Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

CONTOH MODEL

KARANGAN

TAHAP 1

DISEDIAKAN OLEH :
CIK.R.ESWARI
Diri saya

Nama saya ialah Balan. Saya berumur tujuh tahun. Saya belajar
di SJKT Ladang Kinrara. Saya tinggal bersama keluarga saya di Taman
Kinrara, Puchong.

Nama bapa saya ialah Encik.Sivam. Beliau bekerja sebagai


seorang jurutera. Ibu saya pula seorang guru. Saya merupakan anak
sulung dalam keluarga saya. Saya mempunyai dua adik lelaki. Mata
pelajaran kesukaan saya ialah Matematik. Guru yang paling saya sukai
ialah Cikgu Puan.Mathi.

Pada waktu lapang, saya suka bermain bola jaring bersama


kawan-kawan saya. Saya merupakan seorang pemain bola jaring di
sekolah saya. Cita-cita saya ialah menjadi seorang Ahli Sains. Saya akan
belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya.
Hobi saya

Semua orang mempunyai hobi tersendiri. Saya juga mempunyai


hobi saya iaitu mengumpul setem. Saya mempunyai pelbagai jenis setem.
Antaranya ialah , setem bunga, setem flora dan fauna dan lain-lain.

Ibu saya memberikan album koleksi setem sebagai hadiah pada


hari jadi saya yang lalu. Saya menyimpan semua koleksi setem-setem
terpakai luar negara.

Pada masa lapang, saya juga mencari corak setem luar negara lain
dan akan mencetak untuk disimpan. Ibu dan bapa saya turut membantu
saya dalam koleksi setem. Setiap kali saya melihat koleksi saya, saya
rasa terpegun kerana saya mempunyai koleksi setem yang unik dan
tertarik.
Keluarga saya

Keluarga saya adalah keluarga yang bahagia walaupun kecil.


Keluarga saya merangkumi lima orang anggota . Saya merupakan anak
sulung dalam keluarga saya. Saya mempunyai dua orang adik lelaki
kembar.

Nama bapa saya ialah Encik.Sivam. Beliau bekerja sebagai


seorang jurutera. Ibu saya pula berkhidmat sebagai seorang guru.

Kedua-dua adik lelaki kembar saya belajar dalam tahun satu. Kami
belajar di sekolah yang sama. Kedua-dua ibu bapa saya sentiasa
mengambil berat tentang diri kami. Kami juga sentiasa membantu
mereka membuat kerja rumah pada hujung minggu.
Ibu saya

Ibu saya bernama Puan Neela. Beliau berusia 43 tahun. Ibu


merupakan anak kedua daripada empat adik beradik dalam keluarganya.

Ibu saya bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah. Beliau


sentiasa rajin dan berdedikasi mendidik anak-anak muridnya.

Beliau juga seorang yang penyayang. Beliau sabar mengajar kami


dan anak-anak muridnya . Beliau juga mengadakan tuisyen di rumah .

Walaupun sibuk dengan tugasan rumah dan sekolah, beliau tidak


pernah mengabaikan kehendak kami. Ibu sentiasa memastikan
keperluan kami dipenuhi.

Saya berasa bangga dan bertuah kerana mempunyai ibu yang


paling baik di dunia.
Cita-cita saya

Setiap orang mempunyai cita-cita tersendiri. Saya juga mempunyai


cita-cita sendiri. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru.

Saya suka kerjaya guru kerana merupakan insan yang memberi


ilmu. Guru akan mendidik dan membimbing para murid dalam pelajaran
mereka.

Guru juga akan membantu murid-murid belajar dengan


bersungguh-sungguh. Seorang guru juga memberi tunjuk ajar dalam
mencungkil bakat seseorang murid.

Profesion guru ialah sesuatu yang membanggakan dan saya akan


belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi guru yang bertauliah pada
masa akan datang.
Sekolah saya

Nama sekolah saya ialah SJKT Ladang Kinrara. Sekolah saya


terletak di kawasan bandar.

Sekolah saya mempunyai 3 tingkat. Bangunan sekolah saya


dilengkapi dengan 18 buah bilik darjah, sebuah pejabat, perpustakaan
dan bilik komputer. Di samping itu, terdapat juga bilik guru dan kantin
yang besar. Nama guru besar sekolah saya ialah Puan.Sumathi. Beliau
seorang yang bertanggungjawab dan tegas. Terdapat 36 orang guru
berkhidmat di sekolah saya.

