Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1. Gariskan kata ganda berentak yang terdapat dalam petikan di bawah.

Malaysia melahirkan seorang lagi pelumba basikal berbakat, iaitu Muhamad Nur Aiman Mohd
Zariff, dalam siri Le Tour de Langkawi (LTdL). Kejayaan rakan sepasukan, Mohd Harif Salleh,
sebelumnya telah memberi beliau motivasi.

Lebih membanggakan, pelumba Team Sapura Cycling (TSC) itu menamatkan keluh-kesah
penantian bagi gelaran Raja Bukit (Jersi Merah) sejak edisi pertama pada tahun 1996.
Pencapaian gemilang itu meletakkan beliau sebaris dengan atlet lumba basikal seperti Anuar
Manan dan Adiq Hussaini Othman.

Kayuhan pantas tanpa gopoh-gapah dan peka akan tindak-tanduk lawan ialah kunci
kejayaan beliau. Teknik kayuhan yang betul di jalan raya yang dikelilingi bukit-bukau dan gunung-
ganang akhirnya membuahkan hasil kepada beliau.

Rakan pelumba, Mohd Harif Salleh, teruja akan kejayaan beliau. Harif sudah menganggap
Aiman seperti saudara-mara sendiri. Mereka juga sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk
bertanding dalam beberapa kejohanan.

Selok-belok pertandingan dan pengalaman telah mengajar mereka erti juara.


Sememangnya, mereka layak bersaing dalam kejohanan besar. Warna-warni kejayaan itu
sebagai hadiah kepada negara daripada warganegara yang gigih berjuang.

2. Berdasarkan kata ganda berentak yang digaris di atas, nyatakan jenis kata ganda
berentak tersebut.

Kata Ganda Berentak


Pengulangan Vokal Pengulangan Konsonan Pengulangan Berentak
Bebas

You might also like