Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN DALAM BAHASA MELAYU

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN BAHASA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TUDM SUBANG 2023

PENGACARA MAJLIS : NURIN KHADEEJA BINTI MUHAMAD HAZAN (6 AGUSTA)

ATURCARA TEKS CATATAN


NYANYIAN LAGU Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu
Sekolah dengan penuh semangat.

[NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR & LAGU SEKOLAH]

Hadirin dipersilakan untuk duduk.


SALUTASI Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

1.Yang Berbahagia,
Puan Saniah binti Abdul Karim,
Guru Besar ,SK TUDM Subang

2. Yang Berusaha,
Puan Fadzilah binti Zainu Hasri,
Penolong Kanan Kokurikulum, SK TUDM Subang

3.Puan Siti Ruhaiza binti Mohd Siran


Penolong Kanan Pentadbiran, SK TUDM Subang

4. Jawatankuasa Pelaksana Majlis Perasmian Sambutan Bulan Bahasa SK TUDM Subang


5. Ketua-ketua panitia mata Pelajaran
6. Barisan guru & Anggota kumpulan pelaksana (AKP)
7. serta murid-murid Sekolah Kebangsaan TUDM Subang yang disayangi sekalian.
UCAPAN ALU-
ALUAN Pohon selasih tumbuh sebatang
PENGACARA Sayang merbah di dahan cemara
MAJLIS Terima kasih dan selamat datang
Kalimah Bismillah pembuka bicara

Hadirin yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, marilah sama sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya, maka kita diizinkan untuk sama-sama berkumpul di Dataran Ibnu Sina
bagi menjayakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Bahasa Peringkat SK TUDM Subang
bagi tahun 2023.
BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Dahan terikat tali perkasa,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Majlis kita akan dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan, Al Fadhil Ustaz Lutfi bin Juwaini untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

[BACAAN DOA]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Lutfi bin Juwaini atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
UCAPAN Kalau puan pikat kenari,
PERASMIAN Jangan patahkan batang jerami,
GURU BESAR Kepada puan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia, Puan Saniah binti Abdul Karim, Guru
Besar SK TUDM Subang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Sambutan Bulan Bahasa Peringkat SK TUDM Subang bagi tahun 2023.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan.

[UCAPAN PERASMIAN]
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Saniah binti Abdul Karim atas
kesudian beliau menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
GIMIK Pakaian dipakai cantik berseri,
PELANCARAN Majlis keraian bercerita sakan,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa adanya gimik pelancaran,

Sidang dewan yang dihormati,

Majlis kini akan mengorak langkah ke upacara gimik pelancaran. Untuk itu, majlis dengan
sukacitanya menjemput Yang Berbahagia, Puan Saniah binti Abdul Karim, Guru Besar SK
TUDM Subang untuk tampil ke atas pentas diiringi barisan pentadbir bagi menyempurnakan
upacara Gimik Pelancaran Majlis Sambutan Bulan Bahasa SK TUDM Subang bagi tahun
2023.

Majlis dengan penuh hormat, mempersilakan.

[GIMIK PELANCARAN]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Saniah binti Abdul Karim dan
barisan pentadbir atas kesudian menyempurnakan upacara gimik pelancaran sebentar tadi.
PERSEMBAHAN Dari Kedah ke Kuala Perlis,
NYANYIAN DUET Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan nyanyian memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Kini, majlis akan dihiburkan dengan persembahan Nyanyian Duet yang akan
dipersembahkan oleh Amni Mardhiyyah Binti Mazly daripada Kelas 5 Falcon, dan Aleesya
Dania Binti Haffeez daripada Kelas 6 Nuri. Lagu yang dipilih untuk didendangkan adalah
nyanyian asal Anuar Zain iaitu Kain Pelikat.

Majlis dengan berbesar hati, mempersilakan.

[PERSEMBAHAN NYANYIAN DUET]

Berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka. Sungguh merdu bak buluh perindu. Itulah
yang dapat disimpulkan tentang persembahan yang sangat memukau sebentar tadi. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Amni Mardhiyah binti Mazly dan Aleesya Dania
binti Haffeez atas nyanyian duet yang dipersembahkan. Untuk makluman para hadirin,
persembahan ini telah dibimbing oleh Puan Mazura binti Mat Sehap.
NYANYIAN LAGU Sampan Kolek Menuju Ke Hilir,
BAHASA JIWA Sarat Muatan Si Buah Kelapa
BANGSA Jangan Berkata Hanya Di Bibir,
Cintakan Bahasa Apa Buktinya?

Untuk itu, hadirin diminta berdiri dan menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa dengan penuh
semangat. Semua guru dijemput tampil ke atas pentas bagi menyanyikan lagu ini bersama-
sama barisan pentadbir.

[NYANYIAN LAGU BAHASA JIWA BANGSA]

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian yang penuh bersemangat sebentar tadi.

UCAPAN Dengan berakhirnya nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa itu tadi, maka berakhirlah Majlis
PENUTUPAN Perasmian Sambutan Bulan Bahasa Peringkat SK TUDM Subang bagi tahun 2023.

Inilah yang dikatakan


Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan
Umpama berkayuh sudah sampai ke destinasi
Umpama berlari sudah sampai ke garisan penamat.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Semua Jawatankuasa Pelaksana yang terlibat


secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Besi tembaga biar di tanah,


Emas suasa dibawa pergi
Berakhir kata di hujung noktah.
Di lain ketika bersua kembali.

Assalamualaikum wbt. Majlis mohon izin bersurai.

You might also like