma baharu
iaitu secara maya. Dengan adanya program kemerdekaan seperti ini secara tidak
langsungnya akan mewujudkan semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar
sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan
kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

2.0 Matlamat

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya


menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur
Gemilang sepanjang masa.

3.0 Objektif

a. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-


pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
b. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
kemerdekaan.
c. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan di semua peringkat.
d. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka
semasa menjalankan kempen ini.

4.0 Anjuran

Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 dianjurkan secara bersama oleh semua panitia
teras dan elektif, prasekolah. PPKI dan unit Bimbingan & Kaunseling. Walau
bagaimanapun, setiap panitia bertanggungjawab mengurus satu aktiviti
pertandingan.

5.0 Sasaran

Semua murid tahap 2, SK Kilimu, Ranau.

6.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan

Tarikh : 31 OGOS SEHINGGA 16 SEPTEMBER 2021

Tempat : Lokasi kediaman pelajar dan guru masing-masing.

7.0 Cadangan Aktiviti


Pertandingan Kuiz Kenegaraan Tahap 1 dan Tahap 2

8.0 Anggaran Perbelanjaan

8.1 Hadiah bagi johan, naib johan dan ketiga disediakan oleh unit Kokurikulum.

8.2 Hadiah saguhati disediakan oleh panitia Matematik

Sumber kewangan akan diambil dari PCG panitia Matematik.

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


1. Pertandingan Anyflip Buku Skrap
Kemerdekaan

Hadiah saguhati sahaja


TAHAP 1 Pertama (alat tulis) 1 x 15 15
Kedua (alat tulis) 1 x 15 15
Ketiga (alat tulis) 1 x 15 15
Keempat (alat tulis) 1 x 15 15
Kelima (alat tulis) 1 x 15 15

TAHAP 2 Pertama ( alat tulis) 1 x 15 15


Kedua ( alat tulis) 1 x 15 15
Ketiga ( alat tulis) 1 x 15 15
Keempat (alat tulis) 1 x 15 15
Kelima (alat tulis) 1 x 15 15

Jumlah 150

10.0 Jawatankuasa

Ketua panitia : Pn. Abd. Rahim Adnan

Ahli panitia : Pn. Lenny Lorina Raimon

En. Johnesius Kundong

Pn. Irviyana Moidi

Pn. Fermi Masugal

En. Lee Chee Hiung

Cik Icole

12.0 Penutup
Diharap Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di peringkat sekolah ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang erti kemerdekaan. Selain itu,
melalui aktiviti –aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk pelajar supaya berjiwa
patriotik yang sayangkan serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri.
Disediakan oleh Disemak oleh

………………………………… …………………………………

ABD. RAHIM BIN ADNAN LARITA JOHN

Guru Panitia Matematik Penolong Kanan -Kokurikulum

Catatan :

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

Diluluskan \ Tidak Diluluskan oleh

…………………………………

Guru Besar SK Kilimu

You might also like