Selain itu, terdapat sebuah padang yang besar untuk murid-murid


bermain semasa waktu Pendidikan Jasmani. Padang merupakan tempat
yang amat saya sukai di sekolah saya.

Sekolah saya dikelilingi dengan pelbagai pokok bunga yang


berwarna-warni. Ini menjadikan sekolah saya lebih ceria . Ia juga
memberikan suasana yang harmoni. Saya amat bangga belajar di
sekolah seperti ini.
Guru saya

Guru yang paling saya sukai ialah Cikgu Puan Meena. Beliau
berkerja di sekolah saya selama 10 tahun.

Beliau merupakan seorang yang kurus dan mempunyai wajah yang


cantik. Beliau suka memakai pakaian tradisional ke sekolah. Beliau
mengajar Matapelajaran Matematik bagi kelas saya.

Beliau seorang yang penyayang tetapi tegas dalam pengajarannya.


Guru Meena sentiasa menolong murid yang lemah dalam pelajarannya.
Beliau juga mengadakan kelas tuisyen percuma bagi murid-murid yang
lemah. Sejak beliau mengajar kelas saya, kami berasa prestasi kami
meningkat.

Beliau sentiasa menjadi teladan yang baik kepada guru-guru lain.


Beliau tidak pernah berasa lesu mengajar anak-anak muridnya. Saya
sangat sayang dan menghormati beliau sebagai seorang guru yang
berdedikasi.
Binatang Kesayangan saya

Setiap orang mempunyai binatang kesayangan tersendiri. Saya


juga mempunyai binatang kesayangan saya.

Binatang kesayangan saya ialah seekor kucing. Namanya ialah


Mersi. Ayah saya menghadiahkannya semasa hari jadi saya. Kucing
saya ialah seekor kucing betina. Ia baru berusia 3 tahun.

Badannya berwarna putih bercampur jingga dan diliputi buluh yang


lembut. Mersi suka makan ikan dan minum susu.

Setiap petang, saya bersama Mersi keluar untuk makan angin.


Mersi sentiasa suka bermain dengan saya. Saya akan mandikan Mersi
sekali dalam seminggu. Saya menggunakan syampu khas Ketika
mandikannya.

Mersi pandai menangkap tikus. Setiap kali saya memanggil


Namanya, ia terus berlari ke arah saya. Saya sangat sayang Mersi dan
akan menjaganya dengan baik.
Bercuti di Pulau Pinang

Pada cuti sekolah yang lalu, Pradeep dan keluargannya bercuti di


Pulau Pinang. Mereka bertolak ke sana dengan kereta.

Mereka bercuti sana selama 3 hari. Semasa bercuti di Pulau


Pinang, Pradeep sekeluarganya ke Bukit Bendera. Mereka sampai di
puncak Bukit Bendera dengan kereta api. Pradeep teruja melihat
keindahan seluruh negeri Pulau Pinang. Mereka turut melawat Taman
Rama-rama. Terdapat pelbagai jenis rama-rama di situ. Mereka juga
bersiar-bersiar di tepi Pantai Batu Feringgi untuk seketika.

Pradeep dan keluarganya turut singgah di Kompleks Tun Abdul


Razak ( KOMTAR) sebelum pulang ke rumah. Pradeep dapat membeli
cenderamata untuk rakan-rakannya. Dia berasa gembira bercuti di Pulau
Pinang.
Berkelah di tepi pantai

Pada hujung minggu yang lalu, keluarga saya telah pergi berkelah.
Kami berkelah di tepi pantai.

Kami membawa pakaian mandi, pelampung sebelum bertolak.


Emak pula menyediakan makanan Nasi Lemak dan kuih-muih untuk
makan di sana. Kami pergi ke sana dengan kereta ayah.

Setibanya kami di situ, kami membantu ayah mengeluarkan semua


barang yang kami bawa. Ayah mencari tempat yang teduh lalu
menghamparkan sebidang tikar di bawah sebatang pokok. Ibu dan ayah
meletakkan dan menyusun semua barang di atas tikar itu. Saya dan adik
saya segera menukar pakaian mandi .

Ayah membawa kami ke arah pantai. Suasana di situ sangat


meriah. Banyak pelancong di sana. Saya dan adik turun untuk bermandi-
manda di laut dengan pelampung yang kami bawa. Ayah memerhatikan
kami sambil menikmati keindahan pantai itu.

