Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

EDUCATIONAL PSYCHOLOGY IN TVET

MBE 10203

ULASAN JURNAL (TUGASAN INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : MUHAMAD HELMI BIN SAHRAI


NO. MATRIK : GB230104
NAMA PENSYARAH :
1.0 PENGENALAN

Jurnal ini merupakan hasil kajian dan tinjauan oleh Revathi Selvaraj dan Muhammad Syawal
Amran dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai
penerokaan teknik penyoalan guru dalam matapelajaran sains dalam kalangan murid sekolah
rendah. Perbincangan dalam jurnal ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas mengenai
jenis, cara melaksanakan dan kesan-kesan pelaksanaan teknik penyoalan semasa mengajar
matapelajaran Sains dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan secara dua hala dan berkesan. Dapatan kajian di dalam jurnal ini menunjukkan
penggunaan kepelbagaian teknik penyoalan dalam kalangan guru membantu menaikkan
kemahiran berfikir, minat dan penglibatan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam
mewujudkan murid yang celik dalam penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
terutamanya dalam matapelajaran Sains.

Kajian ini juga secara amnya juga menerangkan mengenai punca-punca ketandusan
KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah seperti proses pengajaran dan pembelajaran
menjurus kearah tradisional di mana, kaedah pengajaran ini lebih berpusatkan guru tanpa
memberi peluang kepada murid untuk berfikir lantas menutup potensi murid untuk
mengaplikasikan pengetahuan yang mereka ada, kemahiran mengatasi masalah dan
menyerlahkan pemikiran yang kreatif dan inovatif. Naratif lain pula adalah soalan-soalan
yang dikemukakan oleh guru kebanyakkan berada pada aras rendah dan ini menyukarkan
murid untuk menguasai pemikiran aras tinggi.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji telah mensasarkan tiga objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini dimana setiap
objektif ini bertujuan untuk menjawab persoalan berkaitan teknik penyoalan guru dalam
matapelajaran sains murid sekolah rendah:

i. Meneroka jenis teknik penyoalan dalam kalangan guru yang mengajar matapelajaran
Sains.
ii. Meneroka cara melaksanakan teknik penyoalan dalam kalangan guru yang mengajar
matapelajaran Sains.
iii. Meneroka kesan pelaksanaan teknik penyoalan semasa mengajar matapelajaran Sains
kepada murid.

3.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di beberapa buah sekolah rendah di Malaysia. Kajian dijalankan dengan
menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian tinjauan dengan menyediakan beberapa
soalan kepada guru yang mengajar matapelajaran Sains bagi sesi temubual. Pengkaji
menyediakan soalan temubual berdasarkan beberapa sumber seperti jurnal, tesis dan di laman
web yang berkaitan dengan soalan temubual. Terdapat empat tema didalam pembahagian
soalan iaitu demografi, jenis teknik penyoalan, pelaksanaan jenis teknik penyoalan dan
keberkesanan daripada pelaksanaan jenis teknik penyoalan. Video rakaman temubual akan
ditonton oleh pengakaji setelah selesai sesi temubual. Pengkaji akan menaip setiap perkataan
daripada responden untuk dibuat transkrip pada dokumen (Microsoft Word). Dalam kajian
ini, analisis daripada sesi temubual adalah berdasarkan proses pengekodam dimana
menganalisis, memperincikan mengumpulkan semula ataupun dikategorikan data didalam
konsep yang baru. Mohamed Yusof (2019) mentakrifkan pengekodan terbuka dikaitkan
dengan data-data yang diperolehi akan diperincikan, diuji, dibandingkan, membuat
konseptualisasi dan menghasilkan bentuk kategori data.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan medium Google Meet untuk merakamkan
sesi temubual tersebut selain menggunakan voice recorder melalui telefon pintar sebagai alat
sokongan untuk merakam semua data temubual. Dalam proses menganalisis dan
menginterpretasikan data kajian, pengkaji telah menggunakan lima langkah yang
dicadangkan oleh Creswell (2014) iaitu:

i. Menyediakan dan menyusun atur data untuk dianalisis


ii. Meneroka dan mengekodkan data
iii. Proses pengekodan dan pembinaan tema
iv. Melaporkan dapatan kajian
v. Interpretasi dapatan kajian
4.0 PERBINCANGAN KAJIAN

Bagi menjawab 3 persoalan utama kajian ini, pengkaji telah memberi penekanan terhadap
latar belakang responden, teknik pengajaran dan pembelajaran, pendapat mengenai teknik
penyoalan, jenis teknik penyoalan dan kesan melalui pelaksanaan teknik penyoalan.

Latar belakang responden

Seramai 3 orang guru lelaki dan 8 orang guru perempuan telah dipilih untuk menjadi sampel
dalam kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan kebanyakkan guru hanya menggunakan
soalan tertutup dan bercapah sahaja dan tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan
soalan-soalan aras tinggi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Teknik pengajaran dan pembelajaran

Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh responden dalam kajian
ini seperti teknik permainan, teknik menunjukkan audio-visual, teknik perbincangan dan
pembentangan, pendekatan inkuiri, teknik pengajaran kolaboratif, teknik latih-tubi, teknik
eksperimen, pembelajaran melalui projek dan teknik penyoalan. Tambahan lagi, kajian ini
menunjukkan bahawa responden terikat dengan teknik penyoalan. Mohd Syaubari & Ahmad
Yunus, (2017) menyatakan bahawa teknik penyoalan boleh diterapkan sepanjang sesi
pengajaran berlangsung.

