Iklan Pengisian Jawatan Pentadbiran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus

Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk
mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

A. JAWATAN PENTADIRAN

JADUAL GAJI
BIL JAWATAN GRED SKIM PERKHIDMATAN
MINIMUM MAKSIMUM

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL DAN


KUMPULAN PELAKSANA

1. JURUTERA J41 JURUTERA RM 2,529.00 RM 9,643.00

2 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 PENOLONG PEGAWAI RM 1,797.00 RM5,753.00


PERUBATAN
PENOLONG PEGAWAI
3. KP29 PENOLONG PEGAWAI RM 1,362.00 RM 5,116.00
KESELAMATAN
KESELAMATAN

4. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19 PEMBANTU BELIA RM 1,352.00 RM 4,003.00


DAN SUKAN

5. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19 PEMBANTU TADBIR RM 1,353.00 RM 4,005.00


KEWANGAN

6. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19 PEMBANTU PUSTAKAWAN RM 1,352.00 RM 4,003.00

PEMBANTU TADBIR
7. N19 PEMBANTU TADBIR RM 1,352.00 RM 4,003.00
(PERKERANIAN/OPERASI)
(PERKERANIAN/OPERASI)

8. PEMBANTU MAKMAL C19 PEMBANTU MAKMAL RM 1,357.00 RM 4,008.00

9. PEMANDU KENDERAAN H11 PEMANDU KENDERAAN RM 1,218.00 RM 2,939.00

JAWATAN PENTADBIRAN
1 JURUTERA (J41)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM 2,529.00)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf Setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbangkan oleh
3 Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
(ii) Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arketik Malaysia
Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
dan
(b) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
55 atau 56 tahun: atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
60 tahun

2. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;


(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

(Gaji permulaan pada Gred U29 : RM1,797.00


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf Setaraf dengannya oleh Kerajaan

3 PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (KP29)


1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;


(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau


(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau

(iii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang -kurangnya berpangkat sarjan atau yang
setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau

(iv) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95); dan

(d) Dan memenuhi syarat – syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik
nafas (lelaki sahaja)

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata);

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan


(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1c(i) dan 1c(ii) dan 1c(iv) hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan
oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong
Pegawai Keselamatan Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan


(b)
Had umur pelantikan :

(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
55 atau 56 tahun ; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
58 tahun ; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
60 tahun.

4
PEMBANTU BELIA DAN SUKAN (S19)

1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)
Warganegara Malaysia ; dan
(b)
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan; dan
(c)
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00) atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahairan Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,464.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
2.
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :


(a) Warganegara Malaysia : dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada
peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira – Kira) atau
kelayakan yang diiktiraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,409.40) atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: 1,465.80) atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
2.
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

6.
PEMBANTU PUSTAKAWAN (S19)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
1
(a) Warganegara Malaysia : dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00) atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf
sertaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,464.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
2.
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
7.
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N19)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
1
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yag diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji pemulaan pada Gred N19 : RM1,464.80
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
2.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar
Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
(a) Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
(b) Mempunyai kelayakan di perkara 1(c) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
(c) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai umur persaaraan paksa
55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur
persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 60 tahun
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
2
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
8.
PEMBANTU MAKMAL (C19)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1
(a) Warganegara Malaysia ; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat
peperiksaan tersbut.
(Gaji permulaan pada Gred C19 : RM1,357.00) atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred C19 : RM1,413.40) atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji pemulaan pada Gred S19 : RM1,469.80)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
2.
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PEMANDU KENDERAAN (H11)
9
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
1
(a) Warganegara malaysia ; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(ii) Lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggarakan kenderaan berkenaan yang
diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas
Lesen Memandu:
(a) Lesen D : RM1,264.15
(b) Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
(c) Lesen F/H : RM1,356.45
(d) Lesen G/I : RM1,402.60
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
2.
Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilian Menengah Rendah atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA


yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di https://sabah.uitm.edu.my

ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah
disahkan;

a) Kad Pengenalan.
b) Sijil Kelahiran.
c) Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf.
d) Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik
Terperinci).
e) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk
mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

iii) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan
Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat
permohonan.

v) Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan
disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

vi) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan
dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Julai 2021 (Isnin)

Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut

Unit Pengurusan Sumber Manusia


Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email : rahma221@uitm.edu.my
No. Tel : (088) 513879

You might also like