Pada waktu tengah hari, kami sekeluarga menjamu selera


makanan yang disediakan oleh ibu. Perut saya kenyang selepas makan
Nasi Lemak. Selepas itu, kami seronok membina istana pasir yang cantik
di tepi pantai.

Sebelum pulang ke rumah pada pukul 5 petang, kami


membersihkan tempat itu. Kami membuang sampah dan tin-tin kosong
ke dalam tong sampah.
Lawatan ke Taman Botani

Pada hari Ahad yang lalu, saya menyertai lawatan sekolah saya
ke Taman Botani. Taman itu terletak di Putrajaya, Kuala Lumpur.

Kami bertolak dari sekolah pada pukul 9.00 pagi. Kami menaiki bas
sekolah dan diiringi oleh dua orang guru. Kami sampai di sana pada
pukul 10.00 pagi.

Suasana di taman itu sungguh nyaman dan indah. Terdapat


pelbagai taman tumbuhan seperti Taman Fauna, Taman Paku-pakis dan
sebagainya. Pada waktu tengah hari, kami berehat dan berkelah di tepi
tasik yang terdapat di taman itu. Kami menjamu selera makanan di
sebuah restoran berdekatan taman itu.

Kami bertolak pulang pada pukul 2 petang. Cuaca agak panas.


Saya berasa sungguh seronok mengikuti lawatan itu.
Lawatan ke Menara Kuala Lumpur

Pada cuti penggal yang lalu, kami sekeluarga berpeluang melawat


ke Menara Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur terletak di Bukit Nanas,
Kuala Lumpur.

Menara itu merupakan salah satu daripada Menara tertinggi di


dunia. Saya terpesona melihat ketinggian menara itu. Menara itu
sungguh menarik. Selepas membeli tiket, kami menggunakan lif untuk
sampai ke Menara tersebut. Saya amat gembira kerana dapat melihat
pemandangan seluruh Kuala Lumpur. Pada waktu tengah hari, kami
menjamu selera di restoran berputar di Menara tersebut.

Lawatan ke Menara Kuala Lumpur merupakan satu pengalaman


yang tidak dapat dilupakan. Kami pulang ke rumah dengan rasa gembira.
Lawatan ke Zoo Negara

Pada cuti sekolah yang lalu, sekolah saya mengadakan satu


lawatan ke Zoo Negara di Kuala Lumpur.

Pada hari tersebut, saya dan kawan-kawan saya berkumpul di


padang sekolah pada pukul 8.00 pagi. Kami bertolak ke Zoo Negara
dengan menaiki bas . kami diiringi oleh dua orang guru. Selepas tiba di
sana. Cikgu Amin membelikan tiket untuk kami untuk masuk zoo.

Kami melihat pelbagai jenis haiwan seperti singa, harimau, gajah,


pelbagai jenis burung dan sebagainya. Di samping itu itu, kami juga
sempat menyaksikan persembahan haiwan seperti anjing laut bermain
bola dan sebagainya.

Selepas itu, kami menikmati makanan di restoran Zoo Negara. Kami


pulang ke sekolah pada pukul 2 petang.

Saya berasa amat gembira dan bertuah kerana menimba banyak


pengetahuan tentang haiwan-haiwan di situ. Saya berharap dapat
melawat lagi ke Zoo Negara bersama keluarga saya.
Sambutan Hari Lahir

Pada minggu lepas, saya telah menyambut hari jadi saya yang
kesembilan. Ramai kawan sekelas saya menghadiri majlis sambutan hari
jadi saya.

Sebelum majlis dimulakan, emak menyediakan makanan yang


enak seperti kuih-muih, agar-agar dan sebagainya. Kakak pula membuat
sebiji kek coklat yang cantik. Bapa dan adik saya pula menceriakan
ruang tamu dengan menggantung belon-belon yang berwarna-warni
untuk menarik semua.

Saya memakai baju yang cantik yang berwarna biru pada majlis
tersebut. Semasa saya memotong kek, kawan-kawan saya menyanyikan
lagu ‘Hari Jadi ‘sambil bertepuk tangan. Saya telah menerima pelbagai
hadiah yang menarik pada hari itu.

Kemudian, semua orang menikmati kek dan makanan yang


disediakan. Saya berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih
kepada semua.
Sambutan Hari Guru

Hari guru disambut pada setiap 16 Mei setiap tahun. Hari guru
disambut untuk mengenang jasa guru.