Pendapat mengenai teknik penyoalan

Dalam kajian ini, responden berpendapat antara kaedah yang boleh digunapakai untuk
mencungkil minat dan mentafsir pengetahuan yang sedia ada pada murid itu adalah melalui
teknik penyoalan. Di samping itu, perasaan ingin tahu murid dan daya pemikiran yang
mendalam dapat dicungkil dengan aplikasi teknik penyoalan semasa sesi pengajaran menurut
Nursafra, Wan Ali, Mohd Isa, Khadijah & Maimun Aqsha, (2018). Menurut pengkaji, untuk
mewujudkan komunikasi yang berkesan, guru mestilah boleh menggunakan pelbagai teknik
penyoalan sekali gus dapat membantu menyelesaikan masalah murid dengan mengenal pasti
masalah dan kelemahan yang terdapat pada pelajar mereka.
Jenis teknik penyoalan

Pengkaji mendapati kebanyakkan responden cenderung menggunakan teknik penyoalan


tertutup dan bercapah. Selain itu, teknik penyoalan secara berpandu dan retorik kurang
digunapakai dalam kalangan responden bagi sesi pengajran matapelajaran Sains. Hal ini
adalah disebabkan oleh kurang pengetahuan mengenai kaedah penyoalan ini dan sikap guru
itu sendiri yang lebih gemar menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara kaedah
konvensional.

Kesan melalui pelaksanaan teknik penyoalan

Dalam kajian ini, pengkaji mengklasifikasikan kesan pelaksanaan teknik penyoalan kepada
tiga sub-kategori:

i. Kemahiran berfikir murid


ii. Minat dan penglibatan murid
iii. Perubahan diri dalam kalangan murid

Pengkaji berpendapat bahawa teknik penyoalan dapat memberi kesan yang positif kepada
murid. Selain itu, semasa guru menjalankan sesi soal jawab, minat dan penglibatan murid
juga akan meningkat. Di samping itu, murid dapat menjawab soalan-soalan yang berteraskan
kemahiran berfikir aras tinggi secara kritis dan kreatif. Hal ini juga disokong dengan bukti
daripada responden itu sendiri bahawa murid mampu menjalankan aktiviti perbincangan dan
pendebatan sesama mereka mengenai topik Sains dengan berkongsi idea-idea yang berkualiti.

5.0 KEKUATAN KAJIAN

Antara kelebihan jurnal ini adalah pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif yang
menggunakan satu kajian induktif bagi memahami sesuatu fenomena tanpa mempunyai
pandangan tertentu sebelum meneroka fenomena yang dikaji Bagdan & Bilken, (2003).
Penyelidikan kualitatif memberikan ruang untuk pengkaji meneroka dan memperoleh
kefahaman yang sangat mendalam dan meluas mengenai fenomena yang dikaji menurut
Marton, (1986). Justeru itu, kaedah kualitatif paling sesuai untuk digunakan sebagai satu
proses menghuraikan dan meneroka teknik penyoalan guru dalam matapelajaran Sains murid
sekolah rendah.
Seterusnya, adalah daripada aspek pengumpulan data. Kajian ini difokuskan kepada
jenis teknik penyoalan, cara melaksanakan teknik penyoalan dan kesan-kesan pelaksanaan
teknik penyoalan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, dalam kajian ini
penyelidik menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan analisis bahan dokumen yang
berkaitan bagi memperoleh sebanyak mungkin data berkaitan dengan teknik penyoalan guru.

Selain itu, dapatan kajian ini didapati boleh menjadi sumber rujukan kepada guru-
guru lain. Hal ini kerana, pengaplikasian kepelbagaian teknik penyoalan dapat memberi nilai
positif terhadap kemahiran berfikir, minat dan penglibatan murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung.

Di dalam jurnal ini juga penulis telah menyusun atur maklumat secara sistematik. Ini
memudahkan lagi penyampaian maklumat dengan lebih jelas dan mudah. Maklumat yang
berlainan telah disusun dengan menggunakan subtopik yang berlainan. Malah perincian telah
dibahagikan dengan bahagian-bahagian utama seperti pengenalan. latar belakang kajian.
tujuan kajian. persoalan. metodologi. dapatan dan perbincangan serta kesimpulan. Dalam
abstrak kajian juga telah diletakkan beberapa kata kunci bagi memudahkan pembaca.

6.0 KELEMAHAN KAJIAN

Antara kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini adalah penulis tidak menggunakan sebarang
bentuk grafik. Jurnal ini juga hanya mengandungi tulisan berupa fakta mengenai jenis-jenis
teknik penyoalan, cara melaksanakan dan kesan pelaksanaan teknik penyoalan. Para pembaca
akan lebih tertarik jika terdapat carta atau rajah bagi menerangkan intipati jurnal. Selain itu,
bentuk grafik yang menarik juga dapat menyampaikan maklumat dengan mudah dan jelas. Di
samping itu, ada pendapat yang mengatakan penggunaan media grafik seperti graf mampu
menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih jelas berbanding dengan penggunaan huruf sahaja.
Oleh itu, pembaca dapat menganalisis dapatan kajian jurnal ini dengan senang.
7.0 CADANGAN

Antara cadangan yang boleh dikemukakan untuk penambahbaikan jurnal ini adalah
penyelidik boleh mengupas dengan lebih lanjut dan jelas mengenai langkah dan strategi yang
boleh diambil oleh guru dan juga pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
memantapkan lagi kepelbagaian teknik penyoalan. Hal ini selaras dengan agenda
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21. Selain daripada itu, pengkaji juga boleh menerangkan mengenai cara-cara yang boleh
dilakukan untuk mengukuhkan lagi jenis dan teknik penyoalan yang boleh digunakan semasa
sesi pengajaran.

You might also like