Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAMPIRAN A

SENARAI TUGAS JAWATAN

NAMA : PEMBANTU TADBIR (STOR)


JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

SENARAI TUGAS PEMBANTU STOR


1. Merancang dan menguruskan bekalan stok untuk keperluan pelanggan (unit/ pusat kos).
2. Mendaftar rekod pembelian/ penerimaan stok yang dipesan dengan mengesahkan dan memperakukan
serahan barang-barang yang dihantar oleh pembekal.dalam Sistem Pengurusan Stor (SPS).
3. Menyediakan dan mengemaskini katalog, kad petak dan kod barang-barang stok.
4. Memberi penentuan kumpulan stok dan paras simpanan stok satu-satu masa.
5. Merancang dan mengurus penokokkan stok bagi memastikan kedapatan stok.
6. Menentukan kuantiti stok yang akan dikeluarkan mengikut keperluan.
7. Menyelenggara rekod-rekod bagi setiap transaksi keluar masuk stok secara tepat, teratur dan
kemaskini dalam Sistem Pengurusan Stor (SPS).
8. Memastikan keselamatan dan kebersihan stok/stor terpelihara mengikut Arahan Keselamatan,
Pekeliling Perbendaharaan (1PP) Tatacara Pengurusan Stor dan EKSA.
9. Menjalankan pengiraan stok dengan kerap bagi memastikan jumlah stok sama seperti yang
direkodkan.
10. Menguruskan dan menjadi urusetia bagi pemeriksaan stok dan verifikasi stor.
11. Menguruskan dan menjadi urusetia bagi pelupusan stok.
12. Menguruskan dan menjadi urusetia bagi kehilangan dan hapus kira stok.
13. Menyediakan Laporan Suku Tahun dan Laporan Tahunan untuk Mesyuarat JKPAK.
14. Membantu mengawal selia data penyediaan rekod keseluruhan.
15. Menyediakan data-data dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Stor (SPS).
16. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

You might also like