Hari guru disambut di setiap sekolah dengan meriah. Acara Hari


Guru dimulakan dengan nyanyian ‘Kami Guru Malaysia’.

Pada hari guru tersebut, murid-murid akan membuat persembahan


seperti nyanyian, tarian dan drama untuk menghiburkan guru-guru. Murid-
murid juga akan memberi pelbagai hadiah kepada guru kesayangan
mereka.

Di samping itu, pelbagai acara diadakan untuk mencungkil bakat


guru. Guru-guru akan mengambil bahagian dan bermain bersama dengan
murid-murid.

Pelbagai makanan juga disediakan untuk para guru untuk menjamu


selera di sekolah. Hari guru adalah hari yang sungguh bermakna dan jasa
guru sentiasa dikenang.
Sambutan Hari Ibu

Hari Ibu disambut pada setiap minggu kedua dalam bulan Mei
setiap tahun. Hari Ibu disambut untuk mengenang jasa ibu.

Pada hari ibu tersebut, anak mereka akan membuat pelbagai


persiapan untuk menghiburkan ibu mereka. Anak mereka akan membeli
kek, baju baru dan sebagainya.

Di samping itu, anak mereka juga akan membawa ibu mereka untuk
pergi makan di restoran. Tambahan pula, persiapan lagi juga dibuat untuk
menceriakan ibu mereka.

Hari ibu adalah hari yang sungguh bermakna dan jasa ibu sentiasa
dikenang.
Sambutan Tahun Baru Cina

Perayaan Tahun Baru Cina disambut oleh masyarakat beragama


Cina. Pelbagai persediaan dilakukukan untuk menyambut perayaan
tersebut.

Sebelum menjelang hari perayaan tersebut, pelbagai persiapan


dibuat. Antaranya ialah, membersihkan dan menceriakan kawasan
rumah. Di samping itu, pelbagai masakan juga dibuat seperti kuih bakul,
biskut kacang dan sebagainya. Mereka juga akan membeli-belah
pakaian baru dan barang-barang keperluan sebelum hari raya .

Pada hari perayaan tersebut, anak-anak akan menerima ángpau;


daripada ibu bapa mereka. Mereka juga akan mengunjungi rumah
saudara mara saya untuk berkongsi kemeriahaan perayaan tersebut.
Pada hari malam pula, kemeriahaan disambut lagi dengan mainan
mercun.
Hari Penyampaian Hadiah di Sekolah

Pada hari Rabu yang lalu, SJKT kinrara telah mengadakan program
Hari Penyampaian Hadiah di sekolahnya.

Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua murid


berkumpul di dewan sekolah. Guru besar sekolah itu menyampaikan
ucapan beliau. Sebelum majlis itu dirasmikan, satu persembahan tarian
‘bharatanatyam’ yang menarik oleh seorang murid telah diadakan.

Selepas merasmikan majlis itu, acara penyampaian hadiah


bermula. Murid-murid yang berjaya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum telah diberikan hadiah serta sijil kecemerlangan.

Di samping itu, pelbagai persembahan tarian, drama telah


disampaikan oleh murid-murid sebagai hiburan bagi majlis ini. Majlis
tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Para guru dan ibu bapa telah
menikmati jamuan di kantin sekolah.
Hari Kemerdekaan di Sekolah Saya

Pada minggu yang lalu, sekolah saya telah menganjurkan


sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat sekolah secara besar-besaran.
Sambutan ini disambut untuk memupuk semangat cinta akan negara
di kalangan murid-murid.

Acara bermula pada pukul 8.00 pagi. Acara dirasmikan oleh Yang
Dipertua PIBG, Encik Kumar. Selepas perasmian, satu perarakan oleh
murid-murid dan guru -guru telah diadakan. Perarakan itu sungguh
bersemangat diiringi dengan lagu-lagu patriotik.

Acara diteruskan dengan persembahan khas daripada kumpulan


Persatuan Silambam Malaysia. Persembahan mereka cukup menarik .

Sejurus itu, sambutan Hari Kemerdekaan disusuli dengan


pertandingan mendeklamasikan sajak. Seramai sepuluh murid
mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Di samping itu,
pertandingan mewarna poster ‘ Hari Kemerdekaan’ turut diadakan bagi
murid-murid Tahap 1.

Majlis berakhir pada pukul 1 tengah hari. Para ibu bapa, jemputan
VIP, guru-guru dan murid-murid menjamu selera makanan yang
disediakan.
Kepentingan Air

Air adalah sangat penting kepada semua benda hidup. Benda


hidup akan mati tanpa air.

Air boleh didapati daripada sumber perigi, paip air, sungai, tasik
dan laut .

Kita memerlukan air untuk minum, memasak, mandi dan


membasuh, menyiram dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan juga perlukan
air untuk membesar.

Air juga sangat penting apabila kebakaran berlaku. Air digunakan


untuk memadamkan api. Air juga diperlukan untuk mengurangkan
kepanasan badan kita pada hari cuaca panas.

Kesimpulannya, kita tidak seharusnya membazirkan air


sewenang-wenangnya. Air adalah anugerah Tuhan yang perlu sentiasa
dihormati.
Menjaga Kesihatan Diri

Setiap orang mesti menjaga kesihatan dirinya. Kalua tidak, kita


akan diserang pelbagai jenis penyakit.

Kita mestilah mandi sekurang-kuranya dua kali sehari. Jika tidak,


badan kita akan berbau busuk. Di samping itu, kita hendaklah memberus
gigi sekurang-kurangnya dua kali untuk mengelakkan gigi daripada rosak.

Tambahan pula, pemakanan makanan yang khasiat perlu kita


utamakan. Makanan hendaklah dicuci dan dimasak sebelum dimakan.

Sejurus itu, senaman seperti bermain bola sepak dan berjoging


merupakan salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan kita yang baik.
Senaman tiga kali seminggu amat baik untuk badan kita.

Amalan menjaga kesihatan penting, bak kata pepatah ‘ sediakan


paying sebelum hujan’ supaya kita tidak menyesal kemudian.
Amalan Menyimpan Wang

Amalan atau tabiat menyimpan wang merupakan satu amalan yang


sangat berfaedah. Kita boleh menyimpan wang di dalam tabung, di
pejabat pos atau bank.

Amalan menyimpan ini perlu dipupuk dari sejak kecil lagi seperti ‘
melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Oleh itu, ibu bapa harus mendidik
anak mereka mengamalkan sikap bejimat cermat dan tidak
membazirkan wang sewenang-wenangnya.

Kita boleh menggunakan wang kita simpan semasa waktu


kesusahan. Wang ini juga dapat digunakan untuk membeli buku dan
sebagainya. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan wang simpanan kita
pada masa akan datang.
Aku Sepasang Kasut Sukan

Aku sepasang kasut sukan. Namaku Adidas. Aku berwarna jingga


dan putih. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Amerika. Aku bersama
kawan-kawan saya dieksport dan dihantar ke sebuah Kedai Kasut Adidas
terkenal di Malaysia.

Aku dipamerkan di ruang peralatan sukan di kedai itu. Seorang ibu


membeliku dengan harga RM 125 untuk anak lelakinya. Aku dihadiahkan
kepada anaknya sempena hari jadinya. Tuanku sangat gembira. Dia
memakaiku ke kelas badmintonya. Dia berasa selesa semasa
memakaiku.

Setahun kemudian, tuanku tidak dapat memakai ku kerana beliau


rasa ketat. Beliau berasa sedih, Beliau tidak ada hati untuk membuangku
dalam tong sampah. Aku pula diberikan kepada adik bongsunya.
Sekarang aku masih berkhidmat kepada tuan adik bongsuku.
Aku sebuah basikal

Aku sebuah basikal. Namaku Le Run. Badan aku sangat berkilau


dan berwarna biru bercampur jingga. Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Shah Alam. Badanku diperbuat daripada alumunium.

Aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah kedai basikal yang


terkenal di Kuala Lumpur. Aku dipamerkan bersama kawan-kawan yang
lain hargaku RM 1200.

Pada suatu hari, seorang lelaki tertarik dengan kecantikannku.


Selepas membuat pembayaran, aku dibawa pulang ke rumahnya. Lelaki
itu menghadiahkan aku kepada anak lelakinya. Muka Tuanku ceria.
Beliau menunggangku ke sekolah setiap hari.

Kawan-kawannya memujiku. Setiap minggu, tuanku mencuciku


agar sentiasa bersih dan berkilat.

Aku berasa sangat gembira kerana tuanku seorang yang


bertanggungjawab dan baik hati. Saya bangga kerana masih berkhidmat
kepada tuanku.

You